"Carilah penawar dengan halba."
Add caption |
Halba sebenarnya merupakan penawar yang amat hebat, penawar kepada pelbagai penyakit dan merupakan sebahagian penting Perubatan Islam.
Daunnya dianggap sebagai herba dan bijinya rempah |
Sesetengah ahli perubatan telah berkata: "Sekiranya mereka mengetahui kelebihannya, mereka akan membeli halba dengan harga emas.". Hingga begitu sekali anggapan dan penilaian yang tinggi terhadap herba dan rempah ini.
=
Antara kebaikan halba yang diketahui adalah seperti berikut:
- Diosgenine dalam halba merangsangkan penghasilan hormon estrogen dalam wanita dan oleh itu herba ini menambahkan pengeluaran susu ibu sehingga 900% dalam masa sehari dua sahaja.
- Melegakan segugut kerana bahan aktif dalam halba merihatkan otot-otot dan mengelakkannya daripada kekejangan.
- Membesarkan payudara, kesan dari penambahan hormon estrogen.
- Melegakan simtom-simtom menopos.
- Mempermudahkan proses bersalin.
- Di dalam kaum lelaki pula, hormon testosterone bertambah dan ini merangsangkan keinginan seks, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat.
- Merawat masalah usus, cirit-birit, batuk, sakit tekak, bronkitis, mencairkan kahak, ulser, masalah kulit, melecur, bisul, ekzema, gout dan athritis.
- Kajian terkini mendapati halba juga menurunkan kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah. Ia memperlahankan penyerapan gula ke dalam perut dan merangsangkan pengeluaran insulin.
Cara-cara menggunakan halba sebagai penawar:
- Disediakan sebagai teh - masukkan sesudu teh biji halba ke dalam 300ml air dan rebus. Halba boleh ditumbuk juga jika diingini. Minum semasa panas atau yang telah disejukkan.
- Beberapa biji halba ditelan terus dan minum air.
- Tumbuk biji halba sehingga menjadi serbuk dan letak pada bisul atau kulit yang bermasalah.
Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya
013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah
No comments:
Post a Comment