Sunday, January 20, 2013

Sujud Menitis Rindu - Kehebatan Solat Tahajjud

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Nabi Muhammad SAW

Pagi Ahad 8 Rabiulawal saya terbaca satu puisi yang amat menyentuh hatiku. Puisi ini ditulis oleh seorang wanita, yang saya memang tahu sifatnya yang sangat tabah, semasa beliau bertahajjud. Kemungkinan pada saat itu dia dapat merasa kenikmatan bertawajuh dengan Penciptanya lantas merakam kesyahduan detik itu dengan kata-kata berikut:
  


waktu-waktu begini
hening yang melingkar alam
membujuk hati 
menghalau perit
sujud menitis rindu
tak bertepi tak keliru
syukur bertali-tali menghidup yang 
mati
syukur tak henti-henti yang mati hidup kembali
kembalikan aku pada fitrah
yang kelam aku masih terang
yang hilang tak perlu ku gapai
kerna kasihMU bagai dingin embun
meresap ke seluruh urat sendi..


Ina Amran, 19 Januari 2013


Hakikatnya, solat tahajjud merupakan salah satu 
daripada penawar kepada pelbagai penyakit, yang rohani maupun yang jasmani. 

Waktu qiamullail itu terdapat gelombang-gelombang 
ultraviolet yang menyembuhkan dan bila bersatu dengan gelombang-gelombang doa' yang tercetus dari hati-hati yang tulus dan jiwa yang terpaut dengan cinta pada Yang Maha Esa, penyembuhan pasti akan berlaku dalam resonance itu.

Bak kata Imam Syafie:


"Doa' dalam solat tahajjud seperti panah yang pasti mengena sasarannya."


Orang-orang yang meninggalkan katil atau tempat tidurnya ketika orang lain nyenyak dibuai mimpi dengan niat semata-mata kerana Allah swt adalah hamba yang amat kasihiNya. 

Insya Allah, antara kesan-kesan dari melakukan solat tahajjud:

  • jiwa sangat, sangat tenang
  • hati terasa terang dan ringan
  • sering mendapat petunjuk dalam kerja-kerja harian dan segala perkara
  • masalah-masalah seperti mudah diselesaikan 
  • halangan dalam hidup berkurangan
  • mudah kerjakan ibadah yang lain terutamanya solat 
  • terasa intim dengan Allah kerana suasana yang sepi dan nyaman 
  • terasa suatu kepuasan dalam diri, tiada kekosongan dalam jiwa

Jika sukar untuk bangun malam, bacalah Surah As-Sajadah dan Surah Al-Mulk sebelum tidur dan pasang niat pukul berapa hendak bangun. Dengan kuasa Allah, anda akan terjaga tepat pada waktu itu. SubhanAllah.







Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

No comments:

Post a Comment