Menurut Al-Baghawi dalam Tafsirnya dari Abdullah bin Umar secara marfu':
"Sesungguhnya Allah menurunkan empat berkat dari langit ke Bumi: Besi, Api, Air dan Garam."
Tasik dan bukit garam di Himalaya |
Garam Kristal Himalaya ini didapati dari bahagian Salt Range Banjaran Himalaya dekat Punjab, Pakistan. Kebanyakan garam yang didapati di bahagian luar berwarna kemerahan tetapi di bahagian dalam gua, garam bertukar menjadi putih dan paling dalam sekali, garam telah membentuk kristal yang keras oleh kerana tekanan yang tinggi selama berjuta tahun.
Garam yang telah membentuk kristal yang teramat keras |
Garam putih inilah yang dikenali sebagai
Garam Kristal Himalaya.
Hadis riwayat Ibnu Majah dalam Sunannya menerusi hadis Anas secara marfu':
"Penghulu segala lauk adalah garam."
Jika benar semua garam adalah merbahaya untuk kesihatan kita, mustahil hadis seperti ini wujud. Jadi apakah garam yang dimaksudkan pengulu lauk ini?
Garam meningkatkan kadar
metabolisma dan memecahkan rangkaian lemak dan kolesterol serta melancarkan
pengaliran jus hempedu, semuanya penting dalam pengawalan berat badan. Juga
dapat menyahkan toksin dan asid uric, dengan itu dapat merawat masalah gout dan
sakit tumit. Garam mengandungi unsur pembersih, penghilang lendir, bersifat
penyerap dan mencegah bau busuk dan kerosakan lantas mengelakkan keracunan
dalam perut. Kandungan potassium di dalamnya mengalkalikan perut dan keadaan ini amat penting bagi mencegah penyakit-penyakit kronik.
Daripada mengambil air-air isotonik yang mengandungi banyak kimia yang mengasidkan perut dan gas karbonat yang memekatkan darah, lebih baik minum air larutan garam kristal yang kandungan mineralnya cukup lengkap, sempurna dan dalam kadar yang tepat.
Ia mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus. Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone mineralisation). Bersifat pengalir yang efisien, garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
Sifat menyerap garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar. Garam menambahkan kandungan oksigen dalam sel dan darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.
Garam kristal menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin masam dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
Garam
Kristal Himalaya ialah garam paling suci di atas muka Bumi ini. Ia kaya dengan
mineral dan bebas dari bahan toksin dan bahan pencemaran. Ia mengandungi lebih
dari 80 mineral dan trace element, dan
inilah yang membezakannya dengan garam sodium biasa yang memudaratkan.
Garam yang paling dalam sekali telah
membentuk kristal yang keras oleh kerana tekanan yang tinggi selama berjuta
tahun. Struktur geomatrik kristalinenya
amat sempurna. Inilah yang dinamakan Garam Kristal Himalaya. Ia adalah
garam organik yang paling berkhasiat, paling bersih dan mengandungi semua unsur
mineral yang terdapat dalam tubuh manusia. Inilah dia berkat sebenar-benarnya yang turun dari langit.
Garam berpotassium
tinggi ini sangat diperlukan untuk sel yang sihat. Potassium menentukan kadar
diluar dan di dalam sel pada tahap yang betul. Potassium juga mengalkalikan
perut dan ini penting untuk mencegah
peyakit kronik. Rasulullah SAW mengamalkan sedikit garam sebelum makan. Baginda
akan mencicah ibujari ke dalam dan meletakkannya pada langit-langi Baginda.
Amalan ini akan merembes enzim penghadaman dalam air liur dan perut. Garam juga
akan meyerap gas yang berada dalam perut sebelum makanan masuk ke dalamya, dan
ini akan mengurangkan rasa senak dan sendawa.
Terlalu mengagumkam adalah ciptaan Allah swt, air zam-zam adalah molikul air yang paling sempurna (perfect) di atas muka Bumi ini. |
Garam Kristal Himalaya berbeza daripada garam halus biasa
yang diproses yang mana kandungan adalah sodium semata-mata yang menjadi punca
tekanan darah naik. Garam menjadi bahan yang memudharatkan apabila proses
"pembersihan" turut menyahkan unsur potassium, kalsium, magnesium dan
besi yang perlu bekerjasama dengan sodium. Garam merupakan satu rahmat daripada
Allah SWT yang sebenarnya boleh dinikmati dan tidak semestinya ditakuti
kemudharatannya.
Daripada mengambil air-air isotonik yang mengandungi banyak kimia yang mengasidkan perut dan gas karbonat yang memekatkan darah, lebih baik minum air larutan garam kristal yang kandungan mineralnya cukup lengkap, sempurna dan dalam kadar yang tepat.
Ia mampu menyerap gas-gas lengai dalam perut dan usus. Garam merangsang kelenjar tiroid yang penting dalam pembinaan tulang yang kuat (bone mineralisation). Bersifat pengalir yang efisien, garam melancarkan system saraf dan pengaliran neuro transmitters yang menghantar isyarat kepada otak.
Sifat menyerap garam adalah faktor yang penting dalam rawatan kanser yang merupakan penyakit dasar. Garam menambahkan kandungan oksigen dalam sel dan darah yang sangat diperlukan untuk melemahkan virus kanser.
Garam kristal menambah kualiti segala sesuatu yang dicampur dengannya.Ia berfungsi sebagai pemangkin dalam tindakbalas kimia oleh itu sangat perlu dalam penghadaman dan pencernaan makanan, mengurangkan masalah angin masam dan gastrik. Ia sangat cekap melancarkan pengaliran darah, merangsang kelenjar untuk merembes hormon, asid amino, mineral dan vitamin oleh organ tubuh. Ia kaya dengan iodin dan mampu mengimbangi kalsium dalam tubuh iaitu mineral yang penting untuk mencegah osteoporosis.
Sesungguhnya, Allah Maha Pencipta sememangnya Yang Mengetahui segala-gala tentang ciptaanNya dan apa yang terbaik bagi mereka.
Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *
* Urut Traddsional Melayu *
No comments:
Post a Comment