Wednesday, May 8, 2013

Minyak Habbatus Sauda, Zaitun dan Kelapa Dara - Agen Pelindung Dan Perawat Kulit Terbaik


Tiga bulan yang lepas, ada satu update di Facebook page Sistem An Nisaa. Bila saya baca coretannya, kesian pun ya, nak tergelak juga pun ada. Yang pasti, pengamal Sistem An Nisaa ini adalah seorang yang sangat tulus dan telus, bak suratkhabar Sinar Harian lah katakan. Dia sendiri melabelkan dirinya sebagai lurus bendul, heheh...

KISAH BENAR 

Minyak Zaitun Aromaterapi Sistem An Nisaa
(8.30 mlm, Isnin 11 Feb 2013)

semalam kan.. 
i asyik teringat kat u je
rndu la kut..
lama x jmpe n b'msj g :(

tgh asyik panaskan sup ayam utk anak2
trus t'pegang periuk panas tu
t'lupa sgt2..adui
pedih..mngelembung truk jari ni
kelam kabut nak siapkan mkn anak2
t'paksa biarkan dlu jari ni kesakitan

huh..smbil2 tu duk pk
apa nak diubat jari ni da truk melecur ni
tringat produk nenek su (Dr. Aniza Zain Ahmed)
bak kata si anak2 la :D

trus g buh Minyak Zaitun Aromaterapi Sistem An Nisaa
alhamdulillah..maha suci Allah
terus hilang rasa pedih n kemerahan di jari
smpai terlupa jari yg mana yg melecur
btul..tak tipu
Laleli Olive Oil at Sistem An Nisaa
memang best sgt..
korang nak? pm la i tau..

ni smua penangan krinduan kat u

da dpt testimonial g yg t'baru psl pnawar

 hee..jgn maraaa aaa.. ^_^

*kisah ni mmg ada kene mngene yg msih hidup*


Tak lama selepas kisah ini, admin sendiri terkena minyak panas semasa menggoreng keropok lekor di rumah. Kerana kejahilan saya tidak kelar dulu keropok tersebut. Kemudian baru tahu itu rahsia mengelak letupan daripada berlaku. Teruk juga saya kena, tangan kanan penuh dengan minyak panas yang memancut dari keropok yang meletup dalam kuali.

Saya terus mencapai Minyak Habbatus Sauda yang sentiasa berada di dapur untuk waktu kecemasan dan sapu di tempat yang ada kesan minyak. MasyaAllah, dengan serta-merta keperitan dari kepanasan minyak itu lenyap sama sekali. Bukan selepas seminit dua, tapi dengan serta-merta.


Minyak Habbatus Sauda Sistem An Nisaa berkualiti tinggi, tulin dan diproses dengan kaedah cold-press untuk mengekalkan kandungan khasiat dan unsur perubatannya.

Empat jam selepas kejadian tersebut, saya telah mengambil gambar tangan saya. Lihatlah sendiri...


Lihat betapa berkesannya minyak habbatus sauda merawat kulit yang terkena minyak panas yang masih dalam kuali atas api.


Hanya terdapat beberapa bahagian yang kecil di mana saya terlepas menyapu minyak habbatus sauda
arm.jpg
 Ini adalah gambar yang di ambil empat jam selepas berlakunya episod keropok meletup. Tiada kesan langsung selain dari empat bahagian yang kecil yang kelihatan merah sedikit.  Kesakitan hilang terus semasa minyak habbatus sauda disapu sejurus selepas letupan berlaku. 
Hanya satu kesan lecuran yang tertinggal selepas beberapa hari iaitu yang di bahagian pergelangan tangan (anak panah). Itu pun tiada terasa sakit sehingga lah kulit itu tanggal sendiri.


Pelbagai minyak zaitun yang terdapat di Sistem An Nisaa


Memang diketahui minyak sayuran seperti minyak habbatus

sauda, minyak zaitun dan minyak kelapa dara (yang extra-

virgin dan diproses dengan kaedah cold-press) dapat 

melindungi kulit tubuh dari pelbagai anasir kerana kandungan 

antioksidannya yang tinggi. Minyak jenis ini bukan sahaja 

memelihara kulit tetapi dapat merawat sel yang rosak atau 

tercedera pada kulit dengan begitu cepat.

Wallahua'lam.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *