Showing posts with label urut tradisional. Show all posts
Showing posts with label urut tradisional. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Urut Tradisional Melayu - Kaedah Rawatan Alternatif Warisan Bangsa

Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW


Walau pun saya merupakan seorang pengamal perubatan Islam dan mengapplikasikan hanya kaedah-kaedah rawatan yang berlandaskan kepada Al-Quran dan sunnah, ramai di kalangan pesakit, rakan-rakan dan kaum keluarga yang bertanya atau meminta saya untuk mengurut badan mereka.

Namun, saya hanya menunaikan permintaan pesakit hanya sekiranya keadaannya dalam kesakitan yang ekstrem, dan saya hanya akan mengurut tempat yang bermasalah untuk melegakan kesakitan itu sahaja.

Lazimnya saya tidak akan mengurut tanpa mendapat pembelajaran yang formal dari guru yang bertauliah. Jadi baru-baru ini apabila saya telah dipelawa oleh Prof Siti Amrah dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian untuk menyertai "Kursus Asas Urut Tradisional Melayu" selama dua hari di Kelantan, saya terus mendaftar tanpa lengah.

Urut Melayu tradisional merupakan kaedah yang
merawat saraf dan mengenakan tekanan (pressure)
yang betul pada titik-titik yang tertentu. 
Memang benar kata-kata yang diberitahu oleh suami saya, "When the student is ready, the teacher will appear". Pujian hanya pada Allah swt, sungguh sempurna rancangan Nya, apabila saya rasa sudah  bersedia untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dalam klinik saya, peluang untuk mempelajari ilmunya pun datang tanpa diduga. 

Guru dan konsultan yang mengajar  di dalam urutan tradisional Melayu dalam kursus tersebut ialah Tuan Syed Mahdi Barakbah, seorang juru urut profesional yang telah berkecimpung dalam bidang ini sejak dua puluh tahun yang dahulu. 

Orangnya masih agak muda iaitu dalam sekitar awal empat puluhan tetapi dedikasi dan komitmennya dalam memertabatkan urut tradisional Melayu amat membanggakan saya sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Beliau berazam dan berusaha untuk menyampaikan ilmu mengurut ini kepada seramai orang yang mungkin supaya warisan ini tidak lenyap sama sekali. Bersama rakankongsinya Puan Pauziah Mat Jani bersama-sama membawa seni rawatan Melayu ini ke tahap yang tinggi di dalam industri perubatan.  

Ternyata sekali beliau merasa amat bangga dengan kerjaya atau profession beliau; dibelakang baju kemeja hitam yang dipakainya disulam dengan jelas kata-kata "Malay Traditional Masseur". 

Beliau melalui syarikat beliau Tongkat Tua Enterprise berjaya memenuhi syarat-syarat yang agak ketat dan meyakinkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menerima urut Melayu tradisional sebagai satu kaedah rawatan alternatif di dalam hospital-hospital Kerajaan untuk merawat kesakitan, strok dan rawatan selepas bersalin (post-natal).  

Beliau telah membuat research yang intensif yang merangkumi pelbagai kaedah urutan yang diamalkan oleh tukang-tukang urut pakar di seluruh semenanjung Malaysia. Rumusan yang dibuat oleh Tuan Syed, tiada hard and fast rule dalam kaedah atau style urutan, kerana setiap tukang urut ada "bunga-bunga" masing-masing dan fakta masing-masing.

Namun, saya paling tertarik dengan seni urut ini kerana asas-asas dan etikanya yang penuh dengan kelembutan dan keadaban seperti berikut:

Sistem saraf tubuh manusia
  • konsep urutan tradisional Melayu bertumpu pada saraf. Menuju pada titik-titik saraf adalah kaedah rawatan yang sangat jitu dan efektif melegakan kesakitan dan meleraikan sekatan perjalanan darah. Sistem saraf amat penting kerana ia merupakan sistem yang mengawal semua fungsi sistem dan organ dan penyembuhannya.
  • urutan tradisional Melayu mencerminkan sifat orang Melayu itu sendiri, ianya lembut (gentle) dan di laksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh kerana tumpuan adalah pada saraf, gosokan yang kuat dan menyakitkan tidak perlu untuk melegakan kesakitan atau lenguh dan sengal pada badan. Malah jika tidak dilakukan dengan betul, urutan yang terlalu kuat mungkin merosakkan lagi saraf dan memecahkan urat-urat darah halus atau kapilari darah yang menyebabkan badan lebam.
  • kaki juru urut langsung tidak digunakan untuk mengurut mana-mana bahagian pesakit kerana ini adalah dianggap sebagai kurang beradab.
  • juru urut diingatkan untuk sentiasa menjaga aurat dan menutup keaiban pesakit.




Urutan tradisional Melayu mampu merawat penyakit kronik dan pelbagai masalah tetapi cara urutan perlu dipelajari dengan lebih mendalam lagi. Terdapat pelbagai lagi aspek dalam rawatan ini termasuk pemakanan, minyak urut yang digunakan oleh juru urut, penawar yang terdiri dari herba-herba dan juga aspek spiritual yang akan diajar pada tahap-tahap yang lebih advance.

Sijil yang dikeluarkan oleh Tongkat Tua Enterprise ini diiktiraf oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Sijil untuk tahap asas ini hanya cukup untuk saya mengurut ala spa iaitu hanya untuk setakat memberi kelegaan dan meringankan badan. Urutan seperti ini dipanggil soft tissue manipulation. Saya perlu menamatkan tiga lagi tahap sebelum boleh diiktiraf sebagai juru urut profesional yang mana urutan dilakukan untuk merawat penyakit atau masalah yang kronik.
  
Semoga Allah swt memanjangkan umur ku dan memurahkan rezeki ku supaya dapat terus menimba ilmu dalam bidang ini, dan semoga ilmu itu dapat memberi kelegaan dan mendatangkan menafaat kepada mereka yang memerlukan. 




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *


Thursday, December 6, 2012

Bukan Hanya Kerana Kilauan - Emas Dalam Perubatan Islam


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta selamat sejahtera ke atas keluarga dan sahabat Nabi.


Emas disebut sebanyak tiga belas kali di dalam Al-Quran,
kebanyakannya tentang bagaimana ia digunakan sebagai
perhiasan di dalam Syurga. Bagaimana pun, menggunakan
emas sebagai gelas, sudu garpu dan lain-lain perhiasan selain dari perhiasan diri adalah haram.
Sebaik-baiknya guna sedikit sahaja emas dibadan untuk mendaptkan khasiat dan kebaikannya.
Memakai dan memilik emas dalam jumlah yang keterlaluan akan menimbulkan sifat riak dan sombong.


Telah diriwayatkan oleh Abu Dawud dan al-Tirmidhi bahawa apabila hidung 'Arfaja bin As'ad telah dipotong pada hari peperangan al-Kulab, beliau telah menggunakan kertas untuk menutup ruang yang cedera itu. Namun bahagian itu telah menjadi busuk, lalu Rasulullah SAW telah mengarahkannya untuk menggunakan emas untuk menutupi ruang hidung tersebut. 

Dari hadith ini, jelas bahawa sejak zaman Rasulullah SAW lagi, emas sudah dijadikan bahan perubatan untuk merawat kecederaan pada anggota badan. 

Kini, kajian telah mengesahkan kesesuaian menggunakan emas dalam beberapa prosedur rawatan dan membuktikan kebenaran dan kebijaksanaan Rasulullah SAW. Emas adalah "biocompatible", iaitu logam ini dapat melepasi sistem imune tubuh manusia. 
Sebenarnya emas, secara semulajadinya terdapat dalam tubuh manusia dalam kuantiti yang amat sedikit, tetapi ini adalah bukti nyata bahawa manusia adalah sememangnya tercipta dari tanah. 

Emas merupakan logam yang tidak reaktif, oleh itu ia mudah digunakan dalam industri biokimia tanpa tindakbalas yang mungkin menghasilkan kimia yang merbahaya, racun atau toksin. Keistimewaan logam ini, ia juga bersifat malleable, iaitu ia dapat dibentukkan menjadi kepingan, serbuk dan dikecilkan sehingga tahap molikul.

Jenis-jenis rawatan dalam perubatan contemporari menggunakan emas dikenali sebagai chrysotherapy  dan aurotherapy. Emas digunakan dalam bentuk partikel yang paling halus  dihasilkan dari nanotechnology. Hasilnya ialah gold salt yang diambil secara makan atau disuntik. Rawatan ini biasanya digunakan untuk merawat rheumatoid athritis di mana sendi-sendi membengkak dan sakit. Bagaimana pun, hablur emas ini yang dikenali sebagai Auronofin menunjukkan kewujudan toksin dan menyebabkan kesan sampingan.  

Emas juga digunakan di dalam rawatan radiotherapy dan chemotherapy. Partikel halus emas akan bercantum dengan molekul ubat kimoterapi dan membawanya ke bahagian paling dalam ketumbuhan kanser. Dalam radioterapi pula, emas akan memastikan tembakan radiasi disasar pada sel berkanser sahaja dan bukan pada tisu yang sihat.  
Selain dari itu, emas digunakan dalam stents yang dimasukkan ke dalam saluran darah jantung yang telah menyempit. Emas membolehkan doktor bedah mengesan dengan tepat tempat untuk meletakkan stent tersebut.

Di dalam perubatan alternatif pula terdapat satu kaedah rawatan yang menggunakan monoatomic gold di mana ia dimasukkan ke dalam air dan diminum. Monoatomic gold emas ini tidak bersifat logam. Konsep ini sama seperti rawatan homeopati di mana hanya intipati tenaga diambil sebagai asas nilai perubatan.

Ini adalah berbeza dengan colloidal gold yang juga dimasukkan dalam air untuk diminum, tetapi diperbuat menggunakan logam emas dengan kaedah nanotechnology.

Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya, seorang pengamal perubatan Islam terkemuka, menyatakan bahawa serbuk emas apabila dicampurkan dengan ubat-ubatan adalah bermenafaat untuk:

  • lemah jantung
  • masalah Parkinson
  • masalah, gangguan dan penyakit yang berkaitan dengan kemurungan dan kesedihan 
  • mencantikkan kulit (sekarang luas digunakan oleh syarikat kosmetik) 
  • rambut gugur (alopecia)
  • menerangkan dan menguatkan mata
  • menguatkan semua organ tubuh
  • menghapuskan nafas berbau
  • menguatkan semangat
  • menguatkan firasat/gerakhati
  • merawat masalah angau kerana cinta 





* Artikel ini tidak bertujuan untuk membuat diagnosis dan tidak boleh digunakan untuk merawat penyakit dengan sendiri. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan profesional untuk nasihat bagi sebarang penyakit atau masalah.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *






Saturday, July 17, 2010

Sistem An Nisaa - Rawatan Integratif , Lengkap Dan Saintifik Cara Islam




Farmasi Islam Online Associates
Sistem An Nisaa



Sistem An Nisaa adalah kaedah merawat penyakit dengan mencari puncanya untuk mencapai penyembuhan yang sebenar dan bukan setakat merawat simtom yang akan mencapai tahap kelegaan sahaja.


Sistem An Nisaa merupakan satu sistem perubatan yang menggabungkan beberapa kaedah rawatan yang mengikut syari'ah. Applikasi setiap kaedah rawatan berasaskan ilmu tauhid dan juga ilmu perubatan yang saintifik. Sebenarnya kedua-dua ilmu tersebut tidak dapat dipisahkan kerana ilmu Al-Quran mengandungi banyak ilmu saintifik yang hebat dan lengkap. 

Perubatan Islam atau Perubatan Nabi adalah ilmu yang datangnya dari kuasa Mutlak, Yang Maha Mencipta segala-galanya, Yang Maha Mengetahui segala-galanya, ilmu yang pasti, tepat dan lengkap.

Sebaliknya, ilmu perubatan konvensional atau allopathy kebanyakannya di kaji oleh orang-orang bukan Islam yang bersifat polytheist dan atheist. Apabila tidak ada pengakuan tentang adanya Tuhan yang Maha Esa, tidak mungkin ilmu mereka akan sampai ke tahap kerohanian dalam kajian, kesimpulan dan penyelesaian mereka yang berasaskan trial and error.

Hanya orang Islam yang mendapat kedua-dua Ar-Rahmaniah dan Ar-Rahimiah akan dapat mengkaji ilmu jauh lebih mendalam dan menyeluruh sekiranya kajian itu sentiasa berpaksikan ilmu tauhid. 


Proses rawatan dalam Sistem An Nisaa merangkumi empat langkah iaitu:

  1. Bermula dengan solat hajat, niat, doa-doa serta ayat-ayat ruqyah dan Al-Quran yang khusus untuk setiap pesakit. 
  2. Bekam cara sunnah iaitu bekam darah dengan torehan.
  3. Mandi Air Sejuk
  4. Rawatan dibantu dan disokong oleh penawar-penawar seperti Sakanjabin Sistem An Nisaa, Penawar 7 Sistem An Nisaa, Madu Tualang dan Madu Hutan Sabah Sistem An Nisaa, Minyak Zaitun Rawatan Sistem An Nisaa, Minyak Habbatus Sauda Rawatan Sistem An Nisaa, Minyak Zaitun Laleli, Minyak Tujuh Bunga Sistem An Nisaa, Minyak Syuniz Syifa‘ Sistem An Nisaa, Minyak Kelapa Dara Sistem An Nisaa, Pati Buah Delima Sistem An Nisaa, Pati Kurma Sistem An Nisaa’, Garam Kristal Himalaya, Garam Lulur Asy-Syifa’ An Nisaa, Cuka Sari Epal dan Tamar, Green Propolis, Stevia Balance dan minyak-minyak dalam siri rawatan aromaterapi .

AL-QURAN
Sistem An Nisaa menggunapakai ayat-ayat suci Al-Quran sebagai penawar utama dalam merawat pesakit. Al-Quran adalah penawar bagi semua penyakit rohani dan jasmani dan di dalamnya terdapat rahsia-rahsia yang dapat memberi petunjuk dalam mengubati setiap penyakit yang diketahui dan tidak diketahui, gangguan dan masalah bagi setiap insan yang beriman kepada Allah Yang Maha Esa. 

Diagnosis dengan kaedah apa sekali pun tidak akan memberikan 100% gambaran yang sebenarnya. Ketidakpastian atau rahsia di dalam setiap penyakit adalah diserahkan balik kepada Maha Penciptanya, dan ketidakpastian ini dirawat secara total dengan ayat-ayat Al-Quran yang menyimpan penawarnya.

Dalam Perubatan Islam, roh manusia adalah entity yang paling mustahak dan diutamakan dalam rawatan.

Roh akan kekal selama-lamanya manakala jasad akan reput dalam masa tiga bulan sahaja setelah dikbumikan. Roh yang "sihat" akan menentukan tahap kesihatan emosi, mental dan juga fizikal seseorang. 


Sistem An Nisaa menggunakan kaedah tertentu untuk memetik dan mengapplikasikan ayat-ayat atau surah-surah tertentu untuk setiap pesakit individu. Kaedah ini amat berkesan tetapi keberkesanannya bergantung kepada tahap penerimaan dan disiplin pesakit individu tersebut dalam mengamalkannya mengikut peraturan yang diberikan. Ciri-ciri yang perlu ada pada pesakit supaya penerimaan terhadap rawatan adalah pada tahap yang optimum ialah keikhlasan, kemaafan, ketenangan, redha dan kesyukuran pada Illahi.

Objektif Sistem An Nisaa ialah supaya setiap individu mengenali dirinya, lantas akan dapat mengenali Penciptanya dan seterusnya memperbaiki hubungannya dengan Nya dan mencintaiNya dengan sepenuh hati, jiwa dan raganya. 

Hati yang berharap dan takut hanya pada Allah swt akan menguatkan roh, minda dan jiwanya, dan dengan secara automatik sel-sel dalam tubuh akan mendapat satu tenaga luarbiasa untuk bekerja mencari keseimbangan homeostatic. Agen-agen yang melawan penyakit iaitu antibodi dan semua sistem-sistem tubuh akan befungsi dengan optimum dan harmoni.

Solat khusyu' dan berdoa' adalah amalan ibadah yang juga merupakan  penawar bagi merawat penyakit rohani dan juga jasmani. Solat Taubat dianggap sebagai penawar yang sangat mujarab apabila dilakukan dengan ikhlas dan rendah hati.


Al-Quranul Kareem -
Nur ala nur, cahaya di atas cahaya
Setiap huruf di dalam ayat-ayat suci Al-Quran mempunyai getaran dan gelombangnya tersendiri dan tenaga ini mampu menyelinap ke dalam tubuh sehingga ke tahap sel yang berlapis-lapisan. Setiap lapisan merupakan satu dimensi yang teramat luas dan jauh lebih besar dari tiga dimensi yang mampu dilihat di bawah mikroskop. Dalam setiap dimensi itu terdapat segala maklumat tentang diri kita, sejarah kita, keturunan kita, penyakit-penyakit kita, rezeki kita dan perubungan kita dengan seluruh alam semesta.

Kuasa tenaga yang menjadi khasiat penyembuhan yang amat berkuasa ini dapat menusuk sehingga ke tahap DNA. Sel-sel yang rosak atau tercemar akan dibaikpulih  dan kod-kod genetik yang terubah kerana amalan dan corak pemikiran yang salah, racun, kimia serta pemakanan yang haram atau tidak sempurna akan tersusun semula.

BEKAM
Berbekam sangat digalakkan oleh Rasulullah SAW sebagai kaedah rawatan utama dan Baginda telah berpesan supaya ummatnya berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidupnya. Berbekam adalah rawatan yang mudah dan selamat untuk semua jenis penyakit termasuk yang kronik, kecuali kenyanyukan.  


Berbekam adalah sunnah Nabi dan memberi terlalu banyak faedah kepada  manusia.
Rawatan ini bukan setakat "membuang darah kotor" tetapi juga memberi kesan positif kepada kerohanian pesakit itu.

Sistem An Nisaa hanya mengapplikasikan kaedah berbekam mengikut cara sunnah, iaitu bekam darah dengan torehan pada lapisan kulit luar. Apabila cara ini dilakukan, semua bahan toksin, lendir, lemak dan angin akan keluar. Ini dapat dilihat pada keadaan darah semasa dibekam.


MANDI AIR SEJUK

Amalan mandi air sejuk sebagai rawatan terdapat di dalam Al-Quran dan juga Hadith. Sila lihat
http://sistemannisaaonline.blogspot.com/2011/06/inilah-air-yang-sejuk-untuk-mandi-dan.html



Rawatan mandi air sejuk untuk gangguan, penyakit dan masalah terdapat di dalam Al-Quran (Surah Sad ayat 42) dan juga hadith sahih Muslim Bukhari. 

PENAWAR
Sebahagian dari rangkaian penawar sistem An Nisaa
untuk merawat gangguan, pelbagai penyakit
dan masalah.
Penawar-penawar yang disebut di dalam kitab suci Al-Quran dan yang diamal dan diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang memang diketahui oleh umat Islam tetapi tidak dimenafaatkan sepenuhnya secara serious dan bersungguh-sungguh. Semua penawar-penawar dan makanan yang disarankan dalam ilmu perubatan Islam nyata mempunyai rahsia dan khasiat yang luarbiasa selain daripada kandungan yang diketahui melalui kajian-kajian yang dijalankan seperti antioksidan, antibiotik, enzim, vitamin, asid amino dan mineral.
Pomegranate
Delima -
di antara penawar terhebat dalam
Perubatan Islam

Kini ramai pengamal naturopathy sudah mengenalpasti kegunaan-kegunaan bahan-bahan ini. Namun demikian oleh kerana tahap kerohanian dan kesucian bahan-bahan ini sangatlah tinggi, kajian yang dilakukan oleh orang bukan Islam tidak akan sampai ke tahap itu jika berbanding dengan kajian yang dilakukan oleh seorang yang beriman kepada Allah swt. Apa sahaja kajian atau pengamatan yang dilakukan bila disertakan oleh sifat takjub dan tawadhuk terhadap Maha Pencipta yang Maha Agung akan menghasilkan keputusan dan rumusan yang sangat mendalam, di luar jangkaan dan menjangkaui batas pemikiran lojik.

Semua ramuan yang disediakan oleh Sistem An Nisaa dipertenagakan oleh solat hajat, selawat, ayat-ayat syifa’, ayat-ayat dan doa’-doa’yang dipetik dari Al-Quran dan hadith-hadith.

Siapalah kalau bukan Tuhan kami, Yang Maha Esa dan Maha Pencipta yang paling mengetahui tentang kejadian manusia, 
isi kandungan tubuh manusia, 
sistem dan fungsinya 
dan bagaimana cara betul dan terbaik untuk menjaga dan merawatnya.




Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah