Wednesday, October 9, 2013

Perak - Lambang Darjat, Pengaruh dan Kehormatan


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad Rasulullah SAW

serta keluarga dan sahabatnya.





Perak disebut di dalam kitab suci Al-Quran ul Kareem sebanyak empatbelas (14) kali, kebanyakannya tentang kegunaan cangkir-cangkir yang diperbuat daripada logam yang berharga ini. Namun demikian, kita diharamkan  menggunakan pinggan-mangkuk serta apa sahaja bentuk bekas minuman yang diperbuat dari perak.


Hadith-hadith pula banyak yang berkenaan dengan pembayaran zakat untuk barang-barang perak yang dimiliki, terutamanya matawang dirham. Zakat perlu dibayar sekiranya lebih dari 200 dirham dimiliki oleh seseorang itu.
Dirham Brunei daripada perak 99.9%

Adalah disahkan bahawa Rasulullah saw memakai sebentuk cincin perak, semata-mata kerana keperluan pada ketika itu. Cincin Baginda diukir dengan kalimah "Muhammad Rasulullah". Cincin ini digunakan untuk mengelak (seal) surat-surat Baginda kerana dikatakan ramai pemerintah tidak akan membaca surat-surat yang tidak ada sebarang tanda.

Baginda Rasulullah saw memakai cincinnya pada tangan kanan tetapi tidak selalu kerana cincin tersebut hanya bertujuan untuk mengelak surat-surat Baginda. Oleh itu, bagi lelaki, memakai cincin tidak diharamkan tetapi tidak juga digalakkan, terutamanya sekiranya memakai cinicin adalah untuk perhiasan atau lebih buruk lagi untuk menunjukkan kekayaan seseorang itu.

  


Kerangka pada Hajr-ul-Aswad diperbuat
dari perak dan di pahat dengan 7 batang paku perak

Perak merupakan logam yang mampu mempengaruhi kedudukan dan pandangan orang terhadap seseorang yang memilekinya. Menurut Maulana Ibn Qayyim al-Jawziyya dalam bukunya At-Tibb Nabawi, seseorang yang memiliki perak dianggap tinggi darjatnya dan dihormati dikalangan ramai. Oleh itu, barangan perak, selain dari matawang, tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk dimiliki kerana sifat rasa meninggi tidak patut ada pada orang-orang yang beriman.

Lebih penting, perak dianggap salah satu unsur penawar yang terhebat (ma'junat) terutama sekali apabila dicampurkan dengan madu dan za'faran. Ia membawa sesuatu kebahagiaan dan bermenafaat untuk menenangkan gemuruh, kerisauan dan kesedihan. Tidak pula diceritakan apa bentuk perak yang digunakan.  

Pada satu masa dahulu, satu kaedah perubatan yang menggunakan zarah-zarah perak yang halus bersaiz mikro atau nano yang terapung dalam cecair untuk merawat jangkitan bakteria dan ragi. Perak dalam bentuk ini dikenali sebagai colloidal silver. Walau bagaimana pun bahan bukti masih belum mencukupi untuk mengesahkan keberkesanan bahan ini.



Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *

No comments:

Post a Comment