Monday, March 30, 2015

Menangani Kemurungan - Masalah Ketidakstabilan Emosi Yang Semakin Serius

Image result for bismillah images
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.


Pada minggu yang lepas, seorang wanita telah datang ke klinik Sistem An Nisaa untuk mendapatkan rawatan untuk masalah kemurungan (depression). Keadaan ini memang agak biasa dan tidak ada apa-apa yang ganjil jika berlaku kepada seorang wanita. Tetapi bukan wanita ini yang mengalami masalah kemurungan, yang mengalaminya ialah anaknya yang berumur tiga tahun. 

Hakikatnya bukan orang dewasa sahaja yang boleh kemurungan. Kanak-kanak pun boleh mengalami gangguan emosi yang boleh menjadi kronik jika tidak dirawat. Kanak-kanak yang murung mungkin juga akan ada keinginan untuk membunuh diri. Seringkali kelakuan kanak-kanak di salah faham sebagai kenakalan kerana kanak-kanak yang mengalami kemurungan ada kecenderungan bersifat agresif terhadap kanak-kanak yang lain. 

Masalah kemurungan kini menjadi semakin serius dengan lifestyle yang semakin mencabar. Kekosongan dalam jiwa perlu diberi perhatian kerana keadaan ini yang mendatangkan kemurungan dan juga gangguan makhluk halus. Jika masalah ini tidak dirawat dengan sempurna, gangguan emosi yang dialami oleh seorang wanita boleh mempengaruhi janin di dalam kandungannya. Apabila saya bertanya wanita tersebut tentang tahap emosinya semasa dia mengandungkan anaknya itu, dia mengaku bahawa dia memang tidak tenteram, sangat tertekan dan mengalami gangguan emosi yang tidak menentu waktu itu. 

Kemurungan berkaitan rapat dengan satu bahan yang terdapat dalam tubuh dan dikenali sebagai serotonin. Ia merupakan salah satu di antara tiga neurotransmitter yang menghantar isyarat ke otak untuk fungsi-fungsi tertentu. Ia di temui oleh Vittono Erspamer pada tahun 1935, dan kemudiannya dikenalpasti dan dinamakan oleh Maurice M. Rapport, Arda Green dan Irvine Page dari Cleveland Clinic pada tahun 1948.

Serotonin dikatakan mengatur fungsi-fungsi seperti mood, tidur, selera makan dan pencernaan, tingkah laku sosial serta keinginan dan daya seksual. Kita memerlukan bahan neurotransmitter ini yang juga dikatakan sebagai satu hormon, tetapi kita tidak boleh dapatinya melalui makanan. Namun ada beberapa perkara yang boleh mencetus tindakbalas kimia yang seterusnya meningkatkan tahap serotonin seperti:

  • bersenam 
  • pancaran matahari
  • pati minyak bunga/buah/daun

Pati minyak yang diketahui boleh meningkatkan tahap serotonin, yang juga merupakan hormon adalah seperti lavendar, bergamot, wild orange, marjoram, geranium dan ylang-ylang. Apabila dihidu bau-bauan ini, isyarat-isyarat akan di bawa melalui sistem limbik yang seterusnya merangsang dan menstabilkan sistem endokrin.  Pati-pati minyak ini yang telah boleh didapati dari Farmasi Islam Online.

Selain daripada itu, satu bahan makanan yang juga dapat membantu menstabilkan emosi ialah stevia. Stevia ialah sejenis tumbuhan dimana daun-daunnya sangat manis tetapi ia tidak mengandungi glukos atau kalori. Stevia biasanya digunakan sebagai alternatif kepada gula. Tetapi ia sebenarnya lebih dari itu...stevia sebenarnya satu penawar yang mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi kerana ia mampu menstabilkan beberapa hormon seperti insulin dan adrenalin. Fungsi penstabil hormon ini sangat diperlukan oleh mereka yang mengalami kemurungan dan juga masalah mood yang tidak menentu seperti di dalam kes bipolar disorder.

Stevia juga boleh didapati dari Farmasi Islam Online iaitu Stevia Balance dalam bentuk ekstrak.

Stevia Balance Sistem An Nisaa

Nota: Rencana ini tidak bertujuan untuk membuat preskripsi untuk sebarang masalah atau penyakit. Dapatkan nasihat dari pengamal perubatan yang bertauliah untuk diagnosis dan rawatan yang sempurna.





Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Saturday, March 28, 2015

Baru! Madu Tualang dengan Ekstrak Kayu Manis

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabatnya.

Syukur pada Allah swt, Sistem An Nisaa kini dengan izinNya dapat mengeluarkan satu lagi penawar iaitu Madu Tualang dengan Ekstrak Kayu Manis.


Seperti yang kita tahu, madu tualang nusantara adalah yang terbaik bagi kita di rantau ini, dan kandungan antioksidannya pula tinggi dan setanding dengan madu terkemuka dari Australia. Madu Tualang dihasilkan oleh lebah liar apis dorsata yang tidak boleh diternak.

Kayu manis juga mengandungi banyak antioksidan seperti polyphenol dan terdapat kompaun-kompoun yang tinggi nilai perubatannya. Selain dari antioksidan, kayu manis juga adalah:
  • anti-radang (anti-inflammatory)
  • antidiabetis
  • antimikrob
  • antibarah
  • penurun lemak (lipid)
  • mengandungi kompaun penurun penyakit kardiovaskular
Kajian juga menunjukkan kayu manis menunjukkan aktiviti mencegah masalah neurologi seperti Parkinson's dan Alzheimer's disease. 



Hebatnya rempah ini yang turut disebut di dalam kitab perubatan Islam.
Bahan yang menjadikan kayu manis ini sebagai bahan perubatan dikenali sebagai 
cinnamaldehyde.

Sistem An Nisaa menggunakan ekstrak kayu manis supaya mudah dihadam dan khasiatnya mudah diserap. Serbuk kayu manis kadang-kadang tidak dapat dihadam dengan baik dan mungkin tertinggal sebagai sisa di dalam buah pinggang.

Gabungan madu asli yang penuh dengan enzim dan asid amino bergabung dengan baik dengan kayu manis untuk menghasilkan satu penawar yang amat hebat. Rasanya pula masya Allah, sedap tidak terkata. Alangkah indahnya Islam, penawar yang mampu merawat dan mencegah penyakit, termasuk yang kronik, sungguh nyaman dan mudah serta terasa nikmatnya untuk diamalkan.

Disamping itu, tiada kesan tindakbalas yang negatif atau jangkapanjang pada mana-mana organ-organ selagi penawar ini tidak diambil dengan berlebihan kerana komposisi makanan adalah hampir serupa dengan biologi tubuh manusia.


Antara kebaikan gabungan madu dan kayu manis adalah seperti berikut:
  • meleraikan sumbatan dalam arteri jantung
  • melawan bakteria yang menyerang saluran pundi kencing yang menyebabkan keradangan (cystitis)  
  • mengekang keradangan sendi tulang (athritis)
  • membantu penghadaman dan mengelakkan perut kembung dan angin
  • melawan bakteria yang menyerang gigi dan gusi
  • melawan bakteria yang menyebabkan jerawat batu
  • melawan bakteria yang menyebabkan batuk
  • memberi tenaga dan meningkatkan sistem imun


Nota:
Rencana ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan bukan untuk memberi preskripsi untuk sebarang penyakit dan masalah. Dapatkan nasihat dari doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk rawatan yang sempurna.  

Untuk membuat pesanan, sila melawat Farmasi Islam Online di sini!


Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Saturday, November 29, 2014

Sistem An Nisaa - Sistem Rawatan Lengkap, Integratif dan Islamik


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.



Di dalam kehidupan kita, semua urusan dan pekerjaan perlu dilaksanakan menurut satu sistem atau aturan yang ditetapkan, dan yang akan memastikan keputusan atau hasil yang terbaik dengan cara konsisten atau istiqamah. Begitu juga dengan rawatan, perlu adanya satu aturan yang telah ditetapkan, dan ini dikenali sebagai "standard operating procedures" atau SOP .

Sistem An Nisaa
Sistem An Nisaa dinamakan sedemikian kerana kaedah rawatan di sini dilaksanakan mengikut aturan yang tertentu, yang akan mendatangkan hasil atau keputusan yang terbaik yang diharapkan untuk setiap pesakit. Sistem atau aturan yang dipraktikkan adalah menurut kaedah-kaedah perubatan Islam yang diajar, dibenarkan atau digunapakai oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk diri Baginda sendiri atau semasa merawat ummatnya.

Untuk penyakit dan masalah yang kronik atau berat, sistem rawatan yang ditetapkan oleh Sistem An Nisaa terdiri dari langkah-langkah berikut:

1 - Ruqyah dan Surah Diri
Ayat-ayat Quran akan dibacakan pada pesakit dan mereka akan diberikan surah diri  yang dipilih khas untuk setiap pesakit untuk tempoh dan peraturan yang tertentu. Surah diri bukan sahaja untuk merawat penyakitnya sahaja tetapi untuk membetulkan setiap aspek perjalanan kehidupannya dari segi peribadi, perhubungan dengan Allah, perhubungan sesama manusia, kerjaya dan rezekinya, dengan izin Allah. 

2 - Mandi Limau
Pesakit dikehendaki untuk mandi selama lapan hari berturut-turut. Di klinik Sistem An Nisaa, pesakit dimandikan sekali, dan untuk tujuh hari seterusnya, pesakit akan mandi sendiri di rumah.


Mandian limau adalah penting untuk pembersihan spiritual sebagai pemulaan rawatan. Dalam minyak limau yang wangi dan kuat baunya ada hormon-hormon yang bertindak sebagai agen menyahkan unsur-unsur dan tenaga-tenaga negatif pada pesakit. Mandian limau dengan air yang sejuk menghasilkan ion-ion negative yang akan menyahkan tenaga -tenaga negatif di persekitaran.

Pesakit-pesakit yang bermasalah dikehendaki membuat mandian ini, tetapi sesiapa yang ingin membersihkan diri dengan mandian ini digalakkan membuat demikian.
3 - Bekam



Berbekam adalah rawatan yang diutamakan dalam
perubatan Islam kerana faedahnya terlalu banyak.
Berbekam merawat gangguan, penyakit dan masalah 
secara holistik, iaitu dari aspek spiritual, emosi, mental dan fizikal. Baca tentang faedah berbekam di sini.



4 - Penawar yang terdiri dari makanan sunnah mengikut keperluan pesakit.


Allah SWT telah berfirman dalam pelbagai surah dalam Al-Quran tentang makanan-makanan yang disediakan untuk hamba-hambaNya sebagai penawar dan rezeki. Di antaranya, madu, buah zaitun, buah kurma, buah tin, buah anggur, susu dan sebagainya, kesemuanya adalah penting untuk menjaga kesihatan kita maupun untuk merawat penyakit. Banyak kajian yang dilakukan oleh ahli kajian universiti dalam dan luar negara menunjukkan madu dan habbatus sauda dapat membasmi virus dan bakteria serta sel kanser.

5 - Konsultansi
Perawat di Sistem An Nisaa akan mengambil masa tidak kurang dari 1 jam bersama setiap pesakit untuk menyelami punca masalah, penyakit atau gangguan yang dialaminya. Ini adalah penting untuk mencegah masalahnya dari berulang. Pencapaian yang disasarkan ialah rawatan lengkap dan tepat (complete and precision healing). Ini adalah kerana objektif kami ialah untuk membantu pesakit dalam mencapai kebahagiaan dalam kehidupannya dari semua aspek. Apabila seseorang itu merasa tenang dan bahagia, barulah ibadahnya menjadi suatu nikmat. 

Kehidupan yang tenang dan bahagia tidak semestinya seseorang itu tiada masalah dan tiada kekurangan dalam hidupnya. Tetapi dia mampu tenang dan bahagia kerana dia ada kekuatan keimanan untuk menerima seadanya, redha dan pasrah, ikhlas dan bersyukur pada Ilahi.
 


Kaedah rawatan yang menyeluruh dan lengkap 
yang mampu merawat kesemua penyakit, gangguan dan masalah, 
hanyalah dengan cara perubatan Islam 
yang mengikut 
sistem yang lengkap, teratur dan integratif,
dan semuanya dengan izin dan kuasa Allah SWT.  










Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 
013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *

Thursday, November 27, 2014

Cara-cara Mengamal Makanan Sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Dengan nama Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.



Syukur alhamdulillah, sekarang ramai yang sudah yakin pada perubatan Islam dan telah mula mengamal makanan-makanan sunnah setiap hari. Bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak habbatus sauda, madu, cuka buah dan lain-lain makanan sunnah mudah didapati dengan adanya "kedai-kedai Arab" di banyak tempat.

Tetapi ramai yang masih tidak pasti cara yang paling baik untuk mengambil makanan-makanan ini. Jadi di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip yang saya harap dapat membantu dalam amalan harian semua pembaca.

Mulakan harian anda dengan sesuatu yang manis, apa lagi kalau bukan madu asli yang bertugas sebagai pelapik dan penjaga perut dan darah daripada racun dan toksin. Bangun saja dari tidur, terus ambil madu asli. Kalau bangun untuk tahajud, maka madu akan memberi tenaga untuk kita tunaikan 12 atau lebih raka'at tanpa rasa letih atau mengantuk.
 
Rasulullah SAW gemar mengambil madu yang bercampur dengan air sejuk, ya betul, air sejuk bukan air panas. Tetapi bukan air yang terlalu sejuk. Air suam-suam kuku pun boleh, atau lebih baik lagi air pada suhu bilik. 

Kena guna sudu plastik ke? Tak perlu, tiada fakta yang dapat buktikan sudu besi merosakkan madu jika digunakan sekadar untuk mengambil madu untuk makan. Jangan disimpan madu dalam bekas besi sudah. Malah, menyimpan madu dalam bekas plastik untuk jangkamasa yang lama pun tidak boleh, kerana madu bersifat asid.

# Samada berpuasa atau tidak, ambil beberapa biji kurma pada waktu sahur untuk membekal tenaga dan serat pada tubuh.

# Sejurus selepas solat Subuh, makan sedikit garam bukit untuk merangsang tiroid. Tiroid adalah kelenjar pada tekak yang befungsi sebagai operation center yang memastikan semua nutrisi dan zat disalur pada tempat-tempat yang betul supaya sistem tubuh berfungsi dengan baik. Pastikan minum air kosong yang secukupnya untuk membantu garam yang juga berfungsi sebagai agen nyah toksin dan asid yang terkumpul dalam tubuh. Toksin banyak terkumpul sewaktu kita tidur.

# Dalam setengah jam sebelum makan sarapan, ambil penawar terhebat untuk mencegah asid dan racun dalam perut dari menyerang sistem tubuh kita, iaitu Sakanjabin

Ataupun, minum cuka buah becampur dengan air yang akan menyediakan keadaan yang beralkali dalam perut. Kedua bahan ini akan merangsang rembesan enzim pencernaan yang akan memastikan molekul-molekul makanan seperti protin, kabohiderat dan lemak dipecahkan degan sempurna untuk menjadi tenaga dan zat yang boleh diserap ke dalam sel. 



# Selepas sarapan, tunggu dalam setengah jam lagi sebelum mengambil minyak habbatus sauda atau minyak kelapa dara. Jangan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan meneutralkan khasiat dalam madu. Ini adalah berdasarkan kepada fakta dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.

Minyak dari habbatus sauda adalah lebih baik daripada bijinya atau yang dibuat softgel. Minyak yang terbaik didapati dari proses cold-press dan sebaik-baiknya yang first press, iaitu perahan pertama. Minyaknya lebih halus dan tiada serdak yang susah di hadam. 
Image result for pomegranate images

# Buah delima atau pati buah delima diambil dalam 2-3 jam selepas sarapan.  Buah delima adalah baik untung jantung dan darah, dan waktu pagi iaitu waktu dhuha adalah waktu yang terbaik untuk merawat jantung kerana di waktu itu kandungan oksigen di atmosfera paling banyak dan paling bersih. Sekiranya di sertai dengan solat dhuha dan bacaan Surah Adh- Dhuha, alangkah harmoninya tubuh kita dengan alam sekitar yang indah ciptaan Allah Yang Maha Esa.

# Jika anda menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi atau obesiti, garam bukit, cuka buah atau Sakanjabin boleh diambil sekali sebelum makan tengahari dan juga sebelum makan malam. Apabila semua bacaan telah turun ke tahap normal, dos semua penawar boleh dikurangkan.


# Sebelum makan tengahari, makan buah-buahan dahulu. Tembikai sangat digemari Rasulullah SAW. Pisang juga paling baik dimakan waktu tengahari. Pilih yang ranum untuk mendapatkan tenaga dan zat terutamanya potassium yang terbaik. Apabila pisang terlalu masak, potassiumnya akan berubah dan bentuk mineral ini tidak baik untuk otot dan saraf.

#Pada waktu Maghrib, makan buah kurma sekali lagi, sama seperti kita berbuka puasa. Buah kurma yang diambil pada waktu ini akan membantu darah, tulang, perut dan saraf.

Minyak Zaitun Extra Virgin Laleliantara yang terbaik di dunia
#Minyak zaitun boleh diambil pada bila-bila masa, tapi sebaik-baiknya apabila perut kosong. Jika anda mengambil penawar-penawar yang lain seperti di atas, ambil minyak zaitun di sebelah malam. Jika anda hanya amalkan minyak zaitun sahaja untuk merawat tekanan darah tinggi, kolesterol atau kencing manis, ambil 2 kali sehari, satu sudu besar setiap kali.
Minyak zaitun juga dapat mencegah beberapa jenis kanser, terutamanya kanser kolon. Untuk merawat penyakit, pastikan minyak zaitun anda adalah extra virgin, cold-pressed (minyak perahan pertama dan diperah tanpa haba). Minyak extra virgin yang bermutu tinggi berwarna kehijauan, rasanya agak kelat atau pahit dan bau buah zaitun yang agak kuat.  


Image result for saffron images
Za'faran
Luban
Manna
#Di sepanjang hari, minumlah air putih kosong yang diletakkan manna, luban atau za'faran. Manna adalah prebiotik yang terbaik, oleh itu minum airnya sebelum makan sarapan. Minum air bercampur luban berselang hari dengan air bercampur dengan za'faran. Setiap penawar ini ada khasiatnya masing-masing, dan kita boleh mendapat kebaikan kesemuanya untuk merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit dan masalah  yang wujud di zaman ini. 

Wallahua'alam.







                              



Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, Sek 3 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   016-289 1579
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik 
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Profil Diri *

 

Tuesday, October 21, 2014

Bekam Wanita Untuk Wanita

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Selawat  dan salam ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.



Bekam Sistem An Nisaa
khas untuk wanita
dikendalikan oleh wanita
di tempat khusus untuk wanita.

Sistem An Nisaa, yang terletak di Seksyen 4 Kota Damansara, Petaling Jaya telah ditubuhkan pada tahun 2007, khas untuk wanita yang mengalami gangguan, penyakit atau masalah.
Di Sistem An Nisaa, anda akan dirawat oleh perawat wanita dan tiada pekerja selain dari wanita di sini. Suami-suami atau anak lelaki pun tidak digalakkan menunggu, dan tidak dibenarkan sama-sekali jika ada pesakit lain waktu itu.

Tenang dan menenangkan

Kaedah bekam yang dikendalikan ialah bekam sunnah, iaitu bekam darah yang di buat dengan torehan-torehan yang halus pada permukaan kulit.  Pembekam di sini iaitu Dr. Aniza, telah mendapat tauliahnya dari Tuan Guru Bekam Tuan Hj Ibrahim Hj Mohsein pada tahun 2010.




Kebersihan amat diutamakan, dan Sistem An Nisaa menggunakan peralatan yang disteril dan dicuci mengguna minyak tea tree, iaitu satu bahan bersifat antiseptik atau anti-kuman semulajadi yang amat berkesan, tapi selamat digunakan.
Daun tea tree atau gelam
   
Sistem An Nisaa menggunakan produk-produk Melaleuca untuk membersihkan peralatan bekam.
Apabila anda datang ke klinik Sistem An Nisaa dengan temujanji  untuk rawatan, anda akan mendapat perhatian yang penuh dalam masa tidak kurang dari 1 jam. Diagnosis penyakit dan masalah anda akan dibuat dan nasihat akan diberi oleh perawat yang bertauliah.

Dan yang paling menarik...

...kos rawatan bekam di klinik Sistem An Nisaa hanya

RM80 untuk 10 cup 
dan RM5 untuk setiap cup tambahan.




Untuk buat temujanji, sila hubungi:
CIK MARZIA 016-289 1579


   

Sistem An Nisaa
 Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

 Sek 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
   016-289 1579  /  013- 62 60 369
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik 
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Profil Diri *