Wednesday, April 10, 2013

Luban dan Istanggi - Amalan Perubatan Nabi Yang Tertinggal


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW



Luban dan Istanggi -
Amalan Perubatan Nabi Yang Tertinggal 

Alangkah gembiranya saya apabila pesanan kepada abang untuk mencari Luban atau frakincense telah dipenuhinya apabila beliau pulang ke tanahair tempoh hari. Luban adalah salah satu kaedah untuk mengatasi masalah memori selain dari rawatan bekam di dalam perubatan Islam. Menghidu bauan aroma luban juga menguatkan semangat dan menggembirakan jiwa yang luluh.
  
Luban merupakan damar  yang kering dari pokok Boswellia yang  banyak terdapat di Oman, Somalia dan Yemen. Pokoknya teramat  tahan lasak sehingga ia mampu tumbuh dari celah batu-batuan. 


Luban boleh dimakan (dikunyah hingga larut) atau dimasukkan ke dalam air yang panas dan diminum untuk meningkatkan daya memori dan merawat masalah pelupa. Luban yang berkualiti tinggi berwarna cerah, legap dan kelihatan bersih.
Damar dari pokok  Boswellia mengalir keluar dari rekahan pada kulit batangnya dan akan mengeras. Gambarajah ini menerangkan kenapa Luban dikenali sebagai
Pearls of the Dessert.
Damar (resin) Luban di suling dengan wap untuk menghasilkan  minyak pati yang digunakan dalam  aromaterapi dan minyak wangi.  Antara masalah yang dapat dilegakan dengan minyak pati aromaterapi frankincense seperti kemurungan, masalah respiratori, segugut, radang saluran kencing dan radang tulang. 
Minyak ini juga baik untuk mencegah penuaan kulit, luka-luka dan jangkitan pada kulit. 



The authentic prophetic traditions report that a man complained to Allah's Blessed Messenger (pbuh) about forgetfulness, and was advised, "Use frankincense, for it invigorates the heart with courage and it is a remedy for forgetfulness." 
Ibn Qayyim al Jawziyya dalam bukunya "Medicine of the Prophet"

Di antara sebab kenapa amalan penggunaan istanggi perlu dipulihkan:
  • Ia merupakan amalan sunnah.
  • Banyak khasiat dan kebaikan dari amalan ini untuk kesihatan terutamanya otak.
  • Rasulullah SAW amat menggemari wangi-wangian. 
  • Malaikat suka pada bauan wangi manakala syaitan tidak menyukainya.
  • Aromaterapi merupakan satu kaedah rawatan dalam perubatan Islam. Rawatan dengan bau-bauan berkesan kerana unsur-unsur bauan itu dapat pergi terus ke otak. Rangsangan ke otak akan mencetus tindakbalas kimia lantas merembes hormon-hormon, enzim dan asid amino yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjana sistem-sistem dan mencapai keseimbangan homeostatik. 



Membakar  kemenyan merupakan adat di kalangan orang Melayu dalam kira-kira setengah abad yang dahulu. Biasanya, kemenyan dibakar pada majlis-majlis, kenduri-kendara, malam Hari Raya dan juga tatkala ada kematian.
Kemenyan juga disabitkan dengan amalan kebomohan dan timbullah kepercayaan bahawa membakar kemenyan merupakan khurafat dan niatnya adalah untuk memanggil jin untuk membantu bomoh tersebut dalam melakukan kerja-kerja sihir. Kononnya asap adalah makanan makhluk halus ini. Kini amalan membakar istanggi hampir lenyap dan sebenarnya kepercayaan dan anggapan yang tidak berasas amat merugikan umat Islam sendiri.


Luban dibakar di atas arangbatu. Baunya sangat manis dan harum dan menyegarkan udara di dalam rumah. Terdapat satu hadith yang dikatakan daif di mana Rasulullah SAW bersabda: "Asapkan rumah-rumah kalian dengan luban dan sa'atar." Namun mengasap atau menyembur rumah dengan kedua-dua bahan ini memang terbukti dapat menghapuskan atau menjauhkan pelbagai jenis organisma di udara yang membawa penyakit.
 Gambar dari Wikipedia



 Di antara khasiat Luban adalah seperti berikut:


  • daya ingatan yang kuat
  • penghadaman yang baik
  • merawat kulit, agen penuaan dan mengurangkan kulit berminyak 
  • radang sendi (athritis) dan rheumatism
  • keseimbangan hormon wanita
  • angin dalam perut/senak
  • mengeluarkan/mengeringkan kahak, melegakan batuk dan selsema
  • menghalau nyamuk 


Selain daripada Luban (frankincense), bahan lain yang digunakan sebagai istanggi ialah Qust/ Sea Costus, Gaharu (oud/Agarwood ), Sa'atar/thyme, dan Kemenyan             ( murr/myrrh). Kesemua bahan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan yang tinggi dan harus di gunakan semula memandangkan terdapatnya pelbagai jenis virus dan penyakit bahaya yang menyusul di zaman ini.

Narrated Anas: that he was asked about the wages of one who cups others. He said, "Allah's Apostle was cupped by Abd Taiba, to whom he gave two Sa of food and interceded for him with his masters who consequently reduced what they used to charge him daily. Then the Prophet SAW said, "The best medicines you may treat yourselves with are cupping and sea incense costus (qust)." He added, "You should not torture your children by treating tonsilitis by pressing the tonsil or the palate with the finger but use incense." (Book #71, Hadith#599)  


Satu spesis Costus yang terdapat di Malaysia. Ianya banyak digunakan dalam kaedah perubatan India, ayuverda. 

Gaharu banyak terdapat di Malaysia tetapi banyak diekspot ke negara-negara Arab kerana mereka tahu mengenai kebaikan membakar dan mengasap rumah dan badan dengan kayunya dan sentiasa mengamalkannya. Namun terdapat beberapa produk yang dihasilkan dari kayu Gaharu di antaranya Oud Honey Tea yang dikatakan dapat merawat beberapa penyakit kronik, Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut lagi.







Sistem An Nisaa
Aniza Zain Ahmed 
 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils*Urut tradisional Melayu *



10 comments:

  1. saya nak tau rasa luban dan bgmana nak gunakan luban sbg makanan

    ReplyDelete
  2. Agak susah untuk terangkan rasanya tetapi aromanya harum dan agak kuat sehingga meninggalkan baunya di dalam bekas setelah digunakan untuk merendamkannya dalam air semalaman.

    Luban biasanya tidak digunakan di dalam makanan, Ia direndam dalam air dan airnya diminum.

    ReplyDelete
  3. agaknya inilah bahan yang pernah ayah saya ceritakan pada saya. ketika itu beliau masih budak2 dan mengalami batuk berpanjangan dan arwah datuk saya pergi berjumpa kumpulan tabligh dari yaman ini di masjid kampung yang disinggahi oleh kumpulan ini. mereka telah memberikan bahan seperti ini tetapi mengikut cerita ayah nama bahan itu adalah 'murhabsi asli' berupa seperti kemenyan diasah pada lesung batu dan dicampurkan dengan lalu diminum. ada kelat2 kata ayah tapi mmg mujarab dan batuk itu berhenti. malangnya saya tidak tahu apakah itu, tetapi hati saya kuat menyatakan itu adalah bahan ini. boleh puan terangkan cara dan pengambilannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Murhabsi ialah murr/myrrh yang disebutkan di atas. Betul, ia juga merupakan sejenis kemenyan.

      Delete
  4. oh...saya boleh dihubungi di facebook wan_gangsa@yahoo.com atas nama apis mellifera

    ReplyDelete
  5. Rase luban ni kelat2..kenyal..saya tgh amalkan masa mengandung ni selain delima kurma n buah2 kering..tiap2 pagi sebiji..mudah2 khasiat dapat diserap sampai pada anak..insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. mane nk dptkn luban ni ye?..0195005024

    ReplyDelete
  7. Kalau tinggal di Putrajaya, ada di jual di alamanda stall makanan Arab. Harga 25 dlm botol. Al luban

    ReplyDelete
  8. Salam puan..brapa bym nak direndam utm amalan anak2?

    ReplyDelete
  9. Salam puan..brapa bym nak direndam utm amalan anak2?

    ReplyDelete