Saturday, November 21, 2015

Kunyit Kuasai Keradangan

Bismillahirrahmanirrahim | Qur'an, Stiker mobil

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda




Kunyit atau nama saintifiknya cucurma longa

Kunyit adalah salah satu daripada bahan makanan yang amat lazim digunakan dalam masakan Melayu dan India untuk memberi perasa dan juga warna kepada lauk-pauk tradisional. Kunyit atau nama saintifiknya Cucurma longa adalah dari keluarga Zingiberaceae iaitu adik-beradik halia juga. Oleh itu, boleh dikatakan kunyit ini termasuk juga dalam istilah  makanan (zanjabil) yang disebut di dalam Al-Quran (Surah Al-Insaan, ayat 17). Perkataan Zingiber itu berasal dari perkataan bahasa Arab zanjabil.

Surah Al-Insaan ayat 17. Perkataan "jahe" bermaksud halia (zanjabil) 

Seperti halia juga, kunyit mempunyai nilai perubatan yang sangat tinggi, terutama sekali dalam merawat keradangan. Banyak penyakit yang berpunca dari keradangan. Antara penyakit yang disebabkan oleh keradangan ialah serangan jantung, kanser, athritis (dan penyakit-penyakit auto-immune), ekzema, asthma, acid reflux dan banyak lagi penyakit-penyakit yang kita dengar setiap hari, termasuk juga penyakit Alzheimer. Penyakit kencing manis mengakibatkan pelbagai penyakit lain yang disebabkan oleh keradangan.

Oleh itu, kegunaan kunyit dalam merawat keradangan amatlah penting sebagai suatu alternatif. Bahan aktif dalam kunyit dikenali sebagai cucurmin. Selain dari sifat anti-radang, cucurmin juga antioksidan dan antivirus, antibakteria dan antikulat.


Kunyit (Cucurma longa) boleh dimakan begitu sahaja, direbus dan diminum sebagai teh. Tetapi  bahan cucurmin dalam kunyit dalam kadar yang sangat sedikit. Oleh itu, untuk tujuan merawat, pesakit perlu makan dalam jumlah yang agak banyak. Farmasi Online Sistem An Nisaa menyediakan ekstrak kunyit dalam bentuk serbuk dalam kapsul untuk mudah diamalkan.


Bahan cucurmin lebih mudah diserap di dalam usus apabila dimakan bersama lada hitam. Ini kerana bahan piperine di dalam lada hitam. 
Kunyit dan cucurmin adalah larut lemak oleh itu ia patut dimakan bersama lemak seperti minyak sayuran seperti minyak zaitun atau minyak kelapa dara, atau susu.
Kapsul kunyit dan lada hitam dari Sistem An Nisaa


Nota: Pesakit batu hempedu dan masalah saluran hempedu serta ibu mengandung tidak digalakkan mengambil kunyit sebagai perubatan.


RM80 untuk 150 kapsul











Sistem An Nisaa

Seksyen 4 Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya 
+6013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
dari wanita untuk wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
Essential Oils * Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*


No comments:

Post a Comment