Thursday, November 27, 2014

Cara-cara Mengamal Makanan Sunnah

بسم الله الرحمن الرحيم
 Dengan nama Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat kepada Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.



Syukur alhamdulillah, sekarang ramai yang sudah yakin pada perubatan Islam dan telah mula mengamal makanan-makanan sunnah setiap hari. Bahan-bahan seperti minyak zaitun, minyak habbatus sauda, madu, cuka buah dan lain-lain makanan sunnah mudah didapati dengan adanya "kedai-kedai Arab" di banyak tempat.

Tetapi ramai yang masih tidak pasti cara yang paling baik untuk mengambil makanan-makanan ini. Jadi di sini, saya ingin berkongsi beberapa tip yang saya harap dapat membantu dalam amalan harian semua pembaca.

Mulakan harian anda dengan sesuatu yang manis, apa lagi kalau bukan madu asli yang bertugas sebagai pelapik dan penjaga perut dan darah daripada racun dan toksin. Bangun saja dari tidur, terus ambil madu asli. Kalau bangun untuk tahajud, maka madu akan memberi tenaga untuk kita tunaikan 12 atau lebih raka'at tanpa rasa letih atau mengantuk.
 
Rasulullah SAW gemar mengambil madu yang bercampur dengan air sejuk, ya betul, air sejuk bukan air panas. Tetapi bukan air yang terlalu sejuk. Air suam-suam kuku pun boleh, atau lebih baik lagi air pada suhu bilik. 

Kena guna sudu plastik ke? Tak perlu, tiada fakta yang dapat buktikan sudu besi merosakkan madu jika digunakan sekadar untuk mengambil madu untuk makan. Jangan disimpan madu dalam bekas besi sudah. Malah, menyimpan madu dalam bekas plastik untuk jangkamasa yang lama pun tidak boleh, kerana madu bersifat asid.

# Samada berpuasa atau tidak, ambil beberapa biji kurma pada waktu sahur untuk membekal tenaga dan serat pada tubuh.

# Sejurus selepas solat Subuh, makan sedikit garam bukit untuk merangsang tiroid. Tiroid adalah kelenjar pada tekak yang befungsi sebagai operation center yang memastikan semua nutrisi dan zat disalur pada tempat-tempat yang betul supaya sistem tubuh berfungsi dengan baik. Pastikan minum air kosong yang secukupnya untuk membantu garam yang juga berfungsi sebagai agen nyah toksin dan asid yang terkumpul dalam tubuh. Toksin banyak terkumpul sewaktu kita tidur.

# Dalam setengah jam sebelum makan sarapan, ambil penawar terhebat untuk mencegah asid dan racun dalam perut dari menyerang sistem tubuh kita, iaitu Sakanjabin

Ataupun, minum cuka buah becampur dengan air yang akan menyediakan keadaan yang beralkali dalam perut. Kedua bahan ini akan merangsang rembesan enzim pencernaan yang akan memastikan molekul-molekul makanan seperti protin, kabohiderat dan lemak dipecahkan degan sempurna untuk menjadi tenaga dan zat yang boleh diserap ke dalam sel. 



# Selepas sarapan, tunggu dalam setengah jam lagi sebelum mengambil minyak habbatus sauda atau minyak kelapa dara. Jangan ambil minyak bersama dengan madu kerana minyak akan meneutralkan khasiat dalam madu. Ini adalah berdasarkan kepada fakta dari hasil kajian pihak MARDI yang terkini.

Minyak dari habbatus sauda adalah lebih baik daripada bijinya atau yang dibuat softgel. Minyak yang terbaik didapati dari proses cold-press dan sebaik-baiknya yang first press, iaitu perahan pertama. Minyaknya lebih halus dan tiada serdak yang susah di hadam. 
Image result for pomegranate images

# Buah delima atau pati buah delima diambil dalam 2-3 jam selepas sarapan.  Buah delima adalah baik untung jantung dan darah, dan waktu pagi iaitu waktu dhuha adalah waktu yang terbaik untuk merawat jantung kerana di waktu itu kandungan oksigen di atmosfera paling banyak dan paling bersih. Sekiranya di sertai dengan solat dhuha dan bacaan Surah Adh- Dhuha, alangkah harmoninya tubuh kita dengan alam sekitar yang indah ciptaan Allah Yang Maha Esa.

# Jika anda menghidap penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, kolesterol tinggi atau obesiti, garam bukit, cuka buah atau Sakanjabin boleh diambil sekali sebelum makan tengahari dan juga sebelum makan malam. Apabila semua bacaan telah turun ke tahap normal, dos semua penawar boleh dikurangkan.


# Sebelum makan tengahari, makan buah-buahan dahulu. Tembikai sangat digemari Rasulullah SAW. Pisang juga paling baik dimakan waktu tengahari. Pilih yang ranum untuk mendapatkan tenaga dan zat terutamanya potassium yang terbaik. Apabila pisang terlalu masak, potassiumnya akan berubah dan bentuk mineral ini tidak baik untuk otot dan saraf.

#Pada waktu Maghrib, makan buah kurma sekali lagi, sama seperti kita berbuka puasa. Buah kurma yang diambil pada waktu ini akan membantu darah, tulang, perut dan saraf.

Minyak Zaitun Extra Virgin Laleliantara yang terbaik di dunia
#Minyak zaitun boleh diambil pada bila-bila masa, tapi sebaik-baiknya apabila perut kosong. Jika anda mengambil penawar-penawar yang lain seperti di atas, ambil minyak zaitun di sebelah malam. Jika anda hanya amalkan minyak zaitun sahaja untuk merawat tekanan darah tinggi, kolesterol atau kencing manis, ambil 2 kali sehari, satu sudu besar setiap kali.
Minyak zaitun juga dapat mencegah beberapa jenis kanser, terutamanya kanser kolon. Untuk merawat penyakit, pastikan minyak zaitun anda adalah extra virgin, cold-pressed (minyak perahan pertama dan diperah tanpa haba). Minyak extra virgin yang bermutu tinggi berwarna kehijauan, rasanya agak kelat atau pahit dan bau buah zaitun yang agak kuat.  


Image result for saffron images
Za'faran
Luban
Manna
#Di sepanjang hari, minumlah air putih kosong yang diletakkan manna, luban atau za'faran. Manna adalah prebiotik yang terbaik, oleh itu minum airnya sebelum makan sarapan. Minum air bercampur luban berselang hari dengan air bercampur dengan za'faran. Setiap penawar ini ada khasiatnya masing-masing, dan kita boleh mendapat kebaikan kesemuanya untuk merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit dan masalah  yang wujud di zaman ini. 

Wallahua'alam.







                              



Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, Sek 3 Kota Damansara
47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   016-289 1579
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik 
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Profil Diri *

 

3 comments: