Sunday, August 3, 2014

Ijab dan Qabul - Menuju Perjanjian yang Berkat dan Berkekalan




 Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.

Sebagai seorang perawat yang mentadbirkan klinik rawatan untuk wanita, saya sentiasa menghadapi kes-kes masalah akibat dari penceraian atau masalah rumahtangga. Memang terlalu banyak kes sebegini dan saya biasanya akan soal-selidik latar belakang dan sejarah kedua suami dan isteri sebelum dan selepas berkahwin.

Ada beberapa persamaan di dalam kes-kes masalah rumahtangga yang mungkin menjadi penyebab, yang mengganggu atau mempengaruhi kebahagiaan dan kesejahteraan rumahtangga. Walaupun ada faktor-faktor dan kejadian-kejadian yang telah berlaku di masa dahulu, namun kita masih boleh berusaha untuk memperbaiki keadaan dengan berdoa', mengubah mindset dan juga mengambil langkah-langkah proaktive seperti menambahkan ilmu supaya perkahwinan terselamat dan bahagia hingga ke akhirat kelak.
Hambar hiasan dari my amnicapture.com


Di antara ciri-ciri utama yang perlu ada dan diambil berat sebelum upucara ijab qabul dilaksanakan adalah seperti beikut :


  • Mendapat restu dari kedua ibubapa
Ini merupakan kriteria yang terutama dan terpenting. Perkahwinan yang tidak direstui mana-mana ibubapa sering mengalami masalah. Perkara ini tidak boleh di perlekehkan. Tiada restu mereka, tiada keberkatan dalam rumahtangga. Pasangan mungkin merasai cinta dan kasih sayang antara mereka cukup kukuh dan mantap untuk mengatasi segala cabaran, tetapi nyata pengaruh restu ibubapa jauh lebih menguasai kehidupan kita.


  • Melakukan solat istikharah dan solat hajat sebelum memilih pasangan hidup
Sayang, cinta, kasih bagai nak rak pun, tiada gerenti semua perasaan itu akan kekal. Tiada siapa pun yang akan tahu apa akan berlaku di masa hadapan kecuali Allah Yang Maha Esa. Tiada siapa yang akan tahu apa atau siapa yang terbaik bagi diri kita kecuali Allah Yang Maha Mengetahui. Oleh itu, mohon petunjuk dahulu dari Allah swt.
Photo
Sentiasa mohon pada Allah petunjuk kepada perkara-perkara
yang terbaik untuk diri sendiri di dunia dan akhirat
Lakukan solat istikharah sekerap yang mungkin. Solat ini boleh dilakukan pada bila-bila masa, asalkan bukan pada waktu-waktu yang diharamkan solat, dan tidak semestinya waktu sebelum tidur. Buat pada setiap waktu fardhu jika boleh, dan waktu-waktu utama seperti waktu tahajud dan dhuha. Sekiranya masa terhad kerana bekerja dan sebagainya, perbanyakkan doa' di dalam (semasa sujud) dan di luar solat dan pada waktu-waktu doa' mustajab. Lakukan setiap hari sehingga ada petunjuk yang terang dan jelas.


Petunjuknya tidak semestinya datang dalam mimpi. Petunjuk Allah akan datang dalam pelbagai cara. Di antara yang paling cepat, perasaan, firasat atau gerak hati kita sendiri. Perasaan yang tenang dan tenteram selepas melakukan solat adalah petunjuk yang positif. Firasat dan gerak hati pula datang dalam pintasan secepat kilat. Jika sesuatu perkara itu difikirkan dalam suatu jangkamasa yang melebihi itu, emosi, fikiran logik dan yang paling merbahaya, syaitan akan mempengaruhi perasaan kita. Syaitan benci kepada perkahwinan oleh itu mereka akan sentiasa menganggu dengan membisikkan kata-kata yang akan membuat kita takut untuk melangsungkan perkahwinan.

Setelah mendapat petunjuk dan di kenalpasti jodoh yang terbaik, lakukan pula solat hajat sebanyak kali yang boleh sebelum upucara ijab dan qabul. Insya Allah, anda tidak akan mengalami banyak masalah dalam hal mendirikan rumahtangga dan juga dalam mempertahankannya dalam suasana aman dan bahagia sehingga ke akhir hayat dan terus ke Jannah. Aameen Ya Rabb. 


  • Pilih di antara yang sekufu dan kekalkan sekufuan dalam perkahwinan
Gampar hiasan dari http://www.gorgeouslypictured.com/blog/?tag=photographer-melaka

Sekufu atau setaraf tidak semestinya bererti dari segi pangkat atau status dalam masyarakat sahaja. Yang lebih penting ialah sekufu dari segi corak pemikiran, tahap pendidikan dan fahaman agama. Ramai pasangan yang pada mulanya bersatu hati tentang kebanyakan perkara dan mereka bahagia. Tetapi pada suatu masa kemudian, mereka mula bertelagah pendapat, dan hati, matlamat dan halatuju hidup tidak lagi ada persamaan.

Untuk menentukan suami isteri tidak hanyut dengan kehidupan masing-masing, suami perlu sentiasa mengambil berat tentang tanggungjawab sebagai ketua keluarga. Dia harus mengawal dan mengambil tahu setiap perkara yang berlaku di dalam rumahtangganya. Dia perlu mempunyai ilmu untuk mengetuai dan membimbing anak isterinya.

Sekiranya suami lebih tinggi kedudukannya, dia boleh, dan perlu mengajar dan menasihati isterinya. Tetapi sekiranya isteri lebih tinggi kedudukannya, maka keadaan akan menjadi rumit. Di dalam rumahtangga begini, kedua pasangan perlu banyak bersabar, dan berusaha untuk mengurangkan jurang perbezaan antara mereka.

Gambar hiasan dari http://markiphotosniper.com/tag/pakej-fotografi-perkahwinan-2011/

Ego adalah musuh utama dalam hubungan suami isteri, dan kedua-duanya perlu menimbuskan ego masing-masing daripada menjadi penghalang kepada perhubungan yang baik.  

Bagaimana sekiranya anda telah pun berkahwin?
Doa' dan usaha memainkan peranan yang amat penting.















Sekiranya anda atau pasangan anda tidak mendapat restu ibubapa semasa berkahwin, kenalah berusaha untuk mendapatkannya. Doa'kan supaya mereka lembut hati.

Buat solat taubat dan solat hajat tanpa putus dan tanpa mengira penat.
Sekiranya telah terputus hubungan kerana ini, segeralah balik ke pangkuan mereka. Hati anda mungkin berkecai kerana kata-kata yang mungkin dilontarkan kepada anda, tetapi jangan sekali-kali putus asa, kecewa atau melawan. Usaha dan usaha lagi untuk mendapat restu ibubapa, kerana di situlah terletaknya keredhaan Allah SWT.

Wallahua'lam.



   

Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sek 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
  016-289 1579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik 
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Profil Diri *