Sunday, February 3, 2013

Antara Bekam Sunnah dan Logik Sains Medik - Perbezaan Antara Bekam dan Menderma Darah

Dengan nama Allah Yang MAha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam serta selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW













Di atas adalah gambar darah yang keluar melalui bekam di antara kes-kes yang agak kronik. Kelihatan buih-buih, lendir dan darah yang bertali-tali di dalam cup yang menadah darah dari pesakit. Kadang-kadang terdapat juga bau hanyir bersama darah tersebut.

Apakah sebenarnya kandungan di dalam darah yang dikeluarkan semasa bekam?

Oleh kerana ketiadaan kemudahan dan peralatan yang perlu untuk mengkaji kandungan darah bekam, saya tak dapat kepastian apa yang sebenarnya unsur-unsur dan jumlah kandungannya yang keluar dari badan bersama darah tersebut.   

Bahan-bahan tersebut mungkin terdiri dari urea dan asid-asid lain, logam berat, mineral berlebihan, lemak, bahan lupus, bakteria dan sebagainya. Tapi saya amat hairan dan ingin mengetahui apa dan banyak mana setiap unsur itu berada di dalam darah. 

Buih-buih atau yang dikatakan angin itu juga menjadi suatu misteri, bagaimana ia boleh berada di dalam saluran darah. Secara logik, tidak mungkin boleh ada apa sahaja bentuk gas atau angin di dalam saluran darah. 

Hanya satu penjelasan saya iaitu menurut hadith Bukhari dan Muslim, Rasulullah SAW telah bersabda bahawa syaitan berjalan dalam tubuh manusia seperti mana darah mengalir dalam tubuh. Oleh itu, buih-buih itu kemungkinan besarnya adalah syaitan-syaitan yang ghaib dan  tidak berjisim (berbentuk gas).

The Prophet said (to them), "Satan reaches everywhere in the human body as blood reaches in it, (everywhere in one's body). I was afraid lest Satan might insert an evil thought in your minds."  (Book #33, Hadith #251)

Dari observation saya, berbekam bukan sahaja merawat penyakit fizikal tetapi ada kesan yang mempengaruhi corak pemikirannya. Kebanyakan pesakit yang saya telah bekam merasakan suatu kelainan bukan sahaja pada diri sendiri tetapi juga pada orang yang terdekat dengannya. 

Yang sering dirasai dan sangat significant ialah keringanan dalam melaksanakan ibadah.

Jika inilah yang dialami pesakit selepas berbekam, sudah tentunya kuranglah gangguan syaitan yang sentiasa membisikkan supaya kita malas melakukan ibadah. Wallahua'alam.
Dengan izin Allah, saya akan bertemu dengan seorang pengkaji selidek yang dapat membantu saya menjelaskan persoalan ini.

Yang penting, bekam adalah cara mengeluarkan darah yang bertoksin dari tubuh badan. Ini telah diterangkan oleh Profesor Dr. Ab. Aziz Al-Safi Ismail dari Dept of Community Medicine, School of Medical Sciences, USM Kubang Kerian semasa saya bertemu dengan beliau baru-baru ini. 

Beliau telah membuat kajian klinikal ke atas kesan bekam pada para pesakit dan juga mengamalkan bekam di sebuah pusat diabetes di Kelantan. Buku beliau akan diterbitkan dalam bulan Mac tahun ini.

Menurut beliau, kulit mengandungi kilang peluh yang mengeluarkan peluh bersama urea dan lain-lain bahan buangan. Kulit merupakan satu organ dan merupakan sebahagian dari sistem perkumuhan yang efisien. Ia menghasilkan sejenis enzim yang membolehkan toksin melaluinya. Oleh itu, banyak bahan toksik yang akan berkumpul di bahagian permukaan kulit.

Darah di dalam sistem aliran darah iaitu dalam arteri, tidak mengandungi banyak bahan toksin berbanding dengan darah di dalam kapilari di permukaan kulit. Oleh itu apabila seseorang menderma darah, tidak semestinya ia mengeluarkan darah toksik dalam tubuhnya. 

Namun demikian, ada kajian klinikal yang dibuat di England yang menunjukan menderma darah menurunkan risiko mendapat penyakit jantung tetapi kadarnya kecil sahaja. Efeknya tidak sama sekali dengan berbekam secara sunnah.  






Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

1 comment:

  1. selalu kalau berbuih ni, bukan sebab ada angin masuk ke atas reason lekatan cup tidak cukup ketat?

    ReplyDelete