Sunday, July 5, 2015

Boleh Ke Ambil Madu Dengan Minyak Habbatus Sauda?

Image result for bismillah images
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat Baginda





Jawapannya: TIDAK BOLEH

Madu tidak boleh diambil bersama-sama dengan minyak habbatus sauda atau apa-apa minyak lain. Saya dapat tahu dari pesakit-pesakit yang datang ke klinik Sistem An Nisaa, ada yang mengamalkan makan minyak habbatus sauda bersama-sama atau dicampurkan dengan madu. Saya juga sering terbaca komen-komen di dalam perbincangan dalam Facebook tentang "resepi-resepi" yang menggabungkan pelbagai makanan sunnah untuk dijadikan satu penawar "all-in-one". 




Samada untuk menjimatkan masa atau pun untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa menelan minyak apatah lagi minyak habbatus sauda yang agak pedas dan berempah rasanya, amalan mencampurkan pelbagai makanan sunnah perlu dibuat dengan teliti dan dengan ilmu yang cukup. 


Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Sury Roowi dari MARDI, segala jenis minyak termasuk minyak habbatus sauda dan minyak zaitun boleh meneutralkan khasiat di dalam madu. Kedua-dua makanan ini tidak wajar dicampurkan sekali, dan dimakan pada waktu yang sama. Pastikan ada ruang masa tidak kurang dari 1/2 jam antara kedua makanan tersebut.


Di antara dua bahan makanan seperti madu dan minyak, tidak ada bahan semulajadi yang dapat menggabungkan kedua-duanya supaya ada reaksi antara dua bahan tersebut. Kedua-dua bahan makanan tidak akan menjadi sebati. Apabila tidak sebati, komponen-komponen di dalam makanan tidak dapat diperhaluskan (breakdown), dicerna, dihadam dan ada yang akan menjadi sisa. Sisa-sisa akan menjadi asid dan toksin dalam badan.

Menurut seorang ahli farmasi yang saya telah jumpa, antara dua jenis minyak berlainan pun begitu juga. Satu "binder"  atau pengikat perlu ditambahkan supaya kedua-dua bahan akan sebati dan mampu dicerna dan diserap oleh tubuh. Sukatan juga perlu betul supaya dua minyak itu akan sebati dan memberi keberkesanan yang maksimum. Jadi, kita tidak boleh lagi ambil shortcut atau jalan pintas dalam mengambil setiap penawar yang penting dan berkhasiat itu! Ambil minyak habatus sauda dan minyak kelapa dara di waktu pagi secara berasingan, kerana kedua-duanya menjana tenaga, manakala minyak zaitun ambil di sebelah malam pula. Atau pun, ambil satu jenis minyak sahaja setiap selang sehari.


Madu perlu di ambil secara berasingan, sebaik-baiknya semasa perut masih kosong di awal pagi.

Baca post Cara-Cara Mengamal Makanan Sunnah untuk sedikit panduan masa-masa dan cara yang sesuai untuk makan makanan sunnah lain yang penting dalam sistem pemakanan kita. 


Suatu makanan sunnah tidak semestinya menjadi lebih baik, atau tetap berkesan jika dicampurkan dengan makanan sunnah yang lain.



Wallahua'lam.







Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sek 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

6 comments:

  1. Assalamualaikum.bolehkah diminum pd waktu yg sama bagi minyak habatussauda dan minyak zaitun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ambil minyak habatus sauda dan minyak kelapa dara di waktu pagi secara berasingan, kerana kedua-duanya menjana tenaga, manakala minyak zaitun ambil di sebelah malam pula. Atau pun, ambil satu jenis minyak sahaja setiap selang sehari.

      Kenyataan diambil dari keterangan diatas.

      Delete
  2. Assalam..kalau makan biji habbastussauda dgn madu boleh ker?

    ReplyDelete
  3. wassalamualaikum..saya baru nak tanya soalan yang sama macam ikang

    ReplyDelete
  4. assalammualaikum bgaimana cara sesuai bagi anak bawah 4 tahun minum minyak habbatussauda ya

    ReplyDelete
  5. Saya pernah cuba minyak habbatus sauda di campur dgn madu , keesokan pagi nya muntah keluar balik habbatus sauda dan madu tu ,, sakit kepala pening2 😅

    ReplyDelete