Wednesday, June 13, 2012

Kenapa Saya Kena Gangguan?

Dengan nama Allah Yang Maha Penyayang lagi Maha Pengasih. Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya. 

Sudah lama hasrat saya untuk menulis tentang gangguan makhluk halus yang dialami oleh manusia, tidak kira umur, pangkat, walaupun tahap keimanan. Saya rasa sudah masanya saya bentangkan di sini punca-punca atau sebab-sebab manusia terus dibelenggu, diganggu dan dirasuk syaitan, jin dan iblis. Ada yang tidak ingin atau tidak suka membincangkan atau mengiakan hal-hal gangguan makhluk halus ini.

Ada yang kata mengarut, mereka percaya semua penyakit adalah masalah fisiology semata-mata dan yakin hanya perubatan konvensional sahaja yang mampu menyelesaikan semua masalah dan penyakit. Ada yang kata kolot, yang kata syirik pun ada, walhal dalam setiap surah dalam Al-Quran ada disebut tentang gangguan jin, syaitan dan sihir. Menggunakan jin memanglah syirik kelas atasan, namun perubatannya bukan syirik malah wajib.  
Semoga Allah swt memberi ku kekuatan untuk melengkapkan post ini.

Secara ringkas, saya mengklasifikasikan gangguan seperti berikut:
 1) Gangguan dari keturunan atau biasa dikenali sebagai "saka". Ramai pesakit saya terkejut apabila saya mengatakan bahawa mereka ada gangguan saka. "Saya tak beramal pun!", "Saya tak percaya benda tu semua!", "Keluarga saya dari orang baik-baik!". Ini adalah antara respon yang saya kerap dapati apabila diberitahu mereka ada gangguan saka.

The Holy Quran - dimana terletaknya segala ilmu, segala penawar, segala rahsia untuk
umat Muhammad SAW. 


Hakikatnya, gangguan saka ini wujud dan masih aktif. Di dalam Al-Quran pun Allah swt berfirman tentang manusia yang menggunakan pertolongan jin, dan ini dilarang oleh Allah swt sekeras-kerasnya. Amalan menggunakan jin ini telah dimulakan berkurun dahulu, dari zaman tok nenek moyang kita yang tidak dikenali pun. Jadi bagaimana kita boleh pasti yang tiada saka dalam keluarga kita?

Gangguan saka kini diturunkan secara otomatik. Ia berada pada tahap sel malah dalam DNA kita yang sudah dirosakkan dan diubahkan (corrupted and mutated). Akibatnya terdapat penyakit-penyakit kronik, misteri dan perangai anak-anak yang ekstreme kejahatannya. Ini jelas dimana dalam sebuah keluarga, ibubapanya sama, pendidikan, tarbiah, makanannya dan persekitarannya semua sama. Tetapi ada seorang dua yang berbeza sifat dan perangainya.

InsyaAllah saya akan menulis post lain yang lebih terperinci tentang saka dan akibat dari gangguannya, tapi satu saja yang saya hendak tekankan di sini - tiada saka yang baik!.

2) Gangguan sihir iaitu jin-jin yang diutuskan untuk sesuatu maksud atau hajat yang tertentu. Nak tak nak, percaya atau tidak, amalan ini masih meleluasa malah kembali popular. Katanya, kalau bunuh atau sakiti orang, boleh ditangkap, kena hadap mahkamah dan dijatuhi hukuman. Kalau guna sihir, tak ada bukti, tak akan kena tangkap masuk jel. MasyaAllah..jel Allah yang berkali ganda lebih dahsyat tak takut ke?
InsyaAllah gangguan sihir, termasuk santau, simtomnya dan akibatnya juga saya akan perincikan dalam post yang lain.

Inilah jel tempat orang yang berkecimpung dengan sihir, jadi tak payah kita nak rasa takut, marah atau berdendam dengan  sesiapa yang buat aniaya pada kita. Serahkan sahaja pada Allah Yang Maha Adil lagi Maha Mengetahui.

3) Lain-lain gangguan seperti gangguan tumpangan, pendamping dan sebagainya di mana jin menumpang tubuh manusia samada untuk tujuan saja-saja ataupun sebab dia dah suka, dah berkenan dekat seseorang itu. Ada juga pendamping untuk dijadikan penjaga. Lama-kelamaan ia akan bertukar menjadi saka.

4) Gangguan dari amalan datangnya dari perbuatan seperti memakai cincin yang pernah dijampi samada dengan sengaja atau tidak sengaja, corak pemikiran atau pengambilan/penerimaan ilmu yang asalnya melibatkan pemujaan makhluk, barang maupun simbol-simbol tertentu.

Dalam post ini, saya bukan hendak huraikan tentang gangguan itu sendiri tetapi lebih penting saya ingin berkongsi ilmu dari kajian-kajian dan pengalaman saya dari 12 tahun saya berkecimpung dalam ilmu perubatan ini. Saya tergerak untuk menulis post ini hari ini juga walaupun terpaksa   melakukannya di celah-celah ruang kosong antara pesakit, kerana kebelakangan ini ada kes-kes gangguan yang berlaku secara berterusan selama bertahun-tahun lamanya.

Kenapa gangguan makhluk halus tidak terhenti walaupun selepas dirawat?

Punca utama gangguan pada seseorang itu berterusan dan tidak berhenti adalah pada pesakit itu sendiri. Antaranya sifat atau pola pemikiran pesakit yang menjadi penghalang pada rawatan atau pun penggalak supaya gangguan itu masih datang adalah seperti berikut:


  • Terlalu obses pada gangguan yang ada padanya. 
Apabila segala perkara yang berlaku dikaitkan dengan gangguan, ia akan menguasai pemikiran dan lantas diri sendiri juga akan dikuasai gangguan tersebut. Perkara yang dimaksudkan ialah seperti mendengar suara burung, mendapat mimpi yang buruk, halangan dalam membuat sesuatu pekerjaan atau pergi ke sesuatu tempat, kehilangan barang dan sebagainya. Semuanya disalahkan gangguan. Di mulutnya sentiasa "Ada gangguan la tu" atau "Dia hantar lagi la tu". Pemikiran dan ucapan seperti ini langsung tidak membantu dalam proses penyembuhan.  

  • Mengiakan kekuatan atau keupayaan gangguan itu. 
Sering saya dengar dari pesakit tentang ketidakupayaannya untuk mengatasi masalah gangguan. Apatah lagi kalau pesakit diberitahu oleh orang yang merawatnya "Ni guna sihir sakai/Siam/Indon". Persepsi sihir buatan ini adalah "kuat" dan menyatakan dan mengiakan sebegitu pula akan menyulitkan penyembuhan. Sepatutnya kita mengiakan dan mengaku kehebatan, kekuatan dan keperkasaan Allah swt, Dialah Yang Menguasai seluruh jin dan manusia. Dialah yang mengizinkan atau tidak berlakunya sihir itu. Tanpa kuasaNya, jin dan sihir pun langsung tidak ada kuasa apa-apa untuk mudharatkan kita.

  • Takut pada gangguan/jin/sihir tersebut.
Sebagai orang Islam yang beriman, kita tidak sepatutnya takut pada yang selain dari Allah swt. Jin adalah ciptaan Allah swt dan iblis adalah makhluk yang dilaknatiNya. Semua kuasa yang ada pada mereka adalah hak Allah. Buat apa nak takut pada mereka. Allah kasih pada hamba-hambaNya yang beriman dan Allah merupakan Ya Hafidz, iaitu Yang Maha Melindungi. Malaikat-malaikatNya pun kuat-kuat juga. Sentiasa ingat pada Allah Yang Matiin; jin dan iblis takut pada manusia yang takut pada Tuhannya.

  • Menuduh atau menyatakan atau memikirkan tentang orang tertentu yang dikatakan menghantar sihir itu. 
Jangan sesekali menuduh seseorang telah menghantar sihir kepada anda. Jangan menyatakannya dan jangan memikirkannya. Walaupun ada perawat yang memberitahu anda siapa dalangnya, jangan mempercayainya atau mengiakannya. Don't even think about it. Memikirkan tentang seseorang akan membukakan satu jalan bagi sihir itu untuk menyerang anda dengan mudah. 

Ada antara pesakit saya yang sanggup melakukan solat hajat semata-mata untuk mengetahui siapa yang menghantar sihir kepadanya. Bila memohon pada Allah begitu, ada kalanya Allah makbulkan doanya dan dia dapat tahu siapa yang melakukannya. Tetapi bila sudah dapat mengetahuinya pula, dia tidak dapat terima jawapannya dan sentiasa memikirkan tentang orang yang dikatakan menghantar sihir kepadanya.

Sihir adalah mainan jin dan jin sentiasa cuba menipu manusia untuk mempercayakan perkara-perkara yang bathil. Oleh itu, mimpi-mimpi pun tidak boleh diambil sebagai kebenaran. 

  • Takut pada sesuatu atau seseorang atau pada sesuatu keadaan.
Perasaan takut pada pesakit memudahkan gangguan untuk membelenggunya. Selain dari perasaan takut pada jin dan sihir, perasaan takut seperti takut suami curang/kahwin lain, takut miskin/tiada duit, takut kena rompak dan takut pada seseorang seperti boss juga mengundang gangguan jin dan iblis. Kalau takut hantu apa lagi. Ini takut, itu takut, berbekam yang sunnah pun takut juga. 

Ketakutan pada makhluk menyebabkan kelemahan pada kerohanian kita, manakala takut pada Allah menguatkan kerohanian kita. Ketakutan juga merembes asid dalam perut dan menghasilkan warna merah pada aura. Warna ini sebenarnya menarik lagi makhluk halus kerana frekuensinya sama, dan mereka tahu yang anda takut pada mereka. 


  • Ada kekosongan dalam jiwa
Kekosongan jiwa bukan merupakan hanya satu expresi sahaja tetapi keadaan ini boleh benar-benar berlaku dalam bentuk "energy". Apabila ada "ruang-ruang kosong" dalam jiwa anda, ini mengundang kesurupan "energy" yang lain iaitu makhluk halus yang mengambil kesempatan. Seseorang yang tidak mendapat kebahagiaan hidup, telah kehilangan seseorang atau tidak menggunakan masa untuk perkara-perkara yang bermenafaat adalah di antara mereka yang mengalami kekosongan jiwa dan mudah mengalami gangguan yang berulang atau berterusan. 

  • Tidak ada atau tidak cukup keyakinan pada rawatan perubatan Islam.
Apabila memilih perubatan Islam untuk merawat penyakit pesakit sepatutnya ada cukup keyakinan dan menaruh pengharapan 100% pada Allah swt. Kalau nak cuba-cuba saja baik tak payah. Atau pun apabila perawat bagi surah untuk dibaca atau penawar untuk dimakan/minum buat acuh tak acuh saja dan tidak lengkapkan proses rawatan.


  • Tidak menunaikan solat cukup waktu, selalu lalai dan leka dengan perkara-perkara selain dari ibadah.
Sebenarnya, gangguan, seperti musibah dan ujian tidak lain tidak bukan hanya untuk memberi peringatan kepada kita untuk lebih mendekatiNya dengan mencari ilmu makrifatullah serta menambahkan kuantiti dan kualiti ibadah kita. Allah swt ada kuasa mutlak untuk menahan sihir daripada berlaku tetapi kenapa permintaan Tok Bomoh mendapat kelulusan Nya? Tentu ada kesilapan pada diri kita yang perlu diperbetulkan atau diperbaiki kan?


  • Membaca ayat-ayat Al-Quran atau berzikir dengan niat utama kerana hendakkan sesuatu.
Kunci kepada penyembuhan ialah pengabdian dan penyerahan 100% kepada Allah swt. Apabila mengamal ayat-ayat Al-Quran, zikir atau solat, niat hendaklah semata-mata kerana Allah. Kaedah menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan zikir kerana kita memohon hanya pada Allah dan bukan dari yang lain. Sememangnya garis di antara dua niat ini sangat halus tetapi dengan menghalusi jiwa anda, anda akan dapat rasa perbezaan ketara antara keduanya. 

Fokus mestilah pada Allah swt, pada memuja dan memujiNya, pada membesarkanNya, pada mencintaiNya, pada kesyukuran terhadapNya...
...bukan pada gangguan itu, bukan pada sihir itu, bukan pada orang yang diperkatakan, bukan pada masalah itu. Cuba feel betapa hebatnya, betapa berkuasanya Allah, dan juga betapa kasihnya Allah pada hamba-hambaNya. Kebanyakan daripada kita dapat merasai dan menyedari hanya 0.0000000000000001% sahaja daripada kuasa Allah yang sebenar-benarnya, yang infiniti ukurannya.

Panggil, seru dan panggil lagi Allah dengan nama-namaNya yang suci dan mulia...
...hanya Dia yang Mampu selamatkan kita. Mantapkan jiwa dengan memupuk perasaan kasih dan cinta yang hakiki pada Allah swt. Jiwa yang kosong atau yang yang mempunyai ruang-ruang akan mengundang gangguan makhluk halus meresap ke dalam.


Nama-nama Allah
Akui padaNya kelemahan kita, kesilapan kita, hinanya kita...
...ketepikan ego kita yang menghalang kebaikan datang pada kita, yang menghalang doa' kita dari makbul, yang hanya mendatangkan gangguan, penyakit dan masalah. Walaupun sihir itu dihantar orang, Allah yang mengizinkanNya oleh kerana sebab-sebab yang tertentu. Hakikatnya gangguan yang menimpa diri kita adalah soal perhubungan kita dengan Allah swt...kekurangan kita, kesilapan kita, kelemahan diri kita sendiri. We have to accept this fact. 

Akuilah diri sebagai hambaNya yang hina dan lemah.
Rasakan kuasa Allah SWT 
supaya anda dapat
kuasai spirit anda, kuasai jiwa anda dan kuasai minda anda.




Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *



2 comments:

  1. saya salah sorang yang diuji dengan sakit sebegini. jujur bila kita pernah kena berkali2 dan pergi berubat mana2 org kata suber yang sama. x dapat dinafikan nbila kena lagi akan berfikir yang sama. ketahuilah puan bila lepas sedar dari rasukan itu, saya akan jadi seperti orang khayal. pemikiran saya jadi perlahan , badan sangat sakit..bukan mudah nak mengembalikan pemikiran seperti sedia kala..dalam masa yang sama tanggungjawab sebagai ibu dan isteri perlu dijalankan. saya selalu berdoa agar saya diberikan tabah dan kekuatan iman..saya yakin dan pasti setiap sesuatu pasti akan kembali kepada Allah. doakan saya diberi kekuatan . apa yang paaaling saya takutkan andai saya mati dalam saya sedang x sedar saya bimbang iman saya x kuat, saya tunduk pada bisikan syaitan itu, saya harap sangat saya mati dalam iman..tolong doakan saya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum Puan...saya amat simpati dengan keadaan puan, tetapi memang puan terpilih untuk menetima ujian yang hebat ini. Hanya orang yang pernah mengalami sakit gangguan ini akan tahu apa yang puan merasai.

      Insya Allah saya sentiasa doakan kesejahteraan untuk orang yang beriman, dan saya doakan puan akan dapat penyelesaiannya.

      Delete