Dengan nama Allah
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Setiap manusia tidak lari dari mengalami samada masalah,
penyakit atau gangguan makhluk halus , atau ketiga-tiganya sekali. Kebiasaannya
seseorang yang demam atau dalam kesakitan akan terus mencari doktor. Ada pula yang
tak suka atau tak mampu berjumpa dengan doktor maka dia akan cuba untuk merawat
dirinya sendiri dengan mengambil pelbagai jenis ubat seperti aspirin dan
paracetamol yang terdapat di farmasi dan kebanyakan kedai-kedai biasa.
Jika penyakit agak ganjil sikit, sesetengahnya akan mencari
ustaz atau perawat, kot-kot ada gangguan makhluk halus pula. Tambah pula ada
lebam-lebam di badan, naik seram sejuk waktu senja, tiba-tiba tak boleh tidur malam, siang pula mengantuk
yang amat. Dalam hati mula berkata-kata, siapa pula yang dengki dengan aku ni..?
 |
Lebih ramai yang stress dari yang tenang |
Masalah seperti kekacauan dalam rumahtangga, masalah orang
ketiga (MasyaAllah banyaknya kes ini yang berlaku) perhubungan dengan rakan-rakan
sepejabat atau ketua pejabat, masalah kewangan, gangguan emosi seperti
kemurungan, kegelisahan dan kebosanan, gemuruh
atau panas baran dianggap sebagai masalah keadaan persekitaran atau masalah
personaliti. Kalau migraine, doctor akan beritahu..”Anda stress..”. Maka diberilah ubat relaxant.
Tiada salahnya mencari penawar. Malah hukumnya adalah wajib
kerana menjaga kesihatan adalah amanah kita. Tetapi..sebenarnya…hakikatnya..kunci
segala-galanya, termasuk penawar untuk penyakit rohani dan jasmani berada di
dalam diri kita sendiri, dalam hati kita, dalam solat kita. Permulaan proses penyembuhan dari segala gangguan, penyakit dan masalah adalah solat yang sempurna.
Saya bukanlah seorang ustazah, tak ada tauliah untuk mengajar
bab fardhu ‘ain ni. Saya cuma menimba sedikit ilmu dari beberapa Ustaz/Ustazah dan
membaca tentang kajian-kajian yang dilakukan oleh para ahli kajian dari universiti
tentang solat. Saya mengamal apa yang patut dan
syukur Alhamdulillah, saya dapat merasakan dan melihat perbezaan yang
amat ketara dalam setiap sudut kehidupan saya. Jadi saya ingin berkongsi
sedikit di blog ini dengan izin Allah swt.
Solat yang paling sempurna
sebenarnya merupakan
pencegah dan
penyelesaian kepada masalah,
pencegah dan
penawar penyakit,
pendinding dan
penghancur segala gangguan.
Solat dalam keadaan tenang, dan dilakukan dengan
penuh perasaan cinta pada Yang Maha Esa adalah kunci pada solat khusyuk. Tapi macam
mana nak tenang? Bagaimana nak cari dan rasa cinta Hakiki Yang Maha Agung itu? Masalah
menimpa-nimpa kat ofis, duit tak cukup, kepala asyik berdenyut, urat-urat sakit
seperti ada besi dalamnya, anak-anak
buat hal lagi, tengah crisis dengan
suami pulak tu!!
 |
Tiada manusia yang tidak ada masalah, tetapi selagi kita berpaut pada Quran dan sunnah, insyaAllah kita akan mencari penyelesaiannya. Kena sentiasa yakin dan ingat, terutamanya ketika saat-saat yang genting, yang Allah swt itu ada, dan Allah akan tolong, kerana Allah kasihkan hambaNya. |
Mari kita kongsi ilmu dan pengalaman, kalau ada sorang je pun yang dapat menafaat dari post ni, syukur Alhamdulillah. Sebenarnya saya kesian tengok ramai di luar sana yang mencari-cari ketenangan, mencari-cari kebahagian, mencari-cari cinta sejati, mencari-cari rezeki lebih...carilah dalam Surah di bawah ini...
 |
Surah Al-Fatihah, ibu Al-Quran, penawar, penyembuh, pedoman. |
- Cuba fahami setiap kalimah yang dibaca, terutamanya
Surah Al-Fatihah, surah yang teramat special. Saya hanya nak highlight maksud ayat ke 5 dan ke 6 sahaja di sini iaitu:
Hanya kepada Engkaulah
kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan
yang lurus,
( Jalan hidup yang benar, yang dapat membuat bahagia di dunia dan di akhirat)
Bukan ke ini yang kita idamkan? Kebahagiaan? Hidup yang diredhai? Selamat dunia akhirat kita. Paling minima 17 kali kita memohon depan Allah, rugi kalau tak pohon dengan sepenuh hati, tanpa merayu, tanpa ada rasa tusukan di dada kerana terlalu mengharapkan CintaNya, keredhaanNya, rahmahNya, petunjukNya, maka dapatlah jumpa hidup yang aman bahagia, yang berkat.
Inilah pegangan dan pedoman hidup kita,
matlamat dan halatuju hidup kita. Pada Dia lah kita meminta dan mengharap
dengan sepenuh hati, jiwa dan raga. Allah tak akan mengecewakan kita. Lagi kita
merintih padaNya, lagi Dia kesian, sayang pada kita. Tak seperti sesetengah pakwe atau suami,
kalau mengharap pada mereka, pasti hampa dan kecewa. Kalau mengadu kat depa, bukan
nak bersimpati, diperlinya atau dipersendakannya lagi, atau tak dihiraukannya langsung. Sebenarnya...bagus juga kalau ada partner macam ni, lagi
mudah kita mengharap pada Allah :-).
- Perbanyakkan buat solat taubat – pengalaman saya
sendiri, solat taubat banyak buat saya rasa rendah diri depan Allah, jiwa
terasa terubat dan ringan sekali. Pernah saya dengar soalan ini daripada
seorang makcik bila berada dalam salah satu kelas yang saya hadiri, “Ustaz,
buat apa nak buat solat taubat? Saya rasa saya tak buat dosa pun.” MasyaAllah..junjungan
besar Nabi Muhammad SAW yang maksum pun tak henti-henti beristighfar...
- Tak kenal maka tak cinta. Sentiasa cari ilmu, terutama
sekali ilmu makrifatullah. Kena hadiri majlis, tak cukup dengan membaca atau
mendengar di TV sahaja. Cari seorang (atau dua, tiga) ustaz atau ustazah yang
ajarannya masuk ke kalbu. Baru ada feel...
- Belajar cara ambil wudhu’ dengan betul dan focus
semasa melakukannya. Wudhu’ yang sempurna akan memberi nur, baru kita boleh memasuki nur solat. Maka jadilah
nurrun ala nurr, cahaya dalam cahaya. Yakin akan kewujudan kesemua ini, guna otak
kanan iaitu otak kreatif dan otak imaginasi. Rasakan keindahan solat itu, ketika berdepan dengan Dzat Yang telah Menciptakan kita, our Creator, so Powerful He created the Universe and everything in it. MasyaAllah...
- Beritahu pada diri sendiri “Ini mungkin solat
terakhir ku, dan ku ingin memberi persembahan
yang terbaik bagi Mu, Ya Allah.” Bayangkan kita berada di atas titi Siratul
Mustaqim, di depan dan di kiri kanan api neraka yang menjulang-julang. Samada kita
akan melepasi titi ini atau jatuh ke neraka Jahannam buat selama-lamanya
bergantung pada kualiti solat terakhir kita itu. Seram?
 |
Tiada imej yang dapat betul-betul gambarkan keadaan sebenar api neraka Jahannam |
- Jangan lupa tama’ninah pada posisi-posisi iktidal,
ruku’ dan sujud. *This is very important.* Arahan atau langkah ini nampak seperti kecil
dan tak begitu penting fungsinya, tetapi keadaan rehat seketika ini adalah satu
daripada cara yang sangat penting dan berkesan untuk mendapat ketenangan
dalam solat. Ini telah dibuktikan melalui kajian oleh tiga ahli kajian dari
Universiti Malaya dengan mengesan isyarat otak yang terhasil daripada aktiviti
otak yang dikenali sebagai elektroensefelogram (EEG).
 |
Tidak semestinya semua masalah akan lupus begitu sahaja, tetapi bila dah dapat ketenangan dan lebih bersyukur, masalah tu tak akan rasa berat sangat, dan sokongan dan pertolongan dari orang sekeliling datang tanpa disangka-sangka. |
- Doa’ adalah sebahagian dari solat. Dan semasa
bersujud, kita paling hampir dengan Allah, jadi gunalah peluang ini
sebaik-baiknya untuk berdoa’. Tadi kan kata ada masalah di ofis, masalah anak,
masalah duit, masalah penyakit, masalah suami, jadi..mintalah pada yang kita
sembah, kerana pada Dialah kita patut memohon untuk segala-galanya. He is Al-Mujiib, The Most Responsive, He is Al-Mu'iid, the Restorer, He is Al-Matiin, The Super Power. Dan satu
lagi..doa pada setiap sujud, bukan saja sujud terakhir.
 |
Bila dah dapat rasa Cinta Yang Hakiki dan takut hanya pada Dia, dan tidak lagi mengharap pada cinta dunia, maka mulalah perubahan dalam hidup kita. Kita akan disayangi oleh semua makhluk dan hambaNya. |
- Sambil
dalam sujud tu, bayangkanlah posisi kita
ketika itu, kita letakkan kepala dan lutut kita ke tanah, menghadap Allah dalam
penuh penyerahan, ketaatan, rendah hati dan pengharapan. Semakin kerdil kita
rasa diri kita, semakin kita membesarkan Tuhan, barulah dapat rasa cintaNya. Ini
semua kita kena feel, barulah solat
tu menjadi penuh erti.
- Jangan risau
tentang masa..take your time semasa
mendirikan solat. Masa hanya satu persepsi sahaja. Jika kita memberi masa untuk
solat, sudah tentu Allah akan memberikan kita masa untuk kerja-kerja lain. Tapi
kalau kita no time atau not much time untuk Allah..hai…cepatnya masa berlalu. Kerja tak siap lagi, petang ada meeting pulak lagi. Pukul 4 kang, kena jumpa client. Stress!! No,
no, no…serah pada Allah. Ambil wudhu’ dengan sempurna,
solat dengan tenang dan sempurna, kekalkan wudhu’, just wait and see, Allah akan aturkan semuanya dengan
cukup baik dan rapi.
 |
You cannot manage time. It’s only a perception. It’s you yourself that you have to manage.
- Sentiasa cuba ingat, setiap kali kita bersolat, setiap kali kita membaca surah
Al- Fatihah, takbir, rukuk, sujud dan sebagainya, sesuatu fenomenon berlaku, iaitu, sesuatu dalam alam, dalam Universe ini akan berubah. Jangan main-main, hebatnya dan kuatnya solat tu kalau khusyuknya ada. Jika solat itu sempurna, maka satu kebaikan
akan mula terbentuk. Jika solat itu sekadar pergerakan anggota dan bibir
sahaja tanpa kehadiran hati, tanpa keikhlasan, kerana terpaksa..maka sesuatu akan berlaku juga, tetapi yang buruk pula akan terbentuk, kerana hati yang lalai mengundang you-know-who lah kan. Oleh itu kita tidak boleh salahkan “nasib” atau “takdir” apabila
suatu musibah berlaku. We only have
ourselves to blame. Jadi anda buatlah keputusan sendiri nak bina hidup yang baik atau pun sebaliknya dari solat kita setiap waktu, setiap hari...
- Saya pasti ramai yang sudah mengetahui bahawa Allah
swt Mendengar dan Membalas setiap ayat yang kita bacakan dalam surah Al-Fatihah. Interaksi
ini adalah salah satu unsur dalam solat yang membuat saya rasa Allah sangat
hampir, dan sangat menyayangi kita, waktu kita berdiri di hadapanNya. Zalim dan angkuh nya kita..Allah beri penuh perhatian pada kita, tapi kita dok baca kat mulut je, hati melayang entah ke mana. Sesiapa yang
belum mengetahui apa yang Allah balas, tanyalah pada rakan-rakan atau ustaz/ah
anda. Kalau nak huraikan di sini panjang pulak post ni nanti. Di link ini pun
boleh baca juga. http://mis3fa.wordpress.com/2007/03/20/rahsia-khusyuk-solat-membaca-surah-al-fatihah/
|
- Dalam setiap solat, dua kali kita memberi salam
pada Nabi Muhammad SAW, iaitu sewaktu tahiyyat awal dan tahiyyat akhir.
Sebenarnya, takde lah perlunya kita kirim salam pada Baginda melalui jemaah
yang buat Haji dan Umrah, kerana dalam solat pun kita dah beri salam, ke...tak perasan
yang itu mengucap salam? :=)
Jika
kita benar-benar hadirkan diri dalam solat, dan sedar yang kita memberi salam pada Rasulullah, MasyAllah, sayu dan sebaknya hati, kerana teringin sangat nak
berjumpa dengan Baginda. Selepas memberi salam pada Baginda SAW, kita juga
memberi salam pada ahli-ahli ibadah yang soleh. Agak-agak terkira tak berapa
ramainya ahli-ahli tersebut yang mungkin “hadir” ketika kita bersolat, dan
memberi salam pada mereka? Ish..kalau tak naik bulu roma lagi tak taulah...
Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *