Friday, July 13, 2012

Kebaikan Yang Tidak Disangka Dari Berbekam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw serta sahabat dan ahli keluarganya




Bekam bukan satu kaedah rawatan yang asing lagi baik dikalangan orang Islam, orang berbangsa Cina maupun orang Barat. Terdapat pelbagai jenis bekam seperti bekam darah, bekam angin, bekam urut dan bekam lintah dan pelbagai cara yang digunakan seperti tusukan dan torehan. Semua kaedah sememangnya memberi kesan kelegaan dan penyembuhan pada pelbagai penyakit. Saya agak teruja hari itu apabila menonton siaran History Channel tentang pencerobohan Jepun di negara Burma.Seorang veteran askar British telah menceritakan pengalamannya dalam peperangan itu dan di antaranya beliau diserang lintah. Namun katanya lagi beliau agak hairan kerana penglihatannya telah diperbaiki setelah itu.    

Memang benar, berbekam mampu memperbaiki penglihatan dan fakta ini berdasarkan kepada hadith berikut:

Dari Ibnu Abbas R.A., Nabi S.A.W. bersabda: "Orang yang paling baik adalah seorang tukang bekam (Al Hajjam) kerana ia mengeluarkan darah kotor, meringankan otot kaku dan mempertajam pandangan mata orang yang dibekamnya." (HR. Tirmidzi, hasan gharib)


Ini merupakan hanya satu daripada bermacam-macam kebaikan yang dapat didapati jika kita berbekam. Yang ingin saya ceritakan di sini ialah kebaikan bekam sunnah, iaitu bekam darah menggunakan torehan yang ringan menggunakan pisau. Saya tak akan menulis hadith-hadith yang mengesahkan kaedah rawatan ini kerana banyak blog-blog lain yang telah membentangkan dan menghuraikannya secara terperinci. 

Saya ingin berkongsi pengalaman saya sebagai seorang yang dibekam dan juga sebagai  seorang tukang bekam. Saya mula berbekam pada 15 Jun 2009 setelah sekian lama berlengah berbuat demikian. Itulah dia syaitan, suka benar menghasut supaya kita selalu procrastinate atau sengaja melengah-lengahkan buat perkara yang baik. Hanya setelah mendengar cerita benar seorang ustaz barulah saya mendapat desakan untuk mencubanya. Sebelum itu, saya cuma mengetahui bahawa berbekam ini sangat-sangat disarankan oleh Nabi SAW, dan kita digalakkan berbekam sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup kita. Expectation saya pula bekam ni hanya setakat membuang darah bertoksin  dan angin dalam badan. Saya terkejut apabila mendengar cerita ustaz berkenaan memberitahu bahawa syaitan-syaitan juga akan turut tersedut keluar. Tetapi hanya dengan torehan cara bekam sunnah. Mereka cukup takut dengan orang yang berbekam sunnah kerana torehan ini. Dengan maklumat  yang amat penting dan significant ini, saya tidak lagi berlengah untuk pergi bekam. Baca tentang kaitan darah dan syaitan di sini.  


...."Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan kesusahan dan keperitan."
Surah Sad Ayat 41

Jelas di sini bahawa bekam sunnah adalah satu kaedah untuk mencegah dan merawat penyakit, serta dapat "menyelesaikan" pelbagai masalah, kekurangan dan musibah dalam kehidupan kita kerana ketiadaan atau kurangnya gangguan-gangguan makhluk halus ini yang menjadi penghalang pada kehidupan yang selamat sejahtera.



Terlalu banyak kebaikan berbekam dan hebatnya kaedah ini, ia mampu merawat manusia pada tahap spiritual, emotional, mental dan fizikal. Apa tidaknya, kebanyakan penyakit dan masalah pada kita disebabkan oleh syaitan yang berada dalam darah dan bertakhta di hati (qalbu, bukan liver) kita. Fakta ini berdasarkan pada kisah Nabi Ayyub a.s. dalam Surah Sad di mana dalam Ayat 41 (baca di sini) Nabi Ayyub telah mengadu kepada Allah swt tentang "kepayahan dan seksaan"nya akibat dibelenggu syaitan.  

Dua point  bekam yang wajib dalam bekam sunnah. Berbekam di sini akan menarik
darah dan angin dari bahagian jantung (di mana terletaknya qalbu).
 Inilah di mana syaitan-syaitan berkumpul
untuk mengawal hati, mempengaruhi kelakuan dan menghalang kebaikan pada manusia. Wallahualam - Allah Knows best.



Perubahan fizikal yang dapat dirasa dan dilihat setelah berbekam
  • Sakit dan lenguh pada kaki kerana banyak berdiri hilang serta-merta
  • Badan terasa ringan dan bertenaga.
  • Kulit seluruh tubuh menjadi lebih licin dan cerah, ada tempat-tempat yang biasanya gelap dan kusam menjadi kemerahan, age spots kurang :-). 
  • Kulit menjadi tegang (kulit Guru Bekam saya Ustaz Haji Ibrahim Mohsein yang berumur hampir 70 tahun tegang, tidak berkedut dan halus macam baby!).
  • Bayang-bayang di bawah mata banyak berkurang.
  • Gusi yang kadang-kadang berdarah semasa menggosok gigi sudah tiada.
  • Rambut dah tak banyak gugur, menjadi lebat semula seperti semasa muda-muda dulu.
  • Kuku dan gigi menjadi kuat. Sebelum itu gigi saya agak rapuh dan kuku saya selalu terkoyak kerana banyak buat rawatan mandian. Kini kuku saya kelihatan lebih tebal dan cepat tumbuh.
  • Tubuh menjadi lebih langsing (hanya ketara setelah lebih dari enam bulan berbekam).
  • Imun sistem meningkat, kurang demam dan sakit.
Perubahan-perubahan lain yang dialami:
  • Solat lebih khusyuk.
  • Lebih mudah buat keputusan yang betul, fikiran lebih tenang dan cergas
  • Rezeki lebih lancar, banyak peluang datang. Pokoknya jin dan syaitan yang kerjanya memporak-perandakan kehidupan kita adalah punca utama halangan pada rezeki kita.
  • Lebih mudah mengingat dan menghafal. Makhluk ini banyak duduk di bahagian otak dan bukan sahaja membuat kita lupa malah membuat kita berfikir perkara yang bukan-bukan dan yang negatif.
  • Kurang sangat kecelakaan seperti berlanggar, terjatuh dan sebagainya. Sudah beberapa kali hampir tersungkur tapi tak jatuh, subhanAllah.
  • Keharmonian keluarga semakin terasa, semakin erat apabila anak-anak turut berbekam.
Sijil yang paling bermakna dan berguna bagi saya kerana dengan ilmu ini saya
dapat menghidupkan sunnah Rasulullah saw dan juga dapat membantu pesakit mendapat kelegaan dan mencapai kesejahteraan dalam hidup mereka, dengan izin Allah.


Antara pengalaman dan perubahan kelakuan yang berlaku pada pesakit yang berbekam dengan saya:
  • Jadi lebih rajin dan ringan untuk solat dan khusyuk pula.
  • Dapat sujud dalam solat setelah bertahun solat duduk setelah hanya sekali berbekam.
  • Nampak perubahan pada anak apabila emak berbekam; anak yang tak bertudung nak bertudung, yang tak tetap bertudung jadi tetap dan yang tak tetap solat jadi tetap solatnya. MasyaAllah!

Pendek kata, berbekam bukan sahaja merupakan satu kaedah mencegah dan merawat penyakit, malah ia adalah satu kaedah menjana proses anti-aging yang amat berkesan, mudah dan murah. 

Bekam mengeluarkan sel-sel darah yang telah mati, dan proses ini akan menggalakkan pembuatan sel baru yang sihat.  

Bekam meningkatkan fungsi sel, organ dan sistem tubuh;    yang mana sudah lemah akan diperkuatkan, yang mana kurang akan ditambahkan, yang mana rosak akan diperbetulkan. Ia dapat mencegah pelbagai masalah dan penyakit kronik, dan kita tidak perlu membebankan tubuh dengan ubat-ubatan kimia dan sintetik yang banyak kesan sampingan dan mahal harganya.  

Berbekam juga mampu menyelesaikan pelbagai gangguan kerohanian dan masalah emosi/psikologi.

Jiwa menjadi lebih tenang dan halangan dalam kehidupan berkurangan.

Baliklah kepada ajaran Al-Quran dan As-Sunnah, kita tidak akan rugi apa-apa, there's nothing to lose,
malah akan dapat menafaat yang berganda,
we have everything to gain.
Because Allah knows what is best for His creations. 



Untuk rawatan bekam Muslmah secara sunnah, hubungi
Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579



Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *






9 comments:

  1. alhamdullillah, saya sering berbekam sendiri sebab dah berkursus. Sayangnye masih ramai lagi memandang ringan amalan berbekam, saya memang yakin habis dengan kaedah ini. Kaedah berbekam datangnye dari Allah swt, masakan nabi Muhammad sendiri berpesan kepada umatnya 'berbekamlah wahai umatku......' seperti baginda melihat sendiri sekumpulan orang sedang berbekam di langit semasa baginda diangkat kelangit. kenape kita tak ambil peduli pengubatan yang Allah telah tunjukkan, sangatla rugi umat manusia. Sain tak dapat menyaingi pengetahuan seperti ini. Kaedah ini adalah datang dari Allah. Subahanallah.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Pn Noracookies kerana melawati blog ini. Ya puan,,,saya turut bersedih, apatah lagi bila bekam diperlekehkan. Prosedurnya nampak simple, tapi kesannya, masyaAllah. Bukan kah Allah swt telah berfirman...manusia ni memang menzalimi diri sendiri. Dah dibeitahu tentang rawatan yang terbaik, tetapi masih enggan dan berpaling muka. Tapi tak apalah, kita doakan supaya mereka semua mendapat hidayah dariNya. Dengan izinNya, saya akan terus memperjuangkan perubatan Islam.

    ReplyDelete
  3. Hari ni buat pertama kali dalam seumur hidup saya, mencuba berbekam. Alhamdulillah, best rasanya selepas berbekam. Badan rasa ringan, fikiran tenang dan paling penting takde la sakit pun mcm yang saya fikirkan selama ni. Hasil dari berbekam tadi, didapati darah saya merah kehitaman dan berketul. Ok la tu, lancar la sikit peredaran darah dan oksigen ke otak.

    ReplyDelete
  4. Ini adalah kali kedua saya berbekam.dulunya saya bekam ara torehan dan berketul-ketul pulak tu.kali ini seluruh badan juga kepala.alhamdulilah berkat dari amalan sunnah ini banyak manfaat kesihatan sy dpt.sihat mental,fizikal dan dpt solat dgn khusuk...kembali kpd sunnah rasulullah s.a.w...insyaAllah

    ReplyDelete
  5. teringin sgt nk berbekam,.insyaallah ada masa, sy akn berbekam.

    ReplyDelete
  6. Mohd Fairuz cutedna@yahoo.comApril 23, 2016 at 6:40 AM

    Dr ada sediakan rawatan bekam utk lelaki?

    ReplyDelete
  7. ISU BERBEKAM
    Berbekam ialah suatu kaedah rawatan dikalangan masyarakat Eropah kunu (‘blood letting’) dan bukan bermula kerana syariat Nabi semata. Namun dengan pemahaman lebih jelas tentang penyakit dan penyebabnya serta penemuan methodologi rawatan yang berkesan kaedah ini tidak lagi digunakan dikalangan orang yang bertamadun. Saya sebagai pengamal perubatan tidak terfikir untuk mengguna kaedah ini kerana tidak logik. Mengeluarkan darah dengan kuasa hampagas (vacuum) seperti juga mengambil darah untuk ujian atau menderma darah. Ia mengurangkan jumlah darah dan hemoglobin pembawa oksijen. Tiada tapisan kotoran mungkin berlaku dan dengan itu tiada sebarang faedah didapati. Malah risikonya seperti jangkitan mungkin berlaku.
    Nabi bukan di utuskan untuk mengajar kita ilmu perubatan. Nasnya ada didalam hadis berhubung dengan kisah pendebungaan pokok tamar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:

    عَنْ رَافِع بْن خَدِيجٍ قَالَ قَدِمَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ وَهُمْ يَأْبُرُونَ النَّخْلَ يَقُولُونَ يُلَقِّحُونَ النَّخْلَ فَقَالَ مَا تَصْنَعُونَ قَالُوا كُنَّا نَصْنَعُهُ قَالَ لَعَلَّكُمْ لَوْ لَمْ تَفْعَلُوا كَانَ خَيْرًا فَتَرَكُوهُ فَنَفَضَتْ أَوْ فَنَقَصَتْ قَالَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ إِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ دِينِكُمْ فَخُذُوا بِهِ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِشَيْءٍ مِنْ رَأْيٍ فَإِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ

    Diriwayatkan daripada Rafi’ bin Khadij katanya, Rasulullah s.a.w. datang ke Madinah dalam keadaan penduduk Madinah itu mendebungakan pokok tamar. Mereka mengatakan mereka mengahwinkan pokok tamar. Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apa yang kamu lakukan? Mereka menjawab: “Kami sering kali melakukannya. Baginda bersabda, boleh jadi kalau tidak melakukannya tentu lebih baik. Kemudian mereka tidak melakukannya lalu buah menjadi tidak bermutu atau kurang. Rafi’ berkata: Mereka pun mengadu hal kepada baginda dan baginda bersabda: “Sesungguhnya aku seorang manusia, apabila aku memerintah kepada kamu dengan sesuatu urusan agama kamu maka hendaklah kamu berpegang dengannya dan apabila aku memerintahkan kamu dengan sesuatu pandangan aku sendiri maka aku hanyalah seorang manusia.”
    Seperti perakuannya, Nabi (SAW) bukan pakar pertanian dan juga bukanlah pakar perubatan.

    Malahan penduduk Malaysia pada tahun limapuluhn dan awal enampuluhan kerap mengadakan majlis berbekam. Pada tahun tujuhpuluhan majlis begini hilang dengan kesedaran orang Melayu tentang sains dalam perubatam. Ia langsung pupus ditahun lapanpulahan. Namun ditahun duaribu dan selanjutnya ia muncul kembali dengan lambakan para ustaz yang mencari rezeki dengan ugama dan menjaja hadis nabi untuk kepentingan ekonomi.

    Doktor perubatan berugama Islam seperti saya pun tahu mengenai hadis berbekam namun tidak tergamak untuk mengesyorkan kaedah berbekam kerana berlawanan dengan prinsip yang kami belajar. Malah ada lagi Hadis nabi yang tidak dipakai doktor malahan orang ramai seperti ungkapan "tiada jangkitan pada penyakit" dan "kalau lalat terjatuh kedalam minuman tenggelamkan dia dan air itu selamat diminum" keduanya dikisahkan sebagai perkataan Nabi besar kita (SAW). Namun kami mengimbangi denagn hadith mengenai pendebungaan pohon kurma yang lazim diceritakan semasa saya mengaji dahulu namun tiada kedengaran sekarang (mungkin disorok oleh para ustaz). Rata rata diadalam Quran Allah menyuruh kita menggunakan akal. Eloklah kita menurut perintah ini. Usahlah menganggap berbekam itu syariat.

    ReplyDelete
  8. Kesian.Harap jumpa jawapan yang betul.Moga diberi hidayah.Hidayah perlu dicari,insyAllah.

    ReplyDelete
  9. Saya anak murid bekam klinikal Prof Ab Aziz Al Safi iaitu beliau merupakan doktor pakar diabetik di HUSM Kubang Kerian Kelantan. Beliau sendiri terpanggil untuk buat kajian mengenai bekam setelah melalui fasa mengubati pesakit diabetis yang mulanya hanya makan sebiji ubat kemudian ditambah lagi hingga segenggam ubat lalu disuntik pula dengan insulin. Belum lagi jika terluka dan dijangkiti kuman dan dipotong anggota tangan atau kaki pesakit. Prof sendiri telah dapat menjimatkan sebanyak RM1juta ubatan di hospital terbabit dalam masa setahun. Boleh baca buku hasil kajian beliau iaitu 'Hayati Sunnah Nabi SAW Sains Bekam'.

    Di dalam buku tersebut jelas menunjukkan kajian beliau tentang bekam dan keberkesanannya dalam mengawal tekanan darah tinggi, kolesterol, diabetis, mengawal fungsi ginjal, meningkatkan keanjalan fungsi salur darah.

    Selain dari itu, terdapat banyak sekali kajian2 yang dilakukan oleh pakar2 samada di timur tengah mahupun eropah mengenai keberkesanan bekam darah ini. Malulah kita jika kita berhujah mengenai sesuatu yang kita bukan ahlinya.

    Masing2 berniat baik untuk bantu pesakit2 namun ikutlah cara masing2 yang telah dipelajari. Elakkan mempertikai ilmu dan cara orang lain kerana ilmu Allah ini Maha Luas..dan perlulah yakin sebagai hamba Allah bahawa perintah berbekam ini adalah daripada Allah swt yang menciptakan kita sebagai makhlukNya. Sudah tentu Dia Maha Tahu dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Wallahualam..

    ReplyDelete