Showing posts with label madu kelulut. Show all posts
Showing posts with label madu kelulut. Show all posts

Wednesday, July 1, 2015

Merawat Eczema Dengan Madu Kelulut

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammas SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.

Eczema merupakan satu penyakit kulit yang amat sukar untuk diubati. Ia biasanya berlaku di dalam keluaga yang ada masalah berkaitan dengan alahan dan sistem imun. Kadang-kadang ianya berlaku pada sesorang kanak-kanak, dan  hilang apabila ia menjadi dewasa. Dan kadang-kadang, serangan eczema itu boleh berlaku lagi bila-bila masa dalam zaman dewasanya. 

Ini yang berlaku pada pesakit Puan Lia (bukan mama sebenar). Beliau baru masuk ke alam 50-an dan sudah tentunya seorang wanita akan mengalami sedikit gangguan hormon pada usia ini. Beliau juga mula bekerja di tempat di mana beliau terdedah pada kuman dan kotoran, dan tambahan pula ketika itu beliau melalui sedikit stress di tempat pekerjaan. 

Ketika dia datang ke klinik Sistem An Nisaa, di hadapan kedua-dua kaki di bahagian lipatan antara jari-jarinya dan betisnya dipenuhi dengan eczema yang meradang denga teruk. Kaki sebelah kirinya bengkak teruk, merah dan mengeras serta terasa panas. Sakitnya bukan setakat terasa di kulit-kulit yang pecah tetapi menusuk hingga ke dalam tulang.

11 Jun 2015 - Ini keadaan kaki Puan Lia semasa beliau mula-mula datang. Kakinya bengkak sangat dan merah. Ini adalah kaki kanannya yang tidak seteruk kaki kiri, dan gambar di ambil dari sisi di mana keradangan kulit tidak begitu nampak. Oleh kerana keadaanynya agak kronik, Puan Lia tidak sanggup gambar yang menunjukkan keadaan yang sebenar ditunjukkan di sini.

Kaki Puan Lia mula-mula telah dibersihkan dulu dengan menggunakan Cuka Buah Anggur menggunakan kapas. Cuka Buah, samada buah anggur, delima, epal, kurma, mulberi atau apa saja bersifat asidik dan terbaik untuk membunuh kuman dan bakteria. Kemudian sedikit madu kelulut di sapu pada seluruh bahagian kulit yang meradang. Kaki Puan Lia kemudiannya di balut supaya tidak terdedah pada kotoran.





Pada sebelah malam, Puan Lia di minta mengulangi prosedur di atas. Hanya balutan yang dibuat sebelum tidur dibuat nipis sahaja supaya luka-luka dapat bernafas dan akan cepat mengering.


Apa yang belaku...?




12 Jun 2015 - hanya sehari selepas rawatan bermula, bengkak dan merah pada kaki tersebut telah surut terus dan kesakitan amat berkurangan. Kelihatan keadaan kulit telah kering dan menggelupas dengan sendiri, 
meninggalkan kulit yang elok dan licin di bawahnya. Ini adalah kaki kiri Puan Lia yang lebih teruk. 


13 Jun 2015 -  Pada hari ketiga, kulit terus mengering dan  mengupas dan banyak kawasan kulit sudah licin.. 
   
18 Jun 2015 - seminggu selepas rawatan bermula,, kulit kaki Puan Lia kelihatan
telah 80%  pulih

25 June - Kulit kaki Puan Lia hampir pulih menunggu sel kulit baru yang sempurna
menggantikan yang rosak. 

Penyembuhan dapat berlaku dengan lebih cepat sekiranya makanan dipantang. Pesakit juga perlu minum banyak air dan larutan cuka buah untuk membantu menyahtoksin dari badan. Penawar-penawar seperti propolis, minyak habbatus sauda, minyak kelapa dara dan juga madu kelulut perlu diamalkan untuk turut melawan bakteria atau kulat (fungus) yang berada di dalam tubuh.

Jangan lupa juga amalkan ayat-ayat syifa' terutamanya doa' Nabi Ayub a.s. Surah Al-Anbiya' ayat 83 dan Surah Az-Zumar ayat 23.

Perlu diingatkan, rawatan eczema harus dilakukan dengan nasihat pengamal profesional. Kebersihan paling diutamakan dalam rawatan eczema. Di Sistem An Nisaa, kami menggunakan madu kelulut yang fresh dan asli, dituai dan disimpan dengan cara-cara yang mengutamakan kebersihan (hygiene). 



Sistem An Nisaa
Sekseyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Sunday, June 28, 2015

Bilut Valley Bee Farm - Tercapai Sebuah Impian

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammas SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.

Syukur kepada hadrat Allah Azza wa Jalla... 


...kini telah beroperasi dan mengeluarkan 
Madu Kelulut Bilut Valley Bee Farm 
yang ternyata asli dan segar dari ladang yang organik.


Bilut Valley Bee Farm terletak di Felda Lurah Bilut, Bentong, Pahang hanya 1 jam lebih dari Kuala Lumpur.  
Kami belum bersedia untuk menerima pelawat-pelawat
awam tetapi jika ada sesiapa yang sudi melawat, sila
menghubungi kami secara persendirian. Insya Allah,
kami terbuka hati menerima kunjungan kalian!


Bee farm ini dikelilingi oleh pokok-pokok
buah-buahan seperti dutian, mangga, manggis,
rambutan, longan, belimbing dan pisang.
Kesemuanya merupakan kesukaan kelulut.
Madu kelulut multi-flora yang ada
masam-masam buah. Madu Bilut Valley
Bee Farm tidak melalui proses
pemanasan supaya semua khasiat
asalnya dikekalkan. 
Bilut Valley Bee farm terletak di atas bukit dan dari sana
akan kelihatan di sekelilingnya alunan bukit-bukau
dan suasananya begitu indah di waktu pagi.

Spesis yang di kultur untuk madunya
terdiri dari jenis Heterotrigona itama.
Di sini kelihatan kelulut menghampiri
bunga air mata pengantin
(
antiganon leptosus) bunga kegemarannya.

Madu Kelulut Bilut Valley Bee Farm 
Dapatkan dari pejabat/klinik Sistem An Nisaa di alamat yang tertera di bawah:



Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)

Seksyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Madu Kelulut - Madu Dari Khazanah Nusantara

Bismillahirrahmanirrahim | Qur'an, Stiker mobil



Industri penternakan kelulut secara komersil dan madu kelulut masih agak baru lagi di Malaysia dan masih ada yang tidak mengenali apa itu kelulut. Kelulut atau dalam bahasa saintifiknya meliponine dan bahasa Inggerisnya stingless bees termasuk dalam keluarga sama dengan lebah iaitu Apidae. Kumpulan dalam keluarga Apidae ini adalah jenis-jenis serangga yang mempunyai sifat mengambil nektar atau saribunga dari pelbagai sumber, lalu memprosesnya di dalam perutnya. Hasil yang dikeluarkan ialah madu. Insya Allah satu lagi entri akan diwujudkan khusus tentang cara-cara lebah membuat madu.  

Gambar menunjukkan lebah kelulut spesis Heterotrigona itama yang
 keluar masuk dari corong rumahnya.



Lebah dari genus Apis yang membuat madu dalam 
honeycomb yang diperbuat dari lilin.
Cara hidupnya hampir serupa dengan lebah biasa yang dikenali sebagai lebah Apis. Perbezaannya yang ketara ialah kelulut tidak mempunyai sengat, ia hanya mempunyai gigi (mandible). Selain daripada itu, perbezaan antara lebah Apis dengan kelulut adalah cara penyimpanan madu. Lebah Apis menyimpan madu di dalam honeycomb yang diperbuat dari lilin manakala kelulut membuat kantung-kantung yang diperbuat dari propolis di mana bahan asasnya ialah getah atau damar dari pokok-pokok.


Struktur di dalam sarang kelulut di mana madunya disimpan di dalam kantung-kantung yang diperbuat dari propolis. Propolis ini juga mengandungi antioksidan oleh itu terdapat kelebihan yang besar pada madu kelulut yang disalutinya. 


Madu dituai dengan menyedutnya dari kantung-kantung menggunakan pam.

Oleh kerana kelulut mengambil nektar dari pelbagai sumber maka
warna-warna madu berlain-lain warna.
Setiap kantung di dalam satu sarang boleh ada madu yang berbeza-beza warnanya.

Kajian-kajian oleh penyelidik dari beberapa universiti tempatan dan juga MARDI menunjukkan khasiat dan nilai perubatan madu kelulut adalah sangat tinggi, Malah kandungan asid fenolik iaitu satu jenis asid bebas yang bersifat antioksidan dalam madu kelulut adalah lebih tinggi dari madu-madu yang lebih masyhur dari negara-negara lain.

Sifat antibakteria dan anti-radang juga menjadikan madu kelulut satu penawar yang terlalu hebat. Di ambil dalam sukatan yang kecil dengan istiqamah, kadar gula dalam darah dapat distabilkan dalam pesakit diabetes. Sel kanser pula akan mati jika dos seperti itu juga diamalkan.  



Kandungan asid fenolik iaitu satu jenis asid bebas yang bersifat antioksidan dalam madu kelulut adalah lebih tinggi dari madu-madu yang lebih masyhur dari negara-negara lain.

Madu kelulut ternyata adalah satu khazanah yang amat berharga kurniaan Allah swt untuk penduduk Malaysia. Spesis kelulut di Malaysia paling banyak berbanding dengan negara-negara yang lain di nusantara, iaitu dipercayai wujudnya hingga 57 spesis. Kelulut hanya terdapat di kawasan tropika dan dan sub-tropika, oleh itu madunya merupakan satu komoditi yang sangat unik dan istimewa.


Madu kelulut segar dan tulin dari ladang di Lurah Bilut, Bentong




Sistem An Nisaa


Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya 
013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*