Sunday, August 5, 2012

Pohon di Langit ke Tujuh - Memertabatkan Pokok Bidara Dengan Fakta Saintifik

 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
dan selawat serta salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW 
serta ahli keluarganya.



Pohon Bidara (Sidr) diketahui ramai sebagai penawar untuk gangguan dengan kaedah mandian menggunakan daunnya. Ia telah disebut di dalam Surah As-Saba' ayat 16, Surah Al-Waqiah ayat 28 dan seperti juga subjek lain, sekiranya ia mendapat tempat di dalam Al-Quran, sudah tentunya ada banyak rahsia kebaikan disebaliknya. 

Dikatakan juga, apabila Nabi Adam a.s. ketika jatuh ke bumi, buah pertama yang dimakannya ialah buah Bidara atau nabaq dalam bahasa Arab.

Di dalam Surah An Najm, dalam ayat-ayat 13 dan 16 ada disebut tentang Sidratil Muntahatempat di langit tertinggi iaitu langit ke tujuh. Rasulullah SAW telah dibawa ke sini semasa perjalanan Mi'raj dan Baginda telah melihat sendiri pelbagai kebesaran Allah di sana. 


Antaranya terdapat Pohon Bidara yang teramat besar dan  kecantikannya hingga tidak dapat diceritakan. Setiap daunnya sebesar telinga gajah, buahnya sebesar tempayan. Akar-akarnya menjalar ke bawah sehingga ke langit ke enam. Dari batang pokok, air seperti sungai mengalir keluar, dengan rasanya yang sangat nyaman.

Sila ke link ini untuk huraian setiap ayat dan hadith tentang pokok Bidara ini.

Selain daripada hadith-hadith yang disebut di atas, terdapat juga hadith-hadith berikut tentang pokok Bidara yang jelas menunjukkan betapa mulianya pohon ini di sisi Allah swt :

"Sesiapa yang memotong pokok Bidara maka Allah akan rendahkan kepalanya di dalam neraka." (Riwayat Abu Dawud, dinilai sahih oleh al-Albani)

dan

"Hadith ini diriwayatkan secara ringkas. Maksudnya sesiapa yang memotong pokok Bidara di tanah lapang tanpa sebarang sebab dan sia-sia, sedangkan ia menjadi tempat berteduh musafir dan haiwan, maka Allah rendahkan kepalanya di neraka." (Abu Daud sunan Abi Daud, 4/361, Beirut: Dar al-Fikr) 

Sekiranya pokok Bidara ini ditempatkan di tempat yang paling tinggi, suci dan menjadi lambang kehebatan kuasa Allah swt, maka sudah tentunya pokok ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang luarbiasa kemujarabannya. 

Daripada kajian-kajian makmal seluruh dunia yang telah dilakukan ke atas setiap bahagian pokok ini, terbukti terdapat terlalu banyak kebaikan dan penawar (medicinal properties) di dalam daun, buah, biji, kulit sehinggalah ke akar pokok ini.  

Terdapat banyak spesis pokok Bidara, dan yang paling dikenali ialah spesis Ziziphus spina-christi dan Ziziphus mauritiana. Nama saintifik ini berasal dari perkataan Arab zizouf. Kajian saya lebih kepada Ziziphus mauritiana kerana ini adalah spesis yang terdapat di Malaysia. 


Ziziphus spina-christy : dikatakan Nabi Isa a.s. telah dipakaikan 
mahkota yang dinamakan Crown of thorns 
yang diperbuat dari lingkaran duri-duri dari pokok ini.


Kandungan (Chemical constituents) - Hasil Kajian dari Jodhpur National University

Antioksidan - flavanoid, phenolic compounds, tannin dan saponin

Alkaloids (termasuk protopine iaitu anti-histamine semulajadi dan analgesic semulajadi), glycosides, triterpenoids, berberine (anti-kulat semulajadi)

Vitamin C, B1, B2, B3 (meningkatkan HDL)

Carotene

Kalsium, besi, fosfurus

Citric acid, oleic acid, malic acid, oxalic acid, linoleic acid dan lain-lain.  

Sifat-sifat perubatan
  • Enzim-enzim antioksidan mengurangkan atau melawan unsur-unsur yang menyebabkan kerosakan pada hati seperti hepatotoxin (bahan kimia yang merosakkan hati). Hepatotoxin banyak terdapat dalam ubat-ubatan kimia dan alkohol.
  • Berkesan melawan oxidative stress yang menyebabkan sel-sel rosak dan menjadi kanser.
  • Mengandungi aktiviti antimicrobial iaitu tindakbalas yang melawan virus, bakteria dan kulat.
  • Mengandungi aktiviti hyperglycaemic atau antidiabetic (yang mengawal lebihan gula dalam darah) dalam ekstrak daun dan biji.
  • Mengandungi aktiviti immunomodulatory (yang berkesan positif pada sistem imune tubuh).
  • Mengandungi aktiviti antimicrobial (merencat pertumbuhan organisma yang menyebabkan penyakit atau pathogen)
  • Ekstrak bijinya merencatkan ketumbuhan sel HL-60 (sel lukemia).
  • Ekstrak daunnya bertindak ke atas bakteria seperti S. pyogenes dan E. coli
  • Tiada sebarang racun atau contraindication yang diketahui pada mana-mana bahagian pokok ini.
  • Anti radang (Anti-inflammatory) 


Applikasi

  • Salah satu bahan sunnah dalam mandian untuk jenazah (sila lihat hadith di atas).
  • Rawatan mandian untuk masalah gangguan makhluk halus.
  • Mandi haid 
  • Rawatan perubatan untuk beberapa masalah dan penyakit terutamanya hati, perut dan paru-paru.

Kegunaan


Daun - penyakit-penyakit hati yang kronik termasuk busung (ascites), hepatitis dan kanser hati, demam, lelah, cirit-birit, luka dan luka yang bernanah, radang dan bengkak, radang tonsil yang kronik, gonorhea, peluh berlebihan, radang mata (conjunctivitis), masalah kitaran haid.

Daun bidara yang dibuat lulur untuk mandian dalam rawatan gangguan.

Buah - masalah paru-paru, demam, masalah hati, masalah penghadaman. 
                                                                                                       

Biji - loya dan muntah, radang sendi, cirit-birit. 


Bunga - losyen untuk mata .
Kulit - cirit-birit, radang usus (dysentery), radang gusi (gingivitis).


Akar - gout, radang sendi, luka, menurunkan kadar histamin dalam tubuh, sawan.

Wallahua'lam bisowwab. Artikel ini tidak bertujuan untuk menjadi nasihat untuk rawatan sebarang penyakit. Sila berjumpa dengan perawat profesional untuk diagnosis dan rawatan yang sempurna.





Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

11 comments:

  1. As I had written at your Facebook post on olive oil http://www.facebook.com/aniza.zainahmed, if something is mentioned in the Quran or/and by the Prophet, then there MUST be something especially extraordinary about it. Among them are the verses about bees/honey - hundreds of years later, scientists have acknowledged that honey does indeed has special properties that are beneficial to us.

    The onus is on us to do more research on these. The bidara, for instance: I'm not a scientist (as in "have a relevant degree" or whatever official certification) but I'd dare say it might somehow help people with HIV. Would it cure those with AIDS? I don't know. But who's to say "It's impossible"... without us doing more research on the bidara plus the combination of the other resources as mentioned in the Quran and Hadith?

    ReplyDelete
  2. I definitely concur with you. This sacred plant has vast potential - what with each and every part of it containing medicinal properties. And yet so little research and attention on it. Well, we have to start somewhere. If anyone reading this has been diagnosed HIV+ or know of someone who is, is willing to try this remedy, and is totally convinced of what is said in the Quran and told by the hadith, please come forward. We are more than willing to help, and be rest assured that your identity will be kept in strict confidence.

    ReplyDelete
  3. Asslm Wlkm Wr Wb di sekitar tempat tinggal kami di Bali Selatan banyak pohon Bidara tumbuh secara alami karena memang iklim nya sangat sesuai , daerah yang agak kering namun cukup curah hujan dan kaya sinar matahari , kalau memang diperlukan kami akan coba bantu mengirimkan daun atau bibit sesuai ketersediaan dan kemampuan kami . Mohon di info alamat lengkap semoga bermanfaat . Wasslam ( bandisa@digirez.com)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikummussalam. Terima kasih Tuan Muhammad. InsyaAllah saya akan hubungi tuan melalui e-mail.

      Delete
  4. Thank you for your comment and reminder. It is true, Islamic medicine stresses on prevention of diseases and that is why we are taught on how our beloved Prophet lived, ate, slept, etc. But as mere human beings, we are bound to make mistakes, some bigger and deadlier than others. Those who commit sinful acts are answerable to Allah, but we are not in the position to judge them. As far as I am concerned, if HIV+ patients show up in my clinic, I will help them to the best of my ability, provided they agree to stop all sinful activities. I take it upon myself to help them get back on the right path. That is my responsibility to other Muslims, as a Muslim.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam.wr.wb.Terima kasih infonya, pak Muhammad. mohon bantuan utk mengirimi saya buah dan daun (kalau bisa juga bijinya yang akan dijadikan bibit) dari pohoin bidara itu. saya sampai hari ini belum mengenalnya, di tempat saya jarang orang menyebut-nyebutnya, terima kasih. alamt saya: yusmar khalif/SMAN 5 Payakumbuh/Jalan Khatib Sulaiman, Payakumbuh-26267. Sumatera Barat. wassalam.

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum ..

    Info yg sgt mantap & bermanfaat. Saya jg ade buat kajian tentang khasiat bidara ni.. Namenya mmg byk mengikut negara. Spesies & varieti pun ade byk... tapi khasiat masih tak jauh beza. Yg terbaik varieti wild @ liar, yakni banyak duri, buah kecil.. Sgt aya dgn kandungan saponin yg berbuih tu.. Kajian sebenarnya dah byk dilakukan terutama di Barat, India, China & Timur Tengah.. Produk berpaten yg menggunakan bidara jg sudah dikeluarkan spt prdk kosmetik di Eropah, ubat kanser kulit di Jepun, Teh daun bidara di Australia, produk makanan kesihatan di Korea, China.. Malah buah bidara adalah antara 'top 10 herbal ingredient' dlm perubatan dan formulasi ubat herba China..

    Saya jg ada memformulasi beberapa produk berasaskan biadara , antaranya, Teh Bidara Klasik, Biosidir Drop, Proimmunz Capsule, Madu Bidara, Jus Nutrikolagen, Multipurpose Organic Intimate Gel (an anti-bacteria & anti-septic preparation), Nutrikeen Essence Toner, Nutrikeen Kolagen Toner 7 in 1, Bedak Sejuk Bidara, Minyak Bidara Aomaterapi.

    Memang bagus utk merawat chronic tonsillitis, infection (virus, bakteri), ulcer, appendigitid, tumors, fibroids, as anti-inflammation, gout & uraemia, diabetes, hepatitis, buasir, batuk kronik, demam berulang, campak, food poisoning, muntah & cirit-birit, body detoxification, migraine kronik, kudis buta, kudis api, ulser mulut, jangkitan telinga & mata, nanah, eczema, psoriasis, alahan, resdung, kegatalan, ruam, jerawat, asthma, emotional stress, ketegangan saraf, batu karang, buah pinggang, angin dlm badan, denggi. Untuk penyakit HIV belum pernah diguba.

    Tetapi mengambil daun bidara ada dos & kekerapan yg sesuai dgn badan individu. Ia sgt cepat beri kesan positif dlm merawat pelbagai penyakit akut & kronik. Juga cepat memberi tenaga & menyegarkan tubuh. Tidur pn lena. Pernafasan dan fungsi organ perkumuhan pun bagus.. Perlu diformulasi dgn pemakanan yg menyeimbangkan bidara. Tapi kalau berlebihan boleh mendatangkan kesan kurang baik spt, dizzy, lemah, short breath

    Jika cik sistemanissa berminat mencuba, saya boleh bekerjasama.. Sila lihat blog http://herbadanpemakanan.blogspot.com.. Emel nizambidara@gmail.com.. tel : 016-436 9630.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam. Terima kasih kerana melawati blog ini dan memberi komen serta maklumat. Ye saya memang berminat untuk prescribe produk-produk berasaskan hasil pokok bidara kepada patient-patient saya. Saya akan hubungi En Nizam dalam masa terdekat, insya Allah.

    ReplyDelete
  8. Salam saya ada jual ank pokok bidara jika berminat whatsp no 0149578465

    ReplyDelete
    Replies
    1. pokok buah bidara atau pokok daun bidara yg tuan jual tu.

      Delete
  9. Very significant Information for us, I have think the representation of this Information is actually superb one. This is my first visit to your site. Virgin Olive Oil

    ReplyDelete