Sunday, July 5, 2015

Boleh Ke Ambil Madu Dengan Minyak Habbatus Sauda?

Image result for bismillah images
Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW serta keluarga dan sahabat Baginda





Jawapannya: TIDAK BOLEH

Madu tidak boleh diambil bersama-sama dengan minyak habbatus sauda atau apa-apa minyak lain. Saya dapat tahu dari pesakit-pesakit yang datang ke klinik Sistem An Nisaa, ada yang mengamalkan makan minyak habbatus sauda bersama-sama atau dicampurkan dengan madu. Saya juga sering terbaca komen-komen di dalam perbincangan dalam Facebook tentang "resepi-resepi" yang menggabungkan pelbagai makanan sunnah untuk dijadikan satu penawar "all-in-one". 




Samada untuk menjimatkan masa atau pun untuk mengurangkan ketidakselesaan semasa menelan minyak apatah lagi minyak habbatus sauda yang agak pedas dan berempah rasanya, amalan mencampurkan pelbagai makanan sunnah perlu dibuat dengan teliti dan dengan ilmu yang cukup. 


Menurut kajian yang dilakukan oleh Dr Sury Roowi dari MARDI, segala jenis minyak termasuk minyak habbatus sauda dan minyak zaitun boleh meneutralkan khasiat di dalam madu. Kedua-dua makanan ini tidak wajar dicampurkan sekali, dan dimakan pada waktu yang sama. Pastikan ada ruang masa tidak kurang dari 1/2 jam antara kedua makanan tersebut.


Di antara dua bahan makanan seperti madu dan minyak, tidak ada bahan semulajadi yang dapat menggabungkan kedua-duanya supaya ada reaksi antara dua bahan tersebut. Kedua-dua bahan makanan tidak akan menjadi sebati. Apabila tidak sebati, komponen-komponen di dalam makanan tidak dapat diperhaluskan (breakdown), dicerna, dihadam dan ada yang akan menjadi sisa. Sisa-sisa akan menjadi asid dan toksin dalam badan.

Menurut seorang ahli farmasi yang saya telah jumpa, antara dua jenis minyak berlainan pun begitu juga. Satu "binder"  atau pengikat perlu ditambahkan supaya kedua-dua bahan akan sebati dan mampu dicerna dan diserap oleh tubuh. Sukatan juga perlu betul supaya dua minyak itu akan sebati dan memberi keberkesanan yang maksimum. Jadi, kita tidak boleh lagi ambil shortcut atau jalan pintas dalam mengambil setiap penawar yang penting dan berkhasiat itu! Ambil minyak habatus sauda dan minyak kelapa dara di waktu pagi secara berasingan, kerana kedua-duanya menjana tenaga, manakala minyak zaitun ambil di sebelah malam pula. Atau pun, ambil satu jenis minyak sahaja setiap selang sehari.


Madu perlu di ambil secara berasingan, sebaik-baiknya semasa perut masih kosong di awal pagi.

Baca post Cara-Cara Mengamal Makanan Sunnah untuk sedikit panduan masa-masa dan cara yang sesuai untuk makan makanan sunnah lain yang penting dalam sistem pemakanan kita. 


Suatu makanan sunnah tidak semestinya menjadi lebih baik, atau tetap berkesan jika dicampurkan dengan makanan sunnah yang lain.



Wallahua'lam.







Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Sek 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*

Wednesday, July 1, 2015

Merawat Eczema Dengan Madu Kelulut

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammas SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.

Eczema merupakan satu penyakit kulit yang amat sukar untuk diubati. Ia biasanya berlaku di dalam keluaga yang ada masalah berkaitan dengan alahan dan sistem imun. Kadang-kadang ianya berlaku pada sesorang kanak-kanak, dan  hilang apabila ia menjadi dewasa. Dan kadang-kadang, serangan eczema itu boleh berlaku lagi bila-bila masa dalam zaman dewasanya. 

Ini yang berlaku pada pesakit Puan Lia (bukan mama sebenar). Beliau baru masuk ke alam 50-an dan sudah tentunya seorang wanita akan mengalami sedikit gangguan hormon pada usia ini. Beliau juga mula bekerja di tempat di mana beliau terdedah pada kuman dan kotoran, dan tambahan pula ketika itu beliau melalui sedikit stress di tempat pekerjaan. 

Ketika dia datang ke klinik Sistem An Nisaa, di hadapan kedua-dua kaki di bahagian lipatan antara jari-jarinya dan betisnya dipenuhi dengan eczema yang meradang denga teruk. Kaki sebelah kirinya bengkak teruk, merah dan mengeras serta terasa panas. Sakitnya bukan setakat terasa di kulit-kulit yang pecah tetapi menusuk hingga ke dalam tulang.

11 Jun 2015 - Ini keadaan kaki Puan Lia semasa beliau mula-mula datang. Kakinya bengkak sangat dan merah. Ini adalah kaki kanannya yang tidak seteruk kaki kiri, dan gambar di ambil dari sisi di mana keradangan kulit tidak begitu nampak. Oleh kerana keadaanynya agak kronik, Puan Lia tidak sanggup gambar yang menunjukkan keadaan yang sebenar ditunjukkan di sini.

Kaki Puan Lia mula-mula telah dibersihkan dulu dengan menggunakan Cuka Buah Anggur menggunakan kapas. Cuka Buah, samada buah anggur, delima, epal, kurma, mulberi atau apa saja bersifat asidik dan terbaik untuk membunuh kuman dan bakteria. Kemudian sedikit madu kelulut di sapu pada seluruh bahagian kulit yang meradang. Kaki Puan Lia kemudiannya di balut supaya tidak terdedah pada kotoran.





Pada sebelah malam, Puan Lia di minta mengulangi prosedur di atas. Hanya balutan yang dibuat sebelum tidur dibuat nipis sahaja supaya luka-luka dapat bernafas dan akan cepat mengering.


Apa yang belaku...?




12 Jun 2015 - hanya sehari selepas rawatan bermula, bengkak dan merah pada kaki tersebut telah surut terus dan kesakitan amat berkurangan. Kelihatan keadaan kulit telah kering dan menggelupas dengan sendiri, 
meninggalkan kulit yang elok dan licin di bawahnya. Ini adalah kaki kiri Puan Lia yang lebih teruk. 


13 Jun 2015 -  Pada hari ketiga, kulit terus mengering dan  mengupas dan banyak kawasan kulit sudah licin.. 
   
18 Jun 2015 - seminggu selepas rawatan bermula,, kulit kaki Puan Lia kelihatan
telah 80%  pulih

25 June - Kulit kaki Puan Lia hampir pulih menunggu sel kulit baru yang sempurna
menggantikan yang rosak. 

Penyembuhan dapat berlaku dengan lebih cepat sekiranya makanan dipantang. Pesakit juga perlu minum banyak air dan larutan cuka buah untuk membantu menyahtoksin dari badan. Penawar-penawar seperti propolis, minyak habbatus sauda, minyak kelapa dara dan juga madu kelulut perlu diamalkan untuk turut melawan bakteria atau kulat (fungus) yang berada di dalam tubuh.

Jangan lupa juga amalkan ayat-ayat syifa' terutamanya doa' Nabi Ayub a.s. Surah Al-Anbiya' ayat 83 dan Surah Az-Zumar ayat 23.

Perlu diingatkan, rawatan eczema harus dilakukan dengan nasihat pengamal profesional. Kebersihan paling diutamakan dalam rawatan eczema. Di Sistem An Nisaa, kami menggunakan madu kelulut yang fresh dan asli, dituai dan disimpan dengan cara-cara yang mengutamakan kebersihan (hygiene). 



Sistem An Nisaa
Sekseyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
 013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*