Showing posts with label halia. Show all posts
Showing posts with label halia. Show all posts

Saturday, October 21, 2017

Zanjabil - Sehebat Namanya


Image result for bismillah meaning

Zanjabil. Saya suka sangat nama tu. Dan saya suka sangat rasanya. Saya suka zanjabil dalam apa sahaja cara - dibuat teh, dijeruk kering, dijeruk dalam madu maupun dimakan fresh. Alhamdulillah, badan saya kurang sangat angin walaupun umur dah lebih setengah abad.

Halia atau nama saintifiknya Zingiber officinale
Minyak pati Halia Young Living RM80/5ml

Zanjabil ialah nama asal zingeberacea iaitu nama saintifik untuk famili "roots" iaitu tumbuh-tumbuhan yang mana akarnya berisi.


Zanjabil disebut hanya sekali dalam Al-Quran, iaitu dalam Surah Al-Insaan ayat 17. Ia merupakan salah satu bahan yang dimasukkan dalam air yang diberi pada penghuni Syurga. Kan istimewa zanjabil tu...

RM80 untuk 150 kapsul
























Selain daripada halia, kunyit juga adalah termasuk dalam kategori zanjabil kerana ia terletak dalam famili zingeberaceae. Nama saintifiknya ialah cucurma longa. Cucurma ialah bahan aktif di dalam kunyit yang berfungsi sebagai agen anti-radang (anti-inflammatory) yang amat berkesan.
Banyak sangat penyakit yang berpunca dari keradangan. Di antaranya athritis, kanser, kencing manis, Alzheimer's disease, ekzema dan sebagainya. Oleh itu, kunyit dan juga halia merupakan penawar yang sangat penting dan potensinya amat besar sebagai dalam alam perubatan alternatif maupun perubatan konvensional.


Kunyit perlu dimakan bersama dengan lada hitam supaya cucurmin dapat diserap oleh sistem tubuh.

Kapsul ekstrak kunyit campur lada hitam
RM80 untuk 150 kapsul




Sistem An Nisaa

Aniza Zain Ahmed
Kota Damansara, Pertaling Jaya
WhatsApp 013-626 0369


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

* Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Essential Oils * Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*









Saturday, November 21, 2015

Kunyit Kuasai Keradangan

Bismillahirrahmanirrahim | Qur'an, Stiker mobil

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda




Kunyit atau nama saintifiknya cucurma longa

Kunyit adalah salah satu daripada bahan makanan yang amat lazim digunakan dalam masakan Melayu dan India untuk memberi perasa dan juga warna kepada lauk-pauk tradisional. Kunyit atau nama saintifiknya Cucurma longa adalah dari keluarga Zingiberaceae iaitu adik-beradik halia juga. Oleh itu, boleh dikatakan kunyit ini termasuk juga dalam istilah  makanan (zanjabil) yang disebut di dalam Al-Quran (Surah Al-Insaan, ayat 17). Perkataan Zingiber itu berasal dari perkataan bahasa Arab zanjabil.

Surah Al-Insaan ayat 17. Perkataan "jahe" bermaksud halia (zanjabil) 

Seperti halia juga, kunyit mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi, terutama sekali dalam merawat keradangan. Banyak penyakit yang berpunca dari keradangan. Antara penyakit yang disebabkan oleh keradangan ialah serangan jantung, kanser, athritis (dan penyakit-penyakit auto-immune), ekzema, asthma, acid reflux dan banyak lagi penyakit-penyakit yang kita dengar setiap hari, termasuk juga penyakit Alzheimer. Penyakit kencing manis mengakibatkan pelbagai penyakit lain yang disebabkan oleh keradangan.

Oleh itu, kegunaan kunyit dalam merawat keradangan amatlah penting sebagai suatu alternatif. Bahan aktif dalam kunyit dikenali sebagai cucurmin. Selain dari sifat anti-radang, cucurmin juga antioksidan dan antivirus, antibakteria dan antikulat.


Kunyit (Cucurma longa) boleh dimakan begitu sahaja, direbus dan diminum sebagai teh. Tetapi  bahan cucurmin dalam kunyit dalam kadar yang sangat sedikit. Oleh itu, untuk tujuan merawat, pesakit perlu makan dalam jumlah yang agak banyak. Farmasi Online Sistem An Nisaa menyediakan ekstrak kunyit dalam bentuk serbuk dalam kapsul untuk mudah diamalkan.


Bahan cucurmin lebih mudah diserap di dalam usus apabila dimakan bersama lada hitam. Ini kerana bahan piperine di dalam lada hitam. 
Kunyit dan cucurmin adalah larut lemak oleh itu ia patut dimakan bersama lemak seperti minyak sayuran seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara, atau susu.
Kapsul kunyit dan lada hitam dari Sistem An Nisaa


Nota: Pesakit batu hempedu dan masalah saluran hempedu serta ibu mengandung tidak digalakkan mengambil kunyit sebagai perubatan.


RM80 untuk 150 kapsul











Sistem An Nisaa

Seksyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
+6013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils * Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*


Tuesday, October 18, 2011

Halia - Minuman Syurga di Dunia

"Dan di sana mereka diberi segelas minuman bercampur halia." 
Surah Al-Insaan: 17
Zingiber Officinale

Sayangnya Allah swt pada hamba-hambaNya yang beriman padaNya, Dia menyediakan pelbagai makanan, minuman dan hiburan yang Dia mengetahui adalah kesukaan manusia di syurgaNya. Di dalam Surah Al-Insaan, diceritakan tentang sejenis minuman yang dibawa oleh mata air di sana yang dinamakan Salsabil.

Air minuman ini adalah air yang bercampur dengan halia (zanjabil)

Allah Yang Maha Pemurah juga memberi nikmat ini kepada hamba-hambaNya di dunia; halia juga diwujudkan di atas muka Bumi ini. Ternyata khasiat halia ini terlalu banyak. Alangkah ruginya manusia jika kita sudah mengetahui datangnya halia dari Syurga dan keistimewaannya tahap mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran tetapi tidak bersungguh-sungguh mengamalkannya, tidak yakin atau langsung tidak menghiraukan ayat Allah swt .

Antara khasiat halia yang telah dikaji kemujarabannya:
Bunga Halia
  • Menghilangkan rasa mual yang disebabkan oleh morning sickness, mabuk laut dan kimoterapi.
  • Merawat masalah perut seperti angin dan kembung perut, cirit-birit, sakit perut dan masalah penghadaman.
  • Merawat masalah respiratory seperti jangkitan saluran pernafasan, bronkitis dan batuk.
  • Halia mentah digunakan untuk merawat malaria, gigitan ular, radang sendi (rheumatism dan arthritis) dan migraine dan sakit gigi.  
  • Halia mengandungi enzim protease yang berfungsi sebagai pemecah protin. Pankrias juga menghasilkan enzim ini tetapi kalau tidak mencukupi, protin yang dimakan tidak akan dicerna dengan betul dan asid urik akan terhasil dan disimpan dalam badan terutama di tumit kaki. Ini menyebabkan tumit menjadi sakit. 
  • Halia kering diguna untuk merawat sakit dada, sakit pinggang dan sakit perut.
  • Menurut kajian University of Michigan, Gingerol, minyak volatile yang terdapat dalam halia, mampu membunuh sel kanser ovari.
  • Kajian yang telah dibuat menunjukkan petanda radang kolon berkurangan dengan pengambilan halia. Lihat  http://www.miamiherald.com/2011/10/18/2458734/ginger-supplements-may-diminish.html
  • Melegakan kesakitan otot-otot, kejang dan segugut.
  • Detoks dan pembakar lemak.http://www.gingerpeople.com/c/cat/health/post/Ginger-and-Fat-Burning/
  • Mempunyai sifat-sifat anti-kanser, seperti juga hampir kesemua makanan dalam Al-Quran dan Sunnah.
  • Menurut Ibn Qayyim Al-Jawziyya dalam kitab perubatannya Medicine of The Prophet halia meningkatkan memori.
Kajian-kajian jelas menunjukkan bukti kebaikan halia ke atas organ dan sistem tubuh, tetapi yang sukar di buktikan, tetapi pasti berlaku ialah kesan positif makanan Al-Quran pada kerohanian kita.  

Beberapa peringatan menggunakan halia sebagai rawatan:
"Ginger" cat
  • Jangan makan halia dalam kuantiti yang berlebihan . Oleh kerana halia ada keupayaan untuk menurunkan tekanan darah dan juga kandungan gula dalam darah seseorang yang mempunyai bacaan yang normal mungkin akan mengalami tekanan darah atau kandungan gula yang terlalu rendah. Lebih baik mengambilnya sedikit setiap hari dengan konsisten. Seperti juga amalan ibadah dalam Islam, amalan dalam ilmu perubatannya perlulah dengan istiqamah.
  • Apabila mula mengamal halia sebagai rawatan, sedikit gangguan di perut seperti senak mungkin dialami. Teruskan makan tetapi kurangkan sedikit pengambilan halia, insyaAllah tindakbalas itu akan terus hilang dan perut dan lain-lain organ dan sistem tubuh akan terus dirawat. 

Teh Halia (Zanjabil) dari Syria




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *