Cuka Epal adalah di antara makanan sunnah yang harus dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan dan mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana? |
Seringkali apabila saya syorkan Cuka Epal atau Cuka Tamar kepada pesakit saya yang ada masalah gastrik (gastritis), kebanyakan mereka akan rasa terkejut, risau, takut, was-was dan kurang yakin. Bukankah cuka itu masam dan berasid, tajam dan bisa?
Ya benar, Cuka Epal, Tamar dan cuka dari lain-lain buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.
Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka ini tiada khasiat atau nutrisi.
Sebaliknya, Cuka Epal dan Tamar mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.
Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali.
Jus dari buah-buahan sitrus adalah sangat rendah pHnya dan dikenali dengan rasa masamnya, tetapi di dalam perut airnya menjadikan isi perut menjadi alkali. |
Dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.
Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.
Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.
Celery yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi adalah antara sayuran yang membentuk alkali yang tinggi dalam perut. |
Kurma yang berkali-kali disebut di dalam Al-Quran rupanya salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan dalam perut dan juga menghasilkan alkali. |
Buah kismis dan buah tin, kedua-duanya merupakan makanan yang penting dan dianggap tinggi nilainya dikalangan orang-orang Islam, dan kedua-duanya adalah di antara makanan yang mengalkalikan perut. |
Buah Tin mendapat banyak tempat di dalam Al-Quran dan juga penghormatan sebagai nama salah satu surah di dalamnya. |
Halia juga menghasilkan alkali dalam perut. Halia bukan sahaja terdapat di dalam kitab Perubatan Nabi tetapi juga disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Insaan ayat 17. Halia dikatakan menjadi salah satu ramuan dalam sejenis minuman yang diberikan kepada ahli syurga. Ini merupakan satu nikmat yang besar kerana Allah Yang Maha Pemurah memberi kepada kaum manusia di dunia ini sesuatu yang terdapat di syurga, seperti juga buah delima dan anggur. Sudah pastinya ada keistimewaan yang luarbiasa pada makanan-makanan ini yang mendapat tempat di syurga dan dalam Al-Quran. |
Asid gastrik adalah cecair yang dihasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan.
Tembikai adalah buah yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi dan juga adalah pengalkali perut. Rasululah SAW menyarankan pemakanan yang terdapat di tempat duduk sendiri oleh yang demikan, buah-buahan tempatan adalah yang terbaik untuk penduduk Malaysia.
Makan buah tembikai sebelum nasi, bukan di penghujungnya.
Bukan sahaja epal dan pear tetapi kebanyakan buah-buahan tropika tempatan seperti buah betik memberi banyak menafaat kepada perut dan mesti dimakan sebelum hidangan utama. |
Badam - juga merupakan penawar dalam Perubatan Nabi untuk merawat masalah perut, rupanya ia adalah diantara kekacang yang mengalkalikan perut. Hazelnut juga adalah baik untuk perut. |
Sayur-sayuran yang mengalkalikan perut termasuk lobak, labu, lada bengal, kacang pis, brokoli, bit dan timun. |
Hampir kesemua herba menghasilkan alkali. Herba adalah sebahagian penting dalam Perubatan Nabi. Halba (gambar atas) dianggap sebagai bernilai seperti emas oleh tabib-tabib Islam di zaman Nabi. Selain dari halba, herba lain yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi ialah basil, cumin, chicory, marjoram, dill dan thyme. |
Stevia - betul-betul satu keajaiban dan rahmat Allah swt. Daunnya teramat manis, hanya dua titik "liquid extract" daun ini mampu memaniskan secawan besar teh. Tetapi bukan setakat itu sahaja, khasiatnya amat menakjubkan, ia dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah dan tekanan darah. Dan lebih penting, daun stevia menghasilkan alkali dalam perut. |
Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko,
kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.
Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak).
saya mengidap sakit gastrik yg teruk, saya takut ambil makanan yg keras2, boleh tk beri idea kpd saya, apa yg boleh saya mkn...
ReplyDeleteAssalamu'alaikum Puan Sabariah, sebenarnya bagaimana Puan makan lebih penting dari apa Puan makan. Salah satu cara pemakanan yang sangat penting ialah memakan hanya satu jenis protin pada satu masa. Contohnya, dalam satu hidangan, jangan makan ayam dan ikan, atau ikan dengan telur. Pilih makanan yang mengalkalikan perut seperti cuka buah. Sakanjabin Sistem An Nisaa merupakan penawar gastrik yang sangat mujarab insyaAllah. Sila klik http://www.blogger.com/blogger.g?blogID=8161946059538533836#editor/target=post;postID=925144875413372884. Untuk rawatan yang lengkap sila hubungi saya di nombor telefon bimbit 019-2438151 (SMS) atau e-mail ke sistemannisaa@gmail.com. Terima kasih kerana sudi membaca blog ini.
ReplyDeletePn. Sabariah...saya ada seorang anak buah yang kerap kena gastrik...sejak mengamalkan cuka kurma sahra atau minab...dah jarang kena lagi...Caranya..bila gastrik je dia minum sesudu...lepas satu jam...dah ok...saya cadangkan puan sabariah pun cuba juga cuka kurma sebab bila masuk dalam perut ia jadi alkali yang meneutralkan asid perut. Sabri cuba lihat di www.kedaicuka.com.my...
ReplyDeleteAssalamualaikum puan,saya mengidap sakit gastrik juga..saya dah byk kali google tentang cuka kurma..dan saya cuba tapi tiap kali daya ambil cuka kurma..saya akan rasa pedih di dada dan di perut..ada yang mengatakan saya perlu stop krn cuka itu sendiri mmg tajam dan akan membahayakan lagi bhg perut dan dada yg pedih tu...saya dah mula rasa ragu2 utk meneruskan mengambil cuka kurma sbb risau kalau ia menyakitkan dan membahayakan lagi
ReplyDeleteWaalaikummussalam. Maaf lewat balas. Cuka buah bukan seperti cuka buatan atau tiruan. Ia tidak membahayakan atau tajam. En Sham perlu melarutkan cuka buah di dalam air atau tambahkan madu asli untuk mengurangkan kepedihan perut. Sakanjabin Sistem An Nisaa disediakan untuk kes seperti En Sham. Jika perut En Sham ada ulcer, madu akan merawatnya. Wallahua'lam.
DeleteSaya pun pun pengidap penyakit gastrik ni dan semenjak makan cuka epal dan kurma ni nampak ok. rasanya dah lama tak makan ubat gastrik...
ReplyDeleteAlhamdulillah. Pasti ada kebenaran dalam Perubatan Nabi apabila diamalkan dengan penuh yakin dan pengharapan pada Allah swt.
Deletekalau ibu hamil boleh ke amalkan cuka epal.... sy dpt tau ia bgus utk sape2 yg ada kencing mains.
ReplyDeleteBoleh Puan Yang, tapi mulakan dalam trimester ke2. Insya Allah kulit dan rambut baby cantik nanti. Ye betul tu, cuka buah elok untuk pengidap kencing manis kerana ia mengalkalikan perut. Sila baca post saya tentang perut yang asidik di link ini. http://sistemannisaaonline.blogspot.com/2013/09/makanan-penawar-atau-racun.html
ReplyDeleteSalam...ada doc cakap pesakit gastrik dan diabetis perlu berhati- hati minum cuka epal ni..takut nanti penyakit bertambah teruk...mana satu yg btul ni...mohon pencerahan....
ReplyDeleteSalam Tuan Faisal, maaf lambat balas.
DeleteKebanyakan orang termasuk doktor perubatan konvensional tidak tahu mengenai sifat sebenar cuka buah. Cuka buah bersifat asid tetapi bila diminum, ia mengalkalikan perut dan kandungan dalam perut.
Tuan boleh lakukan ujian ini. Ambil buah yang masam seperti tomato atau mangga. Letakkan sedikit sahaja cuka buah. Gaul dan rasa buah itu. Rasa masam, iaitu asid buah itu pada buah dan cuka sudah berkurang.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam, suami saya baru saja mendapat gastrik dlm dua minggu ini. Sangat teruk, dalam tempoh 3 - 4 jam dia akan sakit dan pedih yg teramat sgt di bahagian dada. Saya ada terbaca ttg cuka kurma boleh mengubati gastrik.
ReplyDeleteSaya ingin tahu sama ada, saya boleh membuat pembelian online cuka kurma dari blog ini, atau ada cadangan lain utk saya mendapatkannya? terima kasih.
Salam Puan, ye boleh. Sila pergi ke blog FarmasiIslamOnline.blogspot.com.
ReplyDeleteSebaik-baiknya Puan bawa suami berjumpa dengan pakar kerana keadaannya agak kronik. Kena pastikan tiada ulser. Jika ada ulser, amalkan madu asli untuk rawat ulser terlebih dahulu.
Jika rawatan klinik/hospital tidak berhasil dan tiada ulser, suami boleh cuba ambil cuka tamar atau epal dalam dos yang kecil, iaitu 1/2 sudu teh bercampur air, 3 kali sehari.
Jika ada tindakbalas, jangan berhenti. Teruskan amalan. Jaga pemakanan, jangan ambil makanan yang bersifat asid dalam perut seperti kopi dan sotong. Jangan makan campuran ikan dan daging/ayam, susu dengan ikan, susu dengan buah dan sebagainya.
Salam..sy pernah baca dlm buku perubatan sufi..Dia kata buah tembikai xleh dimakan bila perut kosong..sekurang-kurangnya perut mesti dilapik terlebih dahulu sebelum kita makan tembikai..wAllahu A'lam.
ReplyDeleteAssalam puan saya penghidap gastric baru 1 hari saya minum minuman esp shaakle adakah ia bagus
ReplyDeleteAntara cuka epal dan cuka kurma, yang mana lebih baik? Sebab bila disebut cuka epal ada rakan2 yang membezakan dengan cuka kurma, mereka nampak cuka kurma saja terbaik dan kurang teruja bercakap pasal cuka epal....pada hal cuka epal juga merupakan makanan sunnah kan...
ReplyDeleteBetul, epal atau thuffah adalah makanan sunnah. Kedua-duanya baik insya Allah.
DeletePuan boleh tak saya mengamalkan madu,atau cuka kurma kerana saya sering senak perut dan cirit yang agak lama,sudah melebihi 20 hari,saya ada berjumpa doc cakap saya kena gastrik tapi makan ubat pun tak jalan juga.
ReplyDeleteBoleh, asalkan tuan yak ada ulser dalam perut. Ambil sedikit dulu dan campurkan dengan air. Insya Allah.
Deletesalam saya nak tanya bolehkah wanita hamil minum cuka kurma . .saya baru saja mencuba cuka ni waktu sahur tadi. . .ada apa-apa effect tak pada kandungan. .mohon penjelasan..terima kasih
ReplyDeleteSalam. Mulakan amalan minum cuka buah campur air dalam trimester kedua dan seterusnya.
DeleteSalam....perut sy skrg amat sensitif ngan makanan pedas..sy ada amik anticid pas sahur td nmpaknya dah reda...cuma nak try cuka kurma ngan madu lak...,sakit ni dah msuk kat 10 hari dah x lega2...
ReplyDeleteSalam. Boleh...cuka + madu penawar yang sangat berkesan untuk perut yang meragam, insya Allah.
DeleteAsalam puan...saya menghidap penyakit gastritis yg teruk semenjak 3 bln ni...saya ada terbaca berkenan dgn cuka apple ni tp blom mencuba...saya seri g sakit selepas makan...dlm bln puasa ni mmg kerap saya kena gastrik...boleh ke saya cuba mkn cuka apple n cuka kurma ni dan kt mne ada jual...
ReplyDeleteWassalam. Boleh Puan, selagi tak ada ulser. Boleh dapatkan dari klinik Sistem An Nisaa di Kota Damansara atau beli online dari FarmasiSistemOnline.blogspot.com. Terima kasih.
DeleteAssalam...nak tanya..cuka epal ni bleh dminum trus x...saya kadang2 minum trus 1 sudu mkn...klu pregnant xleh minum trus mcm tu ke...mohon penjelasan...tq
ReplyDelete1 lg pertanyaan saya...saya juga amalkan minum CMD yg dititis dlm air...bleh ke ambik dlm mse yg same cuka epal...tq
ReplyDelete1 lg pertanyaan saya...saya juga amalkan minum CMD yg dititis dlm air...bleh ke ambik dlm mse yg same cuka epal...tq
ReplyDeleteAssalam...nak tanya..cuka epal ni bleh dminum trus x...saya kadang2 minum trus 1 sudu mkn...klu pregnant xleh minum trus mcm tu ke...mohon penjelasan...tq
ReplyDeleteAssalam...nak tanya..cuka epal ni bleh dminum trus x...saya kadang2 minum trus 1 sudu mkn...klu pregnant xleh minum trus mcm tu ke...mohon penjelasan...tq
ReplyDeleteSalam, Bunda berusia 56 tahun...setakat ini Bunda belom ada penyakit darah tinggi atau kencing manis...
ReplyDeleteBolih ke Bunda amalkan cuka epal atau kurma ni... satu lagi sejak dua tahun ni perut Bunda sensitif dengan makanan pedas... akan buang2 air....
apa bolih Bunda amalkan cuka epal ngn kurma ni?... terima kasih...
Salam...dah hampir 6 bln...mulut terasa masam/pahit..tekak terasa tesekat...doktor kata kena gerd..apa yg blh saya amalkan utk sembuhkan penyakit saya ini...tq..
ReplyDeleteSaya pun mengalami masaalah yg sama . Boleh kongsi pengalaman
ReplyDeleteSaya pun mengalami masaalah yg sama . Boleh kongsi pengalaman
ReplyDeleteAssalamualaikum... Apakah kesan minum cuka epal jika ada ulser di perut ??? Mohon pencerahan puan ... Syukran jazilan
ReplyDeleteAssalamualaikum... Apakah kesan minum cuka epal jika ada ulser di perut ??? Mohon pencerahan puan ... Syukran jazilan
ReplyDeleteassalamualaikum...blh ke pesakit yg ada gerd atau yg ada radang dlm perut amalkan minum cuka epal?
ReplyDeleteSALAM. SELAIN CUKA EPAL DAN TAMAR, TUAN PUAN JYGA BOLEH MENCUBA SARI CUKA TEEN. IANYA 6 KALI GANDA LEBIH KHASIAT DARIPADA CUKA EPAL. BOLEH WHATSAPP SAYA KL NAK 011-25239904. INSYAALLAH DAH BANYAK YANG MENCUBA DAN ALHAMDULILLAH SEMBUH.
ReplyDeletebagus ni
DeleteInsya Allah saya nak amalkan
ReplyDeleteAssalammualaikum Doc.
ReplyDeleteMak saya penghidap kanser usus tahap 4. Dimana sel kanser telah merebak kat hati.. dia juga menghidap gastrik. Saya ada baca orang yang kena kanser asid dalam badan memang tinggi..saya nak pastikn bdn mak saya dlm keadaan alkali.
Sekarang ni sy keliru kerana banyak aspek yang perlu di titik beratkan. Bagaimanapun kami kurang bersetuju dgn kimoterapi.. dan cuba mwngamalkn mknn sihat. Cth hanya bagi mak makan bubur brown rice shj + sayur & buah2an yang tinggi beta carotene, tinggi antioksidan dan anti kanser + cut gula dan hanya minum air zamzam / alkaline water. Amalkan coconut oil juga + habatussauda dan biji aprikot.
Bagaimanakah cara pengambilan cuka buah yang betul bagi pesakit kanser
+ gastrik seperti mak saya? Oh ya..untuk pengetahuan doc, mak sy seorang pesakit buah pinggang dan menjalani dialysis setiap minggu sebanyak 3 kali. Mohon pandangan dr doct..
Terima kasih.
Moga kita semua sentiasa dibawah rahmatnya, diberikan kekuatan dan kesabaran yg tinggi dan sentiasa positif dalam menjalani kehidupan.. inshaAllah..
Assalam, setiap penyakit ada ubatnya.. Apa2 penyakit pun sebelum sembuh kene berpantang dahulu.. Sambil tu ambillah makanan sunnah dan herba2 yang berkaitan.. Setahu saya jika penyakit yg berkaitan hati, buah pinggang cuba amalkan teh misai kucing, manakala untuk gastrik bolehla amalkan madu dicampur dgn cuka kurma.. Sekadar berkongsi ilmu yg saya tahu..
ReplyDeletePuan, cuka boleh merawat kanser paru paru?
ReplyDelete