Friday, July 13, 2012

FAQ Tentang Bekam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengaseh Lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW serta keluarganya


Di dalam post sebelum ini, saya telah membentang kebaikan-kebaikan mengamal bekanm sunnah, dan di antaranya kebaikan yang saya langsung tidak menjangka. Setelah mengalami perubahan positif yang begitu ketara, saya terus memohon belajar dengan Guru Utama Bekam Ustaz Hj Ibrahim Mokhsein dari Pusat Bekam Al-Yakin, yang mana isterinya Ummu telah membekam saya selama dua tahun.


Guru Utama Bekam Ustaz Haji Ibrahim Hj Mohsein

Di antara kes yang saya menghadapi semasa belajar dengan beliau termasuk kes barah otak, leaukemia dan sudah tentunya barah payudara. Saya amat terkejut dan kagum dengan kaedah bekam ini kerana kes congenital seperti cerebral palsy juga dapat di atasi. Saya masih ingat satu kes di mana ibubapa membawa anaknya untuk rawatan bekam kerana ingin mengurangkan masalah respiratory yang mana anak tersebut ada masalah makan, minum dan bernafas kerana paru-parunya penuh dengan kahak. Mereka terkejut kerana setelah berbekam beberapa kali bukan sahaja masalah kahak berkurang malah anak tersebut lebih mudah tidur, dan anggota badan lebih relax (biasanya anggota badan pesakit cerebral palsy mengeras ataupun longlai). 


Apabila saya menceritakan tentang berbekam, banyak juga persoalan dan komen yang ditujukan kepada saya. Antara yang paling common adalah seperti berikut:-

Sakit tak bekam?
Kalau saya kata tak sakit langsung, bohong lah saya. Sudah pasti ada rasa sedikit apabila ditoreh, tetapi ada juga yang kata "tak sakit langsung", "macam dicakar kucing", "cakar kucing pun lagi sakit", "geli aje" pun ada. Tapi bagi saya, walau macam mana pun, kelegaan yang dinikmati setelah berbekam amat berbaloi, tak dapat dibandingkan dengan sakit yang sikit sangat masa ditoreh.

Lagipun, tempat yang hendak dibekam divacuum dulu dengan cawan bekam. Ini adalah anaesthesia (ubat kebas) cara semulajadi dan apabila ditoreh, kadang-kadang tidak ada rasa apa-apa pun, atau rasa sedikit sahaja.

Kadang-kadang, jika pesakit banyak masalah dan angin di sesuatu tempat, dia akan rasa sedikit perit sedikit semasa divacuum dengan cawan. Tetapi ini dapat dikawal oleh pembekam ikut keselesaan pesakit. Setelah ditoreh, darah kotor dan angin keluar, dan keperitan itu sudah tiada lagi, yang dirasa hanya kelegaan yang amat dan ringan tubuh badan.

Apa yang patut diutamakan, dalam fikiran kita, ini adalah suruhan Nabi Muhammad Rasulullah saw, dan jika kita mengakui cinta pada Allah, kita sepatutnya cinta pada Rasulullah saw, dan bukti cinta kita pada Rasulullah saw ialah mengamal sunnuah-sunnahnya.

Berbekam juga merupakan satu jihad, kerana dengan berbekam, kita melawan syaitan. Dan melawan syaitan selain dari nafsu adalah satu jihad yang besar.  

Selamat tak berbekam?
Berbekam adalah satu kaedah rawatan yang paling selamat. Torehan yang dibuat cuma di kulit luaran sahaja. Berbekam bukan satu prosedur yang invasive. Darah yang keluar bukan kerana torehan yang dalam tetapi kerana sedutan vacuum cawan bekam.

Dari segi hygiene bagaimana?
Di klinik saya, saya menggunakan sebelah pisau cukur sekali sahaja untuk seorang pesakit sahaja. Setelah diguna, pisau tersebut terus dibuang.
Cawan dibasuh tiga kali semasa proses bekam dan setelah selesai dengan satu pesakit, cawan-cawan dibersih dengan pencuci yang mengandungi Tea Tree Oil, iaitu antiseptik semulajadi yang sangat berkuasa. Setelah dicuci, cawan-cawan disteril lagi dengan disinfectant yang juga mengandungi Tea Tree Oil.
Kami gunakan produk Melaleuca untuk mencuci dan membasmi kuman pada pesakit dan semua peralatan bekam. Melaleuca ialah tea tree oil yang bersifat pembasmi kuman dan bakteria yang sangat kuat tetapi selamat kerana ia berasaskan tumbuhan. Harganya agak mahal tapi tidak mengapa. Yang penting kebersihan, steril, selamat dan pesakit sejahtera dengan kehendak Allah.



 Selepas dibasuh, cawan-cawan di masukkan ke dalam alat steriliser (di bawah) yang menggunakan radiasi untuk membunuh kuman dan bakteria.




Pesakit boleh memilih untuk membawa set bekam sendiri atau menggunakan set persendirian yang boleh didapati di klinik Sistem An Nisaa.

Elakkan berbekam di tempat-tempat awam di mana tiada air mengalir untuk mencuci cawan-cawan dan tukang bekam tidak ada tauliah untuk berbekam.


Bilik Rawatan klinik Sistem An Nisaa yang dijadikan tempat yang tenang dan selesa supaya pesakit merasa berada dalam spa. Ketenangan semasa membuat rawatan holistik amat penting supaya proses penyembuhan dapat berlaku dengan sempurna.


Nanti berparut tak badan saya?
Kesan torehan sangat halus dan biasanya akan hilang dalam 2 hari hingga seminggu. Sekiranya ada masalah pada sesuatu tempat, kesan torehan akan mengambil masa yang lebih lama untuk hilang, mungkin hingga sebulan. Tetapi ini adalah petunjuk yang penting agar rawatan susulan dibuat sebelum penyakit atau masalah yang lebih serious menyusul. 
Kesan torehan akan mudah baik dan terus hilang jika disapu dengan minyak habbatus sauda atau minyak vitamin E.

Saya takut jadi ketagih dengan bekam.
Ya memang benar jika sesuatu yang membuat kita rasa selesa dan bahagia, kita akan rasa hendak sentiasa melakukannya. Tetapi berbekam adalah sunnah, membawa terlalu banyak kebaikan dan tiada kesan sampingan langsung. Jadi tiada salahnya jika kita inginkan sesuatu yang baik. Dan setelah berbekam beberapa kali, kita akan dapat rasa bezanya dengan sebelum berbekam. Ada sesetengah orang suka pergi ke gym, dan setelah beberapa lama dia workout, dia akan rasa sihat dan mula rasa ada "ketagih" hendak ke gym. Jika tak pergi seminggu, dia akan rasa gelisah, jadi dia akan terus pergi ke gym untuk maintain tahap kesihatannya. Begitu juga dengan berbekam.

Berapa kerapkah saya kena berbekam?
Di klinik Sistem An Nisaa, rawatan asas merupakan bekam secara berperingkat dalam 3 sesi:
1) Kepala, bahu, belakang/pinggang dan kaki (titik-titik yang sunnah)
2) Bahagian dada dan lambung, bahagian lutut
3) Bahagian pinggang (lower back) atau abdomen mengikut keperluan keadaan pesakit dan seluruh bahagian kaki.


Untuk kes yang lebih serious, 6 sesi  diperlukan. Untuk kes kronik seperti kanser, rawatan susulan setiap minggu perlu dibuat sekurang-kurangnya untuk 6 bulan berturut-turut. Pesakit juga akan diberi nasihat tentang pemakanan Sunnah dan lain-lain rawatan seperti mandian dan bacaan ayat-ayat al-Quran.

Untuk maintenance, bekam boleh dibuat sekali dalam sebulan, dua bulan atau 3 bulan.

Berapakah kos untuk berbekam?
Hanya RM70 untuk setiap sesi. Secara amnya 9 hingga 13 cawan digunakan. Untuk kanak-kanak atau dewasa yang lemah di mana hanya 3-4 poin boleh dibekam, kosnya ialah RM50 setiap sesi.
Kos yang sangat kecil berbanding dengan kos ubat-ubatan dan rawatan di hospital sekiranya diserang penyakit kronik, na'uzubillahi min zalik.



Untuk mendapatkan rawatan bekam Muslimah secara sunnah,
hubungi Cik Marzia Whatsapp/SMS 016-289 1579. 


Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *




5 comments:

  1. Salam Mak Su,

    Klinik kat masih kat tempat lama tu ke? teringin nak berbekam lagi. Yang kos RM50 tu, tak kira berapa cawan ke cemana? sbb kebanyakkan tempat lain, mereka charge ikot berapa banyak cup dan bukan ikot sesi.

    ReplyDelete
  2. Salam Romzi, klinik Maksu sekarang di Nusa Subang/Bandar Pinggiran Subang. Boleh pergi ke link bit.ly/an-nisaa untuk alamat penuh dan maklumat lain. Ye betul, RM50 tak kira berapa cup, biasanya dalam 5-7 cup ikut kesesuaian/keperluan pesakit. Kalau dah biasa bekam boleh tambah lagi cup. Tapi masih RM50.:-)

    ReplyDelete
  3. Salam, saya beroperasi di 10-1 Jalan Suria U5/T, Nusa Subang, Bandar Pinggiran Subang, 47810 Petaling Jaya. Sila layari
    bit.ly/an-nisaa untuk mendapatkan lokasi dan kodinat GPS.

    Sekiranya puan ingin datang, sila SMS dulu untuk buat temujanji. Terima kasih. Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Salam..pertanyaan..teknik masih sama seperti tuan hj ibrahim iaitu guna pisau atau guna jarum

    ReplyDelete