Friday, July 13, 2012

FAQ Tentang Bekam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengaseh Lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya


Di dalam post sebelum ini, saya telah membentang kebaikan-kebaikan mengamal bekanm sunnah, dan di antaranya kebaikan yang saya langsung tidak menjangka. Setelah mengalami perubahan positif yang begitu ketara, saya terus memohon belajar dengan Guru Utama Bekam Ustaz Hj Ibrahim Mokhsein dari Pusat Bekam Al-Yakin, yang mana isterinya Ummu telah membekam saya selama dua tahun.


Guru Utama Bekam Ustaz Haji Ibrahim Hj Mohsein

Di antara kes yang saya menghadapi semasa belajar dengan beliau termasuk kes barah otak, leaukemia dan sudah tentunya barah payudara. Saya amat terkejut dan kagum dengan kaedah bekam ini kerana kes congenital seperti cerebral palsy juga dapat di atasi. Saya masih ingat satu kes di mana ibubapa membawa anaknya untuk rawatan bekam kerana ingin mengurangkan masalah respiratory yang mana anak tersebut ada masalah makan, minum dan bernafas kerana paru-parunya penuh dengan kahak. Mereka terkejut kerana setelah berbekam beberapa kali bukan sahaja masalah kahak berkurang malah anak tersebut lebih mudah tidur, dan anggota badan lebih relax (biasanya anggota badan pesakit cerebral palsy mengeras ataupun longlai). 


Apabila saya menceritakan tentang berbekam, banyak juga persoalan dan komen yang ditujukan kepada saya. Antara yang paling common adalah seperti berikut:-

Sakit tak bekam?
Kalau saya kata tak sakit langsung, bohong lah saya. Sudah pasti ada rasa sedikit apabila ditoreh, tetapi ada juga yang kata "tak sakit langsung", "macam dicakar kucing", "cakar kucing pun lagi sakit", "geli aje" pun ada. Tapi bagi saya, walau macam mana pun, kelegaan yang dinikmati setelah berbekam amat berbaloi, tak dapat dibandingkan dengan sakit yang sikit sangat masa ditoreh.

Lagipun, tempat yang hendak dibekam divacuum dulu dengan cawan bekam. Ini adalah anaesthesia (ubat kebas) cara semulajadi dan apabila ditoreh, kadang-kadang tidak ada rasa apa-apa pun, atau rasa sedikit sahaja.

Kadang-kadang, jika pesakit banyak masalah dan angin di sesuatu tempat, dia akan rasa sedikit perit sedikit semasa divacuum dengan cawan. Tetapi ini dapat dikawal oleh pembekam ikut keselesaan pesakit. Setelah ditoreh, darah kotor dan angin keluar, dan keperitan itu sudah tiada lagi, yang dirasa hanya kelegaan yang amat dan ringan tubuh badan.

Apa yang patut diutamakan, dalam fikiran kita, ini adalah suruhan Nabi Muhammad Rasulullah saw, dan jika kita mengakui cinta pada Allah, kita sepatutnya cinta pada Rasulullah saw, dan bukti cinta kita pada Rasulullah saw ialah mengamal sunnuah-sunnahnya.

Berbekam juga merupakan satu jihad, kerana dengan berbekam, kita melawan syaitan. Dan melawan syaitan selain dari nafsu adalah satu jihad yang besar.  

Selamat tak berbekam?
Berbekam adalah satu kaedah rawatan yang paling selamat. Torehan yang dibuat cuma di kulit luaran sahaja. Berbekam bukan satu prosedur yang invasive. Darah yang keluar bukan kerana torehan yang dalam tetapi kerana sedutan vacuum cawan bekam.

Dari segi hygiene bagaimana?
Di klinik saya, saya menggunakan sebelah pisau cukur sekali sahaja untuk seorang pesakit sahaja. Setelah diguna, pisau tersebut terus dibuang.
Cawan dibasuh tiga kali semasa proses bekam dan setelah selesai dengan satu pesakit, cawan-cawan dibersih dengan pencuci yang mengandungi Tea Tree Oil, iaitu antiseptik semulajadi yang sangat berkuasa. Setelah dicuci, cawan-cawan disteril lagi dengan disinfectant yang juga mengandungi Tea Tree Oil.
Kami gunakan produk Melaleuca untuk mencuci dan membasmi kuman pada pesakit dan semua peralatan bekam. Melaleuca ialah tea tree oil yang bersifat pembasmi kuman dan bakteria yang sangat kuat tetapi selamat kerana ia berasaskan tumbuhan. Harganya agak mahal tapi tidak mengapa. Yang penting kebersihan, steril, selamat dan pesakit sejahtera dengan kehendak Allah.



 Selepas dibasuh, cawan-cawan di masukkan ke dalam alat steriliser (di bawah) yang menggunakan radiasi untuk membunuh kuman dan bakteria.




Pesakit boleh memilih untuk membawa set bekam sendiri atau menggunakan set persendirian yang boleh didapati di klinik Sistem An Nisaa.

Elakkan berbekam di tempat-tempat awam di mana tiada air mengalir untuk mencuci cawan-cawan dan tukang bekam tidak ada tauliah untuk berbekam.


Bilik Rawatan klinik Sistem An Nisaa yang dijadikan tempat yang tenang dan selesa supaya pesakit merasa berada dalam spa. Ketenangan semasa membuat rawatan holistik amat penting supaya proses penyembuhan dapat berlaku dengan sempurna.


Nanti berparut tak badan saya?
Kesan torehan sangat halus dan biasanya akan hilang dalam 2 hari hingga seminggu. Sekiranya ada masalah pada sesuatu tempat, kesan torehan akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang, mungkin hingga sebulan. Tetapi ini adalah petunjuk yang penting agar rawatan susulan dibuat sebelum penyakit atau masalah yang lebih serious menyusul. 
Kesan torehan akan mudah baik dan terus hilang jika disapu dengan minyak habbatus sauda atau minyak vitamin E.

Saya takut jadi ketagih dengan bekam.
Ya memang benar jika sesuatu yang membuat kita rasa selesa dan bahagia, kita akan rasa hendak sentiasa melakukannya. Tetapi berbekam adalah sunnah, membawa terlalu banyak kebaikan dan tiada kesan sampingan langsung. Jadi tiada salahnya jika kita inginkan sesuatu yang baik. Dan setelah berbekam beberapa kali, kita akan dapat rasa bezanya dengan sebelum berbekam. Ada sesetengah orang suka pergi ke gym, dan setelah beberapa lama dia workout, dia akan rasa sihat dan mula rasa ada "ketagih" hendak ke gym. Jika tak pergi seminggu, dia akan rasa gelisah, jadi dia akan terus pergi ke gym untuk maintain tahap kesihatannya. Begitu juga dengan berbekam.

Berapa kerapkah saya kena berbekam?
Di klinik Sistem An Nisaa, rawatan asas merupakan bekam secara berperingkat dalam 3 sesi:
1) Kepala, bahu, belakang/pinggang dan kaki (titik-titik yang sunnah)
2) Bahagian dada dan lambung, bahagian lutut
3) Bahagian pinggang (lower back) atau abdomen mengikut keperluan keadaan pesakit dan seluruh bahagian kaki.


Untuk kes yang lebih serious, 6 sesi  diperlukan. Untuk kes kronik seperti kanser, rawatan susulan setiap minggu perlu dibuat sekurang-kurangnya untuk 6 bulan berturut-turut. Pesakit juga akan diberi nasihat tentang pemakanan Sunnah dan lain-lain rawatan seperti mandian dan bacaan ayat-ayat al-Quran.

Untuk maintenance, bekam boleh dibuat sekali dalam sebulan, dua bulan atau 3 bulan.

Berapakah kos untuk berbekam?
Hanya RM70 untuk setiap sesi. Secara amnya 9 hingga 13 cawan digunakan. Untuk kanak-kanak atau dewasa yang lemah di mana hanya 3-4 poin boleh dibekam, kosnya ialah RM50 setiap sesi.
Kos yang sangat kecil berbanding dengan kos ubat-ubatan dan rawatan di hospital sekiranya diserang penyakit kronik, na'uzubillahi min zalik.



Untuk mendapatkan rawatan bekam Muslimah secara sunnah,
hubungi Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579. 


Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




Kebaikan Yang Tidak Disangka Dari Berbekam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sahabat dan ahli keluarganya




Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina maupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan. Semua kaedah sememangnya memberi kesan kelegaan dan penyembuhan pada pelbagai penyakit. Saya agak teruja hari itu apabila menonton siaran History Channel tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.    

Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)


Ini merupakan hanya satu daripada bermacam-macam kebaikan yang dapat didapati jika kita berbekam. Yang ingin saya ceritakan di sini ialah kebaikan bekam sunnah, iaitu bekam darah menggunakan torehan yang ringan menggunakan pisau. Saya tak akan menulis hadith-hadith yang mengesahkan kaedah rawatan ini kerana banyak blog-blog lain yang telah membentangkan dan menghuraikannya secara terperinci. 

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang dibekam dan juga sebagai  seorang tukang bekam. Saya mula berbekam pada 15 Jun 2009 setelah sekian lama berlengah berbuat demikian. Itulah dia syaitan, suka benar menghasut supaya kita selalu procrastinate atau sengaja melengah-lengahkan buat perkara yang baik. Hanya setelah mendengar cerita benar seorang ustaz barulah saya mendapat desakan untuk mencubanya. Sebelum itu, saya cuma mengetahui bahawa berbekam ini sangat-sangat disarankan oleh Nabi SAW, dan kita digalakkan berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kita. Expectation saya pula bekam ni hanya setakat membuang darah bertoksin  dan angin dalam badan. Saya terkejut apabila mendengar cerita ustaz berkenaan memberitahu bahawa syaitan-syaitan juga akan turut tersedut keluar. Tetapi hanya dengan torehan cara bekam sunnah. Mereka cukup takut dengan orang yang berbekam sunnah kerana torehan ini. Dengan maklumat  yang amat penting dan significant ini, saya tidak lagi berlengah untuk pergi bekam. Baca tentang kaitan darah dan syaitan di sini.  


...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."
Surah Sad Ayat 41

Jelas di sini bahawa bekam sunnah adalah satu kaedah untuk mencegah dan merawat penyakit, serta dapat "menyelesaikan" pelbagai masalah, kekurangan dan musibah dalam kehidupan kita kerana ketiadaan atau kurangnya gangguan-gangguan makhluk halus ini yang menjadi penghalang pada kehidupan yang selamat sejahtera.



Terlalu banyak kebaikan berbekam dan hebatnya kaedah ini, ia mampu merawat manusia pada tahap spiritual, emotional, mental dan fizikal. Apa tidaknya, kebanyakan penyakit dan masalah pada kita disebabkan oleh syaitan yang berada dalam darah dan bertakhta di hati (qalbu, bukan liver) kita. Fakta ini berdasarkan pada kisah Nabi Ayyub a.s. dalam Surah Sad di mana dalam Ayat 41 (baca di sini) Nabi Ayyub telah mengadu kepada Allah swt tentang "kepayahan dan seksaan"nya akibat dibelenggu syaitan.  

Dua point  bekam yang wajib dalam bekam sunnah. Berbekam di sini akan menarik
darah dan angin dari bahagian jantung (di mana terletaknya qalbu).
 Inilah di mana syaitan-syaitan berkumpul
untuk mengawal hati, mempengaruhi kelakuan dan menghalang kebaikan pada manusia. Wallahualam - Allah Knows best.



Perubahan fizikal yang dapat dirasa dan dilihat setelah berbekam
  • Sakit dan lenguh pada kaki kerana banyak berdiri hilang serta-merta
  • Badan terasa ringan dan bertenaga.
  • Kulit seluruh tubuh menjadi lebih licin dan cerah, ada tempat-tempat yang biasanya gelap dan kusam menjadi kemerahan, age spots kurang :-). 
  • Kulit menjadi tegang (kulit Guru Bekam saya Ustaz Haji Ibrahim Mohsein yang berumur hampir 70 tahun tegang, tidak berkedut dan halus macam baby!).
  • Bayang-bayang di bawah mata banyak berkurang.
  • Gusi yang kadang-kadang berdarah semasa menggosok gigi sudah tiada.
  • Rambut dah tak banyak gugur, menjadi lebat semula seperti semasa muda-muda dulu.
  • Kuku dan gigi menjadi kuat. Sebelum itu gigi saya agak rapuh dan kuku saya selalu terkoyak kerana banyak buat rawatan mandian. Kini kuku saya kelihatan lebih tebal dan cepat tumbuh.
  • Tubuh menjadi lebih langsing (hanya ketara setelah lebih dari enam bulan berbekam).
  • Imun sistem meningkat, kurang demam dan sakit.
Perubahan-perubahan lain yang dialami:
  • Solat lebih khusyuk.
  • Lebih mudah buat keputusan yang betul, fikiran lebih tenang dan cergas
  • Rezeki lebih lancar, banyak peluang datang. Pokoknya jin dan syaitan yang kerjanya memporak-perandakan kehidupan kita adalah punca utama halangan pada rezeki kita.
  • Lebih mudah mengingat dan menghafal. Makhluk ini banyak duduk di bahagian otak dan bukan sahaja membuat kita lupa malah membuat kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan yang negatif.
  • Kurang sangat kecelakaan seperti berlanggar, terjatuh dan sebagainya. Sudah beberapa kali hampir tersungkur tapi tak jatuh, subhanAllah.
  • Keharmonian keluarga semakin terasa, semakin erat apabila anak-anak turut berbekam.
Sijil yang paling bermakna dan berguna bagi saya kerana dengan ilmu ini saya
dapat menghidupkan sunnah Rasulullah saw dan juga dapat membantu pesakit mendapat kelegaan dan mencapai kesejahteraan dalam hidup mereka, dengan izin Allah.


Antara pengalaman dan perubahan kelakuan yang berlaku pada pesakit yang berbekam dengan saya:
  • Jadi lebih rajin dan ringan untuk solat dan khusyuk pula.
  • Dapat sujud dalam solat setelah bertahun solat duduk setelah hanya sekali berbekam.
  • Nampak perubahan pada anak apabila emak berbekam; anak yang tak bertudung nak bertudung, yang tak tetap bertudung jadi tetap dan yang tak tetap solat jadi tetap solatnya. MasyaAllah!

Pendek kata, berbekam bukan sahaja merupakan satu kaedah mencegah dan merawat penyakit, malah ia adalah satu kaedah menjana proses anti-aging yang amat berkesan, mudah dan murah. 

Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.  

Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh;    yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.  

Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.

Jiwa menjadi lebih tenang dan halangan dalam kehidupan berkurangan.

Baliklah kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, kita tidak akan rugi apa-apa, there's nothing to lose,
malah akan dapat menafaat yang berganda,
we have everything to gain.
Because Allah knows what is best for His creations. 



Untuk rawatan bekam Muslmah secara sunnah, hubungi
Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *






Wednesday, June 13, 2012

Kenapa Saya Kena Gangguan?

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya. 

Sudah lama hasrat saya untuk menulis tentang gangguan makhluk halus yang dialami oleh manusia, tidak kira umur, pangkat, walaupun tahap keimanan. Saya rasa sudah masanya saya bentangkan di sini punca-punca atau sebab-sebab manusia terus dibelenggu, diganggu dan dirasuk syaitan, jin dan iblis. Ada yang tidak ingin atau tidak suka membincangkan atau mengiakan hal-hal gangguan makhluk halus ini.

Ada yang kata mengarut, mereka percaya semua penyakit adalah masalah fisiology semata-mata dan yakin hanya perubatan konvensional sahaja yang mampu menyelesaikan semua masalah dan penyakit. Ada yang kata kolot, yang kata syirik pun ada, walhal dalam setiap surah dalam Al-Quran ada disebut tentang gangguan jin, syaitan dan sihir. Menggunakan jin memanglah syirik kelas atasan, namun perubatannya bukan syirik malah wajib.  
Semoga Allah swt memberi ku kekuatan untuk melengkapkan post ini.

Secara ringkas, saya mengklasifikasikan gangguan seperti berikut:
 1) Gangguan dari keturunan atau biasa dikenali sebagai "saka". Ramai pesakit saya terkejut apabila saya mengatakan bahawa mereka ada gangguan saka. "Saya tak beramal pun!", "Saya tak percaya benda tu semua!", "Keluarga saya dari orang baik-baik!". Ini adalah antara respon yang saya kerap dapati apabila diberitahu mereka ada gangguan saka.

The Holy Quran - dimana terletaknya segala ilmu, segala penawar, segala rahsia untuk
umat Muhammad SAW. 


Hakikatnya, gangguan saka ini wujud dan masih aktif. Di dalam Al-Quran pun Allah swt berfirman tentang manusia yang menggunakan pertolongan jin, dan ini dilarang oleh Allah swt sekeras-kerasnya. Amalan menggunakan jin ini telah dimulakan berkurun dahulu, dari zaman tok nenek moyang kita yang tidak dikenali pun. Jadi bagaimana kita boleh pasti yang tiada saka dalam keluarga kita?

Gangguan saka kini diturunkan secara otomatik. Ia berada pada tahap sel malah dalam DNA kita yang sudah dirosakkan dan diubahkan (corrupted and mutated). Akibatnya terdapat penyakit-penyakit kronik, misteri dan perangai anak-anak yang ekstreme kejahatannya. Ini jelas dimana dalam sebuah keluarga, ibubapanya sama, pendidikan, tarbiah, makanannya dan persekitarannya semua sama. Tetapi ada seorang dua yang berbeza sifat dan perangainya.

InsyaAllah saya akan menulis post lain yang lebih terperinci tentang saka dan akibat dari gangguannya, tapi satu saja yang saya hendak tekankan di sini - tiada saka yang baik!.

2) Gangguan sihir iaitu jin-jin yang diutuskan untuk sesuatu maksud atau hajat yang tertentu. Nak tak nak, percaya atau tidak, amalan ini masih meleluasa malah kembali popular. Katanya, kalau bunuh atau sakiti orang, boleh ditangkap, kena hadap mahkamah dan dijatuhi hukuman. Kalau guna sihir, tak ada bukti, tak akan kena tangkap masuk jel. MasyaAllah..jel Allah yang berkali ganda lebih dahsyat tak takut ke?
InsyaAllah gangguan sihir, termasuk santau, simtomnya dan akibatnya juga saya akan perincikan dalam post yang lain.

Inilah jel tempat orang yang berkecimpung dengan sihir, jadi tak payah kita nak rasa takut, marah atau berdendam dengan  sesiapa yang buat aniaya pada kita. Serahkan sahaja pada Allah Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

3) Lain-lain gangguan seperti gangguan tumpangan, pendamping dan sebagainya di mana jin menumpang tubuh manusia samada untuk tujuan saja-saja ataupun sebab dia dah suka, dah berkenan dekat seseorang itu. Ada juga pendamping untuk dijadikan penjaga. Lama-kelamaan ia akan bertukar menjadi saka.

4) Gangguan dari amalan datangnya dari perbuatan seperti memakai cincin yang pernah dijampi samada dengan sengaja atau tidak sengaja, corak pemikiran atau pengambilan/penerimaan ilmu yang asalnya melibatkan pemujaan makhluk, barang maupun simbol-simbol tertentu.

Dalam post ini, saya bukan hendak huraikan tentang gangguan itu sendiri tetapi lebih penting saya ingin berkongsi ilmu dari kajian-kajian dan pengalaman saya dari 12 tahun saya berkecimpung dalam ilmu perubatan ini. Saya tergerak untuk menulis post ini hari ini juga walaupun terpaksa   melakukannya di celah-celah ruang kosong antara pesakit, kerana kebelakangan ini ada kes-kes gangguan yang berlaku secara berterusan selama bertahun-tahun lamanya.

Kenapa gangguan makhluk halus tidak terhenti walaupun selepas dirawat?

Punca utama gangguan pada seseorang itu berterusan dan tidak berhenti adalah pada pesakit itu sendiri. Antaranya sifat atau pola pemikiran pesakit yang menjadi penghalang pada rawatan atau pun penggalak supaya gangguan itu masih datang adalah seperti berikut:


  • Terlalu obses pada gangguan yang ada padanya. 
Apabila segala perkara yang berlaku dikaitkan dengan gangguan, ia akan menguasai pemikiran dan lantas diri sendiri juga akan dikuasai gangguan tersebut. Perkara yang dimaksudkan ialah seperti mendengar suara burung, mendapat mimpi yang buruk, halangan dalam membuat sesuatu pekerjaan atau pergi ke sesuatu tempat, kehilangan barang dan sebagainya. Semuanya disalahkan gangguan. Di mulutnya sentiasa "Ada gangguan la tu" atau "Dia hantar lagi la tu". Pemikiran dan ucapan seperti ini langsung tidak membantu dalam proses penyembuhan.  

  • Mengiakan kekuatan atau keupayaan gangguan itu. 
Sering saya dengar dari pesakit tentang ketidakupayaannya untuk mengatasi masalah gangguan. Apatah lagi kalau pesakit diberitahu oleh orang yang merawatnya "Ni guna sihir sakai/Siam/Indon". Persepsi sihir buatan ini adalah "kuat" dan menyatakan dan mengiakan sebegitu pula akan menyulitkan penyembuhan. Sepatutnya kita mengiakan dan mengaku kehebatan, kekuatan dan keperkasaan Allah swt, Dialah Yang Menguasai seluruh jin dan manusia. Dialah yang mengizinkan atau tidak berlakunya sihir itu. Tanpa kuasaNya, jin dan sihir pun langsung tidak ada kuasa apa-apa untuk mudharatkan kita.

  • Takut pada gangguan/jin/sihir tersebut.
Sebagai orang Islam yang beriman, kita tidak sepatutnya takut pada yang selain dari Allah swt. Jin adalah ciptaan Allah swt dan iblis adalah makhluk yang dilaknatiNya. Semua kuasa yang ada pada mereka adalah hak Allah. Buat apa nak takut pada mereka. Allah kasih pada hamba-hambaNya yang beriman dan Allah merupakan Ya Hafidz, iaitu Yang Maha Melindungi. Malaikat-malaikatNya pun kuat-kuat juga. Sentiasa ingat pada Allah Yang Matiin; jin dan iblis takut pada manusia yang takut pada Tuhannya.

  • Menuduh atau menyatakan atau memikirkan tentang orang tertentu yang dikatakan menghantar sihir itu. 
Jangan sesekali menuduh seseorang telah menghantar sihir kepada anda. Jangan menyatakannya dan jangan memikirkannya. Walaupun ada perawat yang memberitahu anda siapa dalangnya, jangan mempercayainya atau mengiakannya. Don't even think about it. Memikirkan tentang seseorang akan membukakan satu jalan bagi sihir itu untuk menyerang anda dengan mudah. 

Ada antara pesakit saya yang sanggup melakukan solat hajat semata-mata untuk mengetahui siapa yang menghantar sihir kepadanya. Bila memohon pada Allah begitu, ada kalanya Allah makbulkan doanya dan dia dapat tahu siapa yang melakukannya. Tetapi bila sudah dapat mengetahuinya pula, dia tidak dapat terima jawapannya dan sentiasa memikirkan tentang orang yang dikatakan menghantar sihir kepadanya.

Sihir adalah mainan jin dan jin sentiasa cuba menipu manusia untuk mempercayakan perkara-perkara yang bathil. Oleh itu, mimpi-mimpi pun tidak boleh diambil sebagai kebenaran. 

  • Takut pada sesuatu atau seseorang atau pada sesuatu keadaan.
Perasaan takut pada pesakit memudahkan gangguan untuk membelenggunya. Selain dari perasaan takut pada jin dan sihir, perasaan takut seperti takut suami curang/kahwin lain, takut miskin/tiada duit, takut kena rompak dan takut pada seseorang seperti boss juga mengundang gangguan jin dan iblis. Kalau takut hantu apa lagi. Ini takut, itu takut, berbekam yang sunnah pun takut juga. 

Ketakutan pada makhluk menyebabkan kelemahan pada kerohanian kita, manakala takut pada Allah menguatkan kerohanian kita. Ketakutan juga merembes asid dalam perut dan menghasilkan warna merah pada aura. Warna ini sebenarnya menarik lagi makhluk halus kerana frekuensinya sama, dan mereka tahu yang anda takut pada mereka. 


  • Ada kekosongan dalam jiwa
Kekosongan jiwa bukan merupakan hanya satu expresi sahaja tetapi keadaan ini boleh benar-benar berlaku dalam bentuk "energy". Apabila ada "ruang-ruang kosong" dalam jiwa anda, ini mengundang kesurupan "energy" yang lain iaitu makhluk halus yang mengambil kesempatan. Seseorang yang tidak mendapat kebahagiaan hidup, telah kehilangan seseorang atau tidak menggunakan masa untuk perkara-perkara yang bermenafaat adalah di antara mereka yang mengalami kekosongan jiwa dan mudah mengalami gangguan yang berulang atau berterusan. 

  • Tidak ada atau tidak cukup keyakinan pada rawatan perubatan Islam.
Apabila memilih perubatan Islam untuk merawat penyakit pesakit sepatutnya ada cukup keyakinan dan menaruh pengharapan 100% pada Allah swt. Kalau nak cuba-cuba saja baik tak payah. Atau pun apabila perawat bagi surah untuk dibaca atau penawar untuk dimakan/minum buat acuh tak acuh saja dan tidak lengkapkan proses rawatan.


  • Tidak menunaikan solat cukup waktu, selalu lalai dan leka dengan perkara-perkara selain dari ibadah.
Sebenarnya, gangguan, seperti musibah dan ujian tidak lain tidak bukan hanya untuk memberi peringatan kepada kita untuk lebih mendekatiNya dengan mencari ilmu makrifatullah serta menambahkan kuantiti dan kualiti ibadah kita. Allah swt ada kuasa mutlak untuk menahan sihir daripada berlaku tetapi kenapa permintaan Tok Bomoh mendapat kelulusan Nya? Tentu ada kesilapan pada diri kita yang perlu diperbetulkan atau diperbaiki kan?


  • Membaca ayat-ayat Al-Quran atau berzikir dengan niat utama kerana hendakkan sesuatu.
Kunci kepada penyembuhan ialah pengabdian dan penyerahan 100% kepada Allah swt. Apabila mengamal ayat-ayat Al-Quran, zikir atau solat, niat hendaklah semata-mata kerana Allah. Kaedah menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan zikir kerana kita memohon hanya pada Allah dan bukan dari yang lain. Sememangnya garis di antara dua niat ini sangat halus tetapi dengan menghalusi jiwa anda, anda akan dapat rasa perbezaan ketara antara keduanya. 

Fokus mestilah pada Allah swt, pada memuja dan memujiNya, pada membesarkanNya, pada mencintaiNya, pada kesyukuran terhadapNya...
...bukan pada gangguan itu, bukan pada sihir itu, bukan pada orang yang diperkatakan, bukan pada masalah itu. Cuba feel betapa hebatnya, betapa berkuasanya Allah, dan juga betapa kasihnya Allah pada hamba-hambaNya. Kebanyakan daripada kita dapat merasai dan menyedari hanya 0.0000000000000001% sahaja daripada kuasa Allah yang sebenar-benarnya, yang infiniti ukurannya.

Panggil, seru dan panggil lagi Allah dengan nama-namaNya yang suci dan mulia...
...hanya Dia yang Mampu selamatkan kita. Mantapkan jiwa dengan memupuk perasaan kasih dan cinta yang hakiki pada Allah swt. Jiwa yang kosong atau yang yang mempunyai ruang-ruang akan mengundang gangguan makhluk halus meresap ke dalam.


Nama-nama Allah
Akui padaNya kelemahan kita, kesilapan kita, hinanya kita...
...ketepikan ego kita yang menghalang kebaikan datang pada kita, yang menghalang doa' kita dari makbul, yang hanya mendatangkan gangguan, penyakit dan masalah. Walaupun sihir itu dihantar orang, Allah yang mengizinkanNya oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Hakikatnya gangguan yang menimpa diri kita adalah soal perhubungan kita dengan Allah swt...kekurangan kita, kesilapan kita, kelemahan diri kita sendiri. We have to accept this fact. 

Akuilah diri sebagai hambaNya yang hina dan lemah.
Rasakan kuasa Allah SWT 
supaya anda dapat
kuasai spirit anda, kuasai jiwa anda dan kuasai minda anda.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *