Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW
Pagi Ahad 8 Rabiulawal saya terbaca satu puisi yang amat menyentuh hatiku. Puisi ini ditulis oleh seorang wanita, yang saya memang tahu sifatnya yang sangat tabah, semasa beliau bertahajjud. Kemungkinan pada saat itu dia dapat merasa kenikmatan bertawajuh dengan Penciptanya lantas merakam kesyahduan detik itu dengan kata-kata berikut:
waktu-waktu begini hening yang melingkar alam membujuk hati menghalau perit sujud menitis rindu tak bertepi tak keliru syukur bertali-tali menghidup yang mati syukur tak henti-henti yang mati hidup kembali kembalikan aku pada fitrah yang kelam aku masih terang yang hilang tak perlu ku gapai kerna kasihMU bagai dingin embun meresap ke seluruh urat sendi.. Ina Amran, 19 Januari 2013 Hakikatnya, solat tahajjud merupakan salah satu daripada penawar kepada pelbagai penyakit, yang rohani maupun yang jasmani. Waktu qiamullail itu terdapat gelombang-gelombang ultraviolet yang menyembuhkan dan bila bersatu dengan gelombang-gelombang doa' yang tercetus dari hati-hati yang tulus dan jiwa yang terpaut dengan cinta pada Yang Maha Esa, penyembuhan pasti akan berlaku dalam resonance itu. Bak kata Imam Syafie:
"Doa' dalam solat tahajjud seperti panah yang pasti mengena sasarannya."
Orang-orang yang meninggalkan katil atau tempat tidurnya ketika orang lain nyenyak dibuai mimpi dengan niat semata-mata kerana Allah swt adalah hamba yang amat kasihiNya.
Insya Allah, antara kesan-kesan dari melakukan solat tahajjud:
jiwa sangat, sangat tenang
hati terasa terang dan ringan
sering mendapat petunjuk dalam kerja-kerja harian dan segala perkara
masalah-masalah seperti mudah diselesaikan
halangan dalam hidup berkurangan
mudah kerjakan ibadah yang lain terutamanya solat
terasa intim dengan Allah kerana suasana yang sepi dan nyaman
terasa suatu kepuasan dalam diri, tiada kekosongan dalam jiwa
Jika sukar untuk bangun malam, bacalah Surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk sebelum tidur dan pasang niat pukul berapa hendak bangun. Dengan kuasa Allah, anda akan terjaga tepat pada waktu itu. SubhanAllah.
Sistem An Nisaa Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah * * Urut Traddsional Melayu *
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyang
Salam dan Selawat ke atas jumjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabatnya.
Semoga ku diberi petunjuk, taufik dan hidayah, kekuatan dan perlindungan dari Allah swt untuk melengkapkan post ini sehinggga diterbitkan kelak.
Pasti ada yang akan marah, membantah dan tidak senang hati dengan apa yang saya tulis di sini namun saya rasa saya bertanggungjawab dan perlu menyampaikan maklumat dari hasil kajian dan pengalaman saya ini sebagai perawat perubatan Islam secara khususnya dan sebagai seorang Muslimah secara amnya.
Pada 22 November 2008, Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengadakan sidang media untuk mengumumkan fatwa mengenai pengharaman senaman yoga bagi umat Islam.
Kenyataan media Jawatankuasa tersebut adalah seperti berikut:
'Antara perkara yang telah dibincangkan oleh Ahli Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 22 – 24 Oktober 2008di Kota Bharu, Kelantan ialah senaman Yoga.Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senamanYoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.
Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam.Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan.Namun demikian,masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.
Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:
(1)kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2)menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3)perbuatan.
Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis.
Pengumuman fatwa ini telah membangkitkan kemarahan dikalangan pengamal-pengamal dan juga bukan pengamal senaman ini. Di antara sebab, alasan dan persoalan yang dibangkitkan antara mereka yang membantah keputusan ini adalah seperti berikut:
"Saya bukan mengikut agama (Hindu) dan kepercayaannya, saya hanya lakukannya semata-mata untuk senaman dan kesihatan. Niat tu yang penting."
"Tak kan dengan ikut pergerakkan sahaja boleh terpesong dan rosak akidah. Saya tetap dengan agama saya (Islam)."
"Majlis Fatwa ni bukan tau apa, main suka-suka haramkan "senaman yang baik dan banyak menafaatnya. Diorang tak tau ke inilah trend sekarang." (Yang sampai kata Majlis ini "bodoh", "kolot" dan sebagainya pun ada.)
"Ni kerja Perdana Menteri kita (semasa fatwa ini dikeluarkan) yang tak ada kerja lain." (Astaghfirullahal'azim)
Sekiranya ada yang tidak yakin dengan ahli ulama' di Malaysia ini, mungkin boleh percaya pada ahli akademik. Seorang pensyarah dari Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Zakaria Stapa juga telah menasihati orang Islam supaya berhenti mengamal senaman yoga kerana bimbang amalan itu boleh memesongkan akidah.
Sebagai seorang ahli akademik, beliau sudah pastinya telah membuat kajian yang mendalam sebelum membuat sesuatu rumusan dan pendapat. Dan sebenarnya, pihak Majlis Fatwa juga sudah pastinya telah membuat kajian sewajarnya dan mempunyai alasan dan bukti yang kukuh dan bukan membuat keputusan sewenang-wenangnya. Tugas mereka untuk kebaikan kita, dan untuk seluruh umat Islam di Malaysia. (lihat bawah tajuk (ii) Muzakarah Jawatankuasa Fatwa MKI dilink ini:http://www.e-fatwa.gov.my/jawatankuasa-fatwa-majlis-kebangsaan-bagi-hal-ehwal-ugama-islam-malaysia)
Dalam senaman yoga, ada 12 gaya yang dipanggil "Salutation to the Sun" atau surya namaskar. Tujuan asal pergerakan-pergerakan ini adalah untuk memuji, memuja dan memberi penghormatan kepada matahari. Ini dilakukan bersama mantera-mantera yang berbentuk bunyian menggunakan suara yang bertujuan untuk memuja matahari.
[Secara kebetulan (atau tidak) pula, semasa menulis post ini, saya terdengar "iklan" di televisyen tentang bantuan kewangan yang diberikan kepada peniaga-peniaga wanita. Yang dipaparkan dalam iklan tersebut ialah Diana Rafar yang membuka spa dengan bantuan tersebut. Diselitkan pula lagu di mana ada suara yang berbunyi seperti mentera kaum yang bermeditasi... ]
Ramai pengamal yoga (beragama Islam) yang berkata: "Saya tidak lakukan apa-apa selain dari pergerakan-pergerakan yoga. Niat saya semata-mata untuk membaiki pernafasan dan untuk senaman atau beriadah. Soalannya, adakah niat boleh merubah tujuan asal gaya-gaya yang memuja matahari? Adakah niat "yang baik", iaitu mengamal yoga untuk kesihatan boleh menghalalkan perkara yang dah nyata syirik?
Sekiranya kita amalkan senaman yoga, bukankah ini bermaksud kita percaya, yakin dan terima maksud serta segala yang ada disebalik ilmunya? Bukan maksud untuk menghina mana-mana agama tetapi ini sah-sah bukan cara hidup orang Islam, apatah lagi jika dijadikan amalan.
Aku (burung Hud) dapati dia (Ratu Balqis) dan kaumnya menyembah matahari, bukan kepada Allah, dan syaitan telah menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan-perbuatan (buruk) mereka, sehingga menghalang mereka dari jalan (Allah), maka mereka tidak mendapat petunjuk,
Surah An Naml ayat 24
Nah, bukankah jelas sejelas-jelasnya ayat Allah di sini; memang syaitan berperanan besar dalam mempolusi fikiran kita apabila tindaklaku menyembah matahari diperlakukan. Mereka akan buat kita rasa seronok dan nikmat membuat senaman yoga itu, dan kita akan rasa yakin perbuatan kita itu betul. Lagi menakutkan, apabila terus diamalkan, hidayah akan dicabut sedikit demi sedikit, dan di sinilah bermulanya kehakisan akidah yang akan berlaku dengan cara yang amat halus sehingga kita tidak menyedarinya. Na'uzubillahi min zalik.
Ustaz Sharhan Shafie (video di atas), seorang pengamal perubatan Islam, dalam kajian kes-kes dalam kliniknya, pesakit-pesakit dengan nama yang tertentu selalu dan mudah diganggu jin. Yang pertama sekali disebutnya ialah nama Balqis. Mungkinkah kerana itu adalah nama puteri yang menyembah matahari di zaman Nabi Sulaiman dahulu yang disebut dalam ayat di atas? Ini sudah tentunya akan menjadi asas kajian saya dalam rawatan gangguan amalan ini.
Salah satu gaya yoga yang biasa dilakukan. Ia sebenarnya merupakan satu aksi menyembah. Benarkah aksi ini boleh dilakukan jika tiada sebarang niat untuk menyembah? Sekiranya perbuatan mencuri duit dilakukan dengan niat untuk membeli susu untuk anak, adakah hukum perbuatannya bertukar menjadi harus dan dibolehkan? Tidakkah akidah kita akan rosak jika kita yakin mencuri itu dibolehkan untuk niat yang baik?
Sebagai seorang pengamal perubatan Islam, saya berdepan sendiri dengan pesakit-pesakit yang mengalami pelbagai masalah spiritual (gangguan makhluk halus) setelah mengamal senaman dan kaedah perubatan yang melibatkan agama yang tuhannya merupakan manusia atau berhala.
Nyata amalan-amalan berunsur pemujaan akan menyebabkan penyurupan syaitan dengan banyaknya ke dalam tubuh yang akan merosakkan pola pemikiran kita. Lama-kelamaan, gangguan ini akan memenifestasi dalam bentuk penyakit.
Antara simtom masalah gangguan amalan ini adalah seperti berikut:
gangguan tidur
gangguan seperti alahan iaitu bersin dan badan terasa panas
gangguan pada emosi iaitu kadang-kadang rasa tidak tenteram dan gelisah
perasaan seperti ada "kehadiran" di sisi
sifat marah yang tidak terkawal
selalu demam walaupun kesihatan dan pemakanan sentiasa dijaga rapi.
Tahap gangguan ini berbeza antara seseorang dengan orang yang lain. Perubahan pula mungkin berlaku dengan cara yang amat halus sehingga tidak disedari. Ada pula yang mengalami perubahan yang ketara tetapi tidak menyedari yang ianya merupakan gangguan makhluk halus. Perlu juga disebut di sini, orang kafir kemungkinan tidak akan mengalami gangguan atau simtom-simtom yang disebut di atas.
Gangguan-gangguan yang disebutkan di atas sebenarnya tidak berlaku hanya pada pengamal yoga tetapi juga pada pengamal senaman, ilmu perubatan, ilmu batin dan ilmu pertahanan diri yang lain yang berasaskan pemujaan manusia, berhala maupun sesuatu yang selain dari Allah.
Wallahua'lam.
Semoga kita sentiasa dilindungi Allah swt dari gangguan syaitan (yang telah berjanji akan mengganggu manusia sehingga ke hari Kiamat) perkara-perkara dan perbuatan syirik.
Sistem An Nisaa Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah * * Urut Traddsional Melayu *