Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sahabat dan ahli keluarganya
Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:
Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)
Ini merupakan hanya satu daripada bermacam-macam kebaikan yang dapat didapati jika kita berbekam. Yang ingin saya ceritakan di sini ialah kebaikan bekam sunnah, iaitu bekam darah menggunakan torehan yang ringan menggunakan pisau. Saya tak akan menulis hadith-hadith yang mengesahkan kaedah rawatan ini kerana banyak blog-blog lain yang telah membentangkan dan menghuraikannya secara terperinci.
Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang dibekam dan juga sebagai seorang tukang bekam. Saya mula berbekam pada 15 Jun 2009 setelah sekian lama berlengah berbuat demikian. Itulah dia syaitan, suka benar menghasut supaya kita selalu procrastinate atau sengaja melengah-lengahkan buat perkara yang baik. Hanya setelah mendengar cerita benar seorang ustaz barulah saya mendapat desakan untuk mencubanya. Sebelum itu, saya cuma mengetahui bahawa berbekam ini sangat-sangat disarankan oleh Nabi SAW, dan kita digalakkan berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kita. Expectation saya pula bekam ni hanya setakat membuang darah bertoksin dan angin dalam badan. Saya terkejut apabila mendengar cerita ustaz berkenaan memberitahu bahawa syaitan-syaitan juga akan turut tersedut keluar. Tetapi hanya dengan torehan cara bekam sunnah. Mereka cukup takut dengan orang yang berbekam sunnah kerana torehan ini. Dengan maklumat yang amat penting dan significant ini, saya tidak lagi berlengah untuk pergi bekam. Baca tentang kaitan darah dan syaitan di sini.
...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."
...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."
Surah Sad Ayat 41
Jelas di sini bahawa bekam sunnah adalah satu kaedah untuk mencegah dan merawat penyakit, serta dapat "menyelesaikan" pelbagai masalah, kekurangan dan musibah dalam kehidupan kita kerana ketiadaan atau kurangnya gangguan-gangguan makhluk halus ini yang menjadi penghalang pada kehidupan yang selamat sejahtera.
Terlalu banyak kebaikan berbekam dan hebatnya kaedah ini, ia mampu
merawat manusia pada tahap spiritual, emotional, mental dan fizikal. Apa
tidaknya, kebanyakan penyakit dan masalah pada kita disebabkan oleh
syaitan yang berada dalam darah dan bertakhta di hati (qalbu,
bukan liver) kita. Fakta ini berdasarkan pada kisah Nabi
Ayyub a.s. dalam Surah Sad di mana dalam Ayat 41 (baca di sini) Nabi Ayyub telah
mengadu kepada Allah swt tentang "kepayahan dan seksaan"nya akibat
dibelenggu syaitan.
Perubahan fizikal yang dapat dirasa dan dilihat setelah berbekam
- Sakit dan
lenguh pada kaki kerana banyak berdiri hilang serta-merta
- Badan terasa
ringan dan bertenaga.
- Kulit seluruh
tubuh menjadi lebih licin dan cerah, ada tempat-tempat yang biasanya gelap
dan kusam menjadi kemerahan, age spots kurang :-).
- Kulit menjadi
tegang (kulit Guru Bekam saya Ustaz Haji Ibrahim Mohsein yang berumur
hampir 70 tahun tegang, tidak berkedut dan halus macam baby!).
- Bayang-bayang
di bawah mata banyak berkurang.
- Gusi yang
kadang-kadang berdarah semasa menggosok gigi sudah tiada.
- Rambut dah tak
banyak gugur, menjadi lebat semula seperti semasa muda-muda dulu.
- Kuku dan gigi
menjadi kuat. Sebelum itu gigi saya agak rapuh dan kuku saya selalu
terkoyak kerana banyak buat rawatan mandian. Kini kuku saya kelihatan lebih tebal dan cepat tumbuh.
- Tubuh menjadi
lebih langsing (hanya ketara setelah lebih dari enam bulan berbekam).
- Imun sistem
meningkat, kurang demam dan sakit.
Perubahan-perubahan lain yang dialami:
- Solat lebih
khusyuk.
- Lebih mudah
buat keputusan yang betul, fikiran lebih tenang dan cergas
- Rezeki lebih lancar, banyak peluang datang. Pokoknya jin dan syaitan yang kerjanya memporak-perandakan kehidupan kita adalah punca utama halangan pada rezeki kita.
- Lebih mudah
mengingat dan menghafal. Makhluk ini banyak duduk di bahagian otak dan bukan sahaja membuat kita lupa malah membuat kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan yang negatif.
- Kurang sangat
kecelakaan seperti berlanggar, terjatuh dan sebagainya. Sudah beberapa
kali hampir tersungkur tapi tak jatuh, subhanAllah.
- Keharmonian
keluarga semakin terasa, semakin erat apabila anak-anak turut berbekam.
- Jadi lebih rajin dan ringan untuk solat dan khusyuk pula.
- Dapat sujud dalam solat setelah bertahun solat duduk setelah hanya
sekali berbekam.
- Nampak perubahan pada anak apabila emak berbekam; anak yang tak bertudung nak bertudung, yang tak tetap bertudung jadi tetap dan yang tak tetap solat jadi tetap solatnya. MasyaAllah!
Pendek kata, berbekam bukan sahaja
merupakan satu kaedah mencegah dan merawat penyakit, malah ia adalah satu
kaedah menjana proses anti-aging yang amat berkesan, mudah dan
murah.
Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang
telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.
Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan
sistem tubuh; yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana
kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah
pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh
dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal
harganya.
Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.
Jiwa menjadi lebih tenang dan halangan dalam kehidupan berkurangan.
Baliklah kepada ajaran Al-Quran dan
As-Sunnah, kita tidak akan rugi apa-apa, there's nothing to lose,
malah akan dapat menafaat yang
berganda,
we have everything to gain.
Because Allah knows what is
best for His creations.
Untuk rawatan bekam Muslmah secara sunnah, hubungi
Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579
Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579
Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *
* Urut Traddsional Melayu *
.jpg)






