Saturday, November 29, 2014

Sistem An Nisaa - Sistem Rawatan Lengkap, Integratif dan Islamik


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat ke atas Nabi Muhammad Rasulullah SAW
serta keluarga dan sahabat Baginda.



Di dalam kehidupan kita, semua urusan dan pekerjaan perlu dilaksanakan menurut satu sistem atau aturan yang ditetapkan, dan yang akan memastikan keputusan atau hasil yang terbaik dengan cara konsisten atau istiqamah. Begitu juga dengan rawatan, perlu adanya satu aturan yang telah ditetapkan, dan ini dikenali sebagai "standard operating procedures" atau SOP .

Sistem An Nisaa
Sistem An Nisaa dinamakan sedemikian kerana kaedah rawatan di sini dilaksanakan mengikut aturan yang tertentu, yang akan mendatangkan hasil atau keputusan yang terbaik yang diharapkan untuk setiap pesakit. Sistem atau aturan yang dipraktikkan adalah menurut kaedah-kaedah perubatan Islam yang diajar, dibenarkan atau digunapakai oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW untuk diri Baginda sendiri atau semasa merawat ummatnya.

Untuk penyakit dan masalah yang kronik atau berat, sistem rawatan yang ditetapkan oleh Sistem An Nisaa terdiri dari langkah-langkah berikut:

1 - Ruqyah dan Surah Diri
Ayat-ayat Quran akan dibacakan pada pesakit dan mereka akan diberikan surah diri  yang dipilih khas untuk setiap pesakit untuk tempoh dan peraturan yang tertentu. Surah diri bukan sahaja untuk merawat penyakitnya sahaja tetapi untuk membetulkan setiap aspek perjalanan kehidupannya dari segi peribadi, perhubungan dengan Allah, perhubungan sesama manusia, kerjaya dan rezekinya, dengan izin Allah. 

2 - Mandi Limau
Pesakit dikehendaki untuk mandi selama lapan hari berturut-turut. Di klinik Sistem An Nisaa, pesakit dimandikan sekali, dan untuk tujuh hari seterusnya, pesakit akan mandi sendiri di rumah.


Mandian limau adalah penting untuk pembersihan spiritual sebagai pemulaan rawatan. Dalam minyak limau yang wangi dan kuat baunya ada hormon-hormon yang bertindak sebagai agen menyahkan unsur-unsur dan tenaga-tenaga negatif pada pesakit. Mandian limau dengan air yang sejuk menghasilkan ion-ion negative yang akan menyahkan tenaga -tenaga negatif di persekitaran.

Pesakit-pesakit yang bermasalah dikehendaki membuat mandian ini, tetapi sesiapa yang ingin membersihkan diri dengan mandian ini digalakkan membuat demikian.
3 - Bekam



Berbekam adalah rawatan yang diutamakan dalam
perubatan Islam kerana faedahnya terlalu banyak.
Berbekam merawat gangguan, penyakit dan masalah 
secara holistik, iaitu dari aspek spiritual, emosi, mental dan fizikal. Baca tentang faedah berbekam di sini.



4 - Penawar yang terdiri dari makanan sunnah mengikut keperluan pesakit.


Allah SWT telah berfirman dalam pelbagai surah dalam Al-Quran tentang makanan-makanan yang disediakan untuk hamba-hambaNya sebagai penawar dan rezeki. Di antaranya, madu, buah zaitun, buah kurma, buah tin, buah anggur, susu dan sebagainya, kesemuanya adalah penting untuk menjaga kesihatan kita maupun untuk merawat penyakit. Banyak kajian yang dilakukan oleh ahli kajian universiti dalam dan luar negara menunjukkan madu dan habbatus sauda dapat membasmi virus dan bakteria serta sel kanser.

5 - Konsultansi
Perawat di Sistem An Nisaa akan mengambil masa tidak kurang dari 1 jam bersama setiap pesakit untuk menyelami punca masalah, penyakit atau gangguan yang dialaminya. Ini adalah penting untuk mencegah masalahnya dari berulang. Pencapaian yang disasarkan ialah rawatan lengkap dan tepat (complete and precision healing). Ini adalah kerana objektif kami ialah untuk membantu pesakit dalam mencapai kebahagiaan dalam kehidupannya dari semua aspek. Apabila seseorang itu merasa tenang dan bahagia, barulah ibadahnya menjadi suatu nikmat. 

Kehidupan yang tenang dan bahagia tidak semestinya seseorang itu tiada masalah dan tiada kekurangan dalam hidupnya. Tetapi dia mampu tenang dan bahagia kerana dia ada kekuatan keimanan untuk menerima seadanya, redha dan pasrah, ikhlas dan bersyukur pada Ilahi.
 


Kaedah rawatan yang menyeluruh dan lengkap 
yang mampu merawat kesemua penyakit, gangguan dan masalah, 
hanyalah dengan cara perubatan Islam 
yang mengikut 
sistem yang lengkap, teratur dan integratif,
dan semuanya dengan izin dan kuasa Allah SWT.  










Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.

Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya 
016 - 28 91 579 
013- 62 60 369 
sistemannisaa@gmail.com  


Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:

Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu *

No comments:

Post a Comment