Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Selawat dan Salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya.
Allah swt berfirman:
Dan Kami menaung kamu dengan awan, dan Kami menurunkan kepadamu manna dan salwa. Makanlah (makanan) yang baik-baik dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu. Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi justru merekalah yang menzalimi diri sendiri.
Surah al-Baqarah:57
Dan Kami membagi mereka menjadi dua belas suku yang masing-masing berjumlah besar, dan Kami wahtukan kepada Musa ketika kaumnya meminta air kepadanya. "pulullah batu itu dengan tongkatmu!" Maka memancarlah dari batu itu duabelas mata air. Setiap suku telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. Dan Kami naungi mereka dengan awan dan Kami turunkan kepada mereka manna dan salwa. (Kami berfirman), "Makanlah yang baik-baik dan rezeki yang telah Kami berikan kepadamu." Mereka tidak menzalimi Kami, tetapi merekalah yang selalu menzalimi dirinya sendiri.
Surah al-A'raf:160
Wahai Bani Israel! Sungguh kami telah menyelamatkan kamu dari musuhmu, dan Kami telah mengadakan perjanjian dengan kamu (untuk bermunajat) di sebelah kanan gunung itu (Gunung Sina) dan Kami telah menurunkan kepada kamu manna dan salwa.
Surah Thaha:80
Manna dan salwa disebut sebanyak tiga kali di dalam al-Quranul Kareem dan setiap kali dua makanan ini disebut bersama. Kedua makanan ini dikatakan adalah antara yang terbaik untuk dimakan oleh manusia. Namun kaum Israil pada zaman Nabi Musa yang diketahui bersifat tamak, tidak berpuas hati lalu memohon supaya lebih banyak lagi makanan diturunkan. Allah swt telah memperkenan hajat mereka, namun Maha Pencipta yang lebih Mengetahui perihal makhluknya telah berfirman dalam ayat 61 surah al-Baqarah:
Dan (ingatlah), ketika kamu berkata, "Wahai Musa! Kami tidak tahan hanya (makan) dengan satu macam makanan saja, maka mohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, agar Dia memberi kami apa yang ditumbuhkan bumi, seperti sayur-sayuran, mentimun, bawang putih, kacang adas dan bawang merah." Dia (Musa) menjawab, "Apakah kamu meminta sesuatu yang buruk sebagai ganti dari sesuatu yang baik? Pergilah ke suatu kota, pasti kamu akan memperoleh apa yang kamu minta. " Kemudian mereka ditimpa kenistaan dan kemiskinan, dan mereka (kembali) mendapat kemurkaan Allah. Hal itu (terjadi) kerana mereka mengingkari ayat-ayat Allah dan membunuh para nabi tanpa hak (alasan yang benar). Yang demikian itu kerana mereka derhaka dam melampaui batas.
Baca tentang kisah kaum Israel ini di sini: sthjhishamuddinmansor.blogspot.com/2012/03/kisah-manna-dan-salwa.html
Apakah itu manna? Ada beberapa versi atau pendapat berlainan tentang apa bahan ini sebenarnya. Orang-orang keristian percaya bahawa ia adalah suatu makanan suci seperti roti yang datang dari syurga. Hingga ke hari ini penganut agama ini masih mengamal makan manna.
Manna adalah dari perkataan mann yang bermaksud "pemberian" dari Allah swt, dan manna adalah sebaik-baik pemberianNya kerana manusia tidak perlu berusaha untuk mendapatkan atau menghasilkan bahan ini yang banyak sangat menafaatnya . Penjelasan ini telah diberi oleh Ibn Qayyim al Jawziyya dalam bukunya At-Tibb Nabawi.
Dalam tafsir Maulana Abdullah Yusuf Ali ayat 57 Surah al-Baqarah pula, beliau telah menjelaskan manna seperti berikut: Manna ialah bahasa 'Ibrani Man-hu dalam Yahudi dan Ma huwa dalam bahasa Arab iaitu satu "hadiah" atau pemberian dari Tuhan..
Salah satu bahan yang dikatakan manna ialah getah dari pokok ash (Fraxinus angustifolia) atau Tamarisk (Tamarix gallica) yang akan mengeras dan meyerupai stalagtit ais apabila mengalir keluar dari batang pokok tersebut. Rasanya manis dan harum seperti madu. Jika terkena air atau panas matahari, Kemanisan datang dari kandungan bahan mannitol yang merupakan 45% dari jumlah gula. Kandungan sukros hanya 3%. Manna jenis ini banyak terdapat di pulau Sicily, Italy.

Satu daripada itu yang dikatakan manna juga ialah honeydew yang dihasilkan oleh sejenis serangga pokok terutamanya pokok Tamarisk. Apabila air tersejat dari honeydew ini, yang tertinggal ialah bahan yang melekit dan manis. Ada juga manna yang dikatakan dihasilkan oleh sejenis afid (kutu pokok) yang menghisap getah pokok. Ini bayak terdapat di negara-negara Turki, Iraq dan Iran.
Yang paling diketahui ialah manna dari satu pokok jenis Acacia senegal dan ini sebenarnya adalah gum arabic yang luas penggunaannya dalam industri perubatan, makanan maupun dalam industri kosmetik dan alat lukisan.
Manna mempunyai pelbagai unsur perubatan menurut kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia, di antaranya mencegah kanser kolon dan masalah perut seperti sembelit dan angin. Ia juga membantu mencegah penyakit kronik seperti kencing manis dan masalah jantung.
Manna juga membantu dalam mengawal berat badan kerana ia berkeupayaan untuk membuat perut terasa kenyang. Ini kerana kandungan seratnya yang tinggi.
Manna dari getah pokok acacia dari Senegal yang tinggi kandungan prebiotik. |
Kelihatan "manna" yang keluar dari kulit pokok. |
Baca tentang kelebihan manna atau Acacia senegal dan kepentingan prebiotik dan dapatkannya di sini
*Satu keajaiban berlaku di dalam entri ini. Apabila menulisnya, saya hanya upload gambar-gambar tentang manna. Tetapi di dalam post yang telah di publish, kelihatan satu gambar seekor "salwa" di tengah-tengah gambar manna tersebut. Apabila saya lihat balik pada blogger dashboard untuk delete gambar salwa itu, ianya ternyata tiada. Sememangnya, manna dan salwa tidak boleh dipisahkan. Wallauhua'lam.
Allahu akbar.