Monday, October 29, 2012

Kerana Nyamuk Kelambu Dibakar - Apakah Racun Yang Sebenar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad
Rasulullah SAW serta keluarganya.

Kini semakin ramai orang yang sangat mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan mereka dengan rapi. Ini adalah sesuatu sikap yang amat baik.  Tetapi yang agak menyedihkan, dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan, ada yang menjauhkan diri daripada makanan-makanan sunnah, dengan mengatakan makanan tersebut juga memudharatkan kesihatan.

Kepercayaan ini mungkin timbul disebabkan oleh kurang atau salah maklumat atau pun propaganda. 

Hakikatnya, tidak mungkin Rasulullah SAW, insan yang paling hebat dari segi akal fikiran, dan yang mendapat wahyu dan ilham dari PenciptaNya mengamal dan/atau menggalakkan ummahnya memakan sesuatu makanan.

Namun tidak dinafikan bahawa ada makanan sunnah yang telah dicemarkan atau telah berubah kebaikan menjadi mudharat oleh kerana kerakusan sifat dan perbuatan manusia sendiri. Makanan diproses dan diluntur dengan menggunakan bahan-bahan kimia dan ditambah dengan pelbagai bahan sintetik. Akhirnya makanan yang berkhasiat bertukar menjadi mudharat.

Di antara makanan sunnah yang ditakuti manusia kerana dikatakan memudharatkan ialah:

MADU
Hampir kesemua umat Islam mengetahui yang madu telah disebut di dalam Al-Quran dan Allah SWT telah berfirman yang ianya merupakan penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Ayat 69 dalam Surah An-Nahl tentang madu merupakan ayat Muhkamaat, iaitu ayat yang maksudnya jelas, nyata dan tidak perlu ditafsirkan dengan panjang lebar.

Namun ada yang masih ragu-ragu tentang keberkesanan madu dari segi perubatan. Kemungkinan, besar puncanya  kerana terdapatnya madu tiruan atau sintetik yang terlalu banyak dijual dalam pasaran. 

Hakikatnya dengan sedikit usaha, ilmu dan kajian, kita boleh mendapatkan madu yang benar-benar asli. Salah satu cara kita boleh menguji sendiri keaslian madu adalah dengan kaedah applied kinesiology, iaitu satu kaedah "muscle testing" yang menggunakan sistem reflex otot-otot yang tersedia ada dalam tubuh badan manusia.


Applied kinesology - salah satu cara mudah untuk
menguji samada madu itu asli atau tidak.

Pesakit kencing manis juga merasa gerun untuk makan madu, tetapi kajian klinikal yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian telah menunjukkan bahawa madu tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat, malah madu lebih menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Madu juga merupakan agen merawat luka akibat dari amputasi atau kecederaan pada pesakit kencing manis yang luarbiasa keberkesannannya. Hospital USM di Kubang Kerian menggunakan Madu Tualang untuk merawat kudis dan luka pesakit kencing manis dengan berjaya.
   
GARAM
Ramai orang tahu yang garam adalah merbahaya untuk kesihatan kerana garam akan menyebabkan tekanan darah tinggi. 

Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui bahawa garam adalah sunnah dan diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum makan makanan yang lain. Mengapa pula Rasulullah mengamalkan sesuatu yang boleh memudharatkan kesihatan?

Jawapan sebenarnya, garam yang Baginda SAW amalkan dahulu adalah garam organik, iaitu samada garam laut atau garam bukit yang asli, tulin dan bersih. Garam organik atau garam asli mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia, lebih banyak dari unsur-unsur yang terdapat dalam air mineral. Dan mineral-mineral ini sangat memenafaatkan dalam meningkatkan dan mengoptimakan semua fungsi sistem tubuh. Sel, tisu, organ dan sistem keseluruhannya akan berfungsi dengan lancar dan baik.

Tetapi lain dengan garam yang didapati sekarang. Laut sekarang sangat tercemar oleh itu garam yang didapati perlu dibersihkan dan diluntur untuk kelihatan putih dan bersih. Proses pelunturan  inilah yang mengakibatkan semua mineral penting terbuang, yang tinggal hanya sodium dan klorida. Sodium tanpa mineral lain memang merbahaya kerana ia memekatkan darah dan kandungan asid tinggi. 

Namun masih ada lagi garam yang bersih kerana ianya terdapat di dalam gua atau bukit dan tidak terdedah kepada pencemaran. Garam ini adalah garam bukit yang terdapat di Pakistan atau dikenali sebagai Garam Kristal Himalaya. Garam ini mengandungi 88 mineral, dan garam ini sebenarnya mampu mencairkan darah dan menstabilkan tekanan darah. 


NASI
Nasi juga merupakan makanan sunnah, apatah lagi padi sesuai ditanam di bumi Malaysia ini. Jadi ia merupakan makanan yang terbaik untuk kita dari segi genetik, bukan soya atau gandum.

Beras juga mengalami nasib yang sama seperti garam. Beras perang adalah yang terbaik dari segi khasiat dan kebaikan tetapi oleh kerana dikatakan "lebih cantik" dan "lebih sedap" apabila kulitnya diluntur, beras putih lebih digunakan dalam pemakanan kita. Dan apabila manusia mengalami kegemukan dan mengidap kencing manis, nasi pula disalahkan.


Nasi merupakan sumber kabohiderat yang terbaik bagi orang Asia dan tidak harus ditinggalkan kerana "nak kurus". Apa yang perlu dilakukan ialah:

-makan secukupnya sahaja dan tidak berlebihan

-makan pada awal hari

-makan beras perang

-berjalan selepas makan nasi. Sunnahnya ialah 40 langkah tetapi perut manusia sekarang dimasuki bahan-bahan yang berat dan banyak jadi 40 langkah mungkin tidak begitu mencukupi. 

-jangan makan nasi bersulam air

-elakkan "penambah selera" seperti sambal belacan, budu dan cencaluk


Isy, isy..sedap nyer,,mesti tak genap kalau sepinggan saja kan...


ROTI GANDUM


Roti merupakan salah satu makanan dari hasil gandum yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Tharid iaitu sejenis bubur yang dibuat dari roti dan daging juga dinilai begitu tinggi oleh Baginda. 

Roti yang digemari oleh Rasulullah SAW diperbuat daripada gandum perang iaitu gandum wholewheat. Baginda tidak makan gandum atau roti putih. 
Gandum perang cepat menjadi masam dan oleh itu pengusaha mencari cara mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membuang sekamnya. Namun seperti juga garam dan beras, dengan proses pelunturan itu bukan sahaja gandum kehilangan khasiat dan kebaikannya seperti serat, tetapi hasilnya iaitu gandum putih menjadi toksik dan beracun kerana bahan peluntur dan ditambah dengan vitamin sintetik.

Pemerosesan gandum juga menambahkan gluten iaitu sejenis protin. Ada sesetengah orang mengalami masalah alah pada gluten ini (gluten intolerance) dan akan mengalami simtom seperti migaine, kelesuan, sakit dan kembung perut, masalah otot-otot, sendi, tulang dan sebagainya.
  


 DAGING
"In the Sunan of Ibn Maja, from hadith of Abu al-Darda', from Messenger of God SAW, it says: The chief food of the people of this world and the people of Paradise is meat."

From hadith of Burayda (marfu'): The best seasoning in this world is meat."

And it is said, on the authority of 'Ali, that if anyone refrains from eating it for forty days, his character deteriorates. 

Di dalam kitab perubatan, pelbagai daging disebut termasuk daging kambing, biri-biri, lembu, unta dan lain-lain lagi. Yang penting, nyata daging merupakan makanan yang dianugerahkan kepada hamba-hambaNya untuk dinikmati bukan sahaja untuk kelazatannya bahkan untuk kebaikan ingatan (memory) dan membentuk karakter yang baik. 

Kita tidak perlu takut kepada mudharat memakan daging jika kita amalkan yang berikut:

- Elakkan dari makan daging dari binatang yang sudah tua atau kurus.

- Jangan makan daging bersama ikan. Enzim-enzim penghadaman tidak dapat mencerna lebih dari satu jenis protin daging dalam perut. Akibatnya banyak toksin dan asid terhasil.

- Jangan makan terlalu banyak (daging). 

- Amalkan mengambil sedikit garam sebelum makan daging.

- Minum cuka buah atau tambahkannya di dalam menu. Rasulullah SAW       amat gemar memakan daging yang dicicahkan dalam cuka. Cuka dapat memecahkan rangkaian protin kepada molekul-molekul yang lebih kecil.

- Makan sedulang dengan orang lain (cara makan begini adalah sunnah). Kombinasi enzim-enzim dari jari-jari setiap individu membantu dalam pencernaan makanan.


Rasulullah SAW lebih gemar pada bahagia hadapan hadapan terutamanya bahagian
kaki iaitu bahagian "Forearm" dalam gambarajah atas. Daging bahagian hadapa dikatakan lebih baik dari bahagian belakang dan daging sebelah kanan adalah lebih baik dari daging di sebelah kiri.


SUSU


Susu adalah di antara minuman yang terdapat di Syurga di mana ia mengalir seperti sungai untuk dinikmati oleh penghuni-penghuni di sana.  Jika sesuatu makanan itu mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran, sudah tentunya ia mengandungi rahsia zat dan kebaikan.

Tetapi seperti kebanyakan makanan lain juga, kita perlu mengetahui amalan-amalan terbaik mengamalkannya seperti berikut:

-Susu tidak boleh diambil secara berlebihan. Berlebihan susu akan menyebabkan pemendapan kalsium disendi-sendi. 

-Amalan mengambil garam organik mengelakkan daripada terjadinya mendapan kalsium kerana magnesium di dalam garam akan memastikan penyerapan nutrisi dalam susu yang sempurna terutamanya ke dalam tulang.   

-Sebenarnya, lemak di dalam susu adalah baik untuk kesihatan. Rahsia untuk mengelak daripada kegemukan ialah berkumur sejurus setelah meminum susu. 

-Campurkan dengan madu untuk merawat ulser dalam perut.

-Sekiranya kahak terbentuk apabila meminum susu, campurkannya dengan madu dan halia.

-Susu yang terbaik ialah dari biri-biri dan minum dengan mencampurkan air kepadanya.

-Apabila minum susu, derdoalah: "Ya Allah, berkatilah susu ini dan tambahkanlah rezeki dengannya. Sesungguhnya tiada makanan atau minuman yang lebih baik daripada susu yang dapat menggantikan (segala kekurangan) ~ dari sunan secara marfu'.


MINYAK
"In al-Tarmidhi, from hadith of Abu Hurayra (marfu), it says: Eat oil (zayt), and use it for oiling."  

"In hot countries, such as Hijaz and its like, oil is one of the best means of preserving health and restoring the body. It is a necessity for these people."

"Al-Tarmidhi related in Kitab al-Shama'il, from hadith of Anas b, Malik:
The Messenger of God SAW used to put a quantity of oil on his head, and would comb his beard a great deal, and would often use a head covering (qina'). His clothes were like those of a dealer in oil."

Minyak sayuran seperti minyak zaitun adalah minyak mono tak tepu (monounsaturated oil) iaitu minyak yang terbaik untuk kesihatan jantung. Baca di sini.




Minyak kelapa dara  pula adalah minyak tepu tetapi ajaibnya minyak ini tidak teroksid walaupun pada suhu yang tinggi. Ini adalah kerana minyak ini terdiri dari trigliserid rangkaian sederhana (medium chain triglyceride MCT)  yang merendahkan kolesterol LDL, merendahkan risiko penyakit jantung, mengawal berat badan dan membaiki keadaan panyakit kencing manis. 



Rasulullah SAW  melumurkan minyak zaitun pada  setiap bahagian
tubuh Baginda termasuk rambut dan janggutnya. Amalan menutupi lapisan kulit
dengan minyak sayuran merupakan perlindungan luaran dan juga
dalaman. Ketahuilah yang banyak losyen (termasuk losyen bayi) dan pelembap 
menggunakan minyak mineral yang memudharatkan di jangkamasa panjang.


Ketahuilah, Minyak Zaitun Extra Virgin dan Minyak Kelapa Extra Virgin mampu menurunkan berat badan, walaupun untuk mereka yang berada pada tahap obese.


Artikel ini tidak bertujuan untuk mendiagnos atau memberi cadangan untuk merawat penyakit. Pembaca dinasihati untuk mendapatkan nasihat dari pengamal perubatan profesional untuk merawat masalah atau penyakit yang dialami. 

Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *








Thursday, October 18, 2012

Hibah Kecantikan Dari Kitab Perubatan Nabi

 Siri Rawatan Kecantikan Kulit Sistem An Nisaa


Rawatan kulit Sistem An Nisaa terdiri dari Lulur Ar Rayna dan Minyak An Nur Al Wajhi. 



Berasaskan bahan-bahan yang disebut di dalam Al-Quran, hadith serta kitab perubatan Islam, produk-produk di dalam Siri Rawatan Kecantikan Kulit Sistem An Nisaa adalah selamat  untuk digunakan tanpa sebarang bahan kimia, bahan sintetik atau pengawet. 


 Lulur Ar Rayna berasaskan beras perang yang mengandungi banyak khasiat dan berfungsi sebagai perawat masalah kulit, pencuci, pemutih dan pelembut kulit yang berkesan. Protin dalam beras perang adalah bahan melulur (exfoliant) yang baik. Proses ini penting dalam membantu sel kulit mati digugurkan untuk menghasilkan kulit yang bersih, sihat, halus dengan tona yang sekata.
Sifat anti radang dan pelindung kulit yang ada pada beras akan menghasilkan kulit yang halus, dan bila digunakan secara konsisten, mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit wajah. Toner, astingent atau freshener tidak diperlukan kerana beras perang juga bertindak untuk meredakan dan menyegarkan kulit. Lulur Ar Rayna juga mengandungi herba jintan (fennel) yang merupakan antiseptik semulajadi, melembutkan kulit dan mengurangkan kedutan.



Beras perang bukan sahaja baik dimakan malah khasiatnya memberi menafaat kepada kulit wajah kita. 






Cara-cara menggunakan Lulur Ar Rayna 
1. Untuk kulit yang tiada jerawat atau sebarang keradangan, basahkan kulit dengan air. Ambil sedikit Lulur Ar Rayna dan secara perlahan-lahan gosok pada kulit. Bilas dengan air sehingga bersih.

2. Untuk kulit yang bermasalah, berjerawat atau sensitif, ambil sedikit Lulur Ar Rayna dan campurkan dengan cukup air sehingga ramuan menjadi seperti losyen. Cuci muka dengan larutan ini tanpa menggosok. Kulit akan terasa sangat bersih dan lembut.


Bahan utama iaitu beras telah disebut di dalam
Kitab At-Tibb Nabawi sebagai makanan yang berkhasiat dan sebagai agen pembersih. 

Begitu juga dengan garam dan jintan yang menjadi sebahagian dari ramuan
Lulur Ar Rayna Sistem An Nisaa.



Jintan (fennel) mengandungi antioksidan
dan bahan antiseptik disamping
bahan-bahan lain yang boleh
merawat kulit muka.
3. Lulur ini boleh dijadikan masker untuk memenafaatkan pelbagai khasiat dalam beras perang. Ambil Lulur Ar Rayna secukupnya dan campurkan dengan madu asli. Lumur pada seluruh muka dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan sehingga bersih.    










Minyak An Nur Al Wajhi merupakan pelembap dan pelindung kulit, dan juga sebagai pencuci muka. Terdapat empat jenis minyak asas iaitu minyak zaitun extra virgin, minyak biji anggur, minyak habatus sauda dan minyak Vitamin E, semuanya merupakan minyak yang tinggi kandungan antioksidannya dan mempunyai keupayaan untuk membaikpulih sel. Ini bererti ia juga agen anti-penuaan.  

Apabila digunakan selepas Lulur Ar Rayna minyak ini amat mudah meresap ke dalam kulit dan kelembapan akan dikekalkan. Minyak sayuran amat mudah diserap oleh kulit berbanding dengan losyen dan krim muka yang kebanyakannya menggunakan minyak mineral atau gliserin yang boleh memudharatkan dalam jangkamasa panjang.   

Minyak Minyak An Nur Al Wajhi mengandungi minyak pati bunga (essential oil) yang merawat pelbagai masalah kulit muka seperti Bergamot, Juniper, Geranium dan banyak lagi.

Cara menggunakan Minyak An Nur Al Wajhi 
Setelah membersihkan kulit muka dengan Lulur Ar Rayna, lap dengan tuala yang bersih dengan menekapkannya pada kulit muka. Sapukan kulit dengan 2 titik Minyak An Nur Al Wajhi pada seluruh muka kecuali bahagian mata. Jangan gunakan tekanan dan jangan gunakan pergerakan ke bawah. Sapu sambil tarik permukaan kulit ke atas. Minyak akan menyerap masuk dalam masa sekejap sahaja. Guna bedak atau foundation seperti biasa.

Minyak An Nur Al Wajhi juga boleh digunakan sebagai pencuci muka. Minyak zaitun merupakan agen pembersih yang amat baik selain dari pati bunga yang terdapat di dalam minyak ini. Caranya ialah dengan menggunakan dalam 5-6 titik minyak dan dengan jari, gunakan pergerakan bulatan kecil pada kulit sambil mengurut perlahan-lahan. Bersihkan bibir juga. Gunakan kapas atau tisu yang lembut untuk membuang minyak pada kulit dengan menggunakan pergerakan ke atas.  Bersihkan kulit dengan Lulur Ar Rayna. Pembersihan kulit begini boleh dilakukan sekali dalam seminggu.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *



Sunday, August 5, 2012

Not Just Olive Oil - Laleli Olive Oil

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
serta selawat dan salam kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
serta ahli keluarganya.






Who is behind Laleli?
Dr Yahya Laleli, founder of Laleli Olive Oil, is a physician and a Muslim who contributes financially to many Muslim organisations, especially those involved in providing and improving education. 

The Founder's Profile
An undisputable lover of olive oil. A medical doctor. A research scientist. An academician. An internationally-renowned expert in nuclear medicine and radiobiology. An education philanthropist. The aforesaid describes in a nutshell the founder of Laleli brand of olive oil, Dr. Yahya R. Laleli.

Dr. Laleli was trained as a medical doctor in Istanbul, Turkey and later specialised in biochemistry, nuclear medicine and radiobiology at John Hopkin's Hospital, Baltimore, USA. There, he taught and researched in nuclear medicine. Apart from lecturing medical students, Dr. Laleli was a consultant for the Istanbul International Hospital and Turkish Ministry of Health.

Dr. Laleli was conferred two professorships in Biochemistry and Nuclear medicine. To date, he has over 50 international publications used by academicians. Dr. Laleli is widely acclaimed as a pioneer expert for his significant contributions to the advancement of Nuclear medicine and Radioimmunoassay studies in Turkey. He is the founder and director of both Duzen Laboratories Group specialising in clinical diagnostic tests, research, control and development and environmental laboratory.

Since retirement from the universities, Dr. Laleli is exceptionally active and fully devoted to the relentless research to produce the best olive oil and pro bono contributions to the society. Dr. Laleli is an active member (anf Founding Member) of many international and Turkish scientific and medical associations involved in clinical research if disease control and preventions. He also sits on the board of Education Foundation aimed at promoting the standard of education in Turkey. - Anonymous.

With a solid reputation as this, and because of his contributions and acts of generosity, it is hoped that the oil produced by Dr. Yahya is more baroqah and therefore is more potent. This is of major importance, to me at least, that the producer or the person behind the source of my remedies and ingredients I use are of good character and possess noble intentions. What more when the entity is highly regarded in terms of it's sanctity. I use olive oil to treat spiritual problems and prescribe it to my patients as a remedy, not merely as a supplement, and Laleli Olive Oil serves this purpose perfectly. 
  

What is the difference with Laleli Olive Oil?

  • Laleli Olive Oil comes from olives grown in Edremit Bay, a region well-known for producing one of the best olives in the world. 
  • Dr. Yahya grows, processes and bottles olives and it's produce himself. Many brands of olive oil may not be their own , they merely import and re-pack the oil. 
  • Dr. Yahya prefers to use fruits from the early harvest. These fruits contain less oil but a higher antioxidant content. 
  • To keep the antioxidant properties as high as possible, olives are picked early, usually in October or November, because as olives mature, the level of antioxidants decreases. 
  • The fruits are hand-picked; those fallen on the ground are not used as the taste becomes earthy and unpleasant. He scrupulously avoids using any damaged olives that could spoil the taste of superior extra virgin olive oil. The olives are picked at night, while the olives are cool, and then they are processed immediately to avoid fermentation and oxidation from occurring.
  • Olives are processed within 24 hours to minimise oxidation.
  • Cold-pressing is applied at less than 37 degrees Celsius, and to retain maximum flavour, Dr. Yahya doesn't filter his oil. He allows it to gradually settle to the bottom of the storage tanks. The resulting oil is transported by gravity for bottling because pumping can damage the delicacy of the oil. 
  • Extra virgin oils are packed in beautiful dark bottles to reduce oxidation. The cork used on the "Selection" variety is of very good quality and doesn't disintegrate.
  • Products and processes are subject to the highest standards of hygiene, quality control and laboratory analysis, and surpass standards defined by the International Olive Oil Council. Some of his products have bagged more than 13 international awards over the years.
  • The quality of extra virgin olive oil is quantitatively determined by the level of free fatty acids, peroxide and vitamin E in the oil. In the case of olive oil, to be labelled "extra virgin" it cannot contain more than 1% free fatty acids (oleic acid). The highest level of oleic acid in Laleli's product is only 0.7% (Ancient) and Laleli states these levels on their labels, something many if not most of other producers do not do.
  • Laleli extra virgin olive oils have all the characteristics of superior quality oil in terms of colour (greenish), taste (mild bitter, pungent with the distinct taste and smell of the olive fruit) and rich. Many olive oils I've tasted are bland, flat or earthy and doesn't leave any sensation at the throat.
  • Laleli is certified "halal" by the Turkish religious authority.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Pohon di Langit ke Tujuh - Memertabatkan Pokok Bidara Dengan Fakta Saintifik

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW 
serta ahli keluarganya.



Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba' ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28 dan seperti juga subjek lain, sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya. 

Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.

Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntahatempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi'raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana. 


Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan  kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.

Sila ke link ini untuk huraian setiap ayat dan hadith tentang pokok Bidara ini.

Selain daripada hadith-hadith yang disebut di atas, terdapat juga hadith-hadith berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah swt :

"Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka." (Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani)

dan

"Hadith ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka." (Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr) 

Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya. 

Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.  

Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi dan Ziziphus mauritiana. Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arab zizouf. Kajian saya lebih kepada Ziziphus mauritiana kerana ini adalah spesis yang terdapat di Malaysia. 


Ziziphus spina-christy : dikatakan Nabi Isa a.s. telah dipakaikan 
mahkota yang dinamakan Crown of thorns 
yang diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini.


Kandungan (Chemical constituents) - Hasil Kajian dari Jodhpur National University

Antioksidan - flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin

Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi)

Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL)

Carotene

Kalsium, besi, fosfurus

Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.  

Sifat-sifat perubatan
  • Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol.
  • Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser.
  • Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
  • Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji.
  • Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).
  • Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen)
  • Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia).
  • Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli
  • Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.
  • Anti radang (Anti-inflammatory) 


Applikasi

  • Salah satu bahan sunnah dalam mandian untuk jenazah (sila lihat hadith di atas).
  • Rawatan mandian untuk masalah gangguan makhluk halus.
  • Mandi haid 
  • Rawatan perubatan untuk beberapa masalah dan penyakit terutamanya hati, perut dan paru-paru.

Kegunaan


Daun - penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.

Daun bidara yang dibuat lulur untuk mandian dalam rawatan gangguan.

Buah - masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. 
                                                                                                       

Biji - loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit. 


Bunga - losyen untuk mata .
Kulit - cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).


Akar - gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

Wallahua'lam bisowwab. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi nasihat untuk rawatan sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan perawat profesional untuk diagnosis dan rawatan yang sempurna.





Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Sunday, July 29, 2012

Sakanjabin - Permata dari Kitab Perubatan Islam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad saw 
serta ahli keluarganya

Image may contain: drink



Menurut World Health Organisation (WHO) terdapat 12,000 kategori penyakit dan 6000 penyakit yang jarang ditemui dari segi perubatan konvensional. Jumlah ini hanya merupakan anggaran sahaja antara penyakit yang diketahui.   

Semakin "maju" dunia ini, semakin banyak pula penyakit-penyakit ganjil dan masalah yang muncul. Dunia perubatan Barat dan yang dikatakan konvensional, dalam mencari dan mengkaji kes-kes yang semakin rumit, kadang-kadang dalam kerakusannya mencipta kaedah-kaedah dan ubat-ubatan yang memberi kesan sampingan, merbahaya di jangkapanjang, yang mengandungi unsur-unsur beracun dan/atau haram, yang merosakkan atau merubah DNA dan sistem-sistem tubuh semulajadi. Semakin banyak kita masukkan racun dalam bentuk  ubat-ubatan ini ke dalam tubuh, semakin  banyak penyakit baru dan ganjil yang akan menimbul. 




Sebagai seorang Islam, kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan dan hadith-hadith sebagai petunjuk dan pegangan hidup kita supaya kita selamat dunia akhirat. Why not dalam segi perubatan juga kita terus berpegang kepada kedua bahan rujukan ini. After all, Allah swt yang menciptakan manusia, sudah tentunya Dia yang mengetahui bagaimana dan apa-apa cara-caranya untuk  menjaga kesihatan supaya kita dijauhi dari penyakit-penyakit.

Kaedah-kaedah rawatan dan penawar-penawar dalam perubatan Islam mungkin kelihatan terlalu ringkas dan sempoi bagi sesetengah orang, sehingga ada yang berpendapat bahawa tidak mungkin cara perubatan yang simple sebegini dapat merubati penyakit-penyakit "moden" zaman sekarang yang serba-serbi canggih. 

Tetapi bukankah tubuh manusia dan segala perisian dan sistem di dalamnya merupakan suatu "alat" yang paling canggih sekali yang pernah dicipta, dan tidak mungkin akan ada ciptaan yang lebih hebat atau canggih dari ini?

Cuka epal adalah bahan yang berasid tapi apabila di dalam perut
ia bertindak untuk mengalkalikan perut. Perut yang bersifat alkali adalah amat penting
untuk mencegah terbentuknya toksin dan racun yang akan menyebabkan
sel kita menjadi teroksid dengan unsur-unsur radikal bebas. 

Jadi sebenarnya kita tidak perlu lagi bersusah-payah mencari atau mencipta alat-alat dan ubat-ubatan yang akan "merawat" penyakit. Di dalam tubuh manusia sudah wujud farmasi yang lengkap dan sempurna, dan ada sistem-sistem semulajadi di mana sel-sel tubuh ada keupayaan untuk mengenali patogen-patogen (unsur-unsur yang membawa penyakit), melawannya dan merawat sel-sel yang rosak. Sekiranya sel-sel tidak dapat dibaikpulih, sel-sel ini akan dimusnahkan atau mati dengan proses yang dinamakan apoptosis.

Proses ini amat penting kerana sekiranya kurangnya berlaku kadar apoptosis ini, sel-sel yang telah rosak akan memusnahkan sel-sel yang lain yang boleh menyebabkan terjadinya kanser atau barah.    

Sakanjabin (Oxymel) merupakan penawar yang amat ringkas dan sedap rasanya. Ia adalah campuran madu asli dan cuka epal yang masing-masing mengandungi banyak enzim-enzim, dan kombinasi kedua unsur ini menghasilkan satu penawar yang terlalu hebat, menakjubkan dan berkesan mencegah dan merawat pelbagai penyakit termasuk kanser. 

Madu Tualang ialah salah satu daripada
ramuan utama penawar Sakanjabin. Ia mengandungi
empat kali lebih kandungan antioksidan  daripada
madu biasa.
Penawar yang disebut di dalam kitab perubatan Islam ini mampu menentukan agar proses apoptosis, dan juga sistem-sistem lain dalam tubuh berfungsi dengan baik. Menurut kajian-kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) madu mengandungi unsur-unsur perubatan terutamanya antioksidan yang akan mengaktifkan lagi sistem semulajadi "rawat-diri" tubuh. Tidak hairanlah mengapa madu dianggap begitu tinggi nilai dan khasiat perubatannya sehingga mendapat tempat di dalam kitab suci Al-Quranul Kareem.

Seorang doktor Dr. D.C. Jarvis telah melabelkan Sakanjabin ini sebagai satu panacea iaitu sesuatu yang menyembuhkan segala penyakit. Sila pergi ke link ini FarmasiIslamOnline untuk kegunaan penawar hebat ini.

  


Sistem An Nisaa
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah