Showing posts with label bekam Kota Damansara. Show all posts
Showing posts with label bekam Kota Damansara. Show all posts

Monday, October 19, 2015

Klinik Bekam Sistem An Nisaa Untuk Wanita

Assalamu'alaikum! Terima kasih kerana melawat blog kami. Oleh kerana kami masih menerima banyak pertanyaan melalui panggilan dan pesanan teks mengenai perkhidmatan kami, kami akan bentangkan sekali lagi ciri-ciri perkhidmatan kami di sini.

- Bayaran untuk bekam ialah hanya RM80.OO untuk 10 cup.
  RM5 untuk tambahan setiap cup.  

- Rawatan adalah untuk WANITA sahaja.

- Bekam cara sunnah (bekam darah)

- Klinik kami di sebuah rumah di Seksyen 4 KOTA DAMANSARA. Dekat dengan tol Kota Damansara. Alamat prnuh akan diberi apabila temujanji dibuat. Sila hubungi kami untuk dapatkan temujanji.

- Waktu operasi 9am hingga 4pm tapi perlu buat temujanji. Tutup hari Rabu. Sabtu dan Ahad buka. Whatsapp/ SMS Cik Marzia 016-289 1579 untuk buat temujanji.

- Tempoh rawatan lebih kurang 1 jam.

- Perlu bawa sehelai kain sarung.









Sistem An Nisaa

Seksyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  
Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*





Thursday, October 24, 2013

Tips Memileh Pembekam Dan Tempat Bekam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Beberapa pasyen telah mengadu kepada saya tentang pengalaman mereka, saudara mereka atau sahabat mereka berbekam di tempat-tempat atau orang-orang yang tertentu. Hal ini amat mengecewakan saya kerana amalan bekam mendapat nama yang tidak baik, walhal ia merupakan kaedah perubatan utama dalam sistem perubatan Islam dan kesannya amat hebat sekali.

Lantas saya rasa saya perlu memberi peringatan dan sedikit tips di sini supaya mereka yang berhajat untuk berbekam akan mendapat rawatan dan perkhidmatan yang sempurna dan terbaik insya Allah. Saya langsung tidak berniat untuk mengganggu periuk nasi pembekam lain, tetapi demi untuk kebaikan dan mempertahankan kemurniaan dan kehebatan rawatan bekam saya perlu bentangkan beberapa amalan yang melanggar etika dalam perubatan bekam.

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan apabila memileh tempat bekam ialah seperti berikut:

Tempat bekam 
Bekam sepatutnya dilakukan di dalam kawasan yang elok tertutup sebaik-baiknya di dalam bilik. Dalam etika berbekam sebenar, membuat rawatan di khalayak ramai secara terbuka tidak dibenarkan.

Kebersihan



Bekam perlu dilakukan di mana terdapat 
bekalan air yang mengalir iaitu paip air yang berdekatan. Tempat, peralatan dan tukang bekam perlu sentiasa berada dalam keadaan yang steril dan tanpa air, agak susah untuk memastikan keadaan yang benar-benar hygienic.










Peralatan
Pisau atau lancet yang digunakan wajib dipakaibuang iaitu penggunaan satu bilah untuk satu orang sahaja.


Bilangan cawan
Seperti refleksologi dan akupunktur, bekam juga ada titik-titiknya yang tertentu. Bekam tidak perlu dibuat pada seluruh permukaan kulit seperti gambar di sebelah ini. 

Terutama sekali untuk mereka yang pertama kali berbekam, adalah lebih baik bermula dengan bilangan yang kecil sahaja dahulu. Jika bekam kena pada titiknya yang betul terutamanya titik-titik yang sunnah, tujuh (7) cawan pun sudah mencukupi untuk mendapatkan kesan yang positif.

Antara titik bekam yang sunnah ialah:

1. Kepala (1 titik)
2. Pangkal tengkuk (1 titik)
3. Kedua bahu (2 titik)
4. Kedua belah pinggul (2 titik)
5. Betis (2 titik)
6. Sisi leher (2 titik)


Bayaran *PENTING*
Pastikan berapa bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan bekam. Jika harga mengikut bilangan cawan, bincang terlebih dahulu dengan pembekam bilangan cawan yang akan digunakan dan tetapkan tempat-tempat yang akan dibekam.

Tukang Bekam
Buat sedikit penyelidikan tentang kemahiran dan pengalaman pembekam. Proses membekam agak mudah dan boleh dipelajari dengan sendiri tetapi ada tekniknya yang perlu dipelajari oleh guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman.

Sebaik-baiknya cari pembekam lelaki untuk membekam kaum lelaki dan pembekam wanita untuk membekam kaum wanita. 

Wallahua'lam bissowab.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *





Sunday, February 3, 2013

Antara Bekam Sunnah dan Logik Sains Medik - Perbezaan Antara Bekam dan Menderma Darah

Dengan nama Allah Yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW













Di atas adalah gambar darah yang keluar melalui bekam di antara kes-kes yang agak kronik. Kelihatan buih-buih, lendir dan darah yang bertali-tali di dalam cup yang menadah darah dari pesakit. Kadang-kadang terdapat juga bau hanyir bersama darah tersebut.

Apakah sebenarnya kandungan di dalam darah yang dikeluarkan semasa bekam?

Oleh kerana ketiadaan kemudahan dan peralatan yang perlu untuk mengkaji kandungan darah bekam, saya tak dapat kepastian apa yang sebenarnya unsur-unsur dan jumlah kandungannya yang keluar dari badan bersama darah tersebut.   

Bahan-bahan tersebut mungkin terdiri dari urea dan asid-asid lain, logam berat, mineral berlebihan, lemak, bahan lupus, bakteria dan sebagainya. Tapi saya amat hairan dan ingin mengetahui apa dan banyak mana setiap unsur itu berada di dalam darah. 

Buih-buih atau yang dikatakan angin itu juga menjadi suatu misteri, bagaimana ia boleh berada di dalam saluran darah. Secara logik, tidak mungkin boleh ada apa sahaja bentuk gas atau angin di dalam saluran darah. 

Hanya satu penjelasan saya iaitu menurut hadith Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti mana darah mengalir dalam tubuh. Oleh itu, buih-buih itu kemungkinan besarnya adalah syaitan-syaitan yang ghaib dan  tidak berjisim (berbentuk gas).

The Prophet said (to them), "Satan reaches everywhere in the human body as blood reaches in it, (everywhere in one's body). I was afraid lest Satan might insert an evil thought in your minds."  (Book #33, Hadith #251)

Dari observation saya, berbekam bukan sahaja merawat penyakit fizikal tetapi ada kesan yang mempengaruhi corak pemikirannya. Kebanyakan pesakit yang saya telah bekam merasakan suatu kelainan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang yang terdekat dengannya. 

Yang sering dirasai dan sangat significant ialah keringanan dalam melaksanakan ibadah.

Jika inilah yang dialami pesakit selepas berbekam, sudah tentunya kuranglah gangguan syaitan yang sentiasa membisikkan supaya kita malas melakukan ibadah. Wallahua'alam.
Dengan izin Allah, saya akan bertemu dengan seorang pengkaji selidek yang dapat membantu saya menjelaskan persoalan ini.

Yang penting, bekam adalah cara mengeluarkan darah yang bertoksin dari tubuh badan. Ini telah diterangkan oleh Profesor Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dari Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, USM Kubang Kerian semasa saya bertemu dengan beliau baru-baru ini. 

Beliau telah membuat kajian klinikal ke atas kesan bekam pada para pesakit dan juga mengamalkan bekam di sebuah pusat diabetes di Kelantan. Buku beliau akan diterbitkan dalam bulan Mac tahun ini.

Menurut beliau, kulit mengandungi kilang peluh yang mengeluarkan peluh bersama urea dan lain-lain bahan buangan. Kulit merupakan satu organ dan merupakan sebahagian dari sistem perkumuhan yang efisien. Ia menghasilkan sejenis enzim yang membolehkan toksin melaluinya. Oleh itu, banyak bahan toksik yang akan berkumpul di bahagian permukaan kulit.

Darah di dalam sistem aliran darah iaitu dalam arteri, tidak mengandungi banyak bahan toksin berbanding dengan darah di dalam kapilari di permukaan kulit. Oleh itu apabila seseorang menderma darah, tidak semestinya ia mengeluarkan darah toksik dalam tubuhnya. 

Namun demikian, ada kajian klinikal yang dibuat di England yang menunjukan menderma darah menurunkan risiko mendapat penyakit jantung tetapi kadarnya kecil sahaja. Efeknya tidak sama sekali dengan berbekam secara sunnah.  






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Monday, November 26, 2012

Laleli - Minyak Zaitun Antara Terbaik di Dunia!




Laleli Olive Oil atau Minyak Zaitun Laleli dikeluarkan oleh keluarga Dr Yahya Laleli di ladang-ladang yang dijaga persekitarannya untuk mengawal kualiti minyaknya di Teluk Edremit di negara Turki. (Click link ini untuk biodata ringkas Dr Laleli).



Buah zaitun dari kawasan ini adalah di antara yang terbaik di dunia. Hasilnya, Minyak Zaitun Laleli mendapat pengiktirafan antarabangsa dan telah menerima pelbagai anugerah. Ini termasuk Gold Medal untuk Minyak Zaitun Extra Virgin-nya di “World Specialty Commodities Cultures of Exception” di Paris, Perancis.


Minyak Zaitun Extra Virgin adalah minyak yang mengandungi tidak lebih dari 0.8% asid bebas. Kualiti minyak yang unggul adalah bergantung kepada:
  • persekitaran pokok zaitun
  • kaedah penuaian
  • teknik pemerosesan
  • kaedah penyimpanan dan
  • kaedah pembotolan
Kualiti minyak zaitun dapat ditentukan secara kuantitatif dan kualitatif. Kaedah analitikal menentukan tahap degradasi kimia seperti berikut:-

1. ASIDITI BEBAS
Merujuk kepada peratusan kandungan berat asid oleik bebas. Apabila kualiti minyak merosot, semakin banyak asid lemak terbebas daripada gliserid dan tahap asiditi bebasnya meningkat.


2. TAHAP PEROKSIDA
Merujuk kepada peratusan kandungan berat peroksida yang dihasilkan apabila minyak teroksida menjadi tengit.
Kualiti minyak zaitun juga ditentukan secara kualitatif melalui ciri-ciri organoleptiknya. Rasa yang sederhana pahit, pedas, segar dan beraroma buah-buahan adalah di antara ciri-ciri organoleptik yang baik. Sebaliknya, rasa pahit yang kuat, berasa seperti tanah, tengit atau hambar merupakan ciri-ciri organoleptik yang tidak baik.



MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN ANCIENT
Dihasilkan dari pokok-pokok buah zaitun yang berumur lebih dari 200 tahun. Buah dipetik dengan tangan sahaja dan hanya yang separa ranum dan bersaiz lebih dari 16mm dipilih. Dihasilkan menggunakan proses cold-press dan mengandungi kandungan asid lemak yang tinggi, nilai peroksid rendah (kurang dari 9mg O2/kg), asid bebas yang rendah (0.7% maksima) dan flavanoid yang tinggi (Vitamin E 195mg/kg).
RM60.00, 250ml





ANCIENT
RM60/250ml


MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN SELECTION
Rasa buah zaitunnya amat ketara dan hanya buah lebih besar dari 16mm dipilih, kebanyakannya buah dari awal musim. Mengandungi Vitamin E 197 mg/kg, kurang dari 0.5% asid bebas dan kurang dari 8 mg O2/kg peroksid. 



SELECTION
RM60, 500ml


MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN EARLY HARVEST


EARLY HARVEST
RM60/500ml

(Di saankan untuk rawatan PENYAKIT DAN MASALAH GANGGUAN0



MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN ORGANIC
Dihasilkan dari buah yang dipetik tangan pada awal musim dari pokok-pokok zaitun yang ditanam menggunakan teknik-teknik pertanian tertentu tanpa menggunakan sebarang racun perosak atau baja yang mengandungi bahan kimia daripada penanaman pokok sehinggalah ke proses pembotolan. Kandungan asid lemaknya tinggi dan ianya kaya dengan flavanoid.

Kandungan antioksidan Vitamin E tinggi iaitu 185 mg/kg, tahap asid bebas rendah iaitu kurang dari 0.5% dan tahap peroksid yang juga rendah iaitu kurang dari 7 mg O2/kg


ORGANIC
RM78/500ml

MINYAK ZAITUN EXTRA VIRGIN, EARLY HARVEST
Early Harvest adalah minyak yang diproses dari buah-buahan yang paling awal. Buah-buahan yang paling awal dikatakan mempunyai sifat tertentu yang menjadikannya lebih superior dan lebih istimewa dari buah-buahan yang keluar kemudiannya.

Rasa minyak ini lebih kelat (sharp) dan segar. Nabi Muhammad SAW telah bersabda dalam satu hadith yang bermaksud "Makanlah buah-buahan pada awal musimnya."





MINYAK ZAITUN VIRGIN FOR COOKING (UNTUK MASAK)
Hanya minyak zaitun yang "virgin" boleh digunakan untuk memasak malah minyak ini amat baik untuk "deep-frying". Terdapat penukaran lemak baik Omega-3 dengan Omega-6 daripada ikan yang digoreng kepada minyak zaitun yang menjadikan minyak yang digunakan lebih berkhasiat. Minyak zaitun boleh digunakan semula sehingga lima kali.




Sila hubungi 016- 289 1579 (SMS/Watsapp sahaja), e-mail ke sistemannisaa@gmail.com atau hantarkan mesej di Facebook untuk membuat pesanan. 
Pembayaran boleh di buat melalui bank-bank berikut: 

Maybank 1647 2600 7185 (Aniza Zain Ahmed) 
CIMB 1423 0065 5725 28  (Aniza Zain Ahmed) 
Bank Islam 1419 5020 0480 45 (Aniza Zain Ahmed) 
RHB 2625 0004 57 (Sistem An Nisaa).

* Harga di atas tidak termasuk kos penghantaran


[Originally written by Dr Aniza Zain Ahmed. Edited and re-arranged by Mat Cendana on 8 March 2011]




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Friday, July 13, 2012

FAQ Tentang Bekam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengaseh Lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya


Di dalam post sebelum ini, saya telah membentang kebaikan-kebaikan mengamal bekanm sunnah, dan di antaranya kebaikan yang saya langsung tidak menjangka. Setelah mengalami perubahan positif yang begitu ketara, saya terus memohon belajar dengan Guru Utama Bekam Ustaz Hj Ibrahim Mokhsein dari Pusat Bekam Al-Yakin, yang mana isterinya Ummu telah membekam saya selama dua tahun.


Guru Utama Bekam Ustaz Haji Ibrahim Hj Mohsein

Di antara kes yang saya menghadapi semasa belajar dengan beliau termasuk kes barah otak, leaukemia dan sudah tentunya barah payudara. Saya amat terkejut dan kagum dengan kaedah bekam ini kerana kes congenital seperti cerebral palsy juga dapat di atasi. Saya masih ingat satu kes di mana ibubapa membawa anaknya untuk rawatan bekam kerana ingin mengurangkan masalah respiratory yang mana anak tersebut ada masalah makan, minum dan bernafas kerana paru-parunya penuh dengan kahak. Mereka terkejut kerana setelah berbekam beberapa kali bukan sahaja masalah kahak berkurang malah anak tersebut lebih mudah tidur, dan anggota badan lebih relax (biasanya anggota badan pesakit cerebral palsy mengeras ataupun longlai). 


Apabila saya menceritakan tentang berbekam, banyak juga persoalan dan komen yang ditujukan kepada saya. Antara yang paling common adalah seperti berikut:-

Sakit tak bekam?
Kalau saya kata tak sakit langsung, bohong lah saya. Sudah pasti ada rasa sedikit apabila ditoreh, tetapi ada juga yang kata "tak sakit langsung", "macam dicakar kucing", "cakar kucing pun lagi sakit", "geli aje" pun ada. Tapi bagi saya, walau macam mana pun, kelegaan yang dinikmati setelah berbekam amat berbaloi, tak dapat dibandingkan dengan sakit yang sikit sangat masa ditoreh.

Lagipun, tempat yang hendak dibekam divacuum dulu dengan cawan bekam. Ini adalah anaesthesia (ubat kebas) cara semulajadi dan apabila ditoreh, kadang-kadang tidak ada rasa apa-apa pun, atau rasa sedikit sahaja.

Kadang-kadang, jika pesakit banyak masalah dan angin di sesuatu tempat, dia akan rasa sedikit perit sedikit semasa divacuum dengan cawan. Tetapi ini dapat dikawal oleh pembekam ikut keselesaan pesakit. Setelah ditoreh, darah kotor dan angin keluar, dan keperitan itu sudah tiada lagi, yang dirasa hanya kelegaan yang amat dan ringan tubuh badan.

Apa yang patut diutamakan, dalam fikiran kita, ini adalah suruhan Nabi Muhammad Rasulullah saw, dan jika kita mengakui cinta pada Allah, kita sepatutnya cinta pada Rasulullah saw, dan bukti cinta kita pada Rasulullah saw ialah mengamal sunnuah-sunnahnya.

Berbekam juga merupakan satu jihad, kerana dengan berbekam, kita melawan syaitan. Dan melawan syaitan selain dari nafsu adalah satu jihad yang besar.  

Selamat tak berbekam?
Berbekam adalah satu kaedah rawatan yang paling selamat. Torehan yang dibuat cuma di kulit luaran sahaja. Berbekam bukan satu prosedur yang invasive. Darah yang keluar bukan kerana torehan yang dalam tetapi kerana sedutan vacuum cawan bekam.

Dari segi hygiene bagaimana?
Di klinik saya, saya menggunakan sebelah pisau cukur sekali sahaja untuk seorang pesakit sahaja. Setelah diguna, pisau tersebut terus dibuang.
Cawan dibasuh tiga kali semasa proses bekam dan setelah selesai dengan satu pesakit, cawan-cawan dibersih dengan pencuci yang mengandungi Tea Tree Oil, iaitu antiseptik semulajadi yang sangat berkuasa. Setelah dicuci, cawan-cawan disteril lagi dengan disinfectant yang juga mengandungi Tea Tree Oil.
Kami gunakan produk Melaleuca untuk mencuci dan membasmi kuman pada pesakit dan semua peralatan bekam. Melaleuca ialah tea tree oil yang bersifat pembasmi kuman dan bakteria yang sangat kuat tetapi selamat kerana ia berasaskan tumbuhan. Harganya agak mahal tapi tidak mengapa. Yang penting kebersihan, steril, selamat dan pesakit sejahtera dengan kehendak Allah.



 Selepas dibasuh, cawan-cawan di masukkan ke dalam alat steriliser (di bawah) yang menggunakan radiasi untuk membunuh kuman dan bakteria.




Pesakit boleh memilih untuk membawa set bekam sendiri atau menggunakan set persendirian yang boleh didapati di klinik Sistem An Nisaa.

Elakkan berbekam di tempat-tempat awam di mana tiada air mengalir untuk mencuci cawan-cawan dan tukang bekam tidak ada tauliah untuk berbekam.


Bilik Rawatan klinik Sistem An Nisaa yang dijadikan tempat yang tenang dan selesa supaya pesakit merasa berada dalam spa. Ketenangan semasa membuat rawatan holistik amat penting supaya proses penyembuhan dapat berlaku dengan sempurna.


Nanti berparut tak badan saya?
Kesan torehan sangat halus dan biasanya akan hilang dalam 2 hari hingga seminggu. Sekiranya ada masalah pada sesuatu tempat, kesan torehan akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang, mungkin hingga sebulan. Tetapi ini adalah petunjuk yang penting agar rawatan susulan dibuat sebelum penyakit atau masalah yang lebih serious menyusul. 
Kesan torehan akan mudah baik dan terus hilang jika disapu dengan minyak habbatus sauda atau minyak vitamin E.

Saya takut jadi ketagih dengan bekam.
Ya memang benar jika sesuatu yang membuat kita rasa selesa dan bahagia, kita akan rasa hendak sentiasa melakukannya. Tetapi berbekam adalah sunnah, membawa terlalu banyak kebaikan dan tiada kesan sampingan langsung. Jadi tiada salahnya jika kita inginkan sesuatu yang baik. Dan setelah berbekam beberapa kali, kita akan dapat rasa bezanya dengan sebelum berbekam. Ada sesetengah orang suka pergi ke gym, dan setelah beberapa lama dia workout, dia akan rasa sihat dan mula rasa ada "ketagih" hendak ke gym. Jika tak pergi seminggu, dia akan rasa gelisah, jadi dia akan terus pergi ke gym untuk maintain tahap kesihatannya. Begitu juga dengan berbekam.

Berapa kerapkah saya kena berbekam?
Di klinik Sistem An Nisaa, rawatan asas merupakan bekam secara berperingkat dalam 3 sesi:
1) Kepala, bahu, belakang/pinggang dan kaki (titik-titik yang sunnah)
2) Bahagian dada dan lambung, bahagian lutut
3) Bahagian pinggang (lower back) atau abdomen mengikut keperluan keadaan pesakit dan seluruh bahagian kaki.


Untuk kes yang lebih serious, 6 sesi  diperlukan. Untuk kes kronik seperti kanser, rawatan susulan setiap minggu perlu dibuat sekurang-kurangnya untuk 6 bulan berturut-turut. Pesakit juga akan diberi nasihat tentang pemakanan Sunnah dan lain-lain rawatan seperti mandian dan bacaan ayat-ayat al-Quran.

Untuk maintenance, bekam boleh dibuat sekali dalam sebulan, dua bulan atau 3 bulan.

Berapakah kos untuk berbekam?
Hanya RM70 untuk setiap sesi. Secara amnya 9 hingga 13 cawan digunakan. Untuk kanak-kanak atau dewasa yang lemah di mana hanya 3-4 poin boleh dibekam, kosnya ialah RM50 setiap sesi.
Kos yang sangat kecil berbanding dengan kos ubat-ubatan dan rawatan di hospital sekiranya diserang penyakit kronik, na'uzubillahi min zalik.



Untuk mendapatkan rawatan bekam Muslimah secara sunnah,
hubungi Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579. 


Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




Kebaikan Yang Tidak Disangka Dari Berbekam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sahabat dan ahli keluarganya




Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina maupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan. Semua kaedah sememangnya memberi kesan kelegaan dan penyembuhan pada pelbagai penyakit. Saya agak teruja hari itu apabila menonton siaran History Channel tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.    

Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)


Ini merupakan hanya satu daripada bermacam-macam kebaikan yang dapat didapati jika kita berbekam. Yang ingin saya ceritakan di sini ialah kebaikan bekam sunnah, iaitu bekam darah menggunakan torehan yang ringan menggunakan pisau. Saya tak akan menulis hadith-hadith yang mengesahkan kaedah rawatan ini kerana banyak blog-blog lain yang telah membentangkan dan menghuraikannya secara terperinci. 

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang dibekam dan juga sebagai  seorang tukang bekam. Saya mula berbekam pada 15 Jun 2009 setelah sekian lama berlengah berbuat demikian. Itulah dia syaitan, suka benar menghasut supaya kita selalu procrastinate atau sengaja melengah-lengahkan buat perkara yang baik. Hanya setelah mendengar cerita benar seorang ustaz barulah saya mendapat desakan untuk mencubanya. Sebelum itu, saya cuma mengetahui bahawa berbekam ini sangat-sangat disarankan oleh Nabi SAW, dan kita digalakkan berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kita. Expectation saya pula bekam ni hanya setakat membuang darah bertoksin  dan angin dalam badan. Saya terkejut apabila mendengar cerita ustaz berkenaan memberitahu bahawa syaitan-syaitan juga akan turut tersedut keluar. Tetapi hanya dengan torehan cara bekam sunnah. Mereka cukup takut dengan orang yang berbekam sunnah kerana torehan ini. Dengan maklumat  yang amat penting dan significant ini, saya tidak lagi berlengah untuk pergi bekam. Baca tentang kaitan darah dan syaitan di sini.  


...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."
Surah Sad Ayat 41

Jelas di sini bahawa bekam sunnah adalah satu kaedah untuk mencegah dan merawat penyakit, serta dapat "menyelesaikan" pelbagai masalah, kekurangan dan musibah dalam kehidupan kita kerana ketiadaan atau kurangnya gangguan-gangguan makhluk halus ini yang menjadi penghalang pada kehidupan yang selamat sejahtera.



Terlalu banyak kebaikan berbekam dan hebatnya kaedah ini, ia mampu merawat manusia pada tahap spiritual, emotional, mental dan fizikal. Apa tidaknya, kebanyakan penyakit dan masalah pada kita disebabkan oleh syaitan yang berada dalam darah dan bertakhta di hati (qalbu, bukan liver) kita. Fakta ini berdasarkan pada kisah Nabi Ayyub a.s. dalam Surah Sad di mana dalam Ayat 41 (baca di sini) Nabi Ayyub telah mengadu kepada Allah swt tentang "kepayahan dan seksaan"nya akibat dibelenggu syaitan.  

Dua point  bekam yang wajib dalam bekam sunnah. Berbekam di sini akan menarik
darah dan angin dari bahagian jantung (di mana terletaknya qalbu).
 Inilah di mana syaitan-syaitan berkumpul
untuk mengawal hati, mempengaruhi kelakuan dan menghalang kebaikan pada manusia. Wallahualam - Allah Knows best.



Perubahan fizikal yang dapat dirasa dan dilihat setelah berbekam
  • Sakit dan lenguh pada kaki kerana banyak berdiri hilang serta-merta
  • Badan terasa ringan dan bertenaga.
  • Kulit seluruh tubuh menjadi lebih licin dan cerah, ada tempat-tempat yang biasanya gelap dan kusam menjadi kemerahan, age spots kurang :-). 
  • Kulit menjadi tegang (kulit Guru Bekam saya Ustaz Haji Ibrahim Mohsein yang berumur hampir 70 tahun tegang, tidak berkedut dan halus macam baby!).
  • Bayang-bayang di bawah mata banyak berkurang.
  • Gusi yang kadang-kadang berdarah semasa menggosok gigi sudah tiada.
  • Rambut dah tak banyak gugur, menjadi lebat semula seperti semasa muda-muda dulu.
  • Kuku dan gigi menjadi kuat. Sebelum itu gigi saya agak rapuh dan kuku saya selalu terkoyak kerana banyak buat rawatan mandian. Kini kuku saya kelihatan lebih tebal dan cepat tumbuh.
  • Tubuh menjadi lebih langsing (hanya ketara setelah lebih dari enam bulan berbekam).
  • Imun sistem meningkat, kurang demam dan sakit.
Perubahan-perubahan lain yang dialami:
  • Solat lebih khusyuk.
  • Lebih mudah buat keputusan yang betul, fikiran lebih tenang dan cergas
  • Rezeki lebih lancar, banyak peluang datang. Pokoknya jin dan syaitan yang kerjanya memporak-perandakan kehidupan kita adalah punca utama halangan pada rezeki kita.
  • Lebih mudah mengingat dan menghafal. Makhluk ini banyak duduk di bahagian otak dan bukan sahaja membuat kita lupa malah membuat kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan yang negatif.
  • Kurang sangat kecelakaan seperti berlanggar, terjatuh dan sebagainya. Sudah beberapa kali hampir tersungkur tapi tak jatuh, subhanAllah.
  • Keharmonian keluarga semakin terasa, semakin erat apabila anak-anak turut berbekam.
Sijil yang paling bermakna dan berguna bagi saya kerana dengan ilmu ini saya
dapat menghidupkan sunnah Rasulullah saw dan juga dapat membantu pesakit mendapat kelegaan dan mencapai kesejahteraan dalam hidup mereka, dengan izin Allah.


Antara pengalaman dan perubahan kelakuan yang berlaku pada pesakit yang berbekam dengan saya:
  • Jadi lebih rajin dan ringan untuk solat dan khusyuk pula.
  • Dapat sujud dalam solat setelah bertahun solat duduk setelah hanya sekali berbekam.
  • Nampak perubahan pada anak apabila emak berbekam; anak yang tak bertudung nak bertudung, yang tak tetap bertudung jadi tetap dan yang tak tetap solat jadi tetap solatnya. MasyaAllah!

Pendek kata, berbekam bukan sahaja merupakan satu kaedah mencegah dan merawat penyakit, malah ia adalah satu kaedah menjana proses anti-aging yang amat berkesan, mudah dan murah. 

Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.  

Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh;    yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.  

Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.

Jiwa menjadi lebih tenang dan halangan dalam kehidupan berkurangan.

Baliklah kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, kita tidak akan rugi apa-apa, there's nothing to lose,
malah akan dapat menafaat yang berganda,
we have everything to gain.
Because Allah knows what is best for His creations. 



Untuk rawatan bekam Muslmah secara sunnah, hubungi
Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *