Friday, July 13, 2012

Stevia - The Feel Good Factor

Stevia - kebaikannya lebih jauh dari sekadar pemanis alternatif. Nilai perubatannya menjadikan herba ini penawar yang penting dalam kaedah rawatan Sistem An Nisaa.

Daun stevia biasanya digunakan sebagai pemanis alternatif dalam makanan dan minuman, samada di rumah maupun di dalam industri memproses pemakanan. Sifatnya yang tidak mengandungi kalori, karbohiderat dan sukros menjadikannya pilihan pesakit kencing manis yang inginkan sedikit kemanisan di dalam makanan mereka.

Namun di dalam klinik Sistem An Nisaa, stevia diberi kepada pesakit kencing manis bukan untuk memberi kemanisan dalam hidup mereka, tetapi juga sebagai bahan, atau penawar untuk mengawal kandungan gula dalam darah. 

Stevia bertindakbalas ke atas saraf otak di bahagian medulla oblongata (brain stem), iaitu bahagian pangkal otak yang bersambung dengan saraf tunjang dalam tulang belakang. Fungsi mengimbangkan pencernaan hormon, enzim, asid amino dan semua tindakbalas kimia adalah amat penting supaya setiap sistem tubuh berfungsi pada tahap optima. 

Medulla juga bertanggungjawab untuk mengatur rentak jantung dan pengaliran darah. Di dalam perubatan Islam, darah merupakan unsur yang diutamakan dalam apa jua keadaan dan pengaliran darah yang baik amat genting dalam penjagaan kesihatan. 

Selain daripada itu, keseimbangan bio-rhythm kita yang berpengaruh ke atas mood kita, terutamanya wanita amat penting kerana ketidakstabilan emosi mendatangkan pelbagai masalah dalam mengawal dan menguruskan kehidupan harian dan perhubungan kita dengan keluarga, sahabat dan rakan sekerja.



  

 Farmasi Sistem An Nisaa Online's Profile Photo

 

No comments:

Post a Comment