Showing posts with label madu tualang. Show all posts
Showing posts with label madu tualang. Show all posts

Friday, December 11, 2015

Madu Tualang Untuk Rawatan Leukimia

Royalty-Free Bismillahirrahmanirrahim Stock Images, Photos ...



Keistimewaan Madu Tualang telah lama diketahui tetapi dengan kajian-kajian yang dijalankan sepanjang masa, lebih maklumat yang dapat diperolehi.

Yang terkini, kajian menunjukkan Madu Tualang membuatkan sel leukimia (kanser darah) memusnahkan dirinya sendiri dengan proses apoptosis. Yang dikatakan penyebabnya ialah kemungkinan antioksidan yang terdapat di dalam Madu Tualang.

Terima kasih kepada Tuan Azhar Mokhtar kerana berkongsi hasil kajian ini di Google. Klik di sini untuk pergi ke rantaian tersebut.










Sistem An Nisaa

Sek 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya 
013- 62 60 369 
Dr. Aniza Zain Ahmed, (MD) (Alt. Med.)
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Saturday, March 28, 2015

Baru! Madu Tualang dengan Ekstrak Kayu Manis

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabatnya.

Syukur pada Allah swt, Sistem An Nisaa kini dengan izinNya dapat mengeluarkan satu lagi penawar iaitu Madu Tualang dengan Ekstrak Kayu Manis.


Seperti yang kita tahu, madu tualang nusantara adalah yang terbaik bagi kita di rantau ini, dan kandungan antioksidannya pula tinggi dan setanding dengan madu terkemuka dari Australia. Madu Tualang dihasilkan oleh lebah liar apis dorsata yang tidak boleh diternak.

Kayu manis juga mengandungi banyak antioksidan seperti polyphenol dan terdapat kompaun-kompoun yang tinggi nilai perubatannya. Selain dari antioksidan, kayu manis juga adalah:
  • anti-radang (anti-inflammatory)
  • antidiabetis
  • antimikrob
  • antibarah
  • penurun lemak (lipid)
  • mengandungi kompaun penurun penyakit kardiovaskular
Kajian juga menunjukkan kayu manis menunjukkan aktiviti mencegah masalah neurologi seperti Parkinson's dan Alzheimer's disease. 



Hebatnya rempah ini yang turut disebut di dalam kitab perubatan Islam.
Bahan yang menjadikan kayu manis ini sebagai bahan perubatan dikenali sebagai 
cinnamaldehyde.

Sistem An Nisaa menggunakan ekstrak kayu manis supaya mudah dihadam dan khasiatnya mudah diserap. Serbuk kayu manis kadang-kadang tidak dapat dihadam dengan baik dan mungkin tertinggal sebagai sisa di dalam buah pinggang.

Gabungan madu asli yang penuh dengan enzim dan asid amino bergabung dengan baik dengan kayu manis untuk menghasilkan satu penawar yang amat hebat. Rasanya pula masya Allah, sedap tidak terkata. Alangkah indahnya Islam, penawar yang mampu merawat dan mencegah penyakit, termasuk yang kronik, sungguh nyaman dan mudah serta terasa nikmatnya untuk diamalkan.

Disamping itu, tiada kesan tindakbalas yang negatif atau jangkapanjang pada mana-mana organ-organ selagi penawar ini tidak diambil dengan berlebihan kerana komposisi makanan adalah hampir serupa dengan biologi tubuh manusia.


Antara kebaikan gabungan madu dan kayu manis adalah seperti berikut:
  • meleraikan sumbatan dalam arteri jantung
  • melawan bakteria yang menyerang saluran pundi kencing yang menyebabkan keradangan (cystitis)  
  • mengekang keradangan sendi tulang (athritis)
  • membantu penghadaman dan mengelakkan perut kembung dan angin
  • melawan bakteria yang menyerang gigi dan gusi
  • melawan bakteria yang menyebabkan jerawat batu
  • melawan bakteria yang menyebabkan batuk
  • memberi tenaga dan meningkatkan sistem imun


Nota:
Rencana ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan bukan untuk memberi preskripsi untuk sebarang penyakit dan masalah. Dapatkan nasihat dari doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk rawatan yang sempurna.  

Untuk membuat pesanan, sila melawat Farmasi Islam Online di sini!


Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Monday, October 31, 2011

Madu Tualang - Madu Nusantara Yang Paling Sesuai Untuk Penduduknya



Koloni lebah apis dorsata di atas Pokok Tualang

Lebah, Madu dan Pokok Tualang
Tualang ialah sejenis pokok hutan tropika yang sangat tinggi. Lebah Tualang yang dikenali dengan nama saintifiknya Apis dorsata membuat sarang di atas pokok ini, kadang-kadang lebih dari 50 koloni terdapat di atas satu pokok. Spesis ini adalah liar dan tidak boleh dibela seperti spesis apis mellifera atau apis cerana yang menghasilkan Madu berwarna keemasan. Lebah ini mengambil manisan (nectar) dari beratusan jenis pokok, tanaman, bunga-bungaan dan herba yang terdapat dalam hutan, dan kepelbagaian ini menghasilkan lebih banyak kompoun-kompoun yang  memberi menafaat kepada manusia yang memakan hasil madunya.

Madu dari gunung dan pokok-pokok adalah lebih unggul dari madu yang diambil dari sarang lebah yang diternak, keunggulan kualitinya berkait dengan sumber manisan bunga (nectar) yang dikutip oleh lebah.
Ibn Qayyim al-Jawziyya, dalam kitab At-Tibb Nabawi

Lebah ini  menghasilkan madu hutan yang lebih gelap warnanya. Mineral seperti potassium, klorin, sulfur, besi, manganese, magnesium, dan natrium (sodium) adalah  lebih tinggi dalam Madu yang berwarna gelap. Tetapi sebenar yang lebih penting ialah kandungan antioksidan iaitu flavanoid dan polyfenol yang sangat tinggi dalam Madu gelap. 


Madu Tualang sememangnya adalah lebih cair dari madu impot oleh kerana cuaca di negara kita yang mengalami banyak hujan, namun kualitinya tidak kurang malah mungkin lebih superior berbanding dengan Madu Arab atau Madu Australia dan New Zealand yang lebih terkenal. Madu Tualang Sistem An Nisaa datangnya dari Sumatera, Indonesia dan berwarna sangat gelap sehingga kelihatan berwarna hitam.

Lebah apis dorsata
Semakin lama Madu ini disimpan, semakin gelap, sedap dan berkhasiat ia menjadi. Madu yang dipek dalam botol kaca yang bersegi enam menjadikannya lebih baik seolah-olah ia masih berada dalam sarangnya yang berbentuk begitu juga. Madu yang disimpan di dalam botol gelap juga melindungi kandungan khasiatnya tidak terhapus oleh cahaya matahari. Simpan ditempat yang sejuk (bukan peti ais) dan gelap dan kering seperti almari dapur.


Madu tempatan adalah yang terbaik untuk penduduknya kerana lebah mengambil  manisan (nectar) dari bunga-bungaan tempatan yang mempunyai unsur-unsur perubatan yang terbaik untuk penduduk setempat.

Madu adalah sangat sesuai digunakan untuk rawatan penyakit rohani dan jasmani, tepat dengan prinsip perubatan Nabi. Madu yang pelbagai warnanya (An-Nahl 16:69) adalah penawar bagi pelbagai penyakit kerana tubuh manusia juga bergetar dengan pelbagai frekuensi warna dalam dan luar tubuh. Madu sangat cepat dan mudah diserap ke dalam saluran darah (dalam masa tujuh minit) untuk merangsang otak dan menjadi tenaga. Ia adalah makanan bagi roh maka ia sangat baik untuk menjana semangat dan jiwa yang kental.

Hidrogen peroksid merupakan bahan aktif yang memberi madu kesan antibakterianya. Madu merupakan bahan awet semulajadi (“the trustworthy preserver“) yang mengekalkan kesegaran makanan oleh itu makanan di dalam perut tidak cepat reput dan busuk. Madu menambahkan keaktifan (memangkin) atau menambah tenaga kepada penawar yang lain. Ia bersifat laxative dan diuretik, mencuci dan menjaga organ hati (liver) .

Madu memberi tenaga, kecerdasan otak (untuk yang lemah berfikir dan pelupa), dan memberi keceriaan dan semangat untuk hidup. Dos atau kuantiti yang sesuai berbeza di antara setiap orang dan anda perlu peka dengan keperluan tubuh anda sendiri. Sekiranya madu tidak memberi apa-apa kesan setelah dimakan beberapa hari, tambahkan sedikit jumlah yang diambil. 

Sekiranya mengambil Madu membuka selera makan lebih dari biasa, bererti kuantiti yang diambil sudah terlebih dan tidak setimpal dengan jumlah aktiviti fizikal anda. Samada kurangkan jumlah Madu ataupun tambahkan aktiviti, kerana tenaga tubuh sudah pun meningkat.

Rahsia Menguruskan Badan Dengan Madu
Sekiranya ingin menguruskan badan, ambil madu setiap pagi. Yang penting, pastikan buat senaman atau aktiviti fizikal yang akan mengeluarkan peluh sejurus selepas mengambil Madu. Sekiranya tubuh anda ada banyak toksin, dan anda baru sahaja mula mengambil Madu, anda akan rasa lesu dan mengantuk selepas mengambil madu. Jangan rihat atau tidur, lawan dan jalankan senaman atau aktiviti yang patut. Dalam beberapa hari sahaja anda akan rasa lebih ringan, lebih bertenaga dan lebih bersemangat.

Untuk melangsingkan badan, tambah Cuka Buah pada Madu dengan  nisbah 1:1 dan minum setiap hari. Campuran ini juga akan meningkatkan sistem imun dengan amat ketara sekali.

Untuk mengempiskan perut, rebus sepotong halia sebesar ibujari dengan air selama sepuluh minit dan bila air rebusan sudah sejuk, tuangkan ke dalamnya sesudu besar Madu. Buat senaman atau aktiviti fizikal.

Satu Lagi Rahsia Cara Mengamal Madu
Kaedah amalan ini terdapat dalam Kitab At-Tibb Nabawi yang ditulis oleh Ibn Qayyim Al-Jawziyya. Amalan ini dikatakan akan mencegah daripada ditimpa penyakit kronik. Celupkan jari manis ke dalam Madu asli mentah dan jilat. Ini dikenali sebagai ma'junat (electuary) dan disaran melakukan ini sebanyak tiga kali dalam sebulan. 

Tiada keterangan diberi tentang amalan ini tetapi penulis percaya bahawa ada tindakbalas yang berlaku diantara enzim-enzim pada jari manis, enzim air liur dan Madu. Juga, satu rakaman data berlaku apabila jari dicelup ke dalam Madu, dan penawar akan bertindak mengikut keperluan yang ditafsirkan melalui celupan jari manis tersebut. Tetapi ini hanya boleh berlaku sekiranya Madu adalah Madu mentah yang "hidup" kerana mengandungi enzim-enzim yang hidup (raw honey), iaitu Madu yang  tidak dipastur dan diproses.

Rasulullah SAW amat gemari minum madu yang dicampurkan dengan air yang sejuk. Air panas atau suam mungkin menghapuskan enzim-enzim hidup dalam Madu. Enzim-enzim ini amat penting menjalankan tugas sebagai penawar.

Rahsia Ketiga Cara Amalan Madu
Untuk menyejukkan tubuh, masukkan Madu ke dalam gelas. Tuangkan air yang sejuk, kacau, baca selawat syifa' dan minum. 
Untuk memanaskan tubuh pula, tuangkan air sejuk ke dalam gelas. Bubuh Madu ke dalam air, kacau, baca selawat syifa' dan minum.

Banyak kajian sedang dilakukan untuk mengetahui lebih mendalam lagi tentang fungsi Madu dalam melemahkan gene dan virus penyakit-penyakit keturunan seperti kencing manis, kanser, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi. Ini juga termasuk “virus” penyakit-penyakit autoimun, “degenerative” dan virus HIV di mana sel-sel diserang oleh antibodi dan tisu tubuh sendiri.

Madu yang tidak dipastur dan diproses (raw honey) bercampur dengan Cuka Buah tanpa atau dicampur dengan air sejuk adalah penawar semulajadi yang amat berkesan untuk batuk berkahak, sakit tekak, alahan dan juga amat membantu dalam membantutkan pertumbuhan sel kanser. Campuran ini mengaktifkan kandungan potassium yang sangat penting fungsinya iaitu mengawal keseimbangan cecair dalam dan luar sel.


Madu dan Cuka buah (epal, tamar, delima, anggur atau mulberry merupakan campuran yang menjadi penawar yang amat berkesan untuk pelbagai penyakit seperti alahan, resedung, gangguan pencernaan, gastrik malah mampu juga mengawal pertumbuhan sel kanser.

Madu juga sangat berkesan dalam rawatan ulser di luar dan di dalam tubuh. Jika ada ulser dalam perut, minum sesudu besar madu setiap hari, manakala jika ulser berada dalam mulut, lumurkan madu ke atasnya. InsyaAllah dalam sehari sahaja kesakitan dan keradangan ulser akan berkurang. 

Untuk masalah mata, larutkan madu dengan air zam-zam dan cuci mata. Oleh kerana madu asli bersifat asid, mata akan terasa pedih sedikit tetapi yakinlah dengan kaedah ini kerana sifat anti-bakteria dan anti-virus dalam Madu sangat mujarab.

Untuk masalah lemah tenaga batin, amalkan makan Madu Tualang Sistem An Nisaa dan Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa sekali atau dua kali sehari. 

PERINGATAN!
Tiada ujian di luar makmal yang betul-betul dapat membezakan madu asli dari Madu tiruan. Madu tiruan sekarang terlalu canggih komposisinya dan dapat lulus semua ujian seperti ujian mancis, ujian telur, ujian piring putih dan ujian semut. Hanya ujian makmal sahaja dapat mengesahkan keaslian madu dengan kehadiran enzim yang tidak dapat diproses/ ditiru. Sesetengah pakar dalam madu juga dapat membezakan di antara yang asli dan yang tiruan dengan merasa madu itu. 

Sila ke http://farmasiislamonline.blogspot.com/2010/03/blog-post_28.html untuk mendapatkan Madu Tualang Sistem An Nisaa. Madu kami tidak diproses atau dipastur dan disahkan asli dengan sijil dari makmal.




Sistem An Nisaa


Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *