Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang Salam dan selawat ke atas Rasulullah SAW serta keluarga dan sahabat Baginda. |
KANDUNGAN NUTRISI YANG MEMBUATKAN TEMBIKAI SATU SUPERFOOD
Asid amino L-citrulline dan L-arginine (penting untuk sisten vaskular)
Antioksidan seperti lycopene dan gluthathione (lebih dari buah tomato, penting untuk pencegahan kanser)
Carotenoid seperti lutein dan beta-carotene
Vitamin A, C dan B6
Potassium dan magnesium dan mineral lain dalam jumlah yang kecil termasuk selenium.
Di dalam kitab perubatan Islam, buah tembikai dikatakan mengandungi suatu kuasa pembersih (dalam perut dan darah). Dari riwayat Abu Dawud dan al-Tirmidhi, Rasulullah SAW makan tembikai dengan buah kurma (rutab) dan bersabda:
Buah tembikai dipercayai mula-mula dituai di Mesir 5,000 tahun dahulu |
PENTING!! Makan buah tembikai sebelum makan nasi atau hidangan utama supaya vitaminnya diserap oleh usus terlebih dahulu. Juga kerana ia makanan yang membentuk alkali, ia patut berada di dalam perut sebelum makanan lain. Makan bijinya dan juga bahagian isinya yang putih. |
KELEBIHAN NILAI PERUBATAN PADA BUAH TEMBIKAI
Makanan yang membentuk alkali dalam perut
Melegakan otot-otot
Mengurangkan degupan jantung yang terlalu laju
Mengurangkan risiko kanser
Mengurangkan tekanan darah
Mengurangkan risiko atherosclerosis
Membantu dalam hubungan seksual
Pilih tembikai yang ada biji iaitu dalam bentuk dan keadaan yang telah diciptakan Allah swt. Tembikai yang tiada biji telah diubahsuai oleh manusia dan bukan lagi organik, dan semestinya zatnya turut berubah. Disamping itu, biji tembikai sebenarnya mengandungi protin |
Tembikai elok dimakan bersama kurma Gambar dari Appetit Voyagers |
Elakkan membeli buah yang telah dipotong supaya vitamin C tidak hilang. Juga, pisau yang digunakan, tangan sipemotong dan tempat buah dipotong mungkin tidak bersih. Basuh buah tembikai sebelum memotongnya. Biarkan suhu buah yang disimpan dalam peti ais berubah kepada suhu bilik sebelum makan untuk memaksimakan nutrisi phytonya. |
Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW amat menggemari makan buah tembikai. Dan Bagindalah yang punya ilmu yang turun terus dari Maha Penciptanya Yang Maha Mengetahui segala-gala yang zahir dan bathin.
saya juga makan dan minum jus tembikai hari-hari sekarang
ReplyDeleteAlhamdulillah...syabas Puan Noridah! Bila buat jus masukkan sebiji dua buah kurma ye. Rasanya sedap dan perut pun bersih nanti, insya Allah.
ReplyDelete