Siri Rawatan Kecantikan Kulit Sistem An Nisaa
Rawatan kulit Sistem An Nisaa terdiri dari Lulur Ar Rayna dan Minyak An Nur Al Wajhi. |
Berasaskan bahan-bahan yang disebut di dalam Al-Quran, hadith serta kitab perubatan Islam, produk-produk di dalam Siri Rawatan Kecantikan Kulit Sistem An Nisaa adalah selamat untuk digunakan tanpa sebarang bahan kimia, bahan sintetik atau pengawet.
Sifat anti radang dan pelindung kulit yang ada pada beras akan menghasilkan kulit yang halus, dan bila digunakan secara konsisten, mampu mengurangkan tanda-tanda penuaan pada kulit wajah. Toner, astingent atau freshener tidak diperlukan kerana beras perang juga bertindak untuk meredakan dan menyegarkan kulit. Lulur Ar Rayna juga mengandungi herba jintan (fennel) yang merupakan antiseptik semulajadi, melembutkan kulit dan mengurangkan kedutan.
Beras perang bukan sahaja baik dimakan malah khasiatnya memberi menafaat kepada kulit wajah kita.
Cara-cara menggunakan Lulur Ar Rayna
1. Untuk kulit yang tiada jerawat atau sebarang keradangan, basahkan kulit dengan air. Ambil sedikit Lulur Ar Rayna dan secara perlahan-lahan gosok pada kulit. Bilas dengan air sehingga bersih.
2. Untuk kulit yang bermasalah, berjerawat atau sensitif, ambil sedikit Lulur Ar Rayna dan campurkan dengan cukup air sehingga ramuan menjadi seperti losyen. Cuci muka dengan larutan ini tanpa menggosok. Kulit akan terasa sangat bersih dan lembut.
Jintan (fennel) mengandungi antioksidan dan bahan antiseptik disamping bahan-bahan lain yang boleh merawat kulit muka. |
Minyak An Nur Al Wajhi merupakan pelembap dan pelindung kulit, dan juga sebagai pencuci muka. Terdapat empat jenis minyak asas iaitu minyak zaitun extra virgin, minyak biji anggur, minyak habatus sauda dan minyak Vitamin E, semuanya merupakan minyak yang tinggi kandungan antioksidannya dan mempunyai keupayaan untuk membaikpulih sel. Ini bererti ia juga agen anti-penuaan.
Apabila digunakan selepas Lulur Ar Rayna minyak ini amat mudah meresap ke dalam kulit dan kelembapan akan dikekalkan. Minyak sayuran amat mudah diserap oleh kulit berbanding dengan losyen dan krim muka yang kebanyakannya menggunakan minyak mineral atau gliserin yang boleh memudharatkan dalam jangkamasa panjang.
Minyak Minyak An Nur Al Wajhi mengandungi minyak pati bunga (essential oil) yang merawat pelbagai masalah kulit muka seperti Bergamot, Juniper, Geranium dan banyak lagi.
Cara menggunakan Minyak An Nur Al Wajhi
Setelah membersihkan kulit muka dengan Lulur Ar Rayna, lap dengan tuala yang bersih dengan menekapkannya pada kulit muka. Sapukan kulit dengan 2 titik Minyak An Nur Al Wajhi pada seluruh muka kecuali bahagian mata. Jangan gunakan tekanan dan jangan gunakan pergerakan ke bawah. Sapu sambil tarik permukaan kulit ke atas. Minyak akan menyerap masuk dalam masa sekejap sahaja. Guna bedak atau foundation seperti biasa.
Minyak An Nur Al Wajhi juga boleh digunakan sebagai pencuci muka. Minyak zaitun merupakan agen pembersih yang amat baik selain dari pati bunga yang terdapat di dalam minyak ini. Caranya ialah dengan menggunakan dalam 5-6 titik minyak dan dengan jari, gunakan pergerakan bulatan kecil pada kulit sambil mengurut perlahan-lahan. Bersihkan bibir juga. Gunakan kapas atau tisu yang lembut untuk membuang minyak pada kulit dengan menggunakan pergerakan ke atas. Bersihkan kulit dengan Lulur Ar Rayna. Pembersihan kulit begini boleh dilakukan sekali dalam seminggu.
Sistem An Nisaa
Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)
Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya
016-289 1579 / 013- 62 60 369
Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *
* Urut Traddsional Melayu *
Pemborong produk kecantikan Dr Rochelle Skin Expert, diperbuat dari bahan alami berkualitas tinggi. Berkesan untuk pemutihan yang nyata, menghaluskan kulit wajah, mencerahkan dan mengecilkan pori-pori di muka.
ReplyDeleteCara Order : SMS/Whatsapp Azwan 0123796229 / 0129381556. Chat BBM 21950D17
Sila kunjungi website kami http://rochelleskincaremy.com