Sunday, July 29, 2012

Sakanjabin - Permata dari Kitab Perubatan Islam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang
Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad saw 
serta ahli keluarganya

Image may contain: drink



Menurut World Health Organisation (WHO) terdapat 12,000 kategori penyakit dan 6000 penyakit yang jarang ditemui dari segi perubatan konvensional. Jumlah ini hanya merupakan anggaran sahaja antara penyakit yang diketahui.   

Semakin "maju" dunia ini, semakin banyak pula penyakit-penyakit ganjil dan masalah yang muncul. Dunia perubatan Barat dan yang dikatakan konvensional, dalam mencari dan mengkaji kes-kes yang semakin rumit, kadang-kadang dalam kerakusannya mencipta kaedah-kaedah dan ubat-ubatan yang memberi kesan sampingan, merbahaya di jangkapanjang, yang mengandungi unsur-unsur beracun dan/atau haram, yang merosakkan atau merubah DNA dan sistem-sistem tubuh semulajadi. Semakin banyak kita masukkan racun dalam bentuk  ubat-ubatan ini ke dalam tubuh, semakin  banyak penyakit baru dan ganjil yang akan menimbul. 




Sebagai seorang Islam, kita seharusnya menjadikan Al-Quran dan dan hadith-hadith sebagai petunjuk dan pegangan hidup kita supaya kita selamat dunia akhirat. Why not dalam segi perubatan juga kita terus berpegang kepada kedua bahan rujukan ini. After all, Allah swt yang menciptakan manusia, sudah tentunya Dia yang mengetahui bagaimana dan apa-apa cara-caranya untuk  menjaga kesihatan supaya kita dijauhi dari penyakit-penyakit.

Kaedah-kaedah rawatan dan penawar-penawar dalam perubatan Islam mungkin kelihatan terlalu ringkas dan sempoi bagi sesetengah orang, sehingga ada yang berpendapat bahawa tidak mungkin cara perubatan yang simple sebegini dapat merubati penyakit-penyakit "moden" zaman sekarang yang serba-serbi canggih. 

Tetapi bukankah tubuh manusia dan segala perisian dan sistem di dalamnya merupakan suatu "alat" yang paling canggih sekali yang pernah dicipta, dan tidak mungkin akan ada ciptaan yang lebih hebat atau canggih dari ini?

Cuka epal adalah bahan yang berasid tapi apabila di dalam perut
ia bertindak untuk mengalkalikan perut. Perut yang bersifat alkali adalah amat penting
untuk mencegah terbentuknya toksin dan racun yang akan menyebabkan
sel kita menjadi teroksid dengan unsur-unsur radikal bebas. 

Jadi sebenarnya kita tidak perlu lagi bersusah-payah mencari atau mencipta alat-alat dan ubat-ubatan yang akan "merawat" penyakit. Di dalam tubuh manusia sudah wujud farmasi yang lengkap dan sempurna, dan ada sistem-sistem semulajadi di mana sel-sel tubuh ada keupayaan untuk mengenali patogen-patogen (unsur-unsur yang membawa penyakit), melawannya dan merawat sel-sel yang rosak. Sekiranya sel-sel tidak dapat dibaikpulih, sel-sel ini akan dimusnahkan atau mati dengan proses yang dinamakan apoptosis.

Proses ini amat penting kerana sekiranya kurangnya berlaku kadar apoptosis ini, sel-sel yang telah rosak akan memusnahkan sel-sel yang lain yang boleh menyebabkan terjadinya kanser atau barah.    

Sakanjabin (Oxymel) merupakan penawar yang amat ringkas dan sedap rasanya. Ia adalah campuran madu asli dan cuka epal yang masing-masing mengandungi banyak enzim-enzim, dan kombinasi kedua unsur ini menghasilkan satu penawar yang terlalu hebat, menakjubkan dan berkesan mencegah dan merawat pelbagai penyakit termasuk kanser. 

Madu Tualang ialah salah satu daripada
ramuan utama penawar Sakanjabin. Ia mengandungi
empat kali lebih kandungan antioksidan  daripada
madu biasa.
Penawar yang disebut di dalam kitab perubatan Islam ini mampu menentukan agar proses apoptosis, dan juga sistem-sistem lain dalam tubuh berfungsi dengan baik. Menurut kajian-kajian yang dilakukan oleh Universiti Sains Malaysia (USM) madu mengandungi unsur-unsur perubatan terutamanya antioksidan yang akan mengaktifkan lagi sistem semulajadi "rawat-diri" tubuh. Tidak hairanlah mengapa madu dianggap begitu tinggi nilai dan khasiat perubatannya sehingga mendapat tempat di dalam kitab suci Al-Quranul Kareem.

Seorang doktor Dr. D.C. Jarvis telah melabelkan Sakanjabin ini sebagai satu panacea iaitu sesuatu yang menyembuhkan segala penyakit. Sila pergi ke link ini FarmasiIslamOnline untuk kegunaan penawar hebat ini.

  


Sistem An Nisaa
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya   
013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap & integratif:
Ayat Quran * Mandi * Bekam * Urut * Makanan Sunnah

No comments:

Post a Comment