Pokok 1001 guna |
Firman Allah:
“Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah mengumpamakan
Kalimah Yang Bagus itu seperti sepohon pokok yang bagus (subur),
akar (umbinya) teguh dan cabangnya (menjulang ke langit).
Pokok itu berbuah pada setiap waktu (tahun) dengan izin Tuhannya,
sedang Allah membuat perumapamaan-perumpamaan
itu untuk manusia agar mereka mengambil peringatan.
Surah Ibraahim: 24-25
Ayat di atas menurut ahli tafsir merujuk kepada pokok-pokok palma oleh kerana sifat-sifat padanya yang memenuhi ciri-ciri keterangan tersebut. Ini termasuk pokok kurma, kelapa sawit dan kelapa.
Kajian-kajian saintifik terbaru mengesahkan bahawa Minyak Kelapa Dara adalah antara minyak yang paling baik untuk kesihatan. Kajian-kajian dan berita tentang bahaya minyak kelapa sebelum ini hanya merupakan agenda negara barat yang ingin mempromosi minyak soya dan jagung.

Sekiranya pokoknya disebut di dalam Al-Quran sudah pastinya ada kebenaran dalam kebaikan minyak ini.
Minyak Kelapa Dara (Extra Virgin Coconut Oil) yang dimaksudkan adalah jenis minyak diproses menggunakan teknik “cold-press”, iaitu satu proses yang tidak memusnahkan vitamin-vitamin, antioksidan dan khasiat semulajadi minyak kelapa. Hasilnya ialah Minyak Kelapa Dara yang putih jernih yang menunjukkan kualiti minyak yang baik dan tidak berkolesterol. Minyak kelapa yang diproses dengan cara ini tidak memerlukan bahan kimia, bahan pengawet atau haba untuk diproses oleh itu ianya susah teroksid dan tidak akan tengit.
Minyak ini kaya dengan asid laurik yang juga wujud di dalam susu ibu untuk menguatkan sistem imun bayi. Ia mengandungi lemak trigliserid rantaian sederhana (medium chain triglycerides-MCT) yang mudah dihadam oleh tubuh dan ditukar menjadi tenaga.
Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang tinggi. Kompoun ini penting untuk membina sistem imun bayi |
Minyak asas sayuran ini bukan sahaja mampu memecahkan kolesterol LDL dalam tubuh malah meningkatkan kadar HDL yang baik.
MCT cepat membakar lemak yang dimakan menjadi tenaga. Proses ini dinamakan “thermogenesis“ iaitu pembakaran lemak menjadi tenaga dengan meningkatkan kadar metabolisma. Minyak ini juga tidak mengandungi trans-fats yang merbahaya yang terhasil apabila hidrogen ditambahkan kepada minyak.
Seperti pokoknya yang mempunyai 1001 kegunaan, begitu juga dengan minyaknya. Minyak Kelapa Dara adalah bersifat anti-bakteria, anti-viral dan anti-protozoa semulajadi dan juga mengandungi antioksidan. Jangkitan kuman-kuman akan diatasi dengan cepat samada ia berlaku di dalam tubuh maupun di luar tubuh. Oleh kerana minyak ini mampu mempercepatkan kadar metabolisma, luka akibat jahitan, pembedahan atau kecederaan cepat mencantum tanpa berlakunya infeksi. Daya tahahan terhadap jangkitan dan alahan dipertingkatkan.
Minyak kelapa dara yang tiada kandungan kolesterol adalah putih jernih |
Kemampuannya untuk memecah lemak mengurangkan risiko arteriosclerosis dan sumbatan pada artery amat mengkagumkan. Sifat ini pada minyak mengelakkan tekanan darah tinggi dan hipertensi.
Minyak Kelapa Dara teramat baik untuk berbagai masalah kulit dari kepala sehingga ke tapak kaki. Penggunaannya di kepala akan menyihatkan dan menyuburkan rambut dan mengelakkan daripada uban. Minyak ini juga amat berkesan untuk mencegah dan merawat kelemumur dan masalah kulit kepala seperti "cradle cap" iaitu keping-kepingan pada kulit kepala bayi.
Sapukan minyak ini pada seluruh badan untuk memelihara kulit dari pancaran UV dalam sinar matahari yang bahaya. Minyak ini dapat mengurangkan "sunburn" ketika berada di tengah panas. Sapukan juga dimuka dan bibir sekiranya kulit muka mudah menjadi kering samada di dalam tempat berhawa dingin atau di negara-negara yang mana kelembapan udara adalah rendah.
Keadaan yang dinamakan "cradle cap" agak kerap berlaku dikalangan bayi-bayi. Sapu Minyak Kelapa Dara untuk mencegah dan merawat masalah ini. Gunakan minyak ini pada seluruh badan bayi juga sebagai pengganti losyen bayi yang diperbuat dari minyak mineral. Minyak dari bahan petroleum ini tidak dapat diserap oleh sel-sel tubuh manusia dan sebenarnya tidak sesuai digunakan pada kulit. Lebih baik gunakan minyak sayuran seperti Minyak Kelapa Dara atau Minyak Zaitun yang juga menjadi amalan Rasulullah SAW. |
Sapukan minyak ini pada seluruh badan untuk memelihara kulit dari pancaran UV dalam sinar matahari yang bahaya. Minyak ini dapat mengurangkan "sunburn" ketika berada di tengah panas. Sapukan juga dimuka dan bibir sekiranya kulit muka mudah menjadi kering samada di dalam tempat berhawa dingin atau di negara-negara yang mana kelembapan udara adalah rendah.
Eczema - Minyak Kelapa Dara mampu melegakan masalah ini. Gambar dari Dermanet.com |
Pesakit asma atau lelah juga akan mendapati serangan akan berkurangan dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara secara beterusan. Untuk yang menderita kerana masalah sinusitis atau resedung, mereka akan mendapat kelegaan setelah mengambil Minyak Kelapa Dara dengan konsisten. Wajah muka akan menunjukkan perubahan yang positif iaitu lebam di bawah mata dan keliling hidung yang selalu dialami oleh pesakit resedung yang kronik,akan berkurangan.
Minyak ajaib ini juga sangat berkesan apabila disapu pada luka-luka, gigitan serangga, urat-urat atau otot-otot yang sakit atau sengal dan gigi atau gusi yang bengkak dan sakit. Minyak Kelapa Dara mampu menarik angin-angin yang tersekat dalam darah yang menyebabkan anggota-angota badan rasa berat dan, sengal dan lenguh.
Busung atau ascites adalah penyakit di mana bendalir berkumpul di ruang abdomen dan amat menyakitkan. Salah satu cara merawatnya secara luaran ialah dengan garam (lihat Lulur Garam Syifa' An Nisaa http://farmasiislamonline.blogspot.com/2010/09/lulur-garam-syifa-sistem-nisaa.html ) kemudian sapu dengan Minyak Kelapa Dara, nyata khasiat pada minyak ini amat mengagumkan.

Minyak Kelapa Dara boleh digunakan dalam masakan untuk menggantikan santan. Campurkan susu untuk menjadikan kuahnya bersusu. Gunakan cara yang sama untuk menyediakan Nasi Lemak yang berkhasiat, tidak menggemukkan dan tidak berkolesterol. Jika hendak gunakan santan juga, masak dengan perlahan-lahan dengan api yang paling kecil untuk meminimakan pembentukan kolesterol.Ia adalah pemberi tenaga dan bertindak sebagai makanan yang boleh menurunkan berat badan.
Gunakan Minyak Kelapa Dara sebagai pengganti santan |
The Prophet SAW used to eat the fruit of the land when it was in season,
and did not refrain from it.
This is among the greatest means of preserving health; for God, praised be He,
in his wisdom created in every land such varieties of fruit and crops
as to give nourishment and benefit to local inhabitants.
When consumed at its season it brings health and maintains well being,
and makes unnecessary the use of many medicines.
Among those who avoid eating the produce of their own land for fear of illness,
few escapes much suffering from bodily illness
and these are deprived of health and vigour.
Ternyata minyak yang terbaik untuk orang Malaysia adalah minyak kelapa, bukan minyak soya atau minyak jagung, kerana pokok ini paling banyak tumbuh di nusantara.
No comments:
Post a Comment