Sunday, February 3, 2013

Antara Bekam Sunnah dan Logik Sains Medik - Perbezaan Antara Bekam dan Menderma Darah

Dengan nama Allah Yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW













Di atas adalah gambar darah yang keluar melalui bekam di antara kes-kes yang agak kronik. Kelihatan buih-buih, lendir dan darah yang bertali-tali di dalam cup yang menadah darah dari pesakit. Kadang-kadang terdapat juga bau hanyir bersama darah tersebut.

Apakah sebenarnya kandungan di dalam darah yang dikeluarkan semasa bekam?

Oleh kerana ketiadaan kemudahan dan peralatan yang perlu untuk mengkaji kandungan darah bekam, saya tak dapat kepastian apa yang sebenarnya unsur-unsur dan jumlah kandungannya yang keluar dari badan bersama darah tersebut.   

Bahan-bahan tersebut mungkin terdiri dari urea dan asid-asid lain, logam berat, mineral berlebihan, lemak, bahan lupus, bakteria dan sebagainya. Tapi saya amat hairan dan ingin mengetahui apa dan banyak mana setiap unsur itu berada di dalam darah. 

Buih-buih atau yang dikatakan angin itu juga menjadi suatu misteri, bagaimana ia boleh berada di dalam saluran darah. Secara logik, tidak mungkin boleh ada apa sahaja bentuk gas atau angin di dalam saluran darah. 

Hanya satu penjelasan saya iaitu menurut hadith Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti mana darah mengalir dalam tubuh. Oleh itu, buih-buih itu kemungkinan besarnya adalah syaitan-syaitan yang ghaib dan  tidak berjisim (berbentuk gas).

The Prophet said (to them), "Satan reaches everywhere in the human body as blood reaches in it, (everywhere in one's body). I was afraid lest Satan might insert an evil thought in your minds."  (Book #33, Hadith #251)

Dari observation saya, berbekam bukan sahaja merawat penyakit fizikal tetapi ada kesan yang mempengaruhi corak pemikirannya. Kebanyakan pesakit yang saya telah bekam merasakan suatu kelainan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang yang terdekat dengannya. 

Yang sering dirasai dan sangat significant ialah keringanan dalam melaksanakan ibadah.

Jika inilah yang dialami pesakit selepas berbekam, sudah tentunya kuranglah gangguan syaitan yang sentiasa membisikkan supaya kita malas melakukan ibadah. Wallahua'alam.
Dengan izin Allah, saya akan bertemu dengan seorang pengkaji selidek yang dapat membantu saya menjelaskan persoalan ini.

Yang penting, bekam adalah cara mengeluarkan darah yang bertoksin dari tubuh badan. Ini telah diterangkan oleh Profesor Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dari Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, USM Kubang Kerian semasa saya bertemu dengan beliau baru-baru ini. 

Beliau telah membuat kajian klinikal ke atas kesan bekam pada para pesakit dan juga mengamalkan bekam di sebuah pusat diabetes di Kelantan. Buku beliau akan diterbitkan dalam bulan Mac tahun ini.

Menurut beliau, kulit mengandungi kilang peluh yang mengeluarkan peluh bersama urea dan lain-lain bahan buangan. Kulit merupakan satu organ dan merupakan sebahagian dari sistem perkumuhan yang efisien. Ia menghasilkan sejenis enzim yang membolehkan toksin melaluinya. Oleh itu, banyak bahan toksik yang akan berkumpul di bahagian permukaan kulit.

Darah di dalam sistem aliran darah iaitu dalam arteri, tidak mengandungi banyak bahan toksin berbanding dengan darah di dalam kapilari di permukaan kulit. Oleh itu apabila seseorang menderma darah, tidak semestinya ia mengeluarkan darah toksik dalam tubuhnya. 

Namun demikian, ada kajian klinikal yang dibuat di England yang menunjukan menderma darah menurunkan risiko mendapat penyakit jantung tetapi kadarnya kecil sahaja. Efeknya tidak sama sekali dengan berbekam secara sunnah.  






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Urut Tradisional Melayu - Kaedah Rawatan Alternatif Warisan Bangsa

Dengan nama Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW


Walau pun saya merupakan seorang pengamal perubatan Islam dan mengapplikasikan hanya kaedah-kaedah rawatan yang berlandaskan kepada Al-Quran dan sunnah, ramai di kalangan pesakit, rakan-rakan dan kaum keluarga yang bertanya atau meminta saya untuk mengurut badan mereka.

Namun, saya hanya menunaikan permintaan pesakit hanya sekiranya keadaannya dalam kesakitan yang ekstrem, dan saya hanya akan mengurut tempat yang bermasalah untuk melegakan kesakitan itu sahaja.

Lazimnya saya tidak akan mengurut tanpa mendapat pembelajaran yang formal dari guru yang bertauliah. Jadi baru-baru ini apabila saya telah dipelawa oleh Prof Siti Amrah dari Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM Kubang Kerian untuk menyertai "Kursus Asas Urut Tradisional Melayu" selama dua hari di Kelantan, saya terus mendaftar tanpa lengah.

Urut Melayu tradisional merupakan kaedah yang
merawat saraf dan mengenakan tekanan (pressure)
yang betul pada titik-titik yang tertentu. 
Memang benar kata-kata yang diberitahu oleh suami saya, "When the student is ready, the teacher will appear". Pujian hanya pada Allah swt, sungguh sempurna rancangan Nya, apabila saya rasa sudah  bersedia untuk meningkatkan lagi tahap perkhidmatan dalam klinik saya, peluang untuk mempelajari ilmunya pun datang tanpa diduga. 

Guru dan konsultan yang mengajar  di dalam urutan tradisional Melayu dalam kursus tersebut ialah Tuan Syed Mahdi Barakbah, seorang juru urut profesional yang telah berkecimpung dalam bidang ini sejak dua puluh tahun yang dahulu. 

Orangnya masih agak muda iaitu dalam sekitar awal empat puluhan tetapi dedikasi dan komitmennya dalam memertabatkan urut tradisional Melayu amat membanggakan saya sebagai seorang yang berbangsa Melayu. Beliau berazam dan berusaha untuk menyampaikan ilmu mengurut ini kepada seramai orang yang mungkin supaya warisan ini tidak lenyap sama sekali. Bersama rakankongsinya Puan Pauziah Mat Jani bersama-sama membawa seni rawatan Melayu ini ke tahap yang tinggi di dalam industri perubatan.  

Ternyata sekali beliau merasa amat bangga dengan kerjaya atau profession beliau; dibelakang baju kemeja hitam yang dipakainya disulam dengan jelas kata-kata "Malay Traditional Masseur". 

Beliau melalui syarikat beliau Tongkat Tua Enterprise berjaya memenuhi syarat-syarat yang agak ketat dan meyakinkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk menerima urut Melayu tradisional sebagai satu kaedah rawatan alternatif di dalam hospital-hospital Kerajaan untuk merawat kesakitan, strok dan rawatan selepas bersalin (post-natal).  

Beliau telah membuat research yang intensif yang merangkumi pelbagai kaedah urutan yang diamalkan oleh tukang-tukang urut pakar di seluruh semenanjung Malaysia. Rumusan yang dibuat oleh Tuan Syed, tiada hard and fast rule dalam kaedah atau style urutan, kerana setiap tukang urut ada "bunga-bunga" masing-masing dan fakta masing-masing.

Namun, saya paling tertarik dengan seni urut ini kerana asas-asas dan etikanya yang penuh dengan kelembutan dan keadaban seperti berikut:

Sistem saraf tubuh manusia
  • konsep urutan tradisional Melayu bertumpu pada saraf. Menuju pada titik-titik saraf adalah kaedah rawatan yang sangat jitu dan efektif melegakan kesakitan dan meleraikan sekatan perjalanan darah. Sistem saraf amat penting kerana ia merupakan sistem yang mengawal semua fungsi sistem dan organ dan penyembuhannya.
  • urutan tradisional Melayu mencerminkan sifat orang Melayu itu sendiri, ianya lembut (gentle) dan di laksanakan dengan penuh kasih sayang. Oleh kerana tumpuan adalah pada saraf, gosokan yang kuat dan menyakitkan tidak perlu untuk melegakan kesakitan atau lenguh dan sengal pada badan. Malah jika tidak dilakukan dengan betul, urutan yang terlalu kuat mungkin merosakkan lagi saraf dan memecahkan urat-urat darah halus atau kapilari darah yang menyebabkan badan lebam.
  • kaki juru urut langsung tidak digunakan untuk mengurut mana-mana bahagian pesakit kerana ini adalah dianggap sebagai kurang beradab.
  • juru urut diingatkan untuk sentiasa menjaga aurat dan menutup keaiban pesakit.




Urutan tradisional Melayu mampu merawat penyakit kronik dan pelbagai masalah tetapi cara urutan perlu dipelajari dengan lebih mendalam lagi. Terdapat pelbagai lagi aspek dalam rawatan ini termasuk pemakanan, minyak urut yang digunakan oleh juru urut, penawar yang terdiri dari herba-herba dan juga aspek spiritual yang akan diajar pada tahap-tahap yang lebih advance.

Sijil yang dikeluarkan oleh Tongkat Tua Enterprise ini diiktiraf oleh
Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Sijil untuk tahap asas ini hanya cukup untuk saya mengurut ala spa iaitu hanya untuk setakat memberi kelegaan dan meringankan badan. Urutan seperti ini dipanggil soft tissue manipulation. Saya perlu menamatkan tiga lagi tahap sebelum boleh diiktiraf sebagai juru urut profesional yang mana urutan dilakukan untuk merawat penyakit atau masalah yang kronik.
  
Semoga Allah swt memanjangkan umur ku dan memurahkan rezeki ku supaya dapat terus menimba ilmu dalam bidang ini, dan semoga ilmu itu dapat memberi kelegaan dan mendatangkan menafaat kepada mereka yang memerlukan. 




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *