Monday, December 2, 2013

Celak Mata - Bukan Sekadar Untuk Kecantikan

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta Selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad Rasulullah saw
serta keluarga dan sahabat Baginda




Celak atau kohl yang terbaik diperbuat dengan ithmid dalam bahasa Arab atau antimony dalam bahasa Inggeris. Amalan mengguna celak ithmid adalah sunnah dan di antara bahan yang dianggap sebagai mempunyai nilai perubatan terutamanya untuk merawat mata.


Celak Berber dari Maghribi di dalam bekas kayu
Celak yang dibuat dari ithmid yang hitam kekelabuan atau kebiruan dikatakan:

  • membersihkan mata 
  • merawat mata yang lemah
  • menguatkan otot-ototnya 
  • melebatkan bulunya
  • Celak ithmid apabila dicampurkan dengan sedikit minyak kesturi menjadi ubat untuk orang-orang tua dan bagi mereka yang penglihatannya sudah lemah. 
  • Jika dicampurkan dengan madu asli yang cair, kohl ithmid merawat sakit kepala akibat dari tekanan pada saraf muka (tension headache).   



A man has kohl applied to his eyelids at Masjid Al Kabir, also known as Grand Mosque, during Ramadan in the old city of Sanaa, Yemen, on August 7, 2011. The dark cosmetic powder is traditionally popular in Yemen as a protection against eye ailments and as a medical remedy. (Reuters/Jumana El Heloueh)
Seorang lelaki Yemen mengenakan celak di Masjid Al-Kabir di Sanaa
dalam bulan Ramadhan.

Ithmid juga boleh digunakan pada kesan kebakaran untuk mengelak kesan melecur pada kulit.

Celak dari jenama Guerlain. Makhalla biasanya diperbuat menggunakan bahan seperti
kaca, kayu,perak, tembaga atau tembikar.

Gambar dari cafemakeup.com
Bekas tembaga yang dikenali sebagai makhalla berisi serbuk celak. Designnya berasaskan 
pokok palma dan agak lazim digunakan oleh orang Melayu di zaman 40 dan 50-an.
 Gambar dari www.ancientresource.com 
           



Celak dari jenama L'Oreal. Di zaman dahulu celak dicampurkan
dengan serbuk batu lapis lazuli untuk menjadikannya berwarna biru.

Celak juga dibuat menggunakan bahan-bahan lain seperti galena iaitu plumbum sulfida dalam bentuk asalnya, biji buah zaitun atau abu dari kacang, biji atau getah pokok. Tetapi hanya celak yang dibuat dari ithmid ditakrifkan sebagai sunnah, memberi menafaat kepada mata dan selamat untuk digunakan.

P.S. Berhati-hati apabila membeli/mengguna celak yang dijual secara komersil. Jangan guna jika bahan yang digunakan tidak diketahui atau adalah selain dari antimony. 


Aniza Zain Ahmed
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *

Minyak Jarjeer

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, 
keluarga serta sahabat Baginda.


Minyak jarjeer (eruca sativa) atau juga dikenali sebagai minyak argula (Rocket Oil dalam bahasa Inggeris) dibuat daripada biji sejenis sayuran dari spesis kubis. Daunnya biasanya dimakan sebagai salad, terutamanya di kawasan Mediterranean dan Timur Tengah.

Gambar dari flowerpower.com.au

Kebaikan minyak jarjeer terlalu banyak dan di antaranya:

Untuk sistem pencernaan dan perkumuhan:
  • merangsang pengeluaran jus penghadaman
  • mengurangkan keasidan
  • merangsang jus hempedu
  • mengurangkan kolesterol
  • membersih sistem pencernaan
  • merawat keradangan buah pinggang
  • mengelak dan merawat gout
  • merawat jangkitan kuman saluran kencing
Untuk masalah kulit badan dan kepala:
  • alopecia (sejenis penyakit autoimmune yang menyebabkan tompokan keguguran rambut)
  • kelemumur
  • kutu
  • acne (jerawat batu)
  • psoriasis (penyakit kulit kronik)
  • jeragat (freckles)
Masalah tentang darah dan sistem darah:
  • mengawal tekanan darah
  • menguatkan dinding saluran darah
  • menambahkan hemoglobin

Lain-lain:
  • mengawal metabolisma (penting untuk mengawal berat badan)
  • susah tidur, murung dan stress (merangsang hormon serotonin dan melatonin)
  • melegakan kesakitan akibat radang sendi (rheumatism dan athritis)
  • menguatkan tenaga batin (kandungan B5)
  • menambahkan susu ibu
  • pembasmi kuman
Kandungan dan bahan aktif Minyak Jarjeer:
Vitamin A, B2, C, E dan D
Flavanoid
Carotene
Tannin
Mineral besi, potasium, kalsium dan sulfur glikosid
Iodin


Minyak ini boleh dimakan setiap hari dan disapu pada tempat-tempat bermasalah. Boleh juga dituang pada salad sebagai dressing yang sangat berkhasiat!






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD) (Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016- 289 1579 / 013- 62 60 369   
(Whatsapp/SMS sahaja)

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *