Thursday, October 24, 2013

Tips Memileh Pembekam Dan Tempat Bekam

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang


Beberapa pasyen telah mengadu kepada saya tentang pengalaman mereka, saudara mereka atau sahabat mereka berbekam di tempat-tempat atau orang-orang yang tertentu. Hal ini amat mengecewakan saya kerana amalan bekam mendapat nama yang tidak baik, walhal ia merupakan kaedah perubatan utama dalam sistem perubatan Islam dan kesannya amat hebat sekali.

Lantas saya rasa saya perlu memberi peringatan dan sedikit tips di sini supaya mereka yang berhajat untuk berbekam akan mendapat rawatan dan perkhidmatan yang sempurna dan terbaik insya Allah. Saya langsung tidak berniat untuk mengganggu periuk nasi pembekam lain, tetapi demi untuk kebaikan dan mempertahankan kemurniaan dan kehebatan rawatan bekam saya perlu bentangkan beberapa amalan yang melanggar etika dalam perubatan bekam.

Perkara-perkara yang perlu di pertimbangkan apabila memileh tempat bekam ialah seperti berikut:

Tempat bekam 
Bekam sepatutnya dilakukan di dalam kawasan yang elok tertutup sebaik-baiknya di dalam bilik. Dalam etika berbekam sebenar, membuat rawatan di khalayak ramai secara terbuka tidak dibenarkan.

Kebersihan



Bekam perlu dilakukan di mana terdapat 
bekalan air yang mengalir iaitu paip air yang berdekatan. Tempat, peralatan dan tukang bekam perlu sentiasa berada dalam keadaan yang steril dan tanpa air, agak susah untuk memastikan keadaan yang benar-benar hygienic.










Peralatan
Pisau atau lancet yang digunakan wajib dipakaibuang iaitu penggunaan satu bilah untuk satu orang sahaja.


Bilangan cawan
Seperti refleksologi dan akupunktur, bekam juga ada titik-titiknya yang tertentu. Bekam tidak perlu dibuat pada seluruh permukaan kulit seperti gambar di sebelah ini. 

Terutama sekali untuk mereka yang pertama kali berbekam, adalah lebih baik bermula dengan bilangan yang kecil sahaja dahulu. Jika bekam kena pada titiknya yang betul terutamanya titik-titik yang sunnah, tujuh (7) cawan pun sudah mencukupi untuk mendapatkan kesan yang positif.

Antara titik bekam yang sunnah ialah:

1. Kepala (1 titik)
2. Pangkal tengkuk (1 titik)
3. Kedua bahu (2 titik)
4. Kedua belah pinggul (2 titik)
5. Betis (2 titik)
6. Sisi leher (2 titik)


Bayaran *PENTING*
Pastikan berapa bayaran yang dikenakan untuk perkhidmatan bekam. Jika harga mengikut bilangan cawan, bincang terlebih dahulu dengan pembekam bilangan cawan yang akan digunakan dan tetapkan tempat-tempat yang akan dibekam.

Tukang Bekam
Buat sedikit penyelidikan tentang kemahiran dan pengalaman pembekam. Proses membekam agak mudah dan boleh dipelajari dengan sendiri tetapi ada tekniknya yang perlu dipelajari oleh guru-guru yang bertauliah dan berpengalaman.

Sebaik-baiknya cari pembekam lelaki untuk membekam kaum lelaki dan pembekam wanita untuk membekam kaum wanita. 

Wallahua'lam bissowab.




Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *





1 comment: