Showing posts with label manna. Show all posts
Showing posts with label manna. Show all posts

Wednesday, August 5, 2015

Manna - Makanan Prebiotik Terbaik

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.




Manna dalam bentuk asal
Manna
  • Makanan terbaik yang disebut di dalam al-Quran. Sila lihat di sini
  • Prebiotik terbaik antara semua makanan.
  • Tinggi serat, mengenyangkan perut oleh itu amat sesuai untuk amalan dalam mengawal berat badan bagi mereka yang kuat nafsu makan.
  • Merawat masalah perut seperti sembelit, cirit-birit dan angin.
  • Mencegah kanser kolon.
  • Mencegah kencing manis.
  • Membantu dalam rawatan untuk kegagalan buah pinggang.
  • Mengawal jangkitan gonorea.

Apa itu prebiotik?
Prebiotik terdiri dari serat tumbuhan (plant fiber dan juga dikenali sebagai dietary fiber) yang menyuburkan bakteria baik yang wujud dalam organ sistem perkumuhan kita. Bakteria baik ini mempengaruhi kesihatan kita secara am, serta metabolisma dan sistem ketahanan (immune system). Sudah tentunya bakteria baik ini mencegah penyakit-penyakit berkaitan dengan organ sistem perkumuhan iaitu usus dan kolon. 

Secara amnya, sistem perkumuhan yang baik dan lancar akan mencegah dari masalah-masalah mental, kemurungan stress dan kegelisahan. Salah satu punca obesiti juga dikatakan berpunca dari kekurangan bakteria baik ini. Prebiotik dapat mengawal nafsu makan dan berat badan dengan memastikan keadaan usus yang baik.

Kelebihan prebiotik juga termasuk memperbaiki penyerapan magnesium dan kalsium, dan seterusnya menguatkan tulang dengan menambahkan kemampatan tulang. 
Manna dalam bentuk serbuk

Manna adalah antara makanan yang mengandungi serat tumbuhan (prebiotik) ini yang paling tinggi. Tidak hairanlah mengapa ianya disebut tiga kali di dalam Al-Qurannul Kareem.  

Dapatkannya di Farmasi Islam Online






Sistem An Nisaa
DrAniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)
Sek 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369  
(Whatsapp/SMS sahaja)

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
Dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut tradisional* Makanan Sunnah

Monday, September 16, 2013

Tembikai - Ubat Pencegah Penyakit Kronik Paling Manis

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW serta
keluarga dan sahabat Baginda.

KANDUNGAN NUTRISI YANG MEMBUATKAN TEMBIKAI SATU SUPERFOOD

Asid amino L-citrulline dan L-arginine (penting untuk sisten vaskular)

Antioksidan seperti lycopene dan gluthathione (lebih dari buah tomato, penting untuk pencegahan kanser)

Carotenoid seperti lutein dan beta-carotene

Vitamin A, C dan B6

Potassium dan magnesium dan mineral lain dalam jumlah yang kecil termasuk selenium.
Buah tembikai dipercayai mula-mula dituai di Mesir 5,000 tahun dahulu
PENTING!! Makan buah tembikai sebelum makan nasi atau hidangan utama supaya vitaminnya diserap oleh usus terlebih dahulu. Juga kerana ia makanan yang membentuk alkali, ia patut berada di dalam perut sebelum makanan lain. Makan bijinya dan juga bahagian isinya yang putih.

KELEBIHAN NILAI PERUBATAN PADA BUAH TEMBIKAI

Makanan yang membentuk alkali dalam perut

Melegakan otot-otot

Mengurangkan degupan jantung yang terlalu laju

Mengurangkan risiko kanser

Mengurangkan tekanan darah

Mengurangkan risiko atherosclerosis

Membantu dalam hubungan seksual 




Pilih tembikai yang ada biji iaitu dalam bentuk dan keadaan yang
telah diciptakan Allah swt. Tembikai yang tiada biji telah diubahsuai
oleh manusia dan bukan lagi organik, dan semestinya zatnya turut berubah. Disamping itu, biji tembikai sebenarnya mengandungi protin


Appetit Voyage
Tembikai elok dimakan bersama kurma
Gambar dari Appetit Voyagers

Elakkan membeli buah yang telah dipotong supaya vitamin C tidak hilang.
Juga, pisau yang digunakan, tangan sipemotong dan tempat buah dipotong mungkin tidak bersih. Basuh buah tembikai sebelum memotongnya. Biarkan suhu buah yang disimpan dalam peti ais berubah kepada suhu bilik sebelum makan untuk memaksimakan nutrisi phytonya.  

Di dalam kitab perubatan Islam, buah tembikai dikatakan mengandungi suatu kuasa pembersih (dalam perut dan darah). Dari riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi, Rasulullah SAW makan tembikai dengan buah kurma (rutab) dan bersabda:  

"Panas dari satu menolak sejuk dari yang lain."


Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW amat menggemari makan buah tembikai. Dan Bagindalah yang punya ilmu yang turun terus dari Maha Penciptanya Yang Maha Mengetahui segala-gala yang zahir dan bathin.



Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Friday, July 26, 2013

Manna - Makanan Terbaik Hadiah DariNya Untuk Manusia

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya.


Allah swt berfirman:

Dan Kami menaung kamu dengan awan, dan Kami menurunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah (makanan) yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu. Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi justru merekalah yang menzalimi diri sendiri. 
Surah al-Baqarah:57


Dan Kami membagi mereka menjadi dua belas suku yang masing-masing berjumlah besar, dan Kami wahtukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya. "pulullah batu itu dengan tongkatmu!" Maka memancarlah dari batu itu duabelas mata air. Setiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami  berfirman), "Makanlah yang baik-baik dan rezeki yang telah Kami berikan kepadamu." Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi merekalah yang selalu menzalimi dirinya sendiri.
Surah al-A'raf:160

Wahai Bani Israel! Sungguh kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu (untuk bermunajat) di sebelah kanan gunung itu (Gunung Sina) dan Kami telah menurunkan kepada kamu manna dan salwa.
Surah Thaha:80


Manna dan salwa disebut sebanyak tiga kali di dalam al-Quranul Kareem dan setiap kali dua makanan ini disebut bersama. Kedua makanan ini dikatakan adalah antara yang terbaik untuk dimakan oleh manusia. Namun kaum Israil pada zaman Nabi Musa yang diketahui bersifat tamak, tidak berpuas hati lalu memohon supaya lebih banyak lagi makanan diturunkan. Allah swt telah memperkenan hajat mereka, namun Maha Pencipta yang lebih Mengetahui perihal makhluknya telah berfirman dalam ayat 61 surah al-Baqarah:

Dan (ingatlah), ketika kamu berkata, "Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya (makan) dengan satu macam makanan saja, maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi, seperti sayur-sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah." Dia (Musa) menjawab, "Apakah kamu meminta sesuatu yang buruk sebagai ganti dari sesuatu yang baik? Pergilah ke suatu kota, pasti kamu akan memperoleh apa yang kamu minta. " Kemudian mereka ditimpa kenistaan dan kemiskinan, dan mereka (kembali) mendapat kemurkaan Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak (alasan yang benar). Yang demikian itu kerana mereka derhaka dam melampaui batas.

Baca tentang kisah kaum Israel ini di sini:  sthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2012/03/kisah-manna-dan-salwa.html

Apakah itu manna? Ada beberapa versi atau pendapat berlainan tentang apa bahan ini sebenarnya. Orang-orang keristian percaya bahawa ia adalah suatu makanan suci seperti roti yang datang dari syurga. Hingga ke hari ini penganut agama ini masih mengamal makan manna. 

Manna adalah dari perkataan mann yang bermaksud "pemberian" dari Allah swt, dan manna adalah sebaik-baik pemberianNya kerana manusia tidak perlu berusaha untuk mendapatkan atau menghasilkan bahan ini yang banyak sangat menafaatnya . Penjelasan ini telah diberi oleh Ibn Qayyim al Jawziyya dalam bukunya At-Tibb Nabawi.  

Dalam tafsir Maulana Abdullah Yusuf Ali ayat 57 Surah al-Baqarah pula, beliau telah menjelaskan manna seperti berikut: Manna ialah bahasa 'Ibrani  Man-hu dalam Yahudi dan Ma huwa dalam bahasa Arab iaitu satu "hadiah" atau pemberian dari Tuhan..

Salah satu bahan yang dikatakan manna ialah getah dari pokok ash (Fraxinus angustifolia) atau Tamarisk (Tamarix gallica) yang akan mengeras dan meyerupai stalagtit ais apabila mengalir keluar dari batang pokok tersebut. Rasanya manis dan harum seperti madu. Jika terkena air atau panas matahari, Kemanisan datang dari kandungan bahan mannitol yang merupakan 45% dari jumlah gula. Kandungan sukros hanya 3%. Manna jenis ini banyak terdapat di pulau Sicily, Italy. 

Manna of Madonie  




Satu daripada itu yang dikatakan manna juga ialah honeydew yang dihasilkan oleh sejenis serangga pokok terutamanya pokok Tamarisk. Apabila air tersejat dari honeydew ini, yang tertinggal ialah bahan yang melekit dan manis. Ada juga manna yang dikatakan dihasilkan oleh sejenis afid (kutu pokok) yang menghisap getah pokok. Ini bayak terdapat di negara-negara Turki, Iraq dan Iran. 

Yang paling diketahui ialah manna dari satu pokok jenis Acacia senegal dan ini sebenarnya adalah gum arabic yang luas penggunaannya dalam industri perubatan, makanan maupun dalam industri kosmetik dan alat lukisan. 

Manna mempunyai pelbagai unsur perubatan menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, di antaranya mencegah kanser kolon dan masalah perut seperti sembelit dan angin. Ia juga membantu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis dan masalah jantung.

Manna juga membantu dalam mengawal berat badan kerana ia berkeupayaan untuk membuat perut terasa kenyang. Ini kerana kandungan seratnya yang tinggi.      

Cara makan manna ini adalah dengan menjadikannya dalam bentuk serbuk dahulu dan menambahkannya pada air atau makanan lain ataupun meletakkannya di dalam air dan diminum setiap hari.


Manna dari getah pokok acacia dari Senegal yang tinggi kandungan prebiotik.



Kelihatan "manna" yang keluar dari kulit pokok.
Baca tentang kelebihan manna atau Acacia senegal dan kepentingan prebiotik dan dapatkannya di sini




*Satu keajaiban berlaku di dalam entri ini. Apabila menulisnya, saya hanya upload gambar-gambar tentang manna. Tetapi di dalam post yang telah di publish, kelihatan satu gambar seekor "salwa" di tengah-tengah gambar manna tersebut. Apabila saya lihat balik pada blogger dashboard  untuk delete gambar salwa itu, ianya ternyata tiada. Sememangnya, manna dan salwa tidak boleh dipisahkan. Wallauhua'lam. 
Allahu akbar.






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *