Friday, December 11, 2015

Madu Tualang Untuk Rawatan Leukimia

Keistimewaan Madu Tualang telah lama diketahui tetapi dengan kajian-kajian yang dijalankan sepanjang masa, lebih maklumat yang dapat diperolehi.

Yang terkini, kajian menunjukkan Madu Tualang membuatkan sel leukimia (kanser darah) memusnahkan dirinya sendiri dengan proses apoptosis. Yang dikatakan penyebabnya ialah kemungkinan antioksidan yang terdapat di dalam Madu Tualang.

Terima kasih kepada Tuan Azhar Mokhtar kerana berkongsi hasil kajian ini di Google. Klik di sini untuk pergi ke rantaian tersebut.







Sistem An Nisaa

Sek 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
Dr. Aniza Zain Ahmed, (MD) (Alt. Med.)
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Saturday, November 21, 2015

Kunyit Kuasai Keradangan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda




Kunyit atau nama saintifiknya cucurma longa

Kunyit adalah salah satu daripada bahan makanan yang amat lazim digunakan dalam masakan Melayu dan India untuk memberi perasa dan juga warna kepada lauk-pauk tradisional. Kunyit atau nama saintifiknya Cucurma longa adalah dari keluarga Zingiberaceae iaitu adik-beradik halia juga. Oleh itu, boleh dikatakan kunyit ini termasuk juga dalam istilah  makanan (zanjabil) yang disebut di dalam Al-Quran (Surah Al-Insaan, ayat 17). Perkataan Zingiber itu berasal dari perkataan bahasa Arab zanjabil.

Surah Al-Insaan ayat 17. Perkataan "jahe" bermaksud halia (zanjabil) 

Seperti halia juga, kunyit mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi, terutama sekali dalam merawat keradangan. Banyak penyakit yang berpunca dari keradangan. Antara penyakit yang disebabkan oleh keradangan ialah serangan jantung, kanser, athritis (dan penyakit-penyakit auto-immune), ekzema, asthma, acid reflux dan banyak lagi penyakit-penyakit yang kita dengar setiap hari, termasuk juga penyakit Alzheimer. Penyakit kencing manis mengakibatkan pelbagai penyakit lain yang disebabkan oleh keradangan.

Oleh itu, kegunaan kunyit dalam merawat keradangan amatlah penting sebagai suatu alternatif. Bahan aktif dalam kunyit dikenali sebagai cucurmin. Selain dari sifat anti-radang, cucurmin juga antioksidan dan antivirus, antibakteria dan antikulat.


Kunyit (Cucurma longa) boleh dimakan begitu sahaja, direbus dan diminum sebagai teh. Tetapi  bahan cucurmin dalam kunyit dalam kadar yang sangat sedikit. Oleh itu, untuk tujuan merawat, pesakit perlu makan dalam jumlah yang agak banyak. Farmasi Online Sistem An Nisaa menyediakan kunyit dalam bentuk serbuk dalam kapsul untuk mudah diamalkan.


Bahan cucurmin lebih mudah diserap di dalam usus apabila dimakan bersama lada hitam. Ini kerana bahan piperine di dalam lada hitam. 
Kunyit dan cucurmin adalah larut lemak oleh itu ia patut dimakan bersama lemak seperti minyak sayuran seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara, atau susu.
Kapsul kunyit dan lada hitam dari Sistem An Nisaa


Nota: Pesakit batu hempedu dan masalah saluran hempedu serta ibu mengandung tidak digalakkan mengambil kunyit sebagai perubatan.




Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sistem An Nisaa

Seksyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*


Monday, October 19, 2015

Klinik Bekam Sistem An Nisaa Untuk Wanita

Assalamu'alaikum! Terima kasih kerana melawat blog kami. Oleh kerana kami masih menerima banyak pertanyaan melalui panggilan dan pesanan teks mengenai perkhidmatan kami, kami akan bentangkan sekali lagi ciri-ciri perkhidmatan kami di sini.

- Bayaran untuk bekam ialah hanya RM80.OO untuk 10 cup.
  RM5 untuk tambahan setiap cup.  

- Rawatan adalah untuk WANITA sahaja.

- Bekam cara sunnah (bekam darah)

- Klinik kami di sebuah rumah di Seksyen 4 KOTA DAMANSARA. Dekat dengan tol Kota Damansara. Alamat prnuh akan diberi apabila temujanji dibuat. Sila hubungi kami untuk dapatkan temujanji.

- Waktu operasi 9am hingga 4pm tapi perlu buat temujanji. Tutup hari Rabu. Sabtu dan Ahad buka. Whatsapp/ SMS Cik Marzia 016-289 1579 untuk buat temujanji.

- Tempoh rawatan lebih kurang 1 jam.

- Perlu bawa sehelai kain sarung.









Sistem An Nisaa

Seksyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  
Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*





Sunday, August 16, 2015

Bekam Beratus Ringgit?

 
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW serta ahli keluarga dan sahabat Baginda.


Saya pernah menulis tentang cara beberapa pembekam tertentu yang meletakkan harga untuk perkhidmatan bekam di post "Tips Memilih Pembekam dan Tempat Bekam"  dua tahun lepas. Tetapi saya masih kerap mendengar ramai pesakit yang menceritakan tentang pembekam yang charge hingga beratus ringgit untuk sekali bekam. Sampai lima enam ratus sekali bekam...terkejut saya, dan rasa kasihan sangat pada mangsa-mangsa bekam ini. Mereka tak daya buat atau kata apa-apa kerana bekam dibuat di bahagian belakang.

Jadi, saya rasa perlu untuk mengingatkan sekali lagi pada semua sedikit tips sebelum berbekam:

  • Jika pembekam meletakkan harga mengikut jumlah cup, bincang dan pastikan terlebih dahulu, bilangan cup yang akan digunakan.  
  • Cup tidak perlu diletakkan pada setiap inci badan. Bekam ada titik-titik tertentu, dan itu pun tak perlu dibekam pada setiap titik.
  • Pastikan tempat pembekam ada punca paip air atau tempat membasuh yang ada paip air yang mengalir. 
    • Pastikan pisau atau lancet (jarum) baru digunakan.  

    Amalkanlah bekam selalu untuk merawat pelbagai penyakit kerana inilah perubatan cara Rasulullah SAW, tetapi berwaspadalah jugs dengan orang-orang yang mengambil kesempataan atas penderitaan orang lain.

    Wallauhua'lam.







    Sistem An Nisaa
    Dr.Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)

    Sek 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
    016-289 1579 / 013- 62 60 369   
    (Whatsapp/SMS sahaja)

    Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
    Dari wanita untuk wanita:

    Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut tradisional* Makanan Sunnah
     


    Wednesday, August 5, 2015

    Manna - Makanan Prebiotik Terbaik

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
    Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
    serta keluarga dan sahabat Baginda.




    Manna dalam bentuk asal
    Manna
    • Makanan terbaik yang disebut di dalam al-Quran. Sila lihat di sini
    • Prebiotik terbaik antara semua makanan.
    • Tinggi serat, mengenyangkan perut oleh itu amat sesuai untuk amalan dalam mengawal berat badan bagi mereka yang kuat nafsu makan.
    • Merawat masalah perut seperti sembelit, cirit-birit dan angin.
    • Mencegah kanser kolon.
    • Mencegah kencing manis.
    • Membantu dalam rawatan untuk kegagalan buah pinggang.
    • Mengawal jangkitan gonorea.

    Apa itu prebiotik?
    Prebiotik terdiri dari serat tumbuhan (plant fiber dan juga dikenali sebagai dietary fiber) yang menyuburkan bakteria baik yang wujud dalam organ sistem perkumuhan kita. Bakteria baik ini mempengaruhi kesihatan kita secara am, serta metabolisma dan sistem ketahanan (immune system). Sudah tentunya bakteria baik ini mencegah penyakit-penyakit berkaitan dengan organ sistem perkumuhan iaitu usus dan kolon. 

    Secara amnya, sistem perkumuhan yang baik dan lancar akan mencegah dari masalah-masalah mental, kemurungan stress dan kegelisahan. Salah satu punca obesiti juga dikatakan berpunca dari kekurangan bakteria baik ini. Prebiotik dapat mengawal nafsu makan dan berat badan dengan memastikan keadaan usus yang baik.

    Kelebihan prebiotik juga termasuk memperbaiki penyerapan magnesium dan kalsium, dan seterusnya menguatkan tulang dengan menambahkan kemampatan tulang. 
    Manna dalam bentuk serbuk

    Manna adalah antara makanan yang mengandungi serat tumbuhan (prebiotik) ini yang paling tinggi. Tidak hairanlah mengapa ianya disebut tiga kali di dalam Al-Qurannul Kareem.  

    Dapatkannya di Farmasi Islam Online






    Sistem An Nisaa
    DrAniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)
    Sek 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
    016-289 1579 / 013- 62 60 369  
    (Whatsapp/SMS sahaja)

    Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
    Dari wanita untuk wanita:

    Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut tradisional* Makanan Sunnah

    Sunday, July 5, 2015

    Boleh Ke Ambil Madu Dengan Minyak Habbatus Sauda?

    Image result for bismillah images
    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
     Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat Baginda





    Jawapannya: TIDAK BOLEH

    Madu tidak boleh diambil bersama-sama dengan minyak habbatus sauda atau apa-apa minyak lain. Saya dapat tahu dari pesakit-pesakit yang datang ke klinik Sistem An Nisaa, ada yang mengamalkan makan minyak habbatus sauda bersama-sama atau dicampurkan dengan madu. Saya juga sering terbaca komen-komen di dalam perbincangan dalam Facebook tentang "resepi-resepi" yang menggabungkan pelbagai makanan sunnah untuk dijadikan satu penawar "all-in-one". 




    Samada untuk menjimatkan masa atau pun untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa menelan minyak apatah lagi minyak habbatus sauda yang agak pedas dan berempah rasanya, amalan mencampurkan pelbagai makanan sunnah perlu dibuat dengan teliti dan dengan ilmu yang cukup. 


    Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Sury Roowi dari MARDI, segala jenis minyak termasuk minyak habbatus sauda dan minyak zaitun boleh meneutralkan khasiat di dalam madu. Kedua-dua makanan ini tidak wajar dicampurkan sekali, dan dimakan pada waktu yang sama. Pastikan ada ruang masa tidak kurang dari 1/2 jam antara kedua makanan tersebut.


    Di antara dua bahan makanan seperti madu dan minyak, tidak ada bahan semulajadi yang dapat menggabungkan kedua-duanya supaya ada reaksi antara dua bahan tersebut. Kedua-dua bahan makanan tidak akan menjadi sebati. Apabila tidak sebati, komponen-komponen di dalam makanan tidak dapat diperhaluskan (breakdown), dicerna, dihadam dan ada yang akan menjadi sisa. Sisa-sisa akan menjadi asid dan toksin dalam badan.

    Menurut seorang ahli farmasi yang saya telah jumpa, antara dua jenis minyak berlainan pun begitu juga. Satu "binder"  atau pengikat perlu ditambahkan supaya kedua-dua bahan akan sebati dan mampu dicerna dan diserap oleh tubuh. Sukatan juga perlu betul supaya dua minyak itu akan sebati dan memberi keberkesanan yang maksimum. Jadi, kita tidak boleh lagi ambil shortcut atau jalan pintas dalam mengambil setiap penawar yang penting dan berkhasiat itu! Ambil minyak habatus sauda dan minyak kelapa dara di waktu pagi secara berasingan, kerana kedua-duanya menjana tenaga, manakala minyak zaitun ambil di sebelah malam pula. Atau pun, ambil satu jenis minyak sahaja setiap selang sehari.


    Madu perlu di ambil secara berasingan, sebaik-baiknya semasa perut masih kosong di awal pagi.

    Baca post Cara-Cara Mengamal Makanan Sunnah untuk sedikit panduan masa-masa dan cara yang sesuai untuk makan makanan sunnah lain yang penting dalam sistem pemakanan kita. 


    Suatu makanan sunnah tidak semestinya menjadi lebih baik, atau tetap berkesan jika dicampurkan dengan makanan sunnah yang lain.



    Wallahua'lam.







    Sistem An Nisaa

    Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

    Sek 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
    016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
    sistemannisaa@gmail.com  


    Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
    untuk wanita dari wanita:

    Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
    * Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

    Wednesday, July 1, 2015

    Merawat Eczema Dengan Madu Kelulut

    Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
    Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammas SAW
    serta keluarga dan sahabat Baginda.

    Eczema merupakan satu penyakit kulit yang amat sukar untuk diubati. Ia biasanya berlaku di dalam keluaga yang ada masalah berkaitan dengan alahan dan sistem imun. Kadang-kadang ianya berlaku pada sesorang kanak-kanak, dan  hilang apabila ia menjadi dewasa. Dan kadang-kadang, serangan eczema itu boleh berlaku lagi bila-bila masa dalam zaman dewasanya. 

    Ini yang berlaku pada pesakit Puan Lia (bukan mama sebenar). Beliau baru masuk ke alam 50-an dan sudah tentunya seorang wanita akan mengalami sedikit gangguan hormon pada usia ini. Beliau juga mula bekerja di tempat di mana beliau terdedah pada kuman dan kotoran, dan tambahan pula ketika itu beliau melalui sedikit stress di tempat pekerjaan. 

    Ketika dia datang ke klinik Sistem An Nisaa, di hadapan kedua-dua kaki di bahagian lipatan antara jari-jarinya dan betisnya dipenuhi dengan eczema yang meradang denga teruk. Kaki sebelah kirinya bengkak teruk, merah dan mengeras serta terasa panas. Sakitnya bukan setakat terasa di kulit-kulit yang pecah tetapi menusuk hingga ke dalam tulang.

    11 Jun 2015 - Ini keadaan kaki Puan Lia semasa beliau mula-mula datang. Kakinya bengkak sangat dan merah. Ini adalah kaki kanannya yang tidak seteruk kaki kiri, dan gambar di ambil dari sisi di mana keradangan kulit tidak begitu nampak. Oleh kerana keadaanynya agak kronik, Puan Lia tidak sanggup gambar yang menunjukkan keadaan yang sebenar ditunjukkan di sini.

    Kaki Puan Lia mula-mula telah dibersihkan dulu dengan menggunakan Cuka Buah Anggur menggunakan kapas. Cuka Buah, samada buah anggur, delima, epal, kurma, mulberi atau apa saja bersifat asidik dan terbaik untuk membunuh kuman dan bakteria. Kemudian sedikit madu kelulut di sapu pada seluruh bahagian kulit yang meradang. Kaki Puan Lia kemudiannya di balut supaya tidak terdedah pada kotoran.





    Pada sebelah malam, Puan Lia di minta mengulangi prosedur di atas. Hanya balutan yang dibuat sebelum tidur dibuat nipis sahaja supaya luka-luka dapat bernafas dan akan cepat mengering.


    Apa yang belaku...?




    12 Jun 2015 - hanya sehari selepas rawatan bermula, bengkak dan merah pada kaki tersebut telah surut terus dan kesakitan amat berkurangan. Kelihatan keadaan kulit telah kering dan menggelupas dengan sendiri, 
    meninggalkan kulit yang elok dan licin di bawahnya. Ini adalah kaki kiri Puan Lia yang lebih teruk. 


    13 Jun 2015 -  Pada hari ketiga, kulit terus mengering dan  mengupas dan banyak kawasan kulit sudah licin.. 
       
    18 Jun 2015 - seminggu selepas rawatan bermula,, kulit kaki Puan Lia kelihatan
    telah 80%  pulih

    25 June - Kulit kaki Puan Lia hampir pulih menunggu sel kulit baru yang sempurna
    menggantikan yang rosak. 

    Penyembuhan dapat berlaku dengan lebih cepat sekiranya makanan dipantang. Pesakit juga perlu minum banyak air dan larutan cuka buah untuk membantu menyahtoksin dari badan. Penawar-penawar seperti propolis, minyak habbatus sauda, minyak kelapa dara dan juga madu kelulut perlu diamalkan untuk turut melawan bakteria atau kulat (fungus) yang berada di dalam tubuh.

    Jangan lupa juga amalkan ayat-ayat syifa' terutamanya doa' Nabi Ayub a.s. Surah Al-Anbiya' ayat 83 dan Surah Az-Zumar ayat 23.

    Perlu diingatkan, rawatan eczema harus dilakukan dengan nasihat pengamal profesional. Kebersihan paling diutamakan dalam rawatan eczema. Di Sistem An Nisaa, kami menggunakan madu kelulut yang fresh dan asli, dituai dan disimpan dengan cara-cara yang mengutamakan kebersihan (hygiene). 







    Sistem An Nisaa
    Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

    Sekseyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
    016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
    sistemannisaa@gmail.com  


    Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
    untuk wanita dari wanita:

    Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
    * Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*