Monday, December 10, 2012

Hijau - Warna Pilihan Di Syurga










Hijau - indah, memukau, menenangkan, warna yang menakjubkan. Warna yang menyembuhkan.


"Mereka bersandar pada bantal-bantal hijau dan permaidani-permaidani yang indah."
Surah Ar Rahman ayat 76

"Mereka berpakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan memakai gelang terbuat dari perak, dan Tuhan memberikan kepada mereka minuman yang bersih dan suci."
Surah Al-Insan ayat 21


Setiap yang difirman Allah SWT di dalam Kitab SuciNya, terdapat rahsia dan kebaikannya bagi hamba-hambaNya yang yakin dan beriman kepadaNya. 

Nyata warna hijau mengandungi unsur perubatan yang sangat penting dan berkuasa secara semulajadi. Gelombang-gelombang yang dihasilkan oleh warna hijau mampu menggerakkan molikul-molikul hidrogen dan oksigen dalam tubuh. Ini menyebabkan cecair terutama darah mengalir dengan lebih lancar.
    
Dalam banyak-banyak batu permata, hanya zamrud disebut di dalam hadith yang ceritakan oleh Rasulullah SAW tentang keindahan Syurga dan apa yang terdapat di dalamnya.
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyya, terdapat 4 perkara yang merosakkan tubuh: kegelisahan, kesedihan, kelaparan dan mengantuk. Dan ada 4 perkara yang membawa kegembiraan kepada tubuh: melihat kehijauan, air yang mengalir, melihat pada orang yang dikasihi, dan melihat pada buah. 








Klorofil ialah pigmen di dalam daun yang membuatkannya berwarna hijau. Ianya berfungsi sebagai penyerap tenaga dari cahaya matahari untuk proses fotosintesis. 















Getaran warna hijau sama dengan getaran jantung dan paru-paru.

Oleh itu kita akan rasa segar kerana melihat warna hijau merangsang aktiviti jantung dan memperbaiki pernafasan. 
Hijau ialah warna oksigen.






Rasulullah SAW menyamakan kekayaan seperti warna hijau.
Riwayat Hakim bin Hizam: Ku meminta dari Rasulullah SAW duit dan Baginda memberinya padaku. Ku meminta lagi dan Baginda memberi lagi, ku meminta lagi lalu Baginda memberi lagi dan ku meminta lagi dan Baginda memberi lagi lalu berkata, "Kekayaan ini (seperti) warna hijau dan manis (buah), dan sesiapa yang mengambil tanpa tamak, Allah akan memberkatinya untuk dirinya, tetapi sesiapa yang mengambilnya dengan tamak, maka Allah tidak memberkatinya. Dan tangan di atas (yang memberi) lebih baik dari tangan di bawah (yang mengambil).


Hijau adalah warna alam. Ia melambangkan keharmonian dan keseimbangan. Hijau mampu menguasai minda dan menenangkan jiwa.


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah


No comments:

Post a Comment