Tuesday, August 10, 2010

Minyak Zaitun - Rahsia Dan Khasiat Tersembunyi

Fakta Saintifik Tentang Minyak Zaitun
Minyak Zaitun adalah kaya dalam pati asid lemak (essential fatty acids) yang diperlukan tetapi tidak terdapat secara semulajadi dalam tubuh. Ianya hanya boleh di dapati dari pemakanan. Nisbah pati asid lemak Omega-6 dan Omega-3 (1:10) adalah sama seperti di dalam susu ibu. Minyak Zaitun tidak mengandungi trans fatty acid yang merbahaya.




Asid oleic ialah asid lemak tak tepu (monounsaturated) yang utama dalam Minyak Zaitun. Ianya memain peranan utama dalam pencegahan penyakit cardiovascular, barah dan penyakit yang berkaitan dengan penuaan. Asid oleic juga merendahkan kolesterol tidak baik (LDL) manakala kolesterol baik (HDL) dikekalkan.

-->
Antioksidan melindungi sel daripada bahan toksik dan perosak seperti radikal bebas dalam tubuh. Antioksidan semulajadi dalam Minyak Zaitun adalah dalam bentuk Vitamin E dan flavanoid.



Arteriosclerosis dan Kolesterol
Antioksidan didapati secara semulajadi dalam minyak zaitun dalam bentuk Vitamin E dan flavanoid. Terdapat sebanyak 1.6mg Vitamin E dalam setiap sudu besar Minyak Zaitun oleh itu ianya menjadi pemakanan yang sangat penting untuk menguatkan sistem imun tubuh dan memastikan fungsi urat darah yang baik.
Minyak zaitun mencegah masalah arteriosclerosis dengan dua cara. Ia mengurangkan kemampuan darah untuk membentuk darah beku yang dibantu oleh makanan berlemak. Kandungan antioksidan yang tinggi mepertingkatkan ketahanan LDL daripada teroksid oleh radikal bebas, oleh itu merendahkan risiko LDL rosak membentuk plak di dinding pembuluh jantung.

-->
Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan Minyak Zaitun yang tetap dan berterusan berkait rapat dengan pengurangan risiko penyakit kardiovaskular dan tekanan darah.


Tekanan Darah Tinggi

Kajian juga menunjukkan kandungan antioksidan polyphenol dalam Minyak Zaitun memberi kesan menurun kepada tekanan darah systolic dan diastolic. Antioksidan tersebut menambahkan kadar asid nitric, iaitu bahan yang mengurangkan tekanan darah.

-->
Risiko kanser berkait rapat dengan jenis lemak dalam pemakanan harian. Minyak Zaitun ialah salah satu dari jenis lemak yang tidak dikaitkan dengan risiko beberapa jenis penyakit kanser.


Barah

Dalam kajian yang diterbit oleh “The Journal of the National Cancer Institute” menunjukkan pengambilan Minyak Zaitun bersama sayur-sayuran dan buah-buahan menurunkan risiko barah payudara. Kandungan asid oleik dan antioksidan juga bertindak sebagai pencegah barah kolon dan prostat.

Kencing Manis

Pengidap kencing manis yang mengamalkan minum Minyak Zaitun dengan tetap menunjukkan penurunan dalam ketahanan insulin. Asid triterpenik yang wujud hanya di dalam Minyak Zaitun merangsang pembikinan enzim pancreatic untuk menghadam lemak.

Perut dan Hempedu
Minyak Zaitun memperbaiki penghadaman dan penyerapan nutrin ke dalam tubuh. Ia mempengaruhi perut supaya mengeluarkan asid gastric secara perlahan. Minyak Zaitun juga memastikan pengeluaran jus hempedu pada tahap optimum dengan merangsang pengejangan otot duktus hempedu. Jus hempedu yang pahit berfungsi sebagai bahan yang mengsintesis lemak dan kolesterol oleh itu kekurangan jus ini akan menyebabkan lemak untuk berkumpul dalam darah dan mendap dalam arteri-arteri.
-->

Rasulullah SAW telah bersabda bahawa jin dan syaitan berada dalam saluran-saluran darah manusia; mereka amat menyukai dan selesa berada dalam keadaan sebegini. Kerosakan hempedu barkait rapat dengan gangguan saka.





-->
Minyak Zaitun membantu penyelerasan fungsi duodenum, menggalakkan penguncupan pundi hempedu dan memastikan pengeluaran optimum hempedu. Oleh itu, Minyak Zaitun bukan hanya merendahkan risiko penyakit batu karang, malah ia memastikan system penghadaman berjalan lancar.


Penyakit dari Kesan Penuaan

Radang sendi (athritis) berlaku apabila tulang rawan yang menutupi sendi-sendi haus. Rheumatoid arthritis adalah satu keadaan yang kronik di mana sistem imun tubuh sendiri menyerang sendi-sendi dan menyebabkan keradangan. Ahli kajian telah melapurkan kehadiran satu bahan yang dikenali sebagai oleocanthal yang berlaku secara semulajadi dalam minyak zaitun, dan berfungsi sebagai agen anti-radang. Osteoporosis juga dapat dicegah kerana kemampuan minyak zaitun dalam pembentukan tulang dan merangsang penyerapan calcium. Kandungan tinggi asid oleic dalam minyak zaitun mencegah penurunan prestasi daya ingatan dengan mengekalkan struktur selaput otak.
-->
Badan manusia menggunakan asid oleic dalam Minyak Zaitun ntuk menghasilkan agen anti radang dan mengurangkan kesakitan oleh arthritis. Pemakanan tetap dan berterusan Minyak Zaitun menggalakkan mineralisasi tulang dan penyerapan kalsium untuk menghindari osteoporosis. Minyak Zaitun yang semulajadinya kaya dengan asid oleic juga dapat menghindari kemerosotan daya ingatan.
Minyak zaitun adalah agen anti-penuaan dan menghalang proses degeneration yang sangat efektif.


Minyak Zaitun Extra Virgin yang berkualiti baik berwarna kuning kehijauan.
Simpan Minyak Zaitun di dalam botol yang gelap kerana cahaya menyebabkan minyaknya cepat teroksid.







Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Monday, August 9, 2010

Minyak Kelapa Dara - Minyak Keajaiban Terkini



Pokok 1001 guna

Firman Allah:

Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah mengumpamakan 

Kalimah Yang Bagus itu seperti sepohon pokok yang bagus (subur),

 akar (umbinya) teguh dan cabangnya (menjulang ke langit). 

Pokok itu berbuah pada setiap waktu (tahun) dengan izin Tuhannya,

 sedang Allah membuat perumapamaan-perumpamaan 

itu untuk manusia agar mereka mengambil peringatan.

Surah Ibraahim: 24-25


Ayat di atas menurut ahli tafsir merujuk kepada pokok-pokok palma oleh kerana sifat-sifat padanya yang memenuhi ciri-ciri keterangan tersebut. Ini termasuk pokok kurma, kelapa sawit dan kelapa. 


Kajian-kajian saintifik terbaru mengesahkan bahawa Minyak Kelapa Dara adalah antara minyak yang paling baik untuk kesihatan. Kajian-kajian dan berita tentang bahaya minyak kelapa sebelum ini hanya merupakan agenda negara barat yang ingin mempromosi minyak soya dan jagung. 


Sekiranya pokoknya disebut di dalam Al-Quran sudah pastinya ada kebenaran dalam kebaikan minyak ini.


Minyak Kelapa Dara (Extra Virgin Coconut Oil) yang dimaksudkan adalah jenis minyak diproses menggunakan teknik “cold-press”, iaitu satu proses yang tidak memusnahkan vitamin-vitamin, antioksidan dan khasiat semulajadi minyak kelapa. Hasilnya ialah Minyak Kelapa Dara yang putih jernih yang menunjukkan kualiti minyak yang baik dan tidak berkolesterol. Minyak kelapa yang diproses dengan cara ini tidak memerlukan bahan kimia, bahan pengawet atau haba untuk diproses oleh itu ianya susah teroksid dan tidak akan tengit.

Minyak ini kaya dengan asid laurik yang juga wujud di dalam susu ibu untuk menguatkan sistem imun bayi. Ia mengandungi lemak trigliserid rantaian sederhana (medium chain triglycerides-MCT) yang mudah dihadam oleh tubuh dan ditukar menjadi tenaga.
Minyak kelapa dara mengandungi asid laurik yang tinggi.  Kompoun ini penting untuk membina sistem imun bayi
Minyak asas sayuran ini bukan sahaja mampu memecahkan kolesterol LDL dalam tubuh malah meningkatkan kadar HDL yang baik. 


MCT cepat membakar lemak yang dimakan menjadi tenaga. Proses ini dinamakan “thermogenesis“ iaitu pembakaran lemak menjadi tenaga dengan meningkatkan kadar metabolisma. Minyak ini juga tidak mengandungi trans-fats yang merbahaya yang terhasil apabila hidrogen ditambahkan kepada minyak.

Seperti pokoknya yang mempunyai 1001 kegunaan, begitu juga dengan minyaknya. Minyak Kelapa Dara adalah bersifat anti-bakteria, anti-viral dan anti-protozoa semulajadi dan juga mengandungi antioksidan. Jangkitan kuman-kuman akan diatasi dengan cepat samada ia berlaku di dalam tubuh maupun di luar tubuh. Oleh kerana minyak ini mampu mempercepatkan kadar metabolisma, luka akibat jahitan, pembedahan atau kecederaan cepat mencantum tanpa berlakunya infeksi. Daya tahahan terhadap jangkitan dan alahan dipertingkatkan.
Minyak kelapa dara yang tiada kandungan kolesterol adalah putih jernih

Kemampuannya untuk memecah lemak mengurangkan risiko arteriosclerosis dan sumbatan pada artery amat mengkagumkan. Sifat ini pada minyak mengelakkan tekanan darah tinggi dan hipertensi.

Minyak Kelapa Dara teramat baik untuk berbagai masalah kulit dari kepala sehingga ke tapak kaki. Penggunaannya di kepala akan menyihatkan dan menyuburkan rambut dan mengelakkan daripada uban. Minyak ini juga amat berkesan untuk mencegah dan merawat kelemumur dan masalah kulit kepala seperti "cradle cap" iaitu keping-kepingan pada kulit kepala bayi.
Keadaan yang dinamakan "cradle cap" agak kerap berlaku dikalangan bayi-bayi. Sapu Minyak Kelapa Dara untuk mencegah dan merawat masalah ini. Gunakan minyak ini pada seluruh badan bayi juga sebagai pengganti losyen bayi yang diperbuat dari minyak mineral. Minyak dari bahan petroleum ini tidak dapat diserap oleh sel-sel tubuh manusia dan sebenarnya tidak sesuai digunakan pada kulit. Lebih baik gunakan minyak sayuran seperti Minyak Kelapa Dara atau Minyak Zaitun yang juga menjadi amalan Rasulullah SAW. 



Sapukan minyak ini pada seluruh badan untuk memelihara kulit dari pancaran UV dalam sinar matahari yang bahaya. Minyak ini dapat mengurangkan "sunburn" ketika berada di tengah panas. Sapukan juga dimuka dan bibir sekiranya kulit muka mudah menjadi kering samada di dalam tempat berhawa dingin atau di negara-negara yang mana kelembapan udara adalah rendah. 
Eczema Chronic
Eczema - Minyak Kelapa Dara mampu melegakan masalah ini. Gambar dari Dermanet.com

Pesakit asma atau lelah juga akan mendapati serangan akan berkurangan dengan pengambilan Minyak Kelapa Dara secara beterusan. Untuk yang menderita kerana masalah sinusitis atau resedung, mereka akan mendapat kelegaan setelah mengambil Minyak Kelapa Dara dengan konsisten. Wajah muka akan menunjukkan perubahan yang positif iaitu lebam di bawah mata dan keliling hidung yang selalu dialami oleh pesakit resedung yang kronik,akan berkurangan.


Minyak ajaib ini juga sangat berkesan apabila disapu pada luka-luka, gigitan serangga, urat-urat atau otot-otot yang sakit atau sengal dan gigi atau gusi yang bengkak dan sakit. Minyak Kelapa Dara mampu menarik angin-angin yang tersekat dalam darah yang menyebabkan anggota-angota badan rasa berat dan, sengal dan lenguh.



Busung atau ascites adalah penyakit di mana bendalir berkumpul di ruang abdomen dan amat menyakitkan. Salah satu cara merawatnya secara luaran ialah dengan garam (lihat Lulur Garam Syifa' An Nisaa http://farmasiislamonline.blogspot.com/2010/09/lulur-garam-syifa-sistem-nisaa.html ) kemudian sapu dengan Minyak Kelapa Dara, nyata khasiat pada minyak ini amat mengagumkan.

Minyak Kelapa Dara boleh digunakan dalam masakan untuk menggantikan santan. Campurkan susu untuk menjadikan kuahnya bersusu. Gunakan cara yang sama untuk menyediakan Nasi Lemak yang berkhasiat, tidak menggemukkan dan tidak berkolesterol. Jika hendak gunakan santan juga, masak dengan perlahan-lahan dengan api yang paling kecil untuk meminimakan pembentukan kolesterol.Ia adalah pemberi tenaga dan bertindak sebagai makanan yang boleh menurunkan berat badan.

Gunakan Minyak Kelapa Dara sebagai pengganti santan 

The Prophet SAW used to eat the fruit of the land when it was in season, 

and did not refrain from it. 

This is among the greatest means of preserving health; for God, praised be He, 

in his wisdom created in every land such varieties of fruit and crops 

as to give nourishment and benefit to local inhabitants. 

When consumed at its season it brings health and maintains well being, 

and makes unnecessary the use of many medicines. 

Among those who avoid eating the produce of their own land for fear of illness, 

few escapes much suffering from bodily illness 

and these are deprived of health and vigour.


Ibn Qayyim Jawziyya


Ternyata minyak yang terbaik untuk orang Malaysia adalah minyak kelapa, bukan minyak soya atau minyak jagung, kerana pokok ini paling banyak tumbuh di nusantara.