Adakah salah seorang di antara kamu yang ingin memiliki
kebun kurma dan kebun anggur (vines) yang mengalir di bawahnya sungai-sungai,
di sana dia memiliki segala macam buah-buahan, kemudian
datanglah masa tuanya sedang dia memiliki keturunan yang masih kecil-kecil.
Lalu kebun-kebun ditiup angin keras yang mengandungi api, sehingga terbakar. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada mu agar kamu memikirkannya.
Surah Al-Baqarah ayat 266

Surah Ar-Rad ayat 4
MasyaAllah, setiap benda baik yang Allah sebutkan dalam Al-Quran, pasti ianya ada hehebatan, kebaikan luarbiasa dan nilai perubatan yang tinggi. Dan setiapnya mengandungi antioksidan yang amat diperlukan oleh tubuh kita untuk meneutralkan unsur radikal bebas yang mengancam dan merosakkan sel-sel kita.
Di dalam tafsir Al-Quran berbahasa Melayu, apa yang dikatakan ialah "kebun anggur" (vineyard). Tafsiran ini tidak berapa tepat kerana apa yang dimaksudkan dalam ayat-ayat di atas ialah pokok anggur itu sendiri. Dalam bahasa Inggerisnya "Grape Vine" (vitis vinifera).
Pokok anggur atau vine termasuk daun, tangkai, bunga dan
pucuknya yang melilit (tendril).
|
Ada cerita menarik di sebalik kisah habala ini. Orang-orang Badwi di zaman Rasulullah SAW telah memanggil daun anggur ini dengan nama karm.
Orang-orang Badwi telah memanggil daun anggur sedemikian kerana khasiat dan kebaikannya yang nyata teramat banyak. Di antaranya, habala digunakan untuk masalah berikut:
- daunnya dibuat teh dan diminum untuk melegakan masalah keradangan dan penyakit- penyakit yang berpunca darinya. Antaranya seperti athritis dan Crohn's disease.
- mencegah penyakit Alzheimer
- sakit kepala
- ulser dalam usus
- melarutkan batu karang
- memperbaiki perjalanan darah
- masalah perut dan usus
- mengeluarkan dan mengurangkan toksin
- mengurangkan hipertensi
- merawat jangkitan saluran air kencing
- salap dibuat dari getahnya untuk merawat masalah mata
Antara kandungan yang membuatkan habala ini dinilai tinggi sebagai penawar dalam perubatan Islam dan juga perubatan alternatif terutamanya di benua Eropah terutamanya di kawasan Mediterranean.
- Antioksidan kuat iaitu resveratrol - keupayaannya untuk mengekang kerosakan atas lipid yang disebabkan oleh unsur radikal bebas.
- Kandungan asid lemak omega-3 untuk mengurangkan risiko kanser barah, kolon dan prostat.
- Vitamin A dan niacin. Selain daripada itu terdapat juga riboflavin, vitamin C dan asid folate dalam kandungan yang sedikit.
- Kalsium, besi dan juga kuperam, manganese, magnesium, fosforus, potassium, selenium dan zink dalam kandungan yang kecil.
Aniza Zain Ahmed

Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya
013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah
No comments:
Post a Comment