Monday, September 16, 2013

Tembikai - Ubat Pencegah Penyakit Kronik Paling Manis

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW serta
keluarga dan sahabat Baginda.

KANDUNGAN NUTRISI YANG MEMBUATKAN TEMBIKAI SATU SUPERFOOD

Asid amino L-citrulline dan L-arginine (penting untuk sisten vaskular)

Antioksidan seperti lycopene dan gluthathione (lebih dari buah tomato, penting untuk pencegahan kanser)

Carotenoid seperti lutein dan beta-carotene

Vitamin A, C dan B6

Potassium dan magnesium dan mineral lain dalam jumlah yang kecil termasuk selenium.
Buah tembikai dipercayai mula-mula dituai di Mesir 5,000 tahun dahulu
PENTING!! Makan buah tembikai sebelum makan nasi atau hidangan utama supaya vitaminnya diserap oleh usus terlebih dahulu. Juga kerana ia makanan yang membentuk alkali, ia patut berada di dalam perut sebelum makanan lain. Makan bijinya dan juga bahagian isinya yang putih.

KELEBIHAN NILAI PERUBATAN PADA BUAH TEMBIKAI

Makanan yang membentuk alkali dalam perut

Melegakan otot-otot

Mengurangkan degupan jantung yang terlalu laju

Mengurangkan risiko kanser

Mengurangkan tekanan darah

Mengurangkan risiko atherosclerosis

Membantu dalam hubungan seksual 




Pilih tembikai yang ada biji iaitu dalam bentuk dan keadaan yang
telah diciptakan Allah swt. Tembikai yang tiada biji telah diubahsuai
oleh manusia dan bukan lagi organik, dan semestinya zatnya turut berubah. Disamping itu, biji tembikai sebenarnya mengandungi protin


Appetit Voyage
Tembikai elok dimakan bersama kurma
Gambar dari Appetit Voyagers

Elakkan membeli buah yang telah dipotong supaya vitamin C tidak hilang.
Juga, pisau yang digunakan, tangan sipemotong dan tempat buah dipotong mungkin tidak bersih. Basuh buah tembikai sebelum memotongnya. Biarkan suhu buah yang disimpan dalam peti ais berubah kepada suhu bilik sebelum makan untuk memaksimakan nutrisi phytonya.  

Di dalam kitab perubatan Islam, buah tembikai dikatakan mengandungi suatu kuasa pembersih (dalam perut dan darah). Dari riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi, Rasulullah SAW makan tembikai dengan buah kurma (rutab) dan bersabda:  

"Panas dari satu menolak sejuk dari yang lain."


Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW amat menggemari makan buah tembikai. Dan Bagindalah yang punya ilmu yang turun terus dari Maha Penciptanya Yang Maha Mengetahui segala-gala yang zahir dan bathin.



Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

Makanan - Penawar atau Racun?



S A L A M — Made a transparent 'Bismillah' feel free to use it...

Di dalam perubatan Islam, makanan dan pemakanan merupakan sebahagian besar dari amalan penjagaan kesihatan dan pencegahan penyakit. Makanan adalah penawarnya. Yang hebatnya, kesemua makanan yang menjadi penawar merupakan makanan yang penuh dengan antioksidan.

Makanan yang dikatakan penawar itu pula adalah makanan harian yang biasa dimakan. Kalau begitu, mengapa ramai yang masih menghidap penyakit? 

Makanan boleh jadi penawar, dan makanan 

juga boleh menjadi racun. 

Selain dari sumber makanan dan cara penyediaan makanan, cara kita makan adalah sama penting atau mungkin lebih penting dari apa kita makan. Sesetengah makanan tidak sesuai dimakan bersama, di antaranya adalah seperti berikut:
  • daging (samada lembu, ayam atau kambing dan sebagainya) dan ikan
  • ikan dan susu
  • ikan dan telur
  • susu dan buah

Cara pemakanan yang tidak sesuai sebenarnya amat memudharatkan kesihatan dan akibatnya adalah seperti berikut:
  • Gabungan makanan yang tidak betul akan menghasilkan perut dan darah yang berasid kerana penghadaman dan pencernaan makanan yang tidak sempurna. Keadaan sebegini menjadi punca kepada kebanyakan penyakit terutamanya tekanan darah tinggi dan hipertensi.
  • Apabila dua makanan protin seperti daging dan ikan dimakan bersama, salah satu atau kedua-duanya tidak dapat dicerna dengan sempurna dan akibatnya sisa akan menjadi bahan toksik dalam perut. Keadaan ini amat merbahaya dan memudharatkan kesihatan terutamanya darah.  
  • Apabila makanan tidak dicerna dengan sempurna kerana pencampuran makanan, kabohiderat tidak dapat dipecahkan untuk menghasilkan glukos. Apabila tahap glukos rendah, hormon insulin tidak dirembes oleh pankrias. Insulin berfungsi untuk mengawal glukos dalam darah dan tanpa insulin juga glukos tidak diserap oleh sel. Akibatnya kita akan rasa letih selepas makan terutamanya jika nasi dan gula dalam darah akan naik. 
  • Penghadaman dan pencernaan yang tidak sempurna juga akan menyebabkan molikul lemak dan kolesterol tidak pecah dan berkumpul dalam saluran darah dan jantung. 
  • Tryptophan ialah sejenis asid amino yang terdapat dalam protin. Ia adalah penting pembentukan hormon serotonin. Apabila dua atau lebih jenis protin dimakan pada satu masa, tindakbalas yang sepatutnya tidak akan berlaku. Apabila kekurangan hormon serotonin, tidur akan terganggu dan kemurungan akan dialami. 

Sebaliknya makanan boleh menjadi penawar jika dimakan dengan betul atau digabungkan dengan makanan lain yang bersesuaian. Sebagai contoh, buah tembikai mesti dimakan sebelum nasi atau hidangan utama. Tembikai mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi dan mengandungi banyak khasiat tetapi ia mesti dimakan terlebih dahulu supaya ianya dapat dihadam dan zat-zatnya dapat diserap. Sekiranya makanan lain yang mengambil masa yang lebih lama untuk dihadam masuk ke dalam perut dahulu, tembikai akan hilang khasiatnya. Kelebihan dan khasiat tembikai akan ditulis di dalam post yang lain, insya Allah.

Gabungan makanan yang terbaik merupakan penawar yang amat berkesan terutamanya sebagai pengalkali perut. Di antaranya:


  • madu dan cuka buah
  • kurma dan tembikai atau timun
  • kurma dan roti
  • buah tin, kacang walnut dan kacang badam
  • halia dan serai
  • daging dan cuka buah

Madu dan cuka buah merupakan satu gabungan yang hebat dari segi nilai perubatan. Enzim dari kedua bahan akan bergabung dan menghasilkan lebih lagi enzim dan asid amino untuk sistem tubuh. Tetapi ini hanya akan berlaku jika madunya ialah madu asli yang hidup (raw honey) iaitu yang tidak diproses dan cuka buahnya adalah hasil dari proses penapaian secara semulajadi. 


Gabungan makanan yang betul akan memastikan perut dan darah berada dalam keadaan beralkali (pH darah sepatutnya dalam limgkungan 7.4) dan air kencing mesti dalam keadaan berasid.  

Photo: Kurma dan timun...gabungan makanan yang simple tapi menjadi penawar untuk perut, sumber tenaga dan mengalkalikan darah. Memang sedap.
Timun dan Kurma

Gabungan buah tin, buah badam dan kacang walnut  yang menjadi penawar yang hebat untuk masalah perut . Buah tin adalah juga baik untuk merawat buasir dan gout. Rasanya masyaAllah...sudah tentu harmonis.
Buah tin, badam dan kacang walnut


Photo: Natural ubat penawar untuk buang angin dalam badan.
Halia dan Serai

Jaga pemakanan dan cara makan.  Ikut secara sunnah, insyaa Allah akan terselamat dari penyakit kronik.


Sistem An Nisaa


Aniza Zain Ahmed 
 Kota Damansara  Petaling Jaya   
 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Essential Oils * Urut Traddsional Melayu *