Monday, October 29, 2012

Kerana Nyamuk Kelambu Dibakar - Apakah Racun Yang Sebenar

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Salam dan Selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad
Rasulullah SAW serta keluarganya.

Kini semakin ramai orang yang sangat mementingkan kesihatan dan menjaga pemakanan mereka dengan rapi. Ini adalah sesuatu sikap yang amat baik.  Tetapi yang agak menyedihkan, dalam usaha mereka untuk menjaga kesihatan, ada yang menjauhkan diri daripada makanan-makanan sunnah, dengan mengatakan makanan tersebut juga memudharatkan kesihatan.

Kepercayaan ini mungkin timbul disebabkan oleh kurang atau salah maklumat atau pun propaganda. 

Hakikatnya, tidak mungkin Rasulullah SAW, insan yang paling hebat dari segi akal fikiran, dan yang mendapat wahyu dan ilham dari PenciptaNya mengamal dan/atau menggalakkan ummahnya memakan sesuatu makanan.

Namun tidak dinafikan bahawa ada makanan sunnah yang telah dicemarkan atau telah berubah kebaikan menjadi mudharat oleh kerana kerakusan sifat dan perbuatan manusia sendiri. Makanan diproses dan diluntur dengan menggunakan bahan-bahan kimia dan ditambah dengan pelbagai bahan sintetik. Akhirnya makanan yang berkhasiat bertukar menjadi mudharat.

Di antara makanan sunnah yang ditakuti manusia kerana dikatakan memudharatkan ialah:

MADU
Hampir kesemua umat Islam mengetahui yang madu telah disebut di dalam Al-Quran dan Allah SWT telah berfirman yang ianya merupakan penawar untuk pelbagai jenis penyakit. Ayat 69 dalam Surah An-Nahl tentang madu merupakan ayat Muhkamaat, iaitu ayat yang maksudnya jelas, nyata dan tidak perlu ditafsirkan dengan panjang lebar.

Namun ada yang masih ragu-ragu tentang keberkesanan madu dari segi perubatan. Kemungkinan, besar puncanya  kerana terdapatnya madu tiruan atau sintetik yang terlalu banyak dijual dalam pasaran. 

Hakikatnya dengan sedikit usaha, ilmu dan kajian, kita boleh mendapatkan madu yang benar-benar asli. Salah satu cara kita boleh menguji sendiri keaslian madu adalah dengan kaedah applied kinesiology, iaitu satu kaedah "muscle testing" yang menggunakan sistem reflex otot-otot yang tersedia ada dalam tubuh badan manusia.


Applied kinesology - salah satu cara mudah untuk
menguji samada madu itu asli atau tidak.

Pesakit kencing manis juga merasa gerun untuk makan madu, tetapi kajian klinikal yang dibuat oleh Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian telah menunjukkan bahawa madu tidak menyebabkan gula dalam darah meningkat, malah madu lebih menstabilkan kandungan gula dalam darah.

Madu juga merupakan agen merawat luka akibat dari amputasi atau kecederaan pada pesakit kencing manis yang luarbiasa keberkesannannya. Hospital USM di Kubang Kerian menggunakan Madu Tualang untuk merawat kudis dan luka pesakit kencing manis dengan berjaya.
   
GARAM
Ramai orang tahu yang garam adalah merbahaya untuk kesihatan kerana garam akan menyebabkan tekanan darah tinggi. 

Tetapi ramai juga yang tidak mengetahui bahawa garam adalah sunnah dan diamalkan oleh Rasulullah SAW sebelum makan makanan yang lain. Mengapa pula Rasulullah mengamalkan sesuatu yang boleh memudharatkan kesihatan?

Jawapan sebenarnya, garam yang Baginda SAW amalkan dahulu adalah garam organik, iaitu samada garam laut atau garam bukit yang asli, tulin dan bersih. Garam organik atau garam asli mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia, lebih banyak dari unsur-unsur yang terdapat dalam air mineral. Dan mineral-mineral ini sangat memenafaatkan dalam meningkatkan dan mengoptimakan semua fungsi sistem tubuh. Sel, tisu, organ dan sistem keseluruhannya akan berfungsi dengan lancar dan baik.

Tetapi lain dengan garam yang didapati sekarang. Laut sekarang sangat tercemar oleh itu garam yang didapati perlu dibersihkan dan diluntur untuk kelihatan putih dan bersih. Proses pelunturan  inilah yang mengakibatkan semua mineral penting terbuang, yang tinggal hanya sodium dan klorida. Sodium tanpa mineral lain memang merbahaya kerana ia memekatkan darah dan kandungan asid tinggi. 

Namun masih ada lagi garam yang bersih kerana ianya terdapat di dalam gua atau bukit dan tidak terdedah kepada pencemaran. Garam ini adalah garam bukit yang terdapat di Pakistan atau dikenali sebagai Garam Kristal Himalaya. Garam ini mengandungi 88 mineral, dan garam ini sebenarnya mampu mencairkan darah dan menstabilkan tekanan darah. 


NASI
Nasi juga merupakan makanan sunnah, apatah lagi padi sesuai ditanam di bumi Malaysia ini. Jadi ia merupakan makanan yang terbaik untuk kita dari segi genetik, bukan soya atau gandum.

Beras juga mengalami nasib yang sama seperti garam. Beras perang adalah yang terbaik dari segi khasiat dan kebaikan tetapi oleh kerana dikatakan "lebih cantik" dan "lebih sedap" apabila kulitnya diluntur, beras putih lebih digunakan dalam pemakanan kita. Dan apabila manusia mengalami kegemukan dan mengidap kencing manis, nasi pula disalahkan.


Nasi merupakan sumber kabohiderat yang terbaik bagi orang Asia dan tidak harus ditinggalkan kerana "nak kurus". Apa yang perlu dilakukan ialah:

-makan secukupnya sahaja dan tidak berlebihan

-makan pada awal hari

-makan beras perang

-berjalan selepas makan nasi. Sunnahnya ialah 40 langkah tetapi perut manusia sekarang dimasuki bahan-bahan yang berat dan banyak jadi 40 langkah mungkin tidak begitu mencukupi. 

-jangan makan nasi bersulam air

-elakkan "penambah selera" seperti sambal belacan, budu dan cencaluk


Isy, isy..sedap nyer,,mesti tak genap kalau sepinggan saja kan...


ROTI GANDUM


Roti merupakan salah satu makanan dari hasil gandum yang menjadi kegemaran Rasulullah SAW. Tharid iaitu sejenis bubur yang dibuat dari roti dan daging juga dinilai begitu tinggi oleh Baginda. 

Roti yang digemari oleh Rasulullah SAW diperbuat daripada gandum perang iaitu gandum wholewheat. Baginda tidak makan gandum atau roti putih. 
Gandum perang cepat menjadi masam dan oleh itu pengusaha mencari cara mudah untuk mengatasi masalah itu dengan membuang sekamnya. Namun seperti juga garam dan beras, dengan proses pelunturan itu bukan sahaja gandum kehilangan khasiat dan kebaikannya seperti serat, tetapi hasilnya iaitu gandum putih menjadi toksik dan beracun kerana bahan peluntur dan ditambah dengan vitamin sintetik.

Pemerosesan gandum juga menambahkan gluten iaitu sejenis protin. Ada sesetengah orang mengalami masalah alah pada gluten ini (gluten intolerance) dan akan mengalami simtom seperti migaine, kelesuan, sakit dan kembung perut, masalah otot-otot, sendi, tulang dan sebagainya.
  


 DAGING
"In the Sunan of Ibn Maja, from hadith of Abu al-Darda', from Messenger of God SAW, it says: The chief food of the people of this world and the people of Paradise is meat."

From hadith of Burayda (marfu'): The best seasoning in this world is meat."

And it is said, on the authority of 'Ali, that if anyone refrains from eating it for forty days, his character deteriorates. 

Di dalam kitab perubatan, pelbagai daging disebut termasuk daging kambing, biri-biri, lembu, unta dan lain-lain lagi. Yang penting, nyata daging merupakan makanan yang dianugerahkan kepada hamba-hambaNya untuk dinikmati bukan sahaja untuk kelazatannya bahkan untuk kebaikan ingatan (memory) dan membentuk karakter yang baik. 

Kita tidak perlu takut kepada mudharat memakan daging jika kita amalkan yang berikut:

- Elakkan dari makan daging dari binatang yang sudah tua atau kurus.

- Jangan makan daging bersama ikan. Enzim-enzim penghadaman tidak dapat mencerna lebih dari satu jenis protin daging dalam perut. Akibatnya banyak toksin dan asid terhasil.

- Jangan makan terlalu banyak (daging). 

- Amalkan mengambil sedikit garam sebelum makan daging.

- Minum cuka buah atau tambahkannya di dalam menu. Rasulullah SAW       amat gemar memakan daging yang dicicahkan dalam cuka. Cuka dapat memecahkan rangkaian protin kepada molekul-molekul yang lebih kecil.

- Makan sedulang dengan orang lain (cara makan begini adalah sunnah). Kombinasi enzim-enzim dari jari-jari setiap individu membantu dalam pencernaan makanan.


Rasulullah SAW lebih gemar pada bahagia hadapan hadapan terutamanya bahagian
kaki iaitu bahagian "Forearm" dalam gambarajah atas. Daging bahagian hadapa dikatakan lebih baik dari bahagian belakang dan daging sebelah kanan adalah lebih baik dari daging di sebelah kiri.


SUSU


Susu adalah di antara minuman yang terdapat di Syurga di mana ia mengalir seperti sungai untuk dinikmati oleh penghuni-penghuni di sana.  Jika sesuatu makanan itu mendapat tempat di dalam Kitab suci Al-Quran, sudah tentunya ia mengandungi rahsia zat dan kebaikan.

Tetapi seperti kebanyakan makanan lain juga, kita perlu mengetahui amalan-amalan terbaik mengamalkannya seperti berikut:

-Susu tidak boleh diambil secara berlebihan. Berlebihan susu akan menyebabkan pemendapan kalsium disendi-sendi. 

-Amalan mengambil garam organik mengelakkan daripada terjadinya mendapan kalsium kerana magnesium di dalam garam akan memastikan penyerapan nutrisi dalam susu yang sempurna terutamanya ke dalam tulang.   

-Sebenarnya, lemak di dalam susu adalah baik untuk kesihatan. Rahsia untuk mengelak daripada kegemukan ialah berkumur sejurus setelah meminum susu. 

-Campurkan dengan madu untuk merawat ulser dalam perut.

-Sekiranya kahak terbentuk apabila meminum susu, campurkannya dengan madu dan halia.

-Susu yang terbaik ialah dari biri-biri dan minum dengan mencampurkan air kepadanya.

-Apabila minum susu, derdoalah: "Ya Allah, berkatilah susu ini dan tambahkanlah rezeki dengannya. Sesungguhnya tiada makanan atau minuman yang lebih baik daripada susu yang dapat menggantikan (segala kekurangan) ~ dari sunan secara marfu'.


MINYAK
"In al-Tarmidhi, from hadith of Abu Hurayra (marfu), it says: Eat oil (zayt), and use it for oiling."  

"In hot countries, such as Hijaz and its like, oil is one of the best means of preserving health and restoring the body. It is a necessity for these people."

"Al-Tarmidhi related in Kitab al-Shama'il, from hadith of Anas b, Malik:
The Messenger of God SAW used to put a quantity of oil on his head, and would comb his beard a great deal, and would often use a head covering (qina'). His clothes were like those of a dealer in oil."

Minyak sayuran seperti minyak zaitun adalah minyak mono tak tepu (monounsaturated oil) iaitu minyak yang terbaik untuk kesihatan jantung. Baca di sini.




Minyak kelapa dara  pula adalah minyak tepu tetapi ajaibnya minyak ini tidak teroksid walaupun pada suhu yang tinggi. Ini adalah kerana minyak ini terdiri dari trigliserid rangkaian sederhana (medium chain triglyceride MCT)  yang merendahkan kolesterol LDL, merendahkan risiko penyakit jantung, mengawal berat badan dan membaiki keadaan panyakit kencing manis. 



Rasulullah SAW  melumurkan minyak zaitun pada  setiap bahagian
tubuh Baginda termasuk rambut dan janggutnya. Amalan menutupi lapisan kulit
dengan minyak sayuran merupakan perlindungan luaran dan juga
dalaman. Ketahuilah yang banyak losyen (termasuk losyen bayi) dan pelembap 
menggunakan minyak mineral yang memudharatkan di jangkamasa panjang.


Ketahuilah, Minyak Zaitun Extra Virgin dan Minyak Kelapa Extra Virgin mampu menurunkan berat badan, walaupun untuk mereka yang berada pada tahap obese.


Artikel ini tidak bertujuan untuk mendiagnos atau memberi cadangan untuk merawat penyakit. Pembaca dinasihati untuk mendapatkan nasihat dari pengamal perubatan profesional untuk merawat masalah atau penyakit yang dialami. 

Sistem An Nisaa

Dr. Aniza Zain Ahmed (MD)(Alt. Med.)

 Seksyen 4 Kota Damansara 47810 Petaling Jaya   
016-289 1579 / 013- 62 60 369   

Sistem rawatan lengkap, integratif & Islamik:
Ayat Quran * Terapi Mandian * Bekam Sunnah* Makanan Sunnah *
* Urut Traddsional Melayu *








No comments:

Post a Comment