Wednesday, November 14, 2012

Permulaan Suatu Hijrah

Islamic Calligraphy
Dengan nama Allah Yang Maha Pengaseh 
lagi Maha Penyayang



Inilah dia kalimah indah yang kita ucapkan sebelum memulakan sebarang pekerjaan. Niat kita sudah terakam dengan ucapan ini, iaitu apa sahaja yang kita lakukan, adalah "Dengan nama Allah..."

Secara lazimnya, apabila melafazkan kalimah ini, kita mengharapkan "keselamatan" atau perlindungan Allah, dari melakukan sebarang kesilapan,  atau kesusahan dalam melakukan sesuatu perkara. Mungkin ada yang menginginkan keberkatanNya (blessings) juga dengan ucapan Bismillah ini.

Ada pula yang melafazkan kalimah ini secara automatic atau spontan kerana kebiasaan. 

Walau apa pun, biarlah kita betul-betul menghayati kebesaran kalimah agung ini, dan menjadikannya pengaruh yang besar dalam kehidupan dan pekerjaan harian kita, pada sifat kita, pada cara pemikaran kita, pada tindak tanduk kita...pada jiwa kita.

Untuk memulakan tahun baru hijrah hari ini, 1 Muharam 1434, bersamaan 15 November 2012, saya terpanggil untuk menulis tentang kalimah   بسم الله الرحمن الرحيم  yang menjadi permulaan segala perbuatan. 
Yang ingin difokuskan di sini ialah nama-nama yang Allah pilih di dalam kalimah ini, iaitu "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim". Di antara 99 nama yang diberitahuNya kepada hamba-hambaNya, 
Allah telah memilih nama-nama yang menggambarkan sifatNya yang memberi, yang pemurah, yang perihatin dan yang menunjukkan penuh kesian.

Mengapa Allah tidak memilih nama yang menunjukkan sifatNya yang berkuasa tiada had atau batasnya seperti Ya Qawiyyun atau Ya Jabbar? Atau nama-nama yang menunjukkan kebijaksanaanNya yang tiada bandingan seperti Ya 'Alim dan Ya Hakim...

Saya tidak pasti apakah jawapannya yang sebenar, namun yang saya pasti, kasih, sayang dan cinta adalah perasaan atau emosi yang terlalu kuat dan berpengaruh, yang mampu menzahirkan niat dan hasrat, yang mampu memanifestasikan sesuatu pada tahap getaran menjadi nyata dengan terbentuknya molikul dan zarah.

Kasih dan sayang adalah raja kepada semua emosi yang lain dan kita seharusnya bersandarkan setiap niat dan perbuatan kita kepada perasaan kasih dan sayang ini (kepada Dia). 

Dengan cinta dan kasih sayang ini, penyembuhan penyakit akan berlaku pada tahap zahir dan batin. Dan kita akan dapat melihat banyak "keajaiban" (miracles) yang berlaku dalam hidup kita.
Di dalam ayat ke 3 Surah Al-Fatihah, Allah sekali lagi memilih nama "Ar-Rahman" dan "Ar-Rahim". Surah Al-Fatihah merupakan ibu Al-Quran dan inti pati segala pengajaran dan hukum dalam Islam. 

Oleh itu, sangat jelas kedua sifat ini seharusnya ada pada kita juga, supaya kita menjadi insan yang taat pada suruhanNya dan sentiasa berada di atas jalan yang betul dan yang terbaik untuk diri kita dunia akhirat. Supaya segala perbuatan dan keputusan yang kita ambil adalah yang tepat.

Kita harus mempelajari dan benar-benar memahami secara mendalam maksud kedua nama teragung itu dan mengenal sifat itu. Baru kita akan dapat merasakan cinta padaNya, iaitu cinta yang hakiki, cinta yang sebenar dan cinta yang kekal.  

Oleh itu, apa kata, pada tahun baru ini, kita merubah fokus kita dalam kehidupan ini lebih kepada memberi. Bercinta dan berkasih sayang tanpa mengharapkan  balasan. Bukan bercinta dan berkasih sayang untuk memenuhi keinginan diri sendiri.  

Kita cuba buang sifat mementingkan diri sendiri, Buat kerja-kerja yang boleh memanafaatkan dan menggembirakan orang lain. Sentiasa fikirkan cara untuk membuat sesuatu yang boleh merubah kehidupan orang lain supaya menjadi lebih baik atau selesa.

Kita buang ego yang tidak mahu memaafkan orang, perasaan marah dan benci pada orang walaupun kita bukan yang melakukan kesalahan. Ini bukan mengalah, ini sebenarnya mengalahkan ego kita yang hanya akan membebankan jiwa kita dengan perasaan "ketidakpuasan hati". 

Atau perasaan pandang rendah dan hina terhadap orang yang kurang berada atau kurang pelajaran, orang yang belum dapat hidayah dan orang yang tersesat, tergelincir dan membuat kesilapan yang besar dalam kehidupan mereka. 

Bukalah hati kita seluas-luasnya, sebesar-besarnya, dan terimalah kekurangan dan kesilapan orang lain. Kita ni pun bukannya sempurna mana pun, hanya Allah Yang Maha Sempurna.



Mencintai Allah kerana Dia Yang Maha Mencintai, kerana Dia yang menciptakan kita, bukan kerana inginkan pahala, bukan kerana inginkan syurga. MencintaiNya kerana Dialah Ar-Rahman, kerana Dialah Ar-Rahim. Kerana Dia amat mencintai kita.

Salam Maal Hijrah semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah swt dan dipenuhi dengan kasih sayang rahmah dariNya dan juga dari manusia. 

Tuesday, November 6, 2012

Susu - Minuman Yang Mengalir Bagai Sungai di Syurga

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah saw
serta sahabat dan keluarganya.



"Dan sungguh, pada haiwan ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu. Kami memberimu minum dari apa yang ada dalam perutnya (berupa) susu murni antara kotoran dan darah, yang mudah telan bagi orang yang meminumnya."
Surah An Nahl, ayat 66
Kambing biri-biri baka Australia yang diternak
di Bentong, Pahang

Susu bukan sahaja makanan sunnah, tetapi diklasifikasikan sebagai makanan Quran kerana ia disebut beberapa kali di dalam al-Quran. Ayat di atas mengajar manusia tentang salah satu nikmat Allah swt yang datang dari ternakan, dan terdapat kebaikan dan khasiat di dalamnya.

Yang lebih istimewa lagi, susu merupakan salah satu minuman yang disediakan di dalam Syurga, seperti firman Allah swt dalam ayat tersebut:

"Perumpamaan taman syurga yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertaqwa; di sana ada sungai-sungai yang airnya tidak payau, dan sungai-sungai air susu yang tidak berubah rasanya...."
Surah Muhammad, Ayat 15

Dua miniman telah dihidangkan kepada Rasulullah saw oleh Jibrail semasa perjalanan Baginda dalam isra' dan mikraj iaitu arak dan susu. Baginda memandang kepada kedua hidangan itu dan telah memilih susu atau laban di dalam bahasa Arab.


Maka Jibrail pun berkata: "Syukur kepada Allah Yang Memberi Petunjuk kepadamu kepada sesuatu yang menjadi fitrah, sifat semulajadi manusia, sesungguhnya seandainya kamu memilih arak, umatmu akan sesat." 

Jenis-jenis susu:
Ada beberapa jenis susu baik yang disebutkan dalam kitab perubatan Islam; yang terbaik ialah susu biri-biri. 
Selain daripada itu, disebut juga susu lembu, kambing, unta (baik untuk rawatan penyakit terutamanya masalah hati) dan susu keldai. Semuanya baik dan boleh diminum kecuali susu keldai. 

Susu kuda tidak disebut di dalam kitab tetapi yang diperlu diambil perhatian ialah susu kuda mengandungi kandungan asid lemak rangkaian sederhana (MCT)  yang tinggi.
Antara kebaikan susu biri-biri:
  • Susu adalah tinggi khasiatnya dan adalah sangat sesuai bagi fitrah manusia.
  • Minum dengan madu untuk mencuci ulser di dalam perut.
  • Susu biri-biri memutihkan kulit.
  • Susu kambing sesuai untuk melegakan ulser dalam tekak dan batuk yang kering.
  • Untuk memudahkan mendapat zuriat, suami dan isteri masing-masing ambil segenggam kurma, buang bijinya dan kisar. Campurkan dengan susu kambing dan minum. Amalkan sekali dalam seminggu. 
  • Melegakan keradangan ekzema.

Khasiat susu kambing lebih daripada susu lembu dari segi nutrisi. Antara kandungan susu kambing:

VITAMIN
  • 47% lebih vitamin A
  • 25% lebih vitamin B 
       - riboflavin (B2)
       - 3 kali ganda niacin (B3)
       - thiamin (B1)
       - cobalamin(B12)
       - pyridoxine(B6)
       - panthothenic acid (B5)
       - folate
  • vitamin C
MINERAL
  • 13% lebih kalsium
  • 134% lebih potassium
  • 4 kali ganda lebih kuperam
  • 27% lebih selenium (antioksidan)
  • besi
  • sodium
  • fosforus
  • magnesium
  • zink
  • manganese
PROTIN - ASID AMINO 
  • asid amino (tryptophan), sejenis asid amino yang diperlukan oleh manusia tetapi tidak dapat dihasilkan oleh sistem tubuh.
  • Casein
LEMAK DAN ASID LEMAK
  • lemak tepu
  • lemak mono tak tepu
  • lemak poly tak tepu
  • asid lemak linolik dan arachnodnik
  • asid lemak rangkaian pendek dan sederhana
  • asid lemak omega 3 dan omega 6
KABOHIDERAT


LAIN-LAIN KEISTIMEWAAN SUSU KAMBING
  • Oligosaccharid (bahan anti-radang)

Susu kambing mengandungi kurang laktos dan bahan yang menyebabkan alahan iaitu casein protein, alpha-S1. Oleh itu, susu kambing lebih sesuai diberi kepada bayi yang sensitive atau alah pada laktos.

Susu kambing juga tidak mengandungi agglutinin, iaitu bahan yang menyebabkan lemak dalam susu bergumpal lantas menjadikannya lebih mudah untuk dihadam. Apabila tindakbalas dengan asid dalam perut, lepa protin yang dihasilkan adalah lebih lembut dan lebih mudah untuk dihadam.

Susu kambing juga membantu dalam penyerapan mineral besi, fosforus, magnesium dan kuperam di dalam usus. Keupayaan ini mampu menjauhkan atau merawat masalah anemia (kurang darah) dan kereputan tulang (osteoporosis).

Seperti Minyak Kelapa Dara, susu kambing juga mengandungi lemak tepu. Walau bagaimana pun, kedua-dua penawar ini mengandungi trigliserid rangkaian sederhana (MCT) yang punyai sifat membakar lemak dan menurunkan berat badan.

  
Beberapa tip dalam amalan minum susu:
  • Apabila minum susu, berdoalah: "Ya Allah, berkatilah susu ini, dan dengannya tambahkanlah rezeki kami. Sesungguhnya tiada minuman atau makanan lebih baik yang mampu menggantikan, kecuali susu."
  • Jika minum susu biri-biri, campurkan dengan sedikit air.
  • Kumur dengan air selepas minum susu.
  • Jangan minum terlalu banyak susu.
  • Jangan minum susu sekiranya tengah demam atau sakit kepala.
  • Untuk mereka yang tidak atau jarang mengamal susu dan ingin memulakan amalan sunnah ini, kemungkinan akan mengalami keluar kahak atau sakit sendi. Keadaan ini boleh dielakkan dengan menambahkan madu dan halia pada susu.
  • Jangan minum susu dengan buah.
  • Jangan minum susu dengan ikan.

Artikel ini bukan bertujuan untuk membuat diagnosis atau rawatan untuk sebarang penyakit atau masala. Sila berjumpa dengan pengamal perubatan profesional untuk mendapat nasihat selanjutnya.


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

Friday, November 2, 2012

Antara Keimanan dan Kemodenan


Salah satu agenda penting pada awal pagi Juma'at ialah mendengar program TV "live" tentang hal-hal agama dan hari ini saya agak teruja juga kerana penceramahnya agak terkenal. Beliau seorang doktor perubatan dan ahli akademik yang banyak menerapkan unsur-unsur keIslaman dalam kajiannya. Beliau juga telah menulis beberapa buah buku tentang Perubatan Islam dan sudah tentu saya memberi perhatian penuh untuk mendengar hujah-hujah dan keterangannya.

Namun alangkah terkejut dan kecewanya saya bila beliau melabelkan "perubatan moden" sebagai Perubatan Islam semata-mata kerana  mendiagnos pesakit dilakukan oleh kedua-dua kaedah perubatan, maka kata beliau, ada persamaannya. Saya tersangat keliru dengan statement tersebut dan tidak senang hati dibuatnya.


Dari definasinya lagi, perkataan "moden" itu yang bermaksud "pertaining to a current time and style" sudah tidak menepati ciri-ciri Perubatan Islam. Islam, agamanya dan ilmu perubatannya adalah "pertaining to all time", dari zaman Nabi Adam a.s. sehinggalah hingga ke hari Kiamat nanti. Kehebatannya, relevannya dan applikasinya menjangkau terlalu jauh dari "perubatan moden" dan tidak mungkin dapat dibandingkan.

Perubatan "moden" lebih banyak ke arah merawat penyakit atau masalah yang mana sel, tisu atau saraf dalam tubuh sudah rosak atau sebenarnya sekadar menghilangkan atau menenggelamkan simtom-simtom penyakit. Manakala Perubatan Islam lebih menekan kepada pencegahan penyakit dan masalah. Ini adalah kerana Perubatan Islam bermula dari tahap spiritual manusia, roh manusia yang menguasai segala yang berlaku dan akan berlaku kepada kita.

Sihat di tahap spiritual maka sihatlah dari segi fizikal dan juga emosi dan mental. Solat, puasa, sedekah, zikir dan lain-lain ibadah semuanya merupakan penawar kepada rohani kita yang mempengaruhi keadaan manusia pada setiap tahap. Solat tahajjud telah disahkan dapat meningkatkan sistem immune manusia dalam satu kajian yang telah dibuat. Setiap pergerakan dalam solat ada fungsi dan menafaatnyanya pada otot-otot, saraf, tulang atau organ-organ dalam tubuh. Ramai yang sudah mengetahui bahawa sujud itu banyak kesannya pada tubuh, hakikatnya berdiri tegak sebelum mengangkat takbir pun sudah ada yang berlaku pada sistem tubuh. 

Pemakanan dan cara hidup iaitu cara solat, cara mengambil wudhu', cara tidur, cara berjimak dan lain-lain juga penting untuk menentukan kesihatan level spiritual kita. Ikut sahaja semua amalan-amalan junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insyAllah hidup kita akan sentiasa tenang, ceria, selamat dan penuh kesyukuran walaupun datang ujian, musibah dan sebagainya.

Perubatan yang dikatakan "moden" langsung tidak mengambilkira kepentingan spiritual dan kewujudan alam ghaib. Bagaimana ianya boleh dikatakan Perubatan Islam? Ia mengutamakan dan menerima hanya ilmu "evidence-based", bagaimana perkara-perkara ghaib boleh dibuktikan? Hakikatnya alam ghaib dan energinya sangat mempengaruhi manusia dan keadaannya dan merupakan faktor utama yang perlu dijaga dan didiagnos dan dirawat ketika ada penyakit. 
Ibn Sina - klik di namanya untuk melihat betapa banyaknya sumbangan
beliau di dalam alam perubatan. 


Tetapi Allah swt telah berfirman yang ada perkara-perkara yang tidak boleh diketahui manusia, dan ada perkara-perkara yang hanya akan diketahui oleh orang-orang tertentu sahaja mengikut pilihan dan kebijaksanaanNya. Orang-orang bertuah yang mendapat ilmu laduni ini adalah digolongkan dalam orang-orang yang betul-betul beriman, betul-betul yakin, ikhlas dan ingin mendekati dirinya kepada Penciptanya kerana mereka tahu segala rahsia dan ilmu adalah dalam pengetahuan dan kuasa Allah swt.

Saya tidak akan lupa kata-kata seorang profesor dari Universiti Sains Malaysia yang telah diberi hidayah daripada Allah swt dan sedang membuat banyak kajian tentang penggunaan madu sebagai ubat iaitu, "To me, being mentioned in the Quran and by our Prophet Rasulullah saw, is already evidence based." Itulah juga kata-kata yang tepat yang bermain-main di dalam kepala saya ketika itu.

Lain pula dengan kebanyakan penyelidik dan pengkaji perubatan "moden" terutamanya dari Barat di mana kebanyakan mereka terdiri dari polytheists atau atheists. Tiada langsung unsur atau pertimbangan spiritual atau ketuhanan di dalam hati dan otak mereka. Ada juga doktor-doktor perubatan "moden" (yang beragama Islam pula tu) yang mengetawakan dan melekehkan kaedah Perubatan Islam seperti amalan makan madu dan berbekam. Patutkah kita samakan dua kaedah perubatan ini?

Niat pula untuk mendapat keuntungan semata-mata. Saya baru sahaja bertemu dengan seorang yang pada ketika itu hampir-hampir ditauliahkan seorang doktor perubatan "moden" dan beliau telah meluahkan perasaan kecewanya kerana menurut penelitian beliau, kebanyakan ubat-ubatan kimia yang dihasilkan sekarang tidak menyembuhkan penyakit-penyakit tetapi cuma setakat mengawalnya sahaja, oleh itu ubat-ubatan tersebut perlu diambil sepanjang hayat supaya jualan (dan keuntungan) adalah berterusan. Ubat-ubatan ini pula sangat mudah dan cepat diberi kepada pesakit walaupun keadaan mereka masih "borderline" dan pencegahan masih boleh diusahakan.
Buku  Canon of Medicine tulisan Ibn Sina. Klik untuk melihat pakar-pakar
perubatan Islam yang lain.


Ubat-ubatan kimia sangat sukar diserap oleh tubuh dan boleh meninggalkan deposit yang menjadi toksin pada darah, hati dan buah pinggang. Banyak jenis ubat mengandungi unsur-unsur haram, adakah ini "syariah compliant" dan dibolehkan dilabel sebagai Perubatan Islam? Adakah "tiada alternatif lain" boleh dijadikan alasan untuk menghalalkan ubat-ubatan yang mengandungi unsur khinzir? 

Manakala makanan yang juga merupakan penawar-penawar hebat seperti minyak zaitun, madu, habbatus sauda dan buah delima adalah diciptakan untuk manusia dan adalah sebahagian dari manusia itu sendiri. Khasiatnya mudah diserap sel sehingga tahap DNA dan menjadi penawar kepada tahap spiritual manusia. Ini bermakna makanan Quran mampu merawat masalah rohani seperti "behavorial disorders".

Buku "Medicine of the Prophet" ini dan buku
bertajuk "zadul Ma'ad" adalah dua buku termasyhur
Ibn Qayyim a--Jawziyya
Makanan seperti buah delima adalah buah dari syurga, tidakkah kita mendambarkan sesuatu dari syurga berada di dalam sistem tubuh kita walaupun  kita masih berada di dunia? Kehebatan bahan yang dikenali sebagai Ellagic Acid dalam  buah delima dan kemampuannya untuk membaikpulih sel telah dikaji dan dibuktikan oleh sebuah universiti di Amerika tetapi kajian seperti ini tidak diheboh-hebohkan kerana pengusaha-pengusaha produk farmaseutikal hanya mementingkan dan mahukan produk-produk yang boleh dipatenkan.



Bolehkah penawar ciptaan Allah swt Yang Maha Hebat dibandingkan dengan ubat ciptaan manusia yang amat terbatas ilmu dan kebijaksanaannya? Mungkin persepsi orang ramai terhadap Perubatan Islam itu kaedah dan penawarnya seperti terlalu mudah, sempoi, tidak lengkap, tidak mencukupi, tidak canggih, tidak saintifik, kolot dan ketinggalan zaman. Tidak mengapa, cuma saya berdoa' dan berharap persepsi orang Islam terhadap Allah swt, al-Quran dan Hadith tidak begitu.  Hakikatnya disebalik setiap kaedah dan penawar terdapat teknologi yang paling tinggi sehingga tidak mungkin dapat difahami, diterima dan dirungkai oleh orang-orang yang tidak mendapat Ar-Rahimi. 

Saya bukan menentang keseluruhan kaedah perubatan "moden" ini. Banyak kaedah rawatan "moden" telah menyelamatkan nyawa manusia. Saya cuma tidak bersetuju jika ianya disamakan dengan Perubatan Islam. Ilmu Perubatan Islam adalah yang haq, yang superior, yang unggul, yang datangnya dari Pencipta manusia itu sendiri, yang Maha Mengetahui apa dan cara yang terbaik untuk menjaga dan merawat tubuh manusia, dan dibawa dan diajar oleh kekasihNya, Rasulullah SAW yang maksum, bersih dan suci. Jika dikaji, diamati, diteliti, dicintai dan diyakini, skopnya amat luas sekali, kemujaraban dan teknologinya menjangkau jauh dari batasan kemampuan dan pengharapan yang datang dari pemikiran akal lojik.

Jika kita mengaku beriman hanya kepadaNya, 

kenapa kita tidak mewajibkan ke atas diri kita 

sendiri sistem perubatanNya?






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *


Monday, October 29, 2012

Kerana Nyamuk Kelambu Dibakar - Apakah Racun Yang Sebenar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad
Rasulullah SAW serta keluarganya.

Kini semakin ramai orang yang sangat mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan mereka dengan rapi. Ini adalah sesuatu sikap yang amat baik.  Tetapi yang agak menyedihkan, dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan, ada yang menjauhkan diri daripada makanan-makanan sunnah, dengan mengatakan makanan tersebut juga memudharatkan kesihatan.

Kepercayaan ini mungkin timbul disebabkan oleh kurang atau salah maklumat atau pun propaganda. 

Hakikatnya, tidak mungkin Rasulullah SAW, insan yang paling hebat dari segi akal fikiran, dan yang mendapat wahyu dan ilham dari PenciptaNya mengamal dan/atau menggalakkan ummahnya memakan sesuatu makanan.

Namun tidak dinafikan bahawa ada makanan sunnah yang telah dicemarkan atau telah berubah kebaikan menjadi mudharat oleh kerana kerakusan sifat dan perbuatan manusia sendiri. Makanan diproses dan diluntur dengan menggunakan bahan-bahan kimia dan ditambah dengan pelbagai bahan sintetik. Akhirnya makanan yang berkhasiat bertukar menjadi mudharat.

Di antara makanan sunnah yang ditakuti manusia kerana dikatakan memudharatkan ialah:

MADU
Hampir kesemua umat Islam mengetahui yang madu telah disebut di dalam Al-Quran dan Allah SWT telah berfirman yang ianya merupakan penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Ayat 69 dalam Surah An-Nahl tentang madu merupakan ayat Muhkamaat, iaitu ayat yang maksudnya jelas, nyata dan tidak perlu ditafsirkan dengan panjang lebar.

Namun ada yang masih ragu-ragu tentang keberkesanan madu dari segi perubatan. Kemungkinan, besar puncanya  kerana terdapatnya madu tiruan atau sintetik yang terlalu banyak dijual dalam pasaran. 

Hakikatnya dengan sedikit usaha, ilmu dan kajian, kita boleh mendapatkan madu yang benar-benar asli. Salah satu cara kita boleh menguji sendiri keaslian madu adalah dengan kaedah applied kinesiology, iaitu satu kaedah "muscle testing" yang menggunakan sistem reflex otot-otot yang tersedia ada dalam tubuh badan manusia.


Applied kinesology - salah satu cara mudah untuk
menguji samada madu itu asli atau tidak.

Pesakit kencing manis juga merasa gerun untuk makan madu, tetapi kajian klinikal yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian telah menunjukkan bahawa madu tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat, malah madu lebih menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Madu juga merupakan agen merawat luka akibat dari amputasi atau kecederaan pada pesakit kencing manis yang luarbiasa keberkesannannya. Hospital USM di Kubang Kerian menggunakan Madu Tualang untuk merawat kudis dan luka pesakit kencing manis dengan berjaya.
   
GARAM
Ramai orang tahu yang garam adalah merbahaya untuk kesihatan kerana garam akan menyebabkan tekanan darah tinggi. 

Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui bahawa garam adalah sunnah dan diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum makan makanan yang lain. Mengapa pula Rasulullah mengamalkan sesuatu yang boleh memudharatkan kesihatan?

Jawapan sebenarnya, garam yang Baginda SAW amalkan dahulu adalah garam organik, iaitu samada garam laut atau garam bukit yang asli, tulin dan bersih. Garam organik atau garam asli mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia, lebih banyak dari unsur-unsur yang terdapat dalam air mineral. Dan mineral-mineral ini sangat memenafaatkan dalam meningkatkan dan mengoptimakan semua fungsi sistem tubuh. Sel, tisu, organ dan sistem keseluruhannya akan berfungsi dengan lancar dan baik.

Tetapi lain dengan garam yang didapati sekarang. Laut sekarang sangat tercemar oleh itu garam yang didapati perlu dibersihkan dan diluntur untuk kelihatan putih dan bersih. Proses pelunturan  inilah yang mengakibatkan semua mineral penting terbuang, yang tinggal hanya sodium dan klorida. Sodium tanpa mineral lain memang merbahaya kerana ia memekatkan darah dan kandungan asid tinggi. 

Namun masih ada lagi garam yang bersih kerana ianya terdapat di dalam gua atau bukit dan tidak terdedah kepada pencemaran. Garam ini adalah garam bukit yang terdapat di Pakistan atau dikenali sebagai Garam Kristal Himalaya. Garam ini mengandungi 88 mineral, dan garam ini sebenarnya mampu mencairkan darah dan menstabilkan tekanan darah. 


NASI
Nasi juga merupakan makanan sunnah, apatah lagi padi sesuai ditanam di bumi Malaysia ini. Jadi ia merupakan makanan yang terbaik untuk kita dari segi genetik, bukan soya atau gandum.

Beras juga mengalami nasib yang sama seperti garam. Beras perang adalah yang terbaik dari segi khasiat dan kebaikan tetapi oleh kerana dikatakan "lebih cantik" dan "lebih sedap" apabila kulitnya diluntur, beras putih lebih digunakan dalam pemakanan kita. Dan apabila manusia mengalami kegemukan dan mengidap kencing manis, nasi pula disalahkan.


Nasi merupakan sumber kabohiderat yang terbaik bagi orang Asia dan tidak harus ditinggalkan kerana "nak kurus". Apa yang perlu dilakukan ialah:

-makan secukupnya sahaja dan tidak berlebihan

-makan pada awal hari

-makan beras perang

-berjalan selepas makan nasi. Sunnahnya ialah 40 langkah tetapi perut manusia sekarang dimasuki bahan-bahan yang berat dan banyak jadi 40 langkah mungkin tidak begitu mencukupi. 

-jangan makan nasi bersulam air

-elakkan "penambah selera" seperti sambal belacan, budu dan cencaluk


Isy, isy..sedap nyer,,mesti tak genap kalau sepinggan saja kan...


ROTI GANDUM


Roti merupakan salah satu makanan dari hasil gandum yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Tharid iaitu sejenis bubur yang dibuat dari roti dan daging juga dinilai begitu tinggi oleh Baginda. 

Roti yang digemari oleh Rasulullah SAW diperbuat daripada gandum perang iaitu gandum wholewheat. Baginda tidak makan gandum atau roti putih. 
Gandum perang cepat menjadi masam dan oleh itu pengusaha mencari cara mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membuang sekamnya. Namun seperti juga garam dan beras, dengan proses pelunturan itu bukan sahaja gandum kehilangan khasiat dan kebaikannya seperti serat, tetapi hasilnya iaitu gandum putih menjadi toksik dan beracun kerana bahan peluntur dan ditambah dengan vitamin sintetik.

Pemerosesan gandum juga menambahkan gluten iaitu sejenis protin. Ada sesetengah orang mengalami masalah alah pada gluten ini (gluten intolerance) dan akan mengalami simtom seperti migaine, kelesuan, sakit dan kembung perut, masalah otot-otot, sendi, tulang dan sebagainya.
  


 DAGING
"In the Sunan of Ibn Maja, from hadith of Abu al-Darda', from Messenger of God SAW, it says: The chief food of the people of this world and the people of Paradise is meat."

From hadith of Burayda (marfu'): The best seasoning in this world is meat."

And it is said, on the authority of 'Ali, that if anyone refrains from eating it for forty days, his character deteriorates. 

Di dalam kitab perubatan, pelbagai daging disebut termasuk daging kambing, biri-biri, lembu, unta dan lain-lain lagi. Yang penting, nyata daging merupakan makanan yang dianugerahkan kepada hamba-hambaNya untuk dinikmati bukan sahaja untuk kelazatannya bahkan untuk kebaikan ingatan (memory) dan membentuk karakter yang baik. 

Kita tidak perlu takut kepada mudharat memakan daging jika kita amalkan yang berikut:

- Elakkan dari makan daging dari binatang yang sudah tua atau kurus.

- Jangan makan daging bersama ikan. Enzim-enzim penghadaman tidak dapat mencerna lebih dari satu jenis protin daging dalam perut. Akibatnya banyak toksin dan asid terhasil.

- Jangan makan terlalu banyak (daging). 

- Amalkan mengambil sedikit garam sebelum makan daging.

- Minum cuka buah atau tambahkannya di dalam menu. Rasulullah SAW       amat gemar memakan daging yang dicicahkan dalam cuka. Cuka dapat memecahkan rangkaian protin kepada molekul-molekul yang lebih kecil.

- Makan sedulang dengan orang lain (cara makan begini adalah sunnah). Kombinasi enzim-enzim dari jari-jari setiap individu membantu dalam pencernaan makanan.


Rasulullah SAW lebih gemar pada bahagia hadapan hadapan terutamanya bahagian
kaki iaitu bahagian "Forearm" dalam gambarajah atas. Daging bahagian hadapa dikatakan lebih baik dari bahagian belakang dan daging sebelah kanan adalah lebih baik dari daging di sebelah kiri.


SUSU


Susu adalah di antara minuman yang terdapat di Syurga di mana ia mengalir seperti sungai untuk dinikmati oleh penghuni-penghuni di sana.  Jika sesuatu makanan itu mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran, sudah tentunya ia mengandungi rahsia zat dan kebaikan.

Tetapi seperti kebanyakan makanan lain juga, kita perlu mengetahui amalan-amalan terbaik mengamalkannya seperti berikut:

-Susu tidak boleh diambil secara berlebihan. Berlebihan susu akan menyebabkan pemendapan kalsium disendi-sendi. 

-Amalan mengambil garam organik mengelakkan daripada terjadinya mendapan kalsium kerana magnesium di dalam garam akan memastikan penyerapan nutrisi dalam susu yang sempurna terutamanya ke dalam tulang.   

-Sebenarnya, lemak di dalam susu adalah baik untuk kesihatan. Rahsia untuk mengelak daripada kegemukan ialah berkumur sejurus setelah meminum susu. 

-Campurkan dengan madu untuk merawat ulser dalam perut.

-Sekiranya kahak terbentuk apabila meminum susu, campurkannya dengan madu dan halia.

-Susu yang terbaik ialah dari biri-biri dan minum dengan mencampurkan air kepadanya.

-Apabila minum susu, derdoalah: "Ya Allah, berkatilah susu ini dan tambahkanlah rezeki dengannya. Sesungguhnya tiada makanan atau minuman yang lebih baik daripada susu yang dapat menggantikan (segala kekurangan) ~ dari sunan secara marfu'.


MINYAK
"In al-Tarmidhi, from hadith of Abu Hurayra (marfu), it says: Eat oil (zayt), and use it for oiling."  

"In hot countries, such as Hijaz and its like, oil is one of the best means of preserving health and restoring the body. It is a necessity for these people."

"Al-Tarmidhi related in Kitab al-Shama'il, from hadith of Anas b, Malik:
The Messenger of God SAW used to put a quantity of oil on his head, and would comb his beard a great deal, and would often use a head covering (qina'). His clothes were like those of a dealer in oil."

Minyak sayuran seperti minyak zaitun adalah minyak mono tak tepu (monounsaturated oil) iaitu minyak yang terbaik untuk kesihatan jantung. Baca di sini.




Minyak kelapa dara  pula adalah minyak tepu tetapi ajaibnya minyak ini tidak teroksid walaupun pada suhu yang tinggi. Ini adalah kerana minyak ini terdiri dari trigliserid rangkaian sederhana (medium chain triglyceride MCT)  yang merendahkan kolesterol LDL, merendahkan risiko penyakit jantung, mengawal berat badan dan membaiki keadaan panyakit kencing manis. 



Rasulullah SAW  melumurkan minyak zaitun pada  setiap bahagian
tubuh Baginda termasuk rambut dan janggutnya. Amalan menutupi lapisan kulit
dengan minyak sayuran merupakan perlindungan luaran dan juga
dalaman. Ketahuilah yang banyak losyen (termasuk losyen bayi) dan pelembap 
menggunakan minyak mineral yang memudharatkan di jangkamasa panjang.


Ketahuilah, Minyak Zaitun Extra Virgin dan Minyak Kelapa Extra Virgin mampu menurunkan berat badan, walaupun untuk mereka yang berada pada tahap obese.


Artikel ini tidak bertujuan untuk mendiagnos atau memberi cadangan untuk merawat penyakit. Pembaca dinasihati untuk mendapatkan nasihat dari pengamal perubatan profesional untuk merawat masalah atau penyakit yang dialami. 

Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *








Thursday, October 18, 2012

Hibah Kecantikan Dari Kitab Perubatan Nabi

 Siri Rawatan Kecantikan Kulit Sistem An Nisaa


Rawatan kulit Sistem An Nisaa terdiri dari Lulur Ar Rayna dan Minyak An Nur Al Wajhi. 



Berasaskan bahan-bahan yang disebut di dalam Al-Quran, hadith serta kitab perubatan Islam, produk-produk di dalam Siri Rawatan Kecantikan Kulit Sistem An Nisaa adalah selamat  untuk digunakan tanpa sebarang bahan kimia, bahan sintetik atau pengawet. 


 Lulur Ar Rayna berasaskan beras perang yang mengandungi banyak khasiat dan berfungsi sebagai perawat masalah kulit, pencuci, pemutih dan pelembut kulit yang berkesan. Protin dalam beras perang adalah bahan melulur (exfoliant) yang baik. Proses ini penting dalam membantu sel kulit mati digugurkan untuk menghasilkan kulit yang bersih, sihat, halus dengan tona yang sekata.
Sifat anti radang dan pelindung kulit yang ada pada beras akan menghasilkan kulit yang halus, dan bila digunakan secara konsisten, mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit wajah. Toner, astingent atau freshener tidak diperlukan kerana beras perang juga bertindak untuk meredakan dan menyegarkan kulit. Lulur Ar Rayna juga mengandungi herba jintan (fennel) yang merupakan antiseptik semulajadi, melembutkan kulit dan mengurangkan kedutan.



Beras perang bukan sahaja baik dimakan malah khasiatnya memberi menafaat kepada kulit wajah kita. 






Cara-cara menggunakan Lulur Ar Rayna 
1. Untuk kulit yang tiada jerawat atau sebarang keradangan, basahkan kulit dengan air. Ambil sedikit Lulur Ar Rayna dan secara perlahan-lahan gosok pada kulit. Bilas dengan air sehingga bersih.

2. Untuk kulit yang bermasalah, berjerawat atau sensitif, ambil sedikit Lulur Ar Rayna dan campurkan dengan cukup air sehingga ramuan menjadi seperti losyen. Cuci muka dengan larutan ini tanpa menggosok. Kulit akan terasa sangat bersih dan lembut.


Bahan utama iaitu beras telah disebut di dalam
Kitab At-Tibb Nabawi sebagai makanan yang berkhasiat dan sebagai agen pembersih. 

Begitu juga dengan garam dan jintan yang menjadi sebahagian dari ramuan
Lulur Ar Rayna Sistem An Nisaa.



Jintan (fennel) mengandungi antioksidan
dan bahan antiseptik disamping
bahan-bahan lain yang boleh
merawat kulit muka.
3. Lulur ini boleh dijadikan masker untuk memenafaatkan pelbagai khasiat dalam beras perang. Ambil Lulur Ar Rayna secukupnya dan campurkan dengan madu asli. Lumur pada seluruh muka dan biarkan selama 10 minit. Bilas dengan sehingga bersih.    










Minyak An Nur Al Wajhi merupakan pelembap dan pelindung kulit, dan juga sebagai pencuci muka. Terdapat empat jenis minyak asas iaitu minyak zaitun extra virgin, minyak biji anggur, minyak habatus sauda dan minyak Vitamin E, semuanya merupakan minyak yang tinggi kandungan antioksidannya dan mempunyai keupayaan untuk membaikpulih sel. Ini bererti ia juga agen anti-penuaan.  

Apabila digunakan selepas Lulur Ar Rayna minyak ini amat mudah meresap ke dalam kulit dan kelembapan akan dikekalkan. Minyak sayuran amat mudah diserap oleh kulit berbanding dengan losyen dan krim muka yang kebanyakannya menggunakan minyak mineral atau gliserin yang boleh memudharatkan dalam jangkamasa panjang.   

Minyak Minyak An Nur Al Wajhi mengandungi minyak pati bunga (essential oil) yang merawat pelbagai masalah kulit muka seperti Bergamot, Juniper, Geranium dan banyak lagi.

Cara menggunakan Minyak An Nur Al Wajhi 
Setelah membersihkan kulit muka dengan Lulur Ar Rayna, lap dengan tuala yang bersih dengan menekapkannya pada kulit muka. Sapukan kulit dengan 2 titik Minyak An Nur Al Wajhi pada seluruh muka kecuali bahagian mata. Jangan gunakan tekanan dan jangan gunakan pergerakan ke bawah. Sapu sambil tarik permukaan kulit ke atas. Minyak akan menyerap masuk dalam masa sekejap sahaja. Guna bedak atau foundation seperti biasa.

Minyak An Nur Al Wajhi juga boleh digunakan sebagai pencuci muka. Minyak zaitun merupakan agen pembersih yang amat baik selain dari pati bunga yang terdapat di dalam minyak ini. Caranya ialah dengan menggunakan dalam 5-6 titik minyak dan dengan jari, gunakan pergerakan bulatan kecil pada kulit sambil mengurut perlahan-lahan. Bersihkan bibir juga. Gunakan kapas atau tisu yang lembut untuk membuang minyak pada kulit dengan menggunakan pergerakan ke atas.  Bersihkan kulit dengan Lulur Ar Rayna. Pembersihan kulit begini boleh dilakukan sekali dalam seminggu.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *