بسم الله الرحمن الرحيم
Setiap huruf di dalam Kitab Suci ini mengandungi rahsia, khasiat dan ubatnya, apatah lagi apabila ada kalimah seperti "..ini adalah air sejuk untuk mandi dan untuk minum." Semestinya kehebatan dalam arahan Allah itu bukan sesuatu yang patut dipandang rendah atau terus diabaikan begitu sahaja. |
SURAH SAD, AYAT 41-43
Dan ingatlah akan hamba Kami Ayyub ketika dia menyeru Tuhannya, “Sesungguhnya aku diganggu syaitan dengan penderitaan (penyakit) dan bencana.”
(Allah berfirman)
“Hentaklah kakimu, inilah air yang sejuk untuk mandi dan untuk minum.”
Dan Kami anugerah dia dengan mengumpulkan kembali keluarganya dan Kami lipatgandakan jumlah mereka sebagai rahmat dari Kami dan pelajaran bagi orang-orang yang berfikiran sehat.
Ayat-ayat ini merupakan dalil dan pegangan utama Sistem An Nisaa dalam salah satu daripada empat kaedah dalam prosedur rawatannya. Nabi Ayyub a.s. telah mengalami keadaan yang sangat kronik dan ada ulama’ tafsir yang mengatakan bahawa penyakitnya yang sebenar ialah kanser kulit.
Namun penawar yang diberikan kepadanya oleh Allah Yang Maha Esa merupakan sesuatu yang sangat asas tetapi nyata hebat jika diketahui ilmu disebalik air sejuk dan unsur-unsur lain yang terlibat.
Di dalam hadith juga terdapat ajaran tentang mandi air sejuk iaitu hadis riwayat At-Tirmizi dalam Jami’ nya menerusi hadis Rafi’ bin Khudaij secara marfu’ yang bermaksud:
“Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka- hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir. Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari. Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.
Lalu menyelam sebanyak tiga kali, selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan
izin Allah."
Air sungai, air mata air atau air perigi boleh digunakan untuk rawatan mandian kerana kandungan mineral dan oksigen di dalamnya. |
Kata-kata kunci dalam hadis tersebut boleh dihuraikan seperti berikut:-
"Apabila salah seorang di antara kamu diserang demam – dan demam itu adalah percikan api neraka..”
Penyakit yang boleh dirawat dengan mandian atau rendaman bukan sahaja demam semata-mata tetapi semua penyakit yang berunsur panas seperti jangkitan, keradangan (kecuali radang usus), kanser, migraine, masalah kardiavaskular, tekanan darah tinggi dan semua keadaan yang berpunca dari “oxidative stress”, berlebihan toksin dan asid.
“..hendaklah ia memadamkan demam itu dengan air sejuk atau berendam di sungai yang mengalir.”
Sekiranya pesakit mampu berjalan maka berendam di sungai adalah yang terbaik. Oleh kerana tidak mudah pergi mencari sungai untuk tujuan tersebut maka Mandian Sistem An Nisaa disediakan sebagai simulasi mandi sungai. Jika pesakit boleh bangun tetapi tidak mampu untuk berjalan maka boleh dijiruskan air yang sejuk, dan sekiranya pesakit langsung tidak dapat bangun , maka jerlunkannya dengan air yang sejuk sekerap yang boleh.
Arahan untuk mandi di dalam air sungai adalah disebabkan beberapa faktor terutamanya apa yang terkandung di dalamnya. Komposisi mineral di dalam air sungai berbeza di satu tempat dengan tempat yang lain tetapi secara amnya kandungan adalah lebih kurang seperti berikut:-
Bicarbonate, 58ppm
Sulphate, 11ppm
Chloride, 7.8ppm
Nitrate, 1ppm
Calcium, 15ppm
Magnesium, 4.1ppm
Sodium, 6.3ppm
Potassium, 2.3ppm
Iron, 0.7ppm
Silica, 13ppm
Jumlah 120ppm
AIS
Ais adalah “painkiller” semulajadi. Penggunaannya di dalam rawatan dikenali sebagai “cryotherapy” atau “cold therapy”. Terapi ini kini digunakan untuk merawat kanser yang menyerang hati, paru-paru dan buah pinggang. Terapi sejuk melegakan tisu yang meradang dan menghalangnya daripada terus berlakunya kerosakan.
Terapi mandian air sejuk membantu mengeluarkan kotoran metabolisma yang merbahaya dari otot-otot. Banyak pasukan-pasukan sukan dan pelari jarak jauh luar negara berendam dalam ais bukan sahaja untuk melegakan kesakitan dan merawat otot-otot tetapi juga sebagai pencegahan dari kecederaan sukan.
Pemain tennis Lee Childs berendam dalam ais untuk memulihkan dan menguatkan otot-ototnya. Gambar dari BBC Sports. |
Rasulullah saw pernah berdoa:
“Ya Allah, bersihkanlah diriku dengan air, air batu dan embun.”
Di sini, “bersihkanlah” tidak bererti secara fizikal atau zahir tetapi kebersihan secara spiritual, dari segi jiwa dan rohani. Hanya air yang sejuk boleh melakukannya. Ini adalah bersangkut-paut dengan hukum makruh mengambil wudhuk dengan air yang telah dipanaskan dengan pancaran matahari.
“Hendaklah ia mandi selepas fajar, sebelum terbit matahari.’
Terdapat dua sebab yang diketahui kenapa disebut waktu mandian di sini iaitu selepas fajar. Pertama ialah suhu air sungai pada waktu itu yang paling rendah, seperti sejuknya air batu. Pentingnya terapi sejuk telah diterangkan di atas.
Kedua ialah kerana pada waktu itu, sinaran infrared jauh adalah yang paling banyak dan pada ukuran yang paling sesuai untuk rawatan (ukuran infrared jauh antara 8-14 mikron). Supaya mandian dapat dilakukan bukan sahaja pada waktu fajar, sinaran infrared jauh digunakan di kolam Mandian Sistem An Nisaa supaya pesakit akan mendapat rawatan dari sinaran ini tidak kira waktu mandiannya.
Sinaran infrared jauh mudah diserap jauh ke dalam kulit dan tisu dan bertambah berkesan apabila kulit dibasahi dengan air. Infrared jauh memanaskan tisu dan otot-otot lalu melancarkan darah, menggetarkan sel supaya menjadi aktif dan merangsangkannya supaya berfungsi dengan lebih effisien.
Sel seterusnnya menyebarkan getaran itu lebih jauh untuk sampai ke sel tubuh yang lebih dalam. Sinaran ini akan merangsang tenaga infrared semulajadi yang sedia ada dalam tubuh dan memecahkan gumpalan atau ketulan asid dan toksin supaya lebih mudah dinyahkan dari sistem tubuh.
Infrared jauh diperlukan oleh semua benda hidup untuk proses pembentukan dan reproduksi sel. Sinaran ini sangat efektif melegakan kesakitan.
“Hendaklah ia mengucapkan Dengan nama-Mu, ya Allah, sembuhkanlah penyakit hambaMu ini, dan benarkanlah bimbingan RasulMu.”
Nyata di sini bahawa tanpa menyerah diri dan tanpa keimanan terhadap penyembuhan yang hanya akan berlaku dengan izinNya, tidak ada ertinya pada mandian yang dilakukan walaupun di dalam suasana yang sempurna. Juga, hadith-hadith dan sunnah Nabi wajib diterima sebagai utusan dari wahyu Allah dan diamalkan oleh setiap orang yang beriman.
“Lalu menyelam sebanyak tiga kali..”
Semasa mandian di dalam kolam, pesakit akan dikehendaki menyelam sebanyak tiga kali. Amalan ini adalah supaya tekanan dari air menolak segala unsur yang negative atau unsur yang tidak patut berada dalam tubuh badan samada dalam bentuk gas, cecair atau pepejal. Bermacam-macam benda akan kelihatan atau dibau dalam air yang mana pesakit akan dapat melihatnya atau merasanya sendiri.
“..selama tiga hari berturut-turut. Jika sembuh, Alhamdulillah. Jika belum sembuh juga ulangi lima hari. Jika belum sembuh juga maka tujuh hari. Biasanya tidak lebih dari tujuh hari dengan izin Allah.”
Ini merupakan tempoh yang telah ditetapkan dan diikuti di dalam rawatan Mandian Sistem An Nisaa. Dalam kebanyakan kes, tiga hari sudah mencukupi kecuali kes kronik seperti angin ahmar dan kanser di mana mandian selama tujuh hari berturut-turut adalah perlu.
GARAM
Garam bukit Himalaya datang dari air laut yang telah disejat airnya dan garamnya terhimpun dan mengeras (solidify) dan membentuk kristal (crystalize) menjadi bukit sepanjang 700 meter panjang dan 700 meter tinggi semenjak 250 juta tahun dahulu. Garam dari Banjaran Garam yang terletak di Lahore, Pakistan ini adalah yang terbaik dan paling bersih dan suci di dunia.
Garam di dalam pembentukan gua-gua bukit telah dilindungi dari tercemar dari polusi dan kontaminasi dan oleh itu ianya boleh dimakan terus tanpa dibersihkan dan diperhalusi (refined).
Proses “refining” inilah yang menjadikan garam yang asalnya mempunyai 80 lebih mineral munyusut tinggal hanya dua mineral iaitu sodium klorida yang bahaya untuk kesihatan.
Di dalam proses sejatan air laut dan pembentukan bukit, molikul-molikul garam telah menjadi bentuk geometric yang hampir sempurna. Terdapat juga unsur-unsur kristal intan yang halus di antara molikul-molikulnya yang menghasilkan tenaga getaran ini sangat kuat.
Getaran tenaga ini mengaktifkan sel dan menjana tenaga supaya sel-sel ini dapat merawat sendiri kerosakan atau kecederaan yang berlaku pada dirinya. Semua kelebihan ini menjadikan garam ini sangat istimewa. Inilah garam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw untuk menjaga kesihatan Baginda terutamanya dalam proses penghadaman dan pencernaan.
Air yang disediakan untuk Mandian Sistem An Nisaa merupakan air Garam Bukit Himalaya dengan larutan 1%. Larutan ini mengandungi kadar garam dalam air yang sama dengan bendalir di dalam tubuh secara semulajadi seperti air mata. Oleh yang demikian mandian air garam dapat mengimbangi dan seterusnya mencapai equilibrium cecair dalam sel tubuh. Larutan ini juga sangat berkesan untuk merawat masalah resedung tanpa menganggu dan menyakitkan selaput hingus (mucus membrane) dalam hidung.
Getaran tenaga ini mengaktifkan sel dan menjana tenaga supaya sel-sel ini dapat merawat sendiri kerosakan atau kecederaan yang berlaku pada dirinya. Semua kelebihan ini menjadikan garam ini sangat istimewa. Inilah garam yang diamalkan oleh Nabi Muhammad saw untuk menjaga kesihatan Baginda terutamanya dalam proses penghadaman dan pencernaan.
Air yang disediakan untuk Mandian Sistem An Nisaa merupakan air Garam Bukit Himalaya dengan larutan 1%. Larutan ini mengandungi kadar garam dalam air yang sama dengan bendalir di dalam tubuh secara semulajadi seperti air mata. Oleh yang demikian mandian air garam dapat mengimbangi dan seterusnya mencapai equilibrium cecair dalam sel tubuh. Larutan ini juga sangat berkesan untuk merawat masalah resedung tanpa menganggu dan menyakitkan selaput hingus (mucus membrane) dalam hidung.
Rendaman air Garam Bukit Himalaya dapat meleraikan stress dan menenangkan fikiran, merawat masalah kulit, menyahkan toksin dan bahan-bahan buangan dalam tubuh.
Oleh kerana Garam Bukit Himalaya mengandungi 84 jenis mineral dan trace elements, rendaman boleh membantu dalam keadaan kurang mineral (mineral deficiency). Apabila dimasukkan ke dalam air Mandian Sistem An Nisaa, airnya adalah seperti air sungai yang mengandungi kandungan mineral seperti di atas.
Tenaga kinetik dan hidraulik yang dihasilkan dari pergerakan aliran sungai di simulasikan apabila air digerakkan secara manual oleh perawat.
Selain daripada itu, Sistem An Nisaa juga menggunakan bunga dan pati bunga dalam pakej Mandian Bunga Sistem An Nisaa. Aromaterapi telah diasaskan oleh tokoh-tokoh sains Islam (Ibn al-Baitar, pakar botani dan penemu bahan aktif dalam bunga-bungaaan dan Ibn Sina, pencipta kaedah mengekstrak pati dari proses penyulingan) dan merupakan sebahagian yang penting dalam sistem Perubatan Islam.
Tambahan aromaterapi dalam Mandian Sistem An Nisaa seolah-olah membawa bauan haruman flora dari hutan ke dalam bilik terapi. |
Aromaterapi yang menggunakan hanya pati bunga asli akan meningkatkan sistem imunisasi tubuh dan mencegah penyakit. Apabila harumannya dihidu melalui hidung, ia bergerak ke selaput patu-paru dan menyerap ke dalam darah melalui sistem limbik.
Wangian dari bunga, daun , kulit atau batang pokok adalah penawar bagi roh dan ini merupakan kaedah pencegahan dan rawatan penyakit yang amat signifikan dalam perubatan Islam. Pati bunga mawar putih adalah wangian yang paling efisien meningkatkan tahap dan kekuatan spiritual.
Cara haruman aromaterapi bertindak dalam tubuh melalui sistem limbik |
Pati bunga boleh merangsang pembinaan tisu dan merangsang sel saraf dengan menambahkan kadar oksigen dan nutrisi ke dalam sel-sel tersebut. Minyak seperti Tea Tree dan Lavender dikenali sebagai pembunuh virus dan bakteria yang baik, dan tidak seperti antibiotic buatan, patogen-patogen tidak boleh membina ketahanan terhadap bahan anti-virus dan anti-bakteria dalam minyak pati bunga.
Aromaterapi dan air yang sejuk adalah gabungan dua unsur yang menjadikan kaedah rawatan ini teramat hebat. Hidroterapi sebegini terbaik untuk masalah kerohanian dan impaknya dapat menyatu semula kekuatan-kekuatan dalaman termasuk daya graviti dan daya magnetik tubuh yang terlerai. Kehilangan tenaga-tenaga ini disebabkan oleh segala gangguan, masalah dan penyakit yang dialami akibat pencemaran dari udara, pemakanan, terlalu banyak ubat-ubatan kimia dan juga dari pemikiran, percakapan dan perbuatan kita sendiri.
Daya kerohanian yang tinggi akan menentukan daya mental dan daya emosi yang tinggi juga. Inilah sebenarnya rahsia pencegahan dan rawatan penyakit fizikal yang semulajadi dan secara fitrah yang dianugerahkan kepada orang-orang Islam.
KOLAM MANDI SISTEM AN NISAA
PERAWAT SISTEM AN NISAA
Perawat merupakan faktor yang penting semasa Mandian Sistem An Nisaa dijalankan. Keikhlasannya, kesungguhannya, keinginannya serta kebergantungannya pada kuasa Allah swt sepenuhnya supaya berlakunya penyembuhan pada pesakit memainkan peranan yang amat besar dalam proses rawatan untuk gangguan, penyakit maupun masalah.
DOA', USAHA DAN TAWAKKAL
1. Makan daging 2. Memakai haruman
3. Kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas."
DOA', USAHA DAN TAWAKKAL
Sudah tentunya rawatan semata-mata bukan penentu penyembuhan dan penyelesaian segala masalahnya. Nabi Ayyub a.s. merupakan seorang yang sangat sabar, redha dengan keadaannya walaupun setelah kehilangan ahli keluarga dan semua harta kekayaannya.
Keimanannya tebal dan kukuh dan sentiasa berdoa’ bersungguh-sungguh. Dan Nabi Ayyub a.s tidak putus berdoa' dan di antara doa’nya yang masyhur untuk menengani keadaan yang dialaminya adalah seperti berikut:-
DOA’ NABI AYYUB A.S.
“Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedang Engkaulah sahaja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.”
Surah al-Anbiya’ ayat 83
"Empat perkara menguatkan badan:
1. Makan daging 2. Memakai haruman
3. Kerap mandi 4. Berpakaian dari kapas."
~ Saidina 'Ali r.a.