Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Pemurah
Selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW
serta keluarga dan sahabatnya.
Syukur pada Allah swt, Sistem An Nisaa kini dengan izinNya dapat mengeluarkan satu lagi penawar iaitu Madu Tualang dengan Ekstrak Kayu Manis.
Seperti yang kita tahu, madu tualang nusantara adalah yang terbaik bagi kita di rantau ini, dan kandungan antioksidannya pula tinggi dan setanding dengan madu terkemuka dari Australia. Madu Tualang dihasilkan oleh lebah liar apis dorsata yang tidak boleh diternak.
Kayu manis juga mengandungi banyak antioksidan seperti polyphenol dan terdapat kompaun-kompoun yang tinggi nilai perubatannya. Selain dari antioksidan, kayu manis juga adalah:
- anti-radang (anti-inflammatory)
- antidiabetis
- antimikrob
- antibarah
- penurun lemak (lipid)
- mengandungi kompaun penurun penyakit kardiovaskular
Kajian juga menunjukkan kayu manis menunjukkan aktiviti mencegah masalah neurologi seperti Parkinson's dan Alzheimer's disease.
Hebatnya rempah ini yang turut disebut di dalam kitab perubatan Islam. Bahan yang menjadikan kayu manis ini sebagai bahan perubatan dikenali sebagai cinnamaldehyde. |
Gabungan madu asli yang penuh dengan enzim dan asid amino bergabung dengan baik dengan kayu manis untuk menghasilkan satu penawar yang amat hebat. Rasanya pula masya Allah, sedap tidak terkata. Alangkah indahnya Islam, penawar yang mampu merawat dan mencegah penyakit, termasuk yang kronik, sungguh nyaman dan mudah serta terasa nikmatnya untuk diamalkan.
Disamping itu, tiada kesan tindakbalas yang negatif atau jangkapanjang pada mana-mana organ-organ selagi penawar ini tidak diambil dengan berlebihan kerana komposisi makanan adalah hampir serupa dengan biologi tubuh manusia.
Antara kebaikan gabungan madu dan kayu manis adalah seperti berikut:
- meleraikan sumbatan dalam arteri jantung
- melawan bakteria yang menyerang saluran pundi kencing yang menyebabkan keradangan (cystitis)
- mengekang keradangan sendi tulang (athritis)
- membantu penghadaman dan mengelakkan perut kembung dan angin
- melawan bakteria yang menyerang gigi dan gusi
- melawan bakteria yang menyebabkan jerawat batu
- melawan bakteria yang menyebabkan batuk
- memberi tenaga dan meningkatkan sistem imun
Nota:
Rencana ini bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan bukan untuk memberi preskripsi untuk sebarang penyakit dan masalah. Dapatkan nasihat dari doktor atau pengamal perubatan yang bertauliah untuk rawatan yang sempurna.
Untuk membuat pesanan, sila melawat Farmasi Islam Online di sini!
Untuk membuat pesanan, sila melawat Farmasi Islam Online di sini!
Dr. Aniza Zain Ahmed, MD Alt. Med.
Sistem An Nisaa
2A-1 Jalan Teknologi 3/6C, Sunsuria The Core, 47810 Petaling Jaya
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369
016 - 28 91 579 / 013- 62 60 369
sistemannisaa@gmail.com
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik
untuk wanita dari wanita:
untuk wanita dari wanita:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Tradisional Melayu * Surah/Profil Diri*
No comments:
Post a Comment