Showing posts with label makanan alkali. Show all posts
Showing posts with label makanan alkali. Show all posts

Sunday, February 3, 2013

Antara Bekam Sunnah dan Logik Sains Medik - Perbezaan Antara Bekam dan Menderma Darah

Dengan nama Allah Yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW













Di atas adalah gambar darah yang keluar melalui bekam di antara kes-kes yang agak kronik. Kelihatan buih-buih, lendir dan darah yang bertali-tali di dalam cup yang menadah darah dari pesakit. Kadang-kadang terdapat juga bau hanyir bersama darah tersebut.

Apakah sebenarnya kandungan di dalam darah yang dikeluarkan semasa bekam?

Oleh kerana ketiadaan kemudahan dan peralatan yang perlu untuk mengkaji kandungan darah bekam, saya tak dapat kepastian apa yang sebenarnya unsur-unsur dan jumlah kandungannya yang keluar dari badan bersama darah tersebut.   

Bahan-bahan tersebut mungkin terdiri dari urea dan asid-asid lain, logam berat, mineral berlebihan, lemak, bahan lupus, bakteria dan sebagainya. Tapi saya amat hairan dan ingin mengetahui apa dan banyak mana setiap unsur itu berada di dalam darah. 

Buih-buih atau yang dikatakan angin itu juga menjadi suatu misteri, bagaimana ia boleh berada di dalam saluran darah. Secara logik, tidak mungkin boleh ada apa sahaja bentuk gas atau angin di dalam saluran darah. 

Hanya satu penjelasan saya iaitu menurut hadith Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti mana darah mengalir dalam tubuh. Oleh itu, buih-buih itu kemungkinan besarnya adalah syaitan-syaitan yang ghaib dan  tidak berjisim (berbentuk gas).

The Prophet said (to them), "Satan reaches everywhere in the human body as blood reaches in it, (everywhere in one's body). I was afraid lest Satan might insert an evil thought in your minds."  (Book #33, Hadith #251)

Dari observation saya, berbekam bukan sahaja merawat penyakit fizikal tetapi ada kesan yang mempengaruhi corak pemikirannya. Kebanyakan pesakit yang saya telah bekam merasakan suatu kelainan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang yang terdekat dengannya. 

Yang sering dirasai dan sangat significant ialah keringanan dalam melaksanakan ibadah.

Jika inilah yang dialami pesakit selepas berbekam, sudah tentunya kuranglah gangguan syaitan yang sentiasa membisikkan supaya kita malas melakukan ibadah. Wallahua'alam.
Dengan izin Allah, saya akan bertemu dengan seorang pengkaji selidek yang dapat membantu saya menjelaskan persoalan ini.

Yang penting, bekam adalah cara mengeluarkan darah yang bertoksin dari tubuh badan. Ini telah diterangkan oleh Profesor Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dari Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, USM Kubang Kerian semasa saya bertemu dengan beliau baru-baru ini. 

Beliau telah membuat kajian klinikal ke atas kesan bekam pada para pesakit dan juga mengamalkan bekam di sebuah pusat diabetes di Kelantan. Buku beliau akan diterbitkan dalam bulan Mac tahun ini.

Menurut beliau, kulit mengandungi kilang peluh yang mengeluarkan peluh bersama urea dan lain-lain bahan buangan. Kulit merupakan satu organ dan merupakan sebahagian dari sistem perkumuhan yang efisien. Ia menghasilkan sejenis enzim yang membolehkan toksin melaluinya. Oleh itu, banyak bahan toksik yang akan berkumpul di bahagian permukaan kulit.

Darah di dalam sistem aliran darah iaitu dalam arteri, tidak mengandungi banyak bahan toksin berbanding dengan darah di dalam kapilari di permukaan kulit. Oleh itu apabila seseorang menderma darah, tidak semestinya ia mengeluarkan darah toksik dalam tubuhnya. 

Namun demikian, ada kajian klinikal yang dibuat di England yang menunjukan menderma darah menurunkan risiko mendapat penyakit jantung tetapi kadarnya kecil sahaja. Efeknya tidak sama sekali dengan berbekam secara sunnah.  






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Monday, December 31, 2012

Terbaru! Sakanjabin dengan Kayu Manis

Sakanjabin kini lebih berkesan dengan adanya ekstrak Kayu Manis. 

Image may contain: drink






Formula ini telah lama dikenali sebagai penawar yang amat menakjubkan dalam rawatan beberapa penyakit dan masalah terutamanya:


  • Athritis
  • Sembelit
  • Kegemukan
  • Masalah jantung
  • Kolesterol tinggi
  • Masalah jerawat

  • Resedung dan Selsema 
  • Sistem imun yang lemah
  • Kurang tenaga dan kelesuan
  • Masalah penghadaman dan pencernaan
  • Jangkitan pada saluran kencing 
Rahsia penawar dari kitab Perubatan Islam ini terlalu hebat. Rasakan sendiri perubahan-perubahan positif yang pasti akan berlaku dengan amalan yang istiqamah dan berdisiplin.




Sistem An Nisaa
 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Monday, December 17, 2012

Sakanjabin Untuk Rawatan Penyakit

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta sejahtera ke atas keluarga dan sahabat.



Sakanjabin Sistem An Nisaa merupakan penawar yang berasaskan madu asli dan cuka epal - 
ringkas, mudah, tetapi tersangat sedap dan kehebatannya menjangkau pengharapan, sangkaan dan dugaan kebanyakan yang mengamalnya. 

Berikut adalah antara kes yang telah dirawat menggunakan Sakanjabin sebagai penawar:

Kes #1 - Wanita berumur 50 tahun menderita dengan masalah nasal polyps, iaitu ketumbuhan di dalam hidung yang tidak berkanser. Ketumbuhan ini menutupi ruang sebelah atau 
kedua belah hidung dan tidak dapat bernafas langsung. Ini menganggu tidur dan pesakit akan berdengkur dan nafasnya berbau. Pesakit ini bernasib baik kerana polyps hanya bermula dua tiga bulan yang lalu dan tumbuh di hidung sebelah kanan sahaja.  
Keadaan nasal polyps pesakit
pada awal rawatan (bukan gambar pesakit sebenar tetapi
beginilah keadaannya)










Kebanyakan pesakit nasal polyps telah merana bertahun-tahun lamanya kerana perubatan konvensional tidak dapat merawat masalah ini; cuma pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut merupakan opsyen mereka. Namun kebiasaannya, ketumbuhan akan kembali dalam masa enam bulan. 
Sakanjabin Sistem An Nisaa ialah gabungan madu tualang, madu apis, cuka epal dan ekstrak kayu manis.

Pesakit wanita ini telah diberi Sakanjabin bersama Minyak Habbatus Sauda untuk makan dan Green Propolis untuk makan dan dititik dalam hidung. Pesakit juga dinasihati untuk mengurangkan gula dan makanan berlemak kerana didapati pesakit ini kurang jus hempedu. Oleh itu, Sakanjabin amatlah penting bagi pesakit ini untuk membantu mencerna makanannya serta untuk memastikan protin dan lemak dipecahkan dengan sempurna. Asid dan toksin dalam perut dan darah akibat dari makanan yang tidak dapat diproses dengan sempurna merupakan punca utama kebanyakan penyakit.

Minyak Habbatus Sauda dan Green Propolis bertindak untuk mengecutkan ketumbuhan, melegakan keradangan dan mematikan kuman di dalam hidung (terdapat nanah pada ketumbuhan pesakit tersebut). Kedua-dua penawar ini mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammatory), anti-bakteria dan anti-tumour yang amat baik. 

Setelah cuma dalam 24 jam mengambil penawar-penawar tersebut, didapati ketumbuhan telah mengecut dan nanah hampir-hampir tiada. Dalam 3 hari ketumbuhan telah mengecut sebanyak 50% dan pesakit sudah mula boleh bernafas sedikit melalui hidungnya.  

Keadaan nasal polyps pesakit (bukan pesakit sebenar)
adalah seperti ini setelah 7 hari rawatan
Setelah tujuh hari rawatan, ketumbuhan hanya tinggal 30% dan pesakit dapat menarik nafas dari hidung kanannya serta dapat mengesan bau. Selain daripada itu, pesakit ini juga agak terkejut kerana setelah seminggu mengamalkan tiga penawar tersebut, beliau dapat melipat kakinya untuk duduk bersila. Sebelum ini, urat pehanya akan terasa sakit dan tidak membolehkannya duduk bersila.

*Update - setelah dua minggu rawatan, pesakit ini sudah dapat menghembus dan menarik nafas melalui hidungnya dan polyps hampir-hampir tidak kelihatan lagi. Alhamdulillah.

Kes #2 - Pelajar berumur 23 tahun diberi Sakanjabin kerana kerap mendapat selsema
dan masalah kulit akibat dari alahan. Nafasnya juga berbau. Setelah tidak sampai 3 minggu, pesakit ini terkejut kerana berat badannya turun sebanyak 2 kilogram tanpa berniat atau berusaha untuk berdiet.

Setelah sebulan mengambil Sakanjabin , di antara kesan yang didapatinya ialah :
  • seleranya berkurang tetapi tenaga fizikalnya meningkat. Dia tidak lagi perlu tidur di waktu siang walaupun tidur lewat di sebelah malam.
  • kulit wajahnya kelihatan lebih cerah, dan masalah alahan sangat berkurangan.
  • segugut yang agak teruk dialami setiap bulan sudah tiada  
Pelajar ini turut menceritakan tentang rakan serumahnya yang mendapat reaksi alahan kerana telah makan sotong pada satu malam. Beliau tidak dapat tidur kerana terasa gatal seluruh badannya. Pelajar tersebut telah mencadangkan kepada kawannya supaya mengambil Sakanjabin dan hanya setelah itu, kawannya dapat tidur dengan selesa.

Ini hanya antara dua kes pengamal Sakanjabin; kisah penyembuhan dan kesan positif pada pesakit akan dibentangkan lagi di dalam post kemudian. Insya Allah.

Image may contain: drink

Inilah dia kehebatan penawar Perubatan Islam yang merupakan satu panacea iaitu penawar yang dapat merawat pelbagai penyakit. Ia merupakan suatu yang semulajadi, yakni mudah diterima dan diserap oleh sistem tubuh. 
Ia adalah makanan yang sedap, mudah dan 
selamat untuk diamalkan. 
Khasiatnya ternyata banyak sekali. 


Sistem An Nisaa
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah





Sunday, July 29, 2012

Sakanjabin - Permata dari Kitab Perubatan Islam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad saw 
serta ahli keluarganya

Image may contain: drink



Menurut World Health Organisation (WHO) terdapat 12,000 kategori penyakit dan 6000 penyakit yang jarang ditemui dari segi perubatan konvensional. Jumlah ini hanya merupakan anggaran sahaja antara penyakit yang diketahui.   

Semakin "maju" dunia ini, semakin banyak pula penyakit-penyakit ganjil dan masalah yang muncul. Dunia perubatan Barat dan yang dikatakan konvensional, dalam mencari dan mengkaji kes-kes yang semakin rumit, kadang-kadang dalam kerakusannya mencipta kaedah-kaedah dan ubat-ubatan yang memberi kesan sampingan, merbahaya di jangkapanjang, yang mengandungi unsur-unsur beracun dan/atau haram, yang merosakkan atau merubah DNA dan sistem-sistem tubuh semulajadi. Semakin banyak kita masukkan racun dalam bentuk  ubat-ubatan ini ke dalam tubuh, semakin  banyak penyakit baru dan ganjil yang akan menimbul. 




Sebagai seorang Islam, kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan dan hadith-hadith sebagai petunjuk dan pegangan hidup kita supaya kita selamat dunia akhirat. Why not dalam segi perubatan juga kita terus berpegang kepada kedua bahan rujukan ini. After all, Allah swt yang menciptakan manusia, sudah tentunya Dia yang mengetahui bagaimana dan apa-apa cara-caranya untuk  menjaga kesihatan supaya kita dijauhi dari penyakit-penyakit.

Kaedah-kaedah rawatan dan penawar-penawar dalam perubatan Islam mungkin kelihatan terlalu ringkas dan sempoi bagi sesetengah orang, sehingga ada yang berpendapat bahawa tidak mungkin cara perubatan yang simple sebegini dapat merubati penyakit-penyakit "moden" zaman sekarang yang serba-serbi canggih. 

Tetapi bukankah tubuh manusia dan segala perisian dan sistem di dalamnya merupakan suatu "alat" yang paling canggih sekali yang pernah dicipta, dan tidak mungkin akan ada ciptaan yang lebih hebat atau canggih dari ini?

Cuka epal adalah bahan yang berasid tapi apabila di dalam perut
ia bertindak untuk mengalkalikan perut. Perut yang bersifat alkali adalah amat penting
untuk mencegah terbentuknya toksin dan racun yang akan menyebabkan
sel kita menjadi teroksid dengan unsur-unsur radikal bebas. 

Jadi sebenarnya kita tidak perlu lagi bersusah-payah mencari atau mencipta alat-alat dan ubat-ubatan yang akan "merawat" penyakit. Di dalam tubuh manusia sudah wujud farmasi yang lengkap dan sempurna, dan ada sistem-sistem semulajadi di mana sel-sel tubuh ada keupayaan untuk mengenali patogen-patogen (unsur-unsur yang membawa penyakit), melawannya dan merawat sel-sel yang rosak. Sekiranya sel-sel tidak dapat dibaikpulih, sel-sel ini akan dimusnahkan atau mati dengan proses yang dinamakan apoptosis.

Proses ini amat penting kerana sekiranya kurangnya berlaku kadar apoptosis ini, sel-sel yang telah rosak akan memusnahkan sel-sel yang lain yang boleh menyebabkan terjadinya kanser atau barah.    

Sakanjabin (Oxymel) merupakan penawar yang amat ringkas dan sedap rasanya. Ia adalah campuran madu asli dan cuka epal yang masing-masing mengandungi banyak enzim-enzim, dan kombinasi kedua unsur ini menghasilkan satu penawar yang terlalu hebat, menakjubkan dan berkesan mencegah dan merawat pelbagai penyakit termasuk kanser. 

Madu Tualang ialah salah satu daripada
ramuan utama penawar Sakanjabin. Ia mengandungi
empat kali lebih kandungan antioksidan  daripada
madu biasa.
Penawar yang disebut di dalam kitab perubatan Islam ini mampu menentukan agar proses apoptosis, dan juga sistem-sistem lain dalam tubuh berfungsi dengan baik. Menurut kajian-kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) madu mengandungi unsur-unsur perubatan terutamanya antioksidan yang akan mengaktifkan lagi sistem semulajadi "rawat-diri" tubuh. Tidak hairanlah mengapa madu dianggap begitu tinggi nilai dan khasiat perubatannya sehingga mendapat tempat di dalam kitab suci Al-Quranul Kareem.

Seorang doktor Dr. D.C. Jarvis telah melabelkan Sakanjabin ini sebagai satu panacea iaitu sesuatu yang menyembuhkan segala penyakit. Sila pergi ke link ini FarmasiIslamOnline untuk kegunaan penawar hebat ini.

  


Sistem An Nisaa
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

Friday, July 13, 2012

Stevia - The Feel Good Factor

Stevia - kebaikannya lebih jauh dari sekadar pemanis alternatif. Nilai perubatannya menjadikan herba ini penawar yang penting dalam kaedah rawatan Sistem An Nisaa.

Daun stevia biasanya digunakan sebagai pemanis alternatif dalam makanan dan minuman, samada di rumah maupun di dalam industri memproses pemakanan. Sifatnya yang tidak mengandungi kalori, karbohiderat dan sukros menjadikannya pilihan pesakit kencing manis yang inginkan sedikit kemanisan di dalam makanan mereka.

Namun di dalam klinik Sistem An Nisaa, stevia diberi kepada pesakit kencing manis bukan untuk memberi kemanisan dalam hidup mereka, tetapi juga sebagai bahan, atau penawar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. 

Stevia bertindakbalas ke atas saraf otak di bahagian medulla oblongata (brain stem), iaitu bahagian pangkal otak yang bersambung dengan saraf tunjang dalam tulang belakang. Fungsi mengimbangkan pencernaan hormon, enzim, asid amino dan semua tindakbalas kimia adalah amat penting supaya setiap sistem tubuh berfungsi pada tahap optima. 

Medulla juga bertanggungjawab untuk mengatur rentak jantung dan pengaliran darah. Di dalam perubatan Islam, darah merupakan unsur yang diutamakan dalam apa jua keadaan dan pengaliran darah yang baik amat genting dalam penjagaan kesihatan. 

Selain daripada itu, keseimbangan bio-rhythm kita yang berpengaruh ke atas mood kita, terutamanya wanita amat penting kerana ketidakstabilan emosi mendatangkan pelbagai masalah dalam mengawal dan menguruskan kehidupan harian dan perhubungan kita dengan keluarga, sahabat dan rakan sekerja.



  

 Farmasi Sistem An Nisaa Online's Profile Photo

 

Sunday, December 4, 2011

Benar, Cuka Epal dan Cuka Tamar Ialah Penawar Untuk Masalah Gastrik



Cuka Epal adalah di antara makanan sunnah yang  harus dimasukkan dalam diet harian  untuk menjaga kesihatan dan  mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?

Seringkali apabila saya syorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada pesakit saya yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?



Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka  ini tiada khasiat atau nutrisi.

Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.
Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali. 

Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.
Celery  yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi adalah antara sayuran yang membentuk alkali yang tinggi  dalam perut.
Kurma yang berkali-kali disebut di dalam Al-Quran rupanya salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan dalam perut dan juga menghasilkan alkali.
Buah kismis dan buah tin, kedua-duanya merupakan makanan yang penting dan dianggap tinggi nilainya dikalangan orang-orang Islam, dan kedua-duanya adalah di antara makanan yang mengalkalikan perut.

Buah Tin mendapat banyak tempat di dalam Al-Quran dan juga penghormatan sebagai nama salah satu surah di dalamnya.


Halia juga menghasilkan alkali dalam perut. Halia bukan sahaja terdapat di dalam kitab Perubatan Nabi tetapi juga disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Insaan ayat 17. Halia dikatakan menjadi salah satu ramuan dalam sejenis minuman yang diberikan kepada ahli syurga. Ini merupakan satu nikmat yang besar kerana Allah Yang Maha Pemurah memberi kepada kaum manusia di dunia ini sesuatu yang terdapat di syurga, seperti juga buah delima dan anggur. Sudah pastinya ada keistimewaan yang luarbiasa pada makanan-makanan ini yang mendapat tempat di syurga dan dalam Al-Quran.


Asid gastrik adalah cecair yang dihasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan.

Tembikai adalah buah yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi dan juga adalah pengalkali perut. Rasululah SAW menyarankan pemakanan yang terdapat di tempat duduk sendiri oleh yang demikan, buah-buahan tempatan adalah yang terbaik untuk penduduk Malaysia.

Makan buah tembikai sebelum nasi, bukan di penghujungnya.


Bukan sahaja epal dan pear tetapi  kebanyakan buah-buahan tropika  tempatan seperti buah betik memberi banyak menafaat kepada perut dan mesti dimakan sebelum hidangan utama.

Badam - juga merupakan penawar dalam Perubatan Nabi untuk  merawat masalah perut, rupanya ia adalah diantara kekacang yang mengalkalikan perut. Hazelnut juga adalah baik untuk perut.

Sayur-sayuran yang mengalkalikan perut termasuk lobak, labu, lada bengal, kacang pis, brokoli, bit dan timun.

Kayu manis dan jintan manis - dua jenis rempah yang mengalkalikan perut dan juga menjadi penawar dalam Perubatan Nabi.







Hampir kesemua herba menghasilkan alkali. Herba adalah sebahagian penting dalam Perubatan Nabi. Halba (gambar atas) dianggap sebagai bernilai seperti emas oleh tabib-tabib Islam di zaman Nabi. Selain dari halba, herba lain yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi ialah basil, cumin, chicory, marjoram, dill dan thyme.




Stevia - betul-betul satu keajaiban dan rahmat Allah swt.  Daunnya teramat manis, hanya dua titik "liquid extract" daun ini mampu memaniskan secawan besar teh. Tetapi bukan setakat itu sahaja, khasiatnya amat menakjubkan, ia dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah dan tekanan darah. Dan lebih penting, daun stevia menghasilkan alkali dalam perut.
Di dalam post-post dalam blog ini tentang pelbagai makanan yang menjadi penawar dalam Perubatan Nabi, kandungan potassium selalu di sebutkan. Ini adalah kerana potassium adalah salah satu mineral yang mengalkalikan perut. Selain daripada itu kalsium, magnesium dan sodium juga berfungsi sama seperti potassium. Oleh itu, Garam Kristal Himalaya atau Garam Bukit adalah sumber makanan yang amat penting kerana ia adalah garam tinggi potassium dan ia mengandungi mineral-mineral lain dalam kadar yang cukup tepat untuk keperluan tubuh manusia. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW sentiasa mengamal secubit garam sebelum makan - amalan ini menyediakan perut supaya mencerna makanan dengan baik.

Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko,
kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.

Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak).




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *