Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW
Luban dan Istanggi - Amalan Perubatan Nabi Yang Tertinggal |
Alangkah gembiranya saya apabila pesanan kepada abang untuk mencari Luban atau frakincense telah dipenuhinya apabila beliau pulang ke tanahair tempoh hari. Luban adalah salah satu kaedah untuk mengatasi masalah memori selain dari rawatan bekam di dalam perubatan Islam. Menghidu bauan aroma luban juga menguatkan semangat dan menggembirakan jiwa yang luluh.
Di antara khasiat Luban adalah seperti berikut:
Selain daripada Luban (frankincense), bahan lain yang digunakan sebagai istanggi ialah Qust/ Sea Costus, Gaharu (oud/Agarwood ), Sa'atar/thyme, dan Kemenyan ( murr/myrrh). Kesemua bahan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan yang tinggi dan harus di gunakan semula memandangkan terdapatnya pelbagai jenis virus dan penyakit bahaya yang menyusul di zaman ini.
Narrated Anas: that he was asked about the wages of one who cups others. He said, "Allah's Apostle was cupped by Abd Taiba, to whom he gave two Sa of food and interceded for him with his masters who consequently reduced what they used to charge him daily. Then the Prophet SAW said, "The best medicines you may treat yourselves with are cupping and sea incense costus (qust)." He added, "You should not torture your children by treating tonsilitis by pressing the tonsil or the palate with the finger but use incense." (Book #71, Hadith#599)
Gaharu banyak terdapat di Malaysia tetapi banyak diekspot ke negara-negara Arab kerana mereka tahu mengenai kebaikan membakar dan mengasap rumah dan badan dengan kayunya dan sentiasa mengamalkannya. Namun terdapat beberapa produk yang dihasilkan dari kayu Gaharu di antaranya Oud Honey Tea yang dikatakan dapat merawat beberapa penyakit kronik, Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut lagi.
Luban merupakan damar yang kering dari pokok Boswellia yang banyak terdapat di Oman, Somalia dan Yemen. Pokoknya teramat tahan lasak sehingga ia mampu tumbuh dari celah batu-batuan.
|
Damar dari pokok Boswellia mengalir keluar dari rekahan pada kulit batangnya dan akan mengeras. Gambarajah ini menerangkan kenapa Luban dikenali sebagai Pearls of the Dessert. |
Damar (resin) Luban di suling dengan wap untuk menghasilkan minyak pati yang digunakan dalam aromaterapi dan minyak wangi. Antara masalah yang dapat dilegakan dengan minyak pati aromaterapi frankincense seperti kemurungan, masalah respiratori, segugut, radang saluran kencing dan radang tulang. Minyak ini juga baik untuk mencegah penuaan kulit, luka-luka dan jangkitan pada kulit. |
The authentic prophetic traditions report that a man complained to Allah's Blessed Messenger (pbuh) about forgetfulness, and was advised, "Use frankincense, for it invigorates the heart with courage and it is a remedy for forgetfulness."
Ibn Qayyim al Jawziyya dalam bukunya "Medicine of the Prophet"
Di antara sebab kenapa amalan penggunaan istanggi perlu dipulihkan:
- Ia merupakan amalan sunnah.
- Banyak khasiat dan kebaikan dari amalan ini untuk kesihatan terutamanya otak.
- Rasulullah SAW amat menggemari wangi-wangian.
- Malaikat suka pada bauan wangi manakala syaitan tidak menyukainya.
- Aromaterapi merupakan satu kaedah rawatan dalam perubatan Islam. Rawatan dengan bau-bauan berkesan kerana unsur-unsur bauan itu dapat pergi terus ke otak. Rangsangan ke otak akan mencetus tindakbalas kimia lantas merembes hormon-hormon, enzim dan asid amino yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menjana sistem-sistem dan mencapai keseimbangan homeostatik.
Luban dibakar di atas arangbatu. Baunya sangat manis dan harum dan menyegarkan udara di dalam rumah. Terdapat satu hadith yang dikatakan daif di mana Rasulullah SAW bersabda: "Asapkan rumah-rumah kalian dengan luban dan sa'atar." Namun mengasap atau menyembur rumah dengan kedua-dua bahan ini memang terbukti dapat menghapuskan atau menjauhkan pelbagai jenis organisma di udara yang membawa penyakit. Gambar dari Wikipedia |
- daya ingatan yang kuat
- penghadaman yang baik
- merawat kulit, agen penuaan dan mengurangkan kulit berminyak
- radang sendi (athritis) dan rheumatism
- keseimbangan hormon wanita
- angin dalam perut/senak
- mengeluarkan/mengeringkan kahak, melegakan batuk dan selsema
- menghalau nyamuk
Selain daripada Luban (frankincense), bahan lain yang digunakan sebagai istanggi ialah Qust/ Sea Costus, Gaharu (oud/Agarwood ), Sa'atar/thyme, dan Kemenyan ( murr/myrrh). Kesemua bahan ini mempunyai pelbagai nilai perubatan yang tinggi dan harus di gunakan semula memandangkan terdapatnya pelbagai jenis virus dan penyakit bahaya yang menyusul di zaman ini.
Narrated Anas: that he was asked about the wages of one who cups others. He said, "Allah's Apostle was cupped by Abd Taiba, to whom he gave two Sa of food and interceded for him with his masters who consequently reduced what they used to charge him daily. Then the Prophet SAW said, "The best medicines you may treat yourselves with are cupping and sea incense costus (qust)." He added, "You should not torture your children by treating tonsilitis by pressing the tonsil or the palate with the finger but use incense." (Book #71, Hadith#599)
Satu spesis Costus yang terdapat di Malaysia. Ianya banyak digunakan dalam kaedah perubatan India, ayuverda. |